You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1437H

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA

1. PENDAHULUAN

Bertemakan “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”, sambutan


Israk Mikraj peringkat sekolah pada tahun ini ingin dilaksanakan
dalam keadaan sederhana tetapi meriah. Perjuangan Rasulullah
S.A.W yang tidak jemu menyemaikan Akhlak Al-Quran adalah
inspirasi bagi melahirkan generasi Ulul Al-Baab yang baik akhlaknya
dan terpuji pencapaian akademiknya. Sambutan ini juga diharapkan
dapat menyumbang kepada penghasilan modal insan yang
cemerlang.

2. MATLAMAT

Matlamat utama sambutan ini adalah untuk mengenang kembali


perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W tercinta dan mengimplementasi
cara kerja baginda dalam kehidupan kini, khususnya dalam
melaksanankan tuntutan paling utama dalam Islam iaitu ibadah
Solat. Ianya adalah dorongan kepada pelajar-pelajar Muslim agar
menunaikan kewajipan solat dalam kehidupan seharian.

3. OBJEKTIF

1. Mengenang perjuangan Rasulullah S.A.W melalui penceritaan


semula kisah perjalanan baginda menerima perintah Solat
daripada Allah SWT.
2. Mengimplementasi sunnah baginda dalam kehidupan.
3. Menyemai perasaan takutkan Allah melalui ibadah Solat.
4. Menanam tekad untuk menuruti segala jejak langkah Rasulullah
dalam kehidupan seharian.

4. SASARAN

Semua murid Muslim tahun satu hingga enam dan guru-guru


Muslim.
5. TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa

6. TEMPOH PERLAKSANAAN

Hari : Jumaat
Tarikh : 13 Mei 2016
Masa : 7.45 pagi – 10.15 pagi

7. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Hjh.Hamidah bt Sukaroo

Naib Pengerusi : Cik Siti Zakiah bt Johari

Penyelaras Program : Puan Mumtazatul Mahmudah bt Haron

Setiausaha : Puan Zurina bt Salleh

AJK Perlaksana :Ahli Panitia Pendidikan Islam

8. TENTATIF

7.45 pagi - Pelajar berkumpul di dewan

8.00 pagi - Zikir Doa Pagi dan Petang

8.30 pagi - Ceramah Israk Mikraj


Dan kuiz

9.45 pagi - Bacaan Selawat beramai-ramai

10.15 pagi - Bersurai dan rehat


9. ANGGARAN KOS

- tiada kos -

10. PENUTUP

Pihak penganjur mengharapkan sambutan kali ini mendatangkan


manfaat kepada semua pihak, terutamanya kepada pelajar. Peristiwa
Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mesti difahami oleh generasi kini
sebagai asas pembentukan generasi Rabbani. Semoga usaha murni
ini mendapat kenerkatan dari Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ………………………………
MUMTAZATUL MAHMUDAH PN.HJH HAMIDAH
BT HARON BT SUKAROO
Penyelaras Program Isra’mikraj Guru Besar Sk.Seri Sentosa
KERTAS KERJA

MAJLIS SAMBUTAN
ISRAK MIKRAJ
Peringkat Sekolah 2016M/1437H

Tarikh:

13 MEI 2016

Anjuran :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SK.SERI SENTOSA
NIBONG TEBAL
PULAU PINANG

You might also like