You are on page 1of 9

BAB

4
Pengenalan Penjajahan Portugis

ZAMAN PENJAJAHAN

Malaysia telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan juga Jepun. Penjajahan ini bermula apabila Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di rantau ini satu ketika dahulu. Melaka adalah tempat dimana pedagang-pedagang dari barat dan timur bertemu untuk urusan jual beli. Antara barang dagangan utama yang diminati oleh orang-orang Eropah ialah rempah ratus, teh, sutera dan lain-lain. Keinginan untuk mendapatkan barang-barang ini ialah dengan pergi terus ke Melaka dan seterusnya menjajah Melaka. Selain itu, Revolusi industri yang bermula di Britain telah menyebabkan kuasa barat datang ke Malaysia (Tanah Melayu) yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah.

Menduduki Melaka selama 130 tahun (1511-1641). Wizurai yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka ialah Alfonso de Albuquergue. Beliau bertanggungjawab membina kota A Famosa untuk melindungi Melaka daripada sebarang, terutama daripada Sultan Mahmud yang telah beberapa kali berusaha untuk merampas semula kota Melaka daripada tangan Portugis. Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan. Rajah di bawah merupakan carta pentadbiran Portugis di Melaka. Rajah 4.1 Carta pentadbiran Portugis di Melaka

Raja Portugal

Wizurai di Goa

Kapten Kota Melaka

Hal-Ehwal Militer

Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan

Pentadbiran Orang Tempatan

Bendahara

Temenggung

Syahbandar

Secara keseluruhan, Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud di Johor dan Acheh. Akhirnya, Portugis tewas apabila diserang oleh Johor dengan bantuan daripada Belanda

20

Penjajahan Belanda Ekspedisi perdagang Belanda yang terawal di Kepulauan Melayu bermula pada tahun 1559. Selepas daripada tarikh tersebut ramai perdagang Belanda yang berlumba-lumba datang ke Kepulauan Melayu untuk mendapatkan remPah-ratus, buah pala dan kayu cengkih. Kepesatan perdagangan telah mendorong pedagang-pedagang Belanda menubuhkan Syarikat Bersatu Hindia Timur ataupun VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) pada 20 Mac 1602. Tujuan utama penubuhan VOC ialah menguasai perdagangan rempah dan juga memonopoli perdagangan bijih timah. Langkah awal penjajah Belanda adalah menguasai Betawi di Pulau Jawa pada tahun 1619. Belanda telah menjadikan Betawi sebagai sebuah pelabuhan perdagangan dan ini telah memberi impak besar iaitu pelabuhan Melaka telah mengalami kemerosotan populariti. Walaupun Belanda sudah mempunyai pelabuhan di Betawi tetapi Belanda cuba untuk menguasai Melaka dengan melancarkan serangan ke atas Melaka untuk menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik pedagang-pedagang asing ke Betawi. Usaha Belanda ini berhasil apabila Belanda berjaya menguasai Melaka dengan bantuan kerajaan Johor. Penjajahan Inggeris Menduduki Melaka pada tahun 1795 apabila Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan-kawasan timur kepada British sebagai langkah untuk melindungi tanah jajahannya daripada jatuh ke tangan Perancis. Apabila Perang Napoleon tamat, British terpaksa menyerahkan kembali Melaka kepada Belanda. Penyerahan semula Melaka amat merugikan British. Oleh itu, British berusaha untuk mencari kawasan-kawasan di sekitar Tanah Melayu untuk dijadikan pelabuhan. Peluang ini terbuka luas apabila Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang kepada British untuk membantunya menghadapi serangan daripada kerajaan Siam dan juga orang Bugis dari Selangor. Sultan Kedah telah mendapat ancaman daripada Siam kerana keengganannya untuk membayar ufti dan juga serangan daripada orang Bugis1. Orang Bugis telah menuntut wang sebagai pampasan namun Kedah enggan untuk membayarnya. Keengganan Kedah telah menyebabkan orang Bugis bertindak untuk menyerang Kedah. Sultan Kedah telah meminta bantuan daripada Francis Light2. Pendudukan Jepun Sejak tahun 1932, golongan tentera telah menguasai politik negara Jepun. Pada tahun 1937 pula, golongan tentera telah mula menyerang negara China. Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali dalam Perang Dunia Kedua untuk menentang Kuasa Berikat yang dianggotai British dan Amerika Syarikat. Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menerang Tanah Melayu. Seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun menjelang pertengahan bulan Februari 1942. Faktor-faktor yang memudahkan kejayaan Jepun ialah: a) Pihak British kurang bersedia dari segi ketenteraan. Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (Singapura) kerana Singapura merupakan pusat pentadbiran British. b) Kelewatan tentera bantuan dari London dan India. Ini berlaku akibat berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan British. c) Jepun menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British. Pertahanan laut British terlalu lemah, terutama selepas dua buah kapal perang British iaitu Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Disember 1941 di perairan Laut China Selatan. d) Persediaan tentera Jepun yang lengkap. Tentera Jepun begitu bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebelum memulakan serangan. Maklumat-maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera telah diperoleh terlebih dahulu.
1 2

Bugis telah menolong Kedah dalam Perang Saudara pada 45 tahun yang lalu Dilahirkan pada tahun 1790 di Suffolk, England

21

e) Tentera Jepun cukup terlatih, berpengalaman, bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik (mereka tahan lasak sehinggakan menggunakan basikal untuk meredah hutan). Kelebihah-kelebihan ini bertentangan dengan sikap tentera British yang kurang berdispilin dan tidak bersemangat. Tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 apabila kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat. 1.1 FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITISH

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan British campur tangan dalam sistem pentadbiran kesultanan di Tanah Melayu. Antaranya ialah ingin mendapatkan bahan mentah akibat daripada permintan yang meningkat di Eropah. Revolusi Industri yang bermula di British memerlukan bahan mentah seperti bijih timah untuk mengeluarkan produk industri. Selain itu, kawasan jajahan (Tanah Melayu) dijadikan sebagai pusat untuk menyalurkan barang-barang siap. Persaingan kuasa luar juga telah menyebabkan British cuba mengambil langkah awal untuk memulakan penguasaannya di Tanah Melayu. Jerman misalnya pada tahun 1871 telah mula keluar mencari pasaran dan bahan-bahan mentah. Ini diikuti oleh kuasa-kuasa barat yang lain seperti Perancis yang memulakan penjajahan di Indo-China, Belanda di Indonesia dan Amerika di Filipina. Keadaan tidak aman di Tanah Melayu akibat daripada perebutan takhta dan pertikaian di antara kumpulan kongsi gelap untuk menguasai kawasan perlombongan telah mengganggu usaha British untuk memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan di Tanah Melayu. Oleh itu, untuk menangani masalah tersebut adalah dengan campur tangan agar maslalah tersebut tidak berpanjangan. Fenomena ini terbukti melalui peristiwa-peristiwa berikut: 1.1.1 Campur tangan di Perak

Perak merupakan negeri Melayu terawal yang menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan ini akibat daripada perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina. Rajah 4.2 Kedudukan raja-raja dalam sistem pewarisan takhta Perak pada kurun ke-19. perebutan takhta berlaku apabila sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi Tahun Sultan
1871 1865 1857 1851 Sultan Ismail Sultan Ali Sultan Jaafar Sultan Syah Muhammad

Raja Muda
Raja Abdullah Raja Abdullah Raja Ali Raja Jaffar

Raja Bendahara

Raja Di Hilir

Raja Ismail Raja Ismail Raja Ali Raja Abdullah Raja Yusuf

Dalam soal perebutan tahkta, masalah bermula pada tahun 1851 apabila Sultan Abdullah mangkat 3. Raja Yusof yang sepatutnya menjadi Raja Bendahara4 telah digantikan oleh Raja Ismail. Apabila Sultan Jaffar mangkat pada tahun 1865, Raja Yusof yang pernah memegang jawatan Raja Di Hilir tetapi diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak. Manakala anak kepada Sultan Jaafar iaitu Sultan Abdullah telah dilantik.
3 4

Diganti oleh Sultan Jaffar Jawatan pewaris takhta yang kedua kanan sebelum Raja Muda.

22

Sementara itu, wujud perbalahan di antara kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San untuk merebut kawasan lombong-lombong baru. Perbalahan mereka mencetuskan Perang Larut Pertama hingga Ketiga pada tahun 1861, 1865 dan 1872. Kedua-dua masalah ini menimbulkan suasana yang kurang sesuai untuk perkembangan perdagangan British. Ini telah mendorong British untuk campur tangan dengan menjemput pembesar Melayu dan pemimpin Cina untuk mengadakan rundingan. Hasilnya, Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874. Antara syarat utama perjanjian ialah: a) Takhta Kesultanan Perak diserahkan kepada Raja Abdullah b) Raja Ismail diberi geleran Sultan Muda dan diberi pencen c) Daerah Larut diletakkan di bawah seorang Penolong Residen British yang akan bertanggungjawab menasihati Pembesar Larut, Ngah Ibrahim. d) Sultan Abdullah bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati sultan dalam hal-ehwal pentadbiran kegeri, kecuali aspek agama dan adat istiadat. Residen juga berkuasa dalam pentadbiran kewangan dan hasil ekonomi negeri. e) Ketua puak Ghee Hin dan Hai San bersetuju untuk berdamai, melucutkan senjata dan menubuhkan asebuah jawatankuasa untuk menangani masalah tuntutan kawasan perlombongan. 1.1.2 Campur Tangan di Selangor

Campur tangan British bermula ekoran daripada perbalahan di antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan bijih timah. Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menangani masalah tersebut. Tengku Kudin dan puteranya Raja Ismail menyokong Raja Abdullah. Sokongan ini diperkuat lagi dengan adanya sokongan daripada Yap Ah Loy. Manakala Raja Mahadi disokong oleh kumpulan Kah Yeng Chew. 1.1.3 Campur Tangan di Sungai Ujong

Di Sungai Ujong, British mengambil peluang untuk campur tangan ekoran perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar dalam persaingan memperoleh kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi. Pada 21 April 1874, Datuk Kelana bersetuju untuk menerima perlindungan British. Ini membolehkan beliau diiktiraf British sebagai pemerintah sah Sungai Ujong. Datuk Bandar yang tidak bersetuju mengemukakan ancaman kepada Datuk Kelana. Ini meyebabkan Datuk Kelana meminta bantuan perlindungan daripada British dan sebagai balasannya beliau bersetuju menerima seorang Residen British. Akhirnya, melalui perjanjian pada 16 September 1874, Datuk Kelana menerima W.I. Tatham sebagai Penolong Residen. 1.1.4 Campur Tangan di Negeri Sembilan

Melalui usaha-usaha yang dimainkan oleh Sir Frederick Weld, daerah-daerah di Negeri Sembilan jatuh satu persatu di bawah selian British. Menjelang tahun 1888, hanya daerah Tapin yang belum diambil oleh British. Namun dengan adanya pengaruh dari daerah Rembau, daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Sri Menanti. Gabungan ini juga bersetuju untuk menerima seorang Residen British pada tahun 1889, iaitu Martin Lister. Gabungan ini bertambah besar apabila Sunga Ujong dan Jelebu bersetuju untuk serta dan menerima Residen British. 1.1.5 Campur Tangan di Pahang

Hasrat British untuk campur tangan di Pahang telah lahir pada awal tahun 1800-an. Pada peringkat awal, British tidak mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian kerana Pahang tidak mengalami masalah perebutan takhta ataupun perbalahan kumpulan kongsi gelap. Peluang terbuka apabila timbul pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan adiknya Wan Mansur pada 1884. Wan Ahmad telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang dan melantik puteranya sebagai pewaris takhta. Ini menyebabkan adik baginda tidak bersetuju dengan keputusannya dan mula untuk melancarkan serangan. Namun tidak berjaya apabila dihalang oleh British. Pada bulan April 1885, Frank Swettenham telah di hantar ke Pahang untuk menyelesaikan secara aman perbalahan ini dan mencadangkan supaya sultan Pahang menerima seorang residen. Namun permintaan ini ditolak.

23

Desakan demi desakan telah menyebabkan Sultan Ahmad meneria seorang residen pada 8 Oktober 1887 dan John Pickersgill sebagai residen pertama Pahang. 1.2 1.2.1 REAKSI AWAL MASYARAKAT TEMPATAN Penentangan di Naning (1831-1832)

British mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka5. Gabenor Fullerton berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka. Cadangan pegawai British ini ditentang oleh Dol Said iaitu Penghulu Naning. Keengganan penghulu Naning ini telah menyebabkan British menghantar sepasukan tentera pada bulan Julai 1831 untuk menangkap beliau dan memaksa pengikutnya supaya menerima cadangan British. Dol Said dan pengikutnya berjaya menawaskan tentera British. Pada tahun 1832, tentera British sekali lagi melancarkan serangan. Kali ini gagal dalam mempertahankan Naning apabila beliau tewas dalam serangan tersebut walaupun beliau telah mendapat sokongan kira-kira 1400 orang dari penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong. Naning kemudiannya telah diletakkan di bawah wilayah Melaka. Pada bulan Februari 1834, Dol Said bertindak menyerah diri. Beliau telah dibenarkan untuk menetap di Melaka. 1.2.2 Penentangan di Perak

Apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, J.W.W. Birch telah dilantik sebagai Residen Perak. J.W.W. Birch tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesarpembesar Melayu yang lain kerana kebanyakannya tidak suka dengan tingkah laku beliau. Ketidakpuasan terhadap Sistem Residen dan peribadi J.W.W. Birch telah membawa kepada pembunuhan beliau. Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato Maharaja Lela. Dato Maharaja Lela mengarahkan Pandak Indut dan Seputum untuk membunuh Birch di Pasar Salak pada 2 November 1875. Penentangan di Perak disebabkan oleh: a) b) c) Kerajaan British dan Birch menyekat hak mengutip cukai Sultan Abdullah dan pembesarpembesar lain. Ini kerana kutipan cukai merupakan sumber pendapatan utama mereka. Kerajaan Inggeris menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan Inggeris pada tahun 1875. Birch mengamalkan pembaharuan yang mendadak, misalnya; i. Menghapuskan sistem pengabadian hutang. ii. Memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang lari dari tuannya. iii. Campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Sikap Birch i. Melakukan pembaharuan terburu-buru tanpa memperdulikan perasaan pembesarpembesar Melayu. ii. Tidak boleh berbahasa Melayu dan ingin menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan masyarakat tempatan. iii. Sikap kasar, misalnya pernah membakar rumah dua orang pembesar Perak, iaitu Raja Ngah dan Tengku Paling Besar kerana memungut cukai.

d)

Ekoran daripada peristiwa tersebut British telah menyerang Pasir Salak pada 15 November 1875. Dato Maharajalela, Dato Sagor, Pandak Induk dan Seputum telah digantung di Matang pada bulan Januari 1879. manakala Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim yang bersubahat telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles. 1.2.3
5

Penentangan di Pahang

Naning terletak di Sempadan antara Melaka dengan Negeri Sembilan

24

Faktor-faktor penentangan orang Melayu ialah a) Kehilangan kuasa dan keistimewaan sultan dan pembesar-pembesar Pahang i. Kerajaan British telah memperkenalkan Undang-undang Tanah yang boleh menyekat kebebsan pembesar-pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka. Sementera itu kerajaan British juga telah menghapuskan sistem kerah dan hamba abdi. ii. Pembesar-pembesar Melayu tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah dan sivil iii. Jawatan penghulu telah dihapuskan dengan perlantikan pegawai British. b) Ketidakpuasanhati Sultan Ahmad, Datuk Bahaman dan Tok Gajah i. British memaksa Sultan Ahmad supaya menandatangani surat penyerahan kuasa kepada anaknya, Tengku Mahmud kerana Tengku Mahmud lebih disukai oleh British ii. British enggan menambah elaun bulanan Datuk Bahaman dan juga Tok Gajah c) Ketidakpuasan hati rakyat Pahang i. British memperkenalkan sistem lesen dan permit bagi masyarakat tempatan yang ingin memungut hasil hutan seperti kayu dan daun rumbia. ii. Dilarang memakai keris iii. Memperkenalkan cukai tanah dan sistem kerah bagi projek-projek awam. Denda wang atau penjara 3 bulan akan dikenakan jika melanggar arahan kerah. Ketidakpuasan hati rakyat dan pembesar-pembesar Melayu telah mencetuskan pemberontakan pada bulan Disember 1891. Dato Bahaman, Mat kilau dan Tok Gajah telah mengetuai pemberontakan tersebut bersama-sama dengan 700 orang pengikut. Namun pemberontakan ini berakhir apabila Dato Bahaman dan pengikut-pengikutnya ditewaskan pada tahun 1895 dan terpaksa menyerah diri. Dato Bahaman kemudiannya telah melarikan diri ke Siam sementara Tok Gajah dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu. 1.2.4 Penentangan di Kelantan

Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian Bangkok) pada tahun 1909, kuasa Siam ke atas Kelantan diserahkan kepada kerajaan British dan James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama pada bulan Julai 1909. Penentangan yang tercetus di Kelantan, dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji Mat Hassan Bin Munas, lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Punca berlaku penentangan di Kelantan ialah: a) Perlantikan Pegawai Daerah di Pasir Puteh oleh kerajaan British mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional pembesar melayu di kawasan Jeram, iaitu Engku Bear Jeram Tun Ahmad. Perlantikan ini menyebabkan beliau kehilangan punca hasil pendapatan utamanya, malah beliau terpaksa untuk membayar cukai. b) Pada bulan Januari 1915, Sistem tanah baharu telah diperkenalkan oleh kerajaan British yang mana orang Melayu terpaksa membayar sewa tanah yang tetap. c) Selain itu, kerajaan British juga mengenakan cukai terhadap setiap hasil tanaman utama penduduk Kelantan, terutama padi dan kelapa. d) Pegawai Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British terutama pegawai yang ketiga, iaitu Che Abdul Latif ialah seorang yang mempunyai perwatakan yang kasar dan terlalu tegas. Beliau pernah mencaci pembayar-pembayar cukai yang lewat dan sikapnya menimbulkan kemarahan orang ramai. Perasaan tidak puas hati akhirnya mencetuskan satu pemberontakan yang diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Putih pada 29 April 1915. Namun dengan bantuan daripada Sultan Kelantan, British berjaya menumpaskan pemberontakan ini dan membunuh Tok Janggut pada 24 Mei 1915. 1.2.5 Penentangan di Terengganu

Pemberontakan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul HAmid atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong. Pemberontakan ini dikenali sebagai Pemberontakan Tani yang berlaku pada tahun 1928. Ini kerana pemberontakan ini melibatkan sebahagian golongan petani. Antara faktor-faktor penentangan ialah: a) Pungutan cukai oleh kerajaan British ke atas tanah, hasil tanah dan rakyat dikenakan cukai kepala. Fenomena ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan.

25

Kerajaan British memperkenalkan sistem pendidikan Barat yang berbeza dengan sistem pendidikan tradisional yang sebelum ini lebih kepada bercirikan keislaman. c) Kerajaan British memperkenalkan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang ingin meneroka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak awam. Pas kebenaran ini membebankan rakyat kerana kebanyakan daripada mereka mengusahakan pertanian pindah. Pada 21 Mei 1928, orang-orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Namun pemberontakan ini berjaya ditumpaskan oleh kerajaan British. Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang negeri ke Makkah dan beliau meninggal di sana pada November 1829. Beberapa orang pengikutnya telah dipenjarakan. 1.2.6 Penentangan di Sarawak (Semasa Dinasti Brooke James, Charles dan Vyner Brooke)

b)

Pada tahun 1853, James Brooke telah menghapuskan amalan pemburuan kepala. Kumpulan Dayak Laut yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau telah bertindak menyerang kubu kerajaan. Rentap telah mengetuai serangan ini dan mereka telah membunuh seorang pegawai British. Brooke cuba membunuh Rentap beberapa kali namun gagal. Mereka hanya berjaya memusnahkan kubu pertahanan Rentap sahaja. 1859 semasa pemerintahan Charles Brooke, pembesar-pembesar tempatan yang diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh dua orang pegawai British. Brooke telah menyerang balas yang menyebabkan kekalahan pembesar-pembesar tempatan dan telah mengalahkan mereka. Sharif Masahor telah dibuang ke Singapura manakala Abdul Ghapur melarikan diri ke Brunei. Semangat untuk menyerang Brooke tidak pernah padam apabila Abdul Ghapur cuba untuk menyerang Kuching pada 1860. Beliau tewas dan telah dibuang ke Singapura. Pada tahun 1893 masyarakat Iban telah menyerang tentera Brooke di hulu sungai Batang Lupar yang diketuai oleh Banting. Namun berjaya ditewaskan pada tahun 1908. Pada tahun 1920 semasa pemerintahan Vyner Brooke, orang-orang Dayak menentang pembayaran cukai dan telah memberontak di sungai Kanowit. Pemberontakan ini diketuai oleh Penghulu Asun. Kerajaan British cuba untuk menjejaki Asun dan telah menyerah diri pada tahun 1932. Beliau telah dibuang negeri ke Lundu. 1.2.7 Pemberontakan Mat Salleh

Punca utama yang mewujudkan pemberontakan ini ialah tindakan British yang banyak menyusahkan penduduk tempatan dan juga sekatan terhadap pembesar tempatan. Pada penghujung tahun 1894, pemberontakan tercetus di Sungai Sugut. Pada bulan Ogos 1895, pasukan British yang diketuai oleh Residen Barraut telah menyerang kampung Mat Salleh. Mat Salleh memberontak dengan membakar pekan pulau Gaya yang memusnahkan rumah dan pejabat Residen di Ambong. Namun Mat Salleh akhirnya terbunuh dalam satu pertempuran pada 31 januari 1900. 1.2.8 Pemberontakan Rundum

Pemberontakan ini dicetuskan oleh kaum Murut terhadap pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Pemberontakan tercetus pada bulan Februari 1915 di daerah Rundum dan diketuai oleh Antanum. Faktor-faktor pemberontakan ialah; a) Cukai yang dikenakan ke atas beras dan ubi kayu yang digunakan untuk membuat tapai. b) Pengenalan ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan bagi tujuan pertanian. c) Mengerahkan rakyat tempatan membina jalan-jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah. Pada bulan Februari 1915, pemberontak yang terdiri dariapda lebih kurang 1000 orang menyerang dan membakar pejabat kerajaan di Pensiangan. Namum pemberontakan ini gagal dan mereka terpaksa berundur. Antanum telah ditawan dan dibunuh.

26

1.3 1.3.1

KESAN PENJAJAHAN Politik

Dalam sistem pentadbiran tradisional, negeri dikuasai oleh sultan. Namun dengan pelantikan Residen British, sultan tidak lagi berkuasa mutlak dan pembesar-pembesar hampir kehilangan peranan mereka. Namun, tidak dinafikan bahawa keamanan berjaya dipulihkan. Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran politik kepda masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan. Ini kerana Jepun menggunakan propaganda Asia untuk Orang Asia. Orang Melayu untuk mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran. Ini memberi keyakinan kepada mereka untuk mentadbir negara sendiri. Masyarakat tempatan juga mendapat kesedaran tentang kelemahan kuasa pihak British. Kekuatan British selama ini telah tercabar apabila dikalahkan oleh sebuah kuasa Asia. Pendudukan Jepun telah melahirkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan. Kaum Cina juga kian aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) kerana parti ini secara jelas menentang Jepun. Parti ini juga berfungsi untuk menjaga dan membela nasib orang Cina yang tertindas. 1.3.2 Ekonomi

Negeri-negeri yang terbabit mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakin giat ekoran perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman-tanaman lain seperti kopi dan getah. Selain itu, akibat kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor-sektor ekonomi moden, petempatanpetempatan mula berkembang dan memunculkan perbandaran. Namun di sebalik kebaikannya, berlaku ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan di dalam sesebuah negeri itu sendiri. Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur-pelabur Barat sedangkan kaum peribumi ketinggalan. Pada zaman pemerintahan Jepun pula, Tanah Melayu mengalami kemerosotan ekonomi pada peringkat individu dan keluarga. Harta benda terpaksa dibelanjakan untuk memperoleh makanan dan keperluan lain. Perusahaan bijih timah dan getah yang pesat sebelum ia merosot dan hampir terhenti ekoran daripada kerosakan dan kemusnahan yang berlaku pada lombong, ladang dan kilang. Kerosakan ini disebabkan serangan Jepun untuk menakluki Tanah Melayu. Banyak barang keperluan utama tidak diperolehi seperti tekstil dan ubat-ubatan. Ini menyebabkan barang-barang keperluan menjadi mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang ramai. Nilai mata wang negara turut jatuh dengan teruk. Mata wang daun pisang yang diperkenalkan oleh Jepun tidak bernilai kerana percetakannya yang tidak terkawal. 1.3.3 Sosial

Kesan peninggalan penjajah Portugis ialah kelahiran masyarakat Serani hasil perkahwinan antara orang Portugis dengan penduduk tempatan, pengenalan tulisan rumi (roman) dan penyerapan perkataan daripada bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu seperti jendela, almari, tuala, garpu dan lain-lain. Pembangunan ini tergambar dengan wujudnya perkembangan infrastruktur seperti sistem jalan raya dan jalan kereta api, di samping infrastruktur lain seperti pusat kesihatan, bekalan air, elektrik, pos dan telegraf. Semasa pemerintahan Jepun, pendudukan Jepun telah memberi kesan yang mendalam di hati penduduk Malaysia. Antaranya ialah: a) Penindasan terhadap orang Cina b) Ramai penduduk yang terpaksa menjadi buruh paksa c) Negara mengalami kekurangan beras d) Penduduk menghadapi masalah kesihatan e) Layanan Jepun yang berat sebelah

27

1.4

Kesimpulan

Kekayaan sumber alam telah menarik perhatian kuasa-kuasa asing untuk menjajah negara kita. Ketiadaan persefahaman dan perebutan kuasa telah menyebabkan kuasa-kuasa asing dengan mudah berjaya menjajah apabila mereka telah cuba untuk campur tangan dengan memihak kepada pihak yang mereka rasakan berkuasa, dan mudah terpengaruh dengan kata-kata mereka.

Soalan Pada pendapat anda apakah motif utama penjajah-penjajah bertumpu di negara kita (Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak). Apakah kesan penjajahan terhadap pembinaan negara bangsa. Bincangkan

28

You might also like