You are on page 1of 36

Siri WEBEX PPPJJ, USM

JMS 101: Pengantar Sejarah

KRITIKAN SUMBER SEJARAH


i. Pemalsuan Sujmber
ii. Kritikan Luaran
iii. Kritikan Dalaman

Dr. Ku Boon Dar


kubd@usm.my
Hasil Pembelajaran
We lead

JMS 101: Pengantar Sejarah


 Menerangkan kesahihan sumber

 Menjelaskan kritikan dalaman dan


kritikan luaran dijalankan

 Menghuraikan pandangan Ranke Ranke


lagi, tentang penulisan sejarah “wie es
eigentlich gewesen” (seperti sebenarnya
berlaku)
Apa itu Sumber?
We lead

“A place, person, or thing from which something originates


or can be obtained” [sebuah karya dan lain-lain yang
menyediakan maklumat atau bukti khusus yang bersifat
tulen atau asli berkenaan sesuatu fakta, peristiwa atau siri
hal-hal tersebut]

“Keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang


boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat
beranak, surat nikah dll).”

Masalah: -
Pengertian tersebut agak sempit. Berpisah sedikit
daripada pengertian umum. Sejarawan mencakupi
dokumen bukan sahaja sebagai bahan-bahan bertulis
bahkan kesan-kesan peninggalan lama.
PEMBAHAGIAN SUMBER
We lead

Sumber Primer

• Juga dikenali sebagai sumber pertama / asal.

• Dalam keadaan asli, belum ditafsir, diproses,


diperlengkapkan lagi.

• Keadaannya sendiri adalah sumber pertama


yang mencatatkan sesuatu peristiwa yang
berlaku.
Sumber sekunder
We lead

Tulisan atau buku yang dihasilkan oleh seseorang


sejarawan tentang sesuatu peristiwa atau seseorang
tokoh dengan didasarkan kepada interprestasi atau
tafsiran serta penyelidikan terhadap sumber primer

“Keterangan dari saksi iaitu seseorang atau


sesuatu yang hadir dalam kejadian yang dia
ceritakan itu.” [SP]

Keterangan daripada seseorang yang tidak


hadir di dalam kejadian yang dia ceritakan
Louis Gottschalk
tersebut. [SK]
Fikir-Fikirkan
We lead

 Dipersoalkan pula oleh Aurthur Marwick.

 Beliau menyatakan bahawa Sumber Primer ialah


bahan-bahan yang wujud dalam keadaan asal,
mentah dan dikatakan tidak sempurna.

Sumber Sekunder pula ialah tulisan sejarah seperti


karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi
atau buku.

Aurthur Marwick

A tertiary source is an index and/or textual


consolidation of primary and secondary sources. Some
tertiary sources are not to be used for academic
research, unless they can also be used as secondary
sources, or to find other sources.
TAFSIRAN SUMBER
We lead

• Kesahihan sumber perlu dijalankan


bertujuan mengelakan pemalsuan
sumber berlaku.

• Disengajakan atau tidak disengajakan.

 Pemalsuan sumber di sini bukan sahaja bermaksud


mengadakan apa yang tiada dalam sumber yang asli
bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang
penambahan atau pengurangan serta kesilapan dalam
menterjemah isi kandungan sesuatu sumber. MENGAPA?

http://www.wisconsinhistory.org/turningpoints/primarysources.asp
Pemalsuan Sumber?
We lead

“Vietnam adalah negeri naungan China (elle est


depuis longtemps) kepada “Vietnam adalah
negeri naungan China zaman lampau (elle a ete
tributaire de la Chine”

 Kesilapan interpretasi dalam penterjemahan


bahasa Perancis ke bahasa Mandarin oleh
F.Scherzer
Kesan Pemalsuan Sumber
We lead

• Natijahnya menimpa pelbagai pihak


sama ada dalam bentuk politik
mahupun kemasyarakatan.

• Kesahihan sumber bertujuan untuk


memastikan fakta yang diaplikasikan
dalam sesuatu penulisan itu sentiasa
benar dan layak untuk berdiri sebagai
sumber sejarah.
Kesan Pemalsuan Sumber
We lead

• Selain itu, aktiviti kesahihan sumber adalah


perlu untuk memelihara sifat sejarah sebagai
sains.

• Konsep sejarah yang diasaskan oleh “Bapa


Pensejarahan Moden” iaitu Leopold von Ranke
yang berbunyi “seperti sebenarnya berlaku”
(wie es eigentlich gewesen) telah membentukkan
konsep pensejarahan yang dikenali sebagai
sejarah yang saintifik.

Leopold von Ranke


SEJARAH ADALAH SAINS
We lead

 Penyelidikan, kebenaran, membantu dalam


membuat ramalan & bersifat objektif.

 Maka aktiviti kesahihan sumber perlu


dilakukan.

 Sekiranya aktiviti kesahihan sumber tidak


dijalankan, menyebabkan sejarah bersifat
sains telah gagal dicapai.
SEJARAH ADALAH SAINS
We lead

 R.G.Collingwood mengatakan bahawa sejarah


tidak dapat ditulis dengan saintifik kecuali
sejarawan dapat menggambarkan kembali di
dalam akalnya akan tindakan atau
pengalaman orang-orang yang hendak dikaji
berdasarkan sumber-sumber yang mencukupi
dan benar serta asli.
KAEDAH PENSEJARAHAN TRADISI
We lead

• Konsep dan kaedah pensejarahan yang


diaplikasikan oleh Herodotus -Bapa
Sejarah- dan Thucydides.

• Mengaplikasikan kaedah pemerhatian,


temuduga dan rujukan terhadap bahan
bertulis dalam penulisan karya mereka.
KAEDAH PENSEJARAHAN MODEN
We lead

Dipelopori oleh Lepold von Ranke.


Beliau membuat kenyataan tentang masa
dengan menggunakan petikan dari
sumber-sumber utama.
 The Histories of the Latin and Germanic
Nations, 1494-1514 [1824]

“My understanding of ‘leading ideas’ is simply


that they are the dominant tendencies in each
century. These tendencies, however, can only
be described; they can not, in the last resort,
be summed up in a concept.”

Lepold von Ranke


KAEDAH PENSEJARAHAN MODEN
We lead

“He exploited potentialities of historian


thinking primarity through the medium of
narrative, which the fashioned into a
formidable instrument of analysis, enabling
him not only to describe sequences of events
but also to show underlying forces and the
contextsin which they operated….He put all
his emphasis on action movement change”

Trygve R. Tholfsen semasa menghasilkan Ideology and


Revolution in Modern Europe: An Essay on the Role of
Ideas in History

http://muse.jhu.edu/journals/journal_of_interdisciplinary_history/v033/33.2tholfsen.html
KAEDAH PENSEJARAHAN MODEN
We lead

Ranke menekankan penulisan sejarah yang


berlandaskan kepada persembahan fakta-
fakta tulen demi mencapai iltizam
penulisan kajian sejarah yang memaparkan
kembali kejadian masa lalu sebagaimana ia
benar-benar berlaku.

Hal ini membawa maksud bahawa


seseorang sejarawan itu haruslah menulis
secara tepat dan objektif.
KAEDAH PENSEJARAHAN MODEN
We lead

 Menurut Ranke lagi, untuk mencapai


penulisan sejarah “wie es eigentlich gewesen”
(seperti sebenarnya berlaku) merupakan
matlamat utama beliau dalam usaha
mengenalpasti dan menghuraikan asas-asas
sejarah.

 Menurutnya, persembahan fakta-fakta


adalah satu hukum agung walaupun ia tidak
perlu ataupun tidak menarik.
KAEDAH PENSEJARAHAN MODEN
We lead

 Juga sejarah mestilah berlandaskan bukti sahih


dan bukannya daya imaginasi semata-mata
seperti mana yang dilakukan oleh penulis-penulis
beraliran sastera.
Pendekatan Sejarah
We lead

• Kaedah “quellinkritik” atau


“quellenforschung” iaitu kaedah
penyelidikan saintifik dan penilaian kritis
terhadap sumber-sumber sejarah.

• Historicism yang menekankan nilai sikap


setiap sejarawan dalam mengkaji sesuatu
sejarah.
KRITIKAN SUMBER We lead

CIRI-CIRI
• Proses penafsiran bukti
• Satu ujian untuk mendapatkan kebenaran
• Bukanlah satu pendirian yang secara
mental tentang sesuatu isu.

RUMUSAN
• Satu proses menentukan ketulenan sesuatu
sumber melalui kajian dan penyelidikan
tetapi bukan berdasarkan pengetauhan
yang sedia ada.
Kritikan sumber We lead

• Kritikan sumber adalah kaedah menguji


kepintaran sesuatu sumber kerana adanya
kesangsian terhadap faktanya.

• Disetujui oleh R.G.Collingwood dan kaedah itu


disifatkan oleh beliau sebagai sejarah kritikal.

• Kepentingan menentukan ketulenan bukti


atau sumber, mengelakkan mendapat sumber
palsu dan memperoleh maklumat dan fakta
yang tepat. Kritikan sumber ini dibahagikan
kepada dua iaitu kritikan luaran
(Authenticity) dan kritikan dalaman
(Credibility).

Marc Bloch
KRITIKAN LUARAN ATAU AUTHENTICITY
We lead

• Usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian


sesuatu sumber asli dari sudut luarannya.
• Sebelum dijalankan, umur dokumen atau sumber
perlu dianggarkan terlebih dahulu.
• Dua persoalan dicetuskan:-
+ Bahan apa ia dihasilkan?
+ Bentuk apa ia dihasilkan?. Contoh pelepah
kurma, kulit kayu, kulit binatang dan lain-lain.
• Kemudian, bahan yang digunakan akan dipastikan
sama ada sezaman dengan sumber tersebut
ataupun tidak.
KRITIKAN LUARAN ATAU AUTHENTICITY
We lead

 Contohnya, dokumen yang menggunakan


kertas sebelum abad-15 adalah palsu kerana
kertas hanya didapati pada abad ke-15.
Manakala bahan pula adalah seperti
manuskrip, surat, jurnal dan dokumen.
Seterusnya, formatnya akan dipastikan
sezaman dengan umur sumber tersebut.
Kaedah Kritikan Luaran
We lead

 Kaedah yang digunakan dalam


kritikan luaran ialah ujian kimia,
ujian bahasa, ujian tulisan
tangan, ujian bahan-bahan yang
digunakan.
Kaedah Kritikan Luaran
We lead

 Ujian kimia adalah kajian yang dapat menentukan


umur atau tarikh sebenar sesuatu dokumen.

 Dilakukan dari segi keadaan kertas, dakwat dan


cap yang digunakan.

 Contohnya, manuskrip jurnal yang disimpan oleh


Frank Swettanham yang mengandungi catatan
dari bulan April 1874 hingga Febuari 1876 telah
disahkan ketulenan oleh pakar dengan menguji
kertas dan dakwat yang digunakan berumur lebih
kurang 100 tahun iaitu sama jangka masa antara
manuskrip jurnal itu ditulis dengan tarikh kajian
dilakukan
Kaedah Kritikan Luaran
We lead

• Ujian bahasa turut dilakukan bagi


menentukan ketulenan sesuatu dokumen
melalui pengesahan dari segi bahasa.

• Gaya bahasa yang digunakan akan
berubah dari segi sudut nahu, struktur
ayat, ejaan, istilah, tanda bacaan,
imbuhan dari semasa ke semasa.

“Gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh abad yang pertama tidaklah serupa
dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad ke-9”
G.J. Garraghan
Kaedah Kritikan Luaran
We lead

• Selain itu, bagi mengesahkan dokumen yang


ditulis dengan tangan boleh dijalankan ujian
tulisan tangan.

• G.J.Garrahan telah menyatakan bahawa tulisan


tangan merupakan satu ciri yang tersendiri.

• Contohnya, dengan membandingkan tulisan


tangan di Buku Harian Hitler yang dijumpai
oleh Gerd Heidemann dengan dokumen lain
yang ditulis oleh Hitler, dipastikan Buku Harian
Hitler itu adalah palsu.

The Hitler diaries: Fakes that Fooled the World


Kaedah Kritikan Luaran
We lead

 Ujian terhadap bahan-bahan yang digunakan


turut boleh dilakukan bagi memastikan bahan-
bahan yang digunakan tidak ketinggalan zaman
dengan sumber itu dihasilkan.

 Contohnya, Buku Harian Hitler palsu itu telah


dijalankan ujikaji atas bahan-bahan yang
digunakan dan mendapati benang-benang
polyester dan bahan pelekatan yang digunakan
tidak wujud lagi pada zaman Hitler, maka
disimpulkan bahawa Buku Harian Hitler itu
adalah yang dipalsukan.
KRITIKAN DALAMAN ATAU CREDIBILITY
We lead

• Selepas kritikan luaran, pastikan


kemunasabahan keterangan atau
kewarasan isi kandungan sesuatu sumber
= Kritikan Dalaman.

• Bersandarkan kepada lunas-lunas


kerasionalan iaitu sesuatu tindakan yang
dikaji itu boleh ditafsirkan secara rasional
dari keterangan si pelaku atau saksi
dengan menanyakan persoalan siapa, bila
dan mana.
KRITIKAN DALAMAN ATAU CREDIBILITY
We lead

• Sesuatu yang bertentangan dengan hukum


alam tidak harus dipercayai seperti unsur
mitos, lagenda dan dongeng.

• Seterusnya, apabila wujud dua bukti yang


bercanggah, ahli sejarah perlu membuat
keputusan tentang mana yang perlu
diterima, yang mana perlu ditolak
berdasarkan penilaian secara menyeluruh
dan seimbang semua bukti yang wujud.
KESIMPULAN
We lead

• Jelasnya, aktiviti kesahihan sumber


sememangnya perlu dilakukan dalam setiap
penulisan dan pengkajian bidang sejarah.

• Dengan melakukan kesahihan sumber dan


kritikan sumber itu, maka ahli sejarah dapat
menghindarkan hasil penulisan dan penyelidikan
mereka daripada sebarang unsur pemalsuan
sumber.
KESIMPULAN
We lead

• Perkara ini sememangnya perlu untuk


menjadikan sejarah sebuah bidang yang bersifat
ilmiah dan saintifik.

Hal ini selari dengan konsep yang dipegang oleh


“Bapa Pensejarahan Moden” iaitu Leopold von
Ranke iaitu “wie es eigentlich gewesen” (seperti
sebenarnya berlaku).
Kesimpulan
We lead

Sejenak… Dua Proses Tafsiran


Sumber:
i. Kritikan Luaran
ii. Kritikan Dalaman

Tafsiran sumber dilakukan


untuk menentukan
ketulenannya. Pemalsuan
mungkin disengajakan
atau tidak !
Soalan Kendiri
We lead

“Kebenaran sejarah lahir daripada kaedah dan


penyelidikan sejarah yang sempurna dan baik.”
Bincangkan.

Rangka Jawapan [Fikir-Fikirkan]:


Buku Rujukan
We lead

1. Carr E.H. (1965) What Is History. Pelicon Book. London.


[D16.8.C312 – ada di setiap pusat wilayah]

2. Collingwood R.G. (1996)The Idea Of History. Oxford


University Press. [D13.C711 – ada di setiap pusat wilayah]

3. Muhd.Yusof Ibrahim. (1986) Pengertian Sejarah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. [D16.8.Y95 m – ada di setiap pusat
wilayah]

4. Suntharalingam. R. (1985) Pengenalan Kepada Sejarah.


Merican &Sons. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. [D16.S958 m -
Perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM]
We lead

Terima Kasih

Presented by
Dr. Ku Boon Dar | kubd@usm.my

You might also like