You are on page 1of 1

KOID CIN KANG

Refleksi Setelah saya belajar topik yang berkaitan dengan teori behaviourisme dan saya telah membuat perbandingan antara dua tokoh iaitu, Pavlov dan Thorndike. Saya mendapati bahawa konsep merupakan satu set pemikiran yang boleh membawa perubahan kepada sesebuah masyarakat dan Negara. Teori behaviourisme ini amat penting juga kepada proses pengajaran dan pembelajaran sekolah juga. Selain itu, Saya juga mengahadapi kekangan semasa hendak menyelesaikan tugasan ini. Saya amat keliru dengan soalan-soalan tugasan ini iaitu teori dengan konsep dan juga aplikasi dan implikaasi. Kedua-dua soalan yang serupa antara satu sama lain ini amat mengelirukan. Saya telah mencari pelbagai maklumat daripada sumber yang berlainan iaitu di dalam buka dan internet. Saya juga menyoal kepada rakan-rakan saya ketika saya menghadapi masalah terhadap tugasan ini. Akhirnya, saya berasa amat bangga kepada diri saya kerana dapat menyelesaikan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami yang banyak berusaha memberi penjelasan kepada kami semasa di kuliah.

You might also like