You are on page 1of 5

What are the advantages and disadvantages of using oral sources in history?

1.0 Pengenalan
Mengikut definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan, sumber bererti
'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan
keterangan atau bukti.
Muhd. Yusof Ibrahim pula menjelaskan sumber sebagai sesuatu penulisan yang
boleh menjadi punca kepada sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan,
tetapi sumber berbeza dengan ilham kerana ia tidak bersifat abstrak dan boleh
dirujuk kembali apabila kita memerlukannya semula.
Pada peringkat awalnya, sumber ialah sekumpulan bahan-bahan yang
tersimpan di tempat-tempat yang khusus, seperti arkib, perpustakaan, muzium,
pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya, ataupun di rumah-rumah
orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya.
Sumber terdiri daripada 3 jenis iaitu sumber primer, sekunder dan lisan.
2.0 Jenis-jenis sumber
1. Sumber utama/ sumber primer
Menurut Muhd Yusuf Ibrahim; sumber utama itu ialah kumpulan sumber
mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan
belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu.
Contohnya bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi
ataupun sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah dan
titah perintah.
2. Sumber sekunder
Sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah
dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu
peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya.
Sumber kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya
sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.
3. Sumber lisan
Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau
pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau
menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
Sumber lisan juga dikenali sebagai keterangan lisan yang boleh didapati
melalui wawancara sama ada dengan pelakunya, seorang saksi mata,
pendengar atau seseorang yang mengetahui tentang sesuatu peristiwa.
Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau
dirakamkan.
Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia
dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temuduga
dengan orang sumber.
Bagi masyarakat yang tidak mempunyai tradisi menulis, sesuatu keterangan
tentang peristiwa yang penting akan mengalami 2 kemungkinan:
1. mengalami perkembangan iaitu sesuatu peristiwa akan diceritakan
oleh pelaku atau saksi kepada si anak dan si anak pula akan
menuturkan cerita tersebut kepada generasi seterusnya. Sejauh mana
keterangan peristiwa itu dapat berkembang adalah bergantung
kepada kepentingan peranannya.
2. Kemungkinan juga keterangan tersebut tidak dapat berkembang dan
lenyap apabila proses penuturannya terhenti.
Bagi masyarakat yang sudah mempunyai tradisi menulis pula
kemungkinannya adalah peristiwa berkenaan dilaporkan dalam bentuk

bertulis ataupun juga akan hilang.


3.0 Jenis-jenis sumber lisan
4.1 Keterangan proto
keterangan lisan yang dituturkan oleh pelaku yang terlibat dalam
peristiwa yang dikaji.
Pengisah adalah seorang yang terlibat dalam peristiwa itu dan
keterangan yang dituturkannya adalah peranannya dalam peristiwa
berkenaan.
Penyelidik akan memperoleh keterangan ini melalui wawancara dengan
pelaku atau tokoh yang dikaji.

4.2 Keterangan saksi mata

keterangan yang diberikan oleh seseorang yang melihat peristiwa yang


berlaku itu.
Pengisah tidak mempunyai peranan dalam peristiwa berkenaan selain
menjadi pemerhati atau saksi mata.

4.3 Keterangan kata dengar


keterangan yang diberikan atau diceritakan oleh seseorang itu adalah
keterangan yang diketahuinya melalui sumber orang lain.
Pengisah tidak terlibat atau mempunyai peranan dalam peristiwa
berkenaan dan ia juga bukan saksi mata kepada peristiwa tersebut.
Keterangan ini diperolehi oleh pengkaji apabila pelakuatau saksi mata
kepada peristiwa yang dikaji telah meninggal dunia.

4.0 Advantages and disadvantages of using oral sources in history


4.4 Advantages
1. Alternatif bagi sumber bertulis yang kurang lengkap
bagi masyarakat yang tahu menulis, sesuatu peristiwa sejarah itu akan
dicatatkan dalam rekod-rekod.
Namun, apa yang dicatatkan biasanya adalah perkara-perkara yang
dianggap penting sahaja.
Terdapat banyak perkara terutamanya aspek-aspek kecil tidak dicatatkan
yang sebenarnya membantu sejarawan dalam mengenal pasti dan
menghuraikan sejarah.
Bagi mereka yang terlibat atau menyaksikan perkara tersebut, ianya
akan tersimpan di dalam ingatan sahaja.
Justeru, sumber lisan ini sedikit sebanyak membantu menambahkan
fakta-fakta yang diperlukan oleh ahli sejarah selain daripada fakta yang
boleh diperolehi daripada sumber-sumber bertulis.
Dalam hal ini, keterangan proto dan saksi mata boleh digunakan sebagai
pelengkap kepada keterangan bertulis.
Dalam keadaan tertentu,banyak peristiwa sejarah tidak meninggalkan
keterangan bertulis dan kalau adapun ianya tidaklah dilaporkan secara
jelas dan lengkap.
2. Mengukuhkan bukti dan kebenaran peristiwa sejarah
kaedah temu bual dijalankan bagi mendapatkan keterangan-keterangan
lisan untuk dibandingkan dengan sumber yang ada.
Sekiranya keterangan dari penduduk atau saksi adalah seiring dengan
sumber yang ada ianya akan memudahkan pengkaji menghuraikan
kembali peristiwa sejarah.

Bukti dan hujah yang lebih kukuh dapat diberikan sekiranya wujud
keraguan terhadap sumber-sumber yang lain.
Contohnya, Thucydides sejarawan Yunani telah menggunakan sumber
lisan bagi melengkapkan kajiannya ke atas kekalahan orang Yunani dalam
peperangan dengan Sparta iaitu dengan melakukan kaedah temu bual.

3. Membawa kepada perkembangan sejarah lisan


daripada kaedah mendapatkan dan mengumpulkan keteranganketerangan lisan ini berkembangnya suatu bidang yang dinamakan
Sejarah Lisan.
William W. Moss memberikan definisi sejarah lisan sebagai suatu proses
menghasilkan sumber-sumber sejarah melalui teknik temubual/
wawancara/ soaljawab yang dirakamkan menggunakan pita rakaman.
Rakaman ini kemudiannya diproses di mana ianya disalin semula ,
disunting dan dibetulkan oleh pihak penyelenggara dan pihak yang
ditemu bual untuk diterbitkan bagi kegunaan para penyelidik.
Keterangan-keterangan yang dikumpulkan dihasilkan dalam dua bentuk
iaitu rakaman dan transkrip yang kelak akan digunakan oleh penyelidik
sebagai sumber dalam penulisan sejarah.
Persidangan sejarah lisan yang pertama di Lake Arrowhead pada 1966
bersetuju bahawa sejarah lisan adalah merupakan cara untuk
mendapatkan sejarah berbentuk lisan untuk menambah dan bukan untuk
menggantikan sumber bertulis yang ada.
Perkembangan sejarah lisan juga adalah disebabkan oleh kesedaran
bahawa tidak semua dokumen bertulis itu memberi gambaran sejarah
yang lengkap.
4.2 Disadvantages
1. Bersifat Subjektif
konsep subjektif ialah sesuatu yang ditulis dan telah diolah oleh pengarang
dengan memasukkan unsur mitos, lagenda dan lain-lain unsur kesusasteraan
untuk mengindahkan lagi hasil penulisan.

Sumber lisan dianggap cenderung bersifat subjetif kerana, pelaku atau saksi
berkemungkinan akan bersifat memihak di dalam keterangannya.

Contohnya,

tokoh-tokoh

pelaku

sejarah

cenderung

membesar-besarkan

peranannya pada suatu peristiwa yang pernah dialaminya.


2. Mengelirukan

Sumber lisan juga kadang-kalanya bersifat mengelirukan di mana pemberi


maklumat dengan sengaja atau tidak sengaja boleh memutarbelitkan peristiwa
atau peranannya dalam peristiwa itu.

Hasil keterangan pemberi maklumat ini mungkin tidak konsisten dari satu temu
bual ke temu bual yang seterusnya menyebabkan maklumat yang dicari
semakin

mengelirukan

kerana

keterangan-keterangan

yang

bercanggah dengan keterangan yang pernah dibuat sebelumnya.

diberikan

Sumber lisan juga kadang kala menjadi tidak tepat disebabkan oleh adanya
penambahan dan pengurangan dalam maklumat yang diberikan oleh pemberi
maklumat.

Malahan, keterangan yang diberikan juga terdedah dengan maklumat yang


diperolehi melalui khabar angin yang kesahihannya boleh dipertikaikan.

3. Kehilangan sumber

Kemungkinan kita kehilangan sumber lisan apabila orang yang kita cari telah
meninggal dunia. Dengan demikian, kita akan diburu dengan faktor umur yang
dimiliki oleh orang yang akan kita wawancara.

Daya ingat yang dimiliki, oleh manusia sangat terbatas dan ini dapat menjadi
keterbatasan dalam sumber lisan di mana sumber maklumat yang kita perlukan
menjadi kurang tepat.

Semakin jauh jarak antara peristiwa yang dialami oleh seorang tokoh yang kita
ingin wawancara, kemungkinan besar orang tersebut semakin lupa akan
peristiwa tersebut.

Apabila orang yang kita cari sudah meninggal dunia, maka pengkaji tidak akan
dapat menemukan apa-apa maklumat.

4. Perkataan atau frasa

Dalam sumber lisan, adakalanya apa yang disampaikan oleh pemberi maklumat
mempunyai

pengertian

yang

berbeza-beza

mengikut

peredaran

masa

menyebabkan frasa dan maksud yang disampaikan tidak begitu difahami oleh
pengkaji.

Hal ini menyebabkan pengkaji tidak dapat menjelaskan kata atau frasa yang
tidak difahami ini pada masa akan datang.

Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan bahawa sumber lisan juga adalah salah satu jenis sumber
sejarah yang sering digunakan oleh ahli sejarah dalam usaha mendapatkan maklumat
dan fakta untuk tujuan penulisan mereka. Sumber lisan menjadi sumber sejarah yang
penting apabila terdapat kekurangan fakta daripada sumber bertulis. Bahkan kadang
kala perkara atau peristiwa kecil yang tidak direkodkan boleh menjadi satu maklumat
yang sangat penting dalam menjawab isu dan persoalan yang dikaji oleh Sejarawan.
Analisis soalan
Sumber lisan merupakan salah satu sumber yang tidak kurang pentingnya

dalam bidang sejarah. Ianya mempunyai signifikan yang tersendiri dalam membantu
penyelidik merungkai persoalan-persoalan yang wujud dalam pengkajian sejarah.
Walau bagaimanapun, sumber lisan juga tidak terlepas daripada keraguan terhadap
kesahihannya disebabkan oleh faktor-faktor seperti kekuatan ingatan dan aspek
subjektif.

Justeru,

adalah

penting

bagi

ahli

sejarah

dalam

memilih

dan

membandingkan fakta-fakta daripada sumber lisan dengan sumber bertulis agar tidak
menjejaskan kebenaran kisah dan peristiwa sejarah.
Rujukan
Abdul Ranman Haji Abdullah. 1996. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim. 1997. llmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nadzan Haron. Keterangan Lisan sebagai Sumber Sejarah. Dalam Badriyah Haji Salleh
dan Tan Liok Ee (eds). 1996. Alam Pensejarahan: dari

Pelbagai Perspektif.

Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican and
Sons.

You might also like