You are on page 1of 23

AJ21903 SEJARAH ASIA TENGGARA PRA KOLONIAL

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN


SEMESTER 1 SESI 2019/2020

PENSYARAH :

DR. MAURREN DE SILVA

SOALAN 6

“ANALISISKAN KEDATANGAN AWAL KUASA EROPAH KE ASIA TENGGARA


PADA ABAD KE -16 HINGGA ABAD KE- 18 SERTA INTERAKSI DAN
ADAPTASI YANG BERLAKU DENGAN PENDUDUK TEMPATAN”

NAMA NO. MATRIK

MUHAMMAD EZUAN ASHRAF BA18110389


BIN ROSLAN

ZAWAWI BIN JUL BA18110329


1.0 PENGENALAN

Kedatangan kuasa Eropah ke Asia Tenggara pada abad ke 16 hingga 18 adalah


disebabkan revolusi industri yang berlaku pada abad ke 18 menyebabkan berlaku dasar
imprealisme Barat yang bertujuan untuk mendapatkan bahan mentah yang sesuai1.
Imprealisme bermaksud penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara
yang lebih lemah. Dengan kata lain, Imprealisme juga bermaksud dasar sesebuah
negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain demi
kepentingannya sendiri2. Antara negara-negara yang pernah melakukan penjajahan di
Asia Tenggara ialah Amerika Syarikat dan Sepanyol menjajah Filipina, Belanda menjajah
Indonesia, Portugal menjajah melaka dan bahagaian Timur, British menjajah Tanah
Melayu, Sabahh, Sarawak dan Burma, manakala Perancis menjajah Indochina.
Imprealisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat ini menguasai
wilayah-wilayah di Asia, Amerika Selatan dan Afrika. Imprealisme Barat bertukar kepada
penaklukan wilayah apabila tercetusnya revolusi perindsutrian di Eropah yang
memerlukan bahan mentah dengan kuantiti yang banyak secara berterusan yang
terdapat di Asia Tenggara. Kedatangan awal Kuasa Eropah ke Asia Tenggara sebenarnya
adalah disebabkan perjanjian Tordesillas dan Saragosa iaitu perjanjian antara Sepanyol
dan Portugis. Namun, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan kuasa awal
Eropah datang ke Asia Ternggara iaitu kekayaan Bahan Mentah, Revolusi industri,
persaingan antara kuasa Barat, Beban Orang Putih serta perkembangan pengangkutan
dan perhubungan. Kedatangan Kuasa awal Eropah ini menyebabkan berlakunya
interaksi dan adaptasi terhadap penduduk tempatan di Asia Tenggara. Interaksi yang
berlaku dari segi konsep kolonialisme dan Merkantalisme diperkenalkan, Dasar-Dasar
Barat diperkenalkan dan perjanjian ekonomi terhadap penduduk tempatan. Adaptasi
yang berlaku ialah pendidikan, keagamaan, sistem tulisan dan pembuatan kapal.

1
Qasim Ahmad, Revolusi Industri Pertama: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi dan Politik. Sabah:
Univerisiti Malaysia Sabah. 1999. Hlm. 36.
2
Ibid. Hlm. 37.

1
2.0 FAKTOR KEDATANGAN AWAL KUASA EROPAH KE ASIA TENGGARA

Terdapat beberapa faktor kedatangan awal kuasa Eropah ke Asia Tenggara. Antaranya
ialah, perjanjian Tordesillas dan saragosa, revolusi industri, kekayaan bahan mentah,
perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan, persaingan antara kuasa-kuasa
eropah dan beban orang putih serta tugas menyebarkan tamadun.

2.1 PERJANJIAN TORDESILLAS

Perjanjian tordesillas merupakan perjanjian yang dibuat antara dua kuasa besar awal di
Eropah iaitu portugis dan Sepanyol pada tahun 1494. Dalam perjanjian ini, menyatakan
bahawa negara luar Eropah menjadi kekuasan esklusif dua bangsa iaitu Sepanyol dan
Portugis yang bermula di Barat kepulauan Tanjung Verde3. Sepanyol diberi hak untuk
berlayar dan menguasai wilayah di sebelah Barat. Manakala, portugis menguasai wilayah
di sebelah Timur. Perjanjian ini merupakan titik tolak awal penjelajahan bangsa Eropah
untuk mengelilingi laut dunia. Selain itu, perjanjian ini juga wujud saat Konstatinnopel
yang merupakan pusat empayar Rom Timur jatuh ke tangan empayar islam iaitu Tuki
Uthmaniyyah menyebabkan orang Eropah sukar untuk mendapatkan bahan mentah
seperti rempah sehingga mereka terpaksa mencari alternatif lain dengan melalui laluan
laut kerana kebanyakkan laluan darat menuju timur ketika itu harus melalui Timur
Tengah, Afrika Selatan dan Jalan Sutera berada dibawah pentadbiran islam4.

Setelah jatuhnya Konstatinnopel, bangsa Eropah antaranya bangsa Sepanyol dan


Portugis melakukan penjelajahan untuk mencari rempah-rempah yang dimulakan oleh
portugis pada tahun 1490, namun mendapat saingan daripada bangsa sepanyol5. Hal ini
demikian, terjadi apabila penemuan Benua Amerika oleh Columbus pada tahun 1942.
Columbus yang kembali pada tahun 1943 terus berjumpa dengan Paus Alexander VI
yang pada masa itu bertindak sebagai ketua dalam segala hal di Eropah. Paus Alexander
menyatakan keputusannya bahawa semua wilayah-wilayah baru yang ditemukan
sebelah Barat yang terletak sekitar 300 batu laut dari kepulauan Cape Verde merupakan

3
Urusan Dunia ,2019. Latar belakang Sejarah dan isi dari Perjanjian Tordesillas. Dipetik dari
https://urusandunia.com/perjanjian-tordesillas/ pada19 Oktober 2019.
4
Ibid.
5
Nor Aina, 2017. Imprealisme dan Kolonialisme: Perjanjian Tordesillas dan kolonialisme Belanda. Dipetik
dari https://www.academia.edu/8338210/Imperialisme_dan_Kolonialisme_Perjanjian_Tordesillas_dan_
Kolonialisme_Belanda_ pada 28 Oktober 2019.

2
hak Sepanyol dan sebelah Timur menjadi milik Portugis. Raja Portugis yang tidak
berpuas hati dengan keputusan itu lantas membawa Raja Ferdinand dan Ratu Isabella
dari Sepanyol untuk berunding agar garis pembahagian wilayah itu beralih sedikit6. Akhir
dari rundingan inilah munculnya perjanjian Tordesillas. Justeru itu, perjanjian ini adalah
titik tolak kepada kedatangan kuasa awal Eropah ke Asia Tenggara yang membawa
konsep 3G (Glory, Gospel dan Gold).

2.2 PERJANJIAN SARAGOSA

Perjanjian saragosa yang berlangsung pada 22 April 1529 merupakan perjanjian


Sepanyol dan Portugis untuk menentukan bahawa bumi bahagian Timur dibahagi dua
kerajaan. Persaingan yang telah berlaku menyebabkan termetarai sebuah perjanjian
baru yang dikenali sebagai perjanjian Saragosa. Perjanjian saragosa ini adalah
disebabkan kedatangan Portugis di tahun 1512 M yang dipimpin oleh Alfonso
D’Albuquerque di Ternate, Maluku. Namun, pada tahun 1521 M bangsa Sepanyol tiba di
Tindore7. Oleh itu, terjadinya konflik antara bangsa Sepanyol dengan Portugis.

Perjanjian Saragosa ini terjadi kerana pertikaian antara bangsa Sepanyol dengan
Portugis di Maluku yang mana ianya adalah disebabkan kedua-dua belah pihak ingin
memonopoli perdagangan rempah di wilayah Maluku8. Pada tahun 1512 M bangsa
Portugis tiba di Ternate, Maluku dan diterima baik oleh Raja Ternate yang mana pada
saat itu sedang terjadi pertikaian antara kerajaan Ternate dengan Tidore. Tindakan
Portugis di Maluku selain memonopoli perdagangan ialah cenderung untuk menguasai
wilayah tersebut serta bersifat kejam dengan sewenang-wenangnya terhadap rakyat.
Hal ini terjadi apabila, kerajaan Ternate meminta Portugis untuk membantu dalam
membina sebuah kubu sebagai tempat perlindungan dari serangan musuh dan sebagai
balasannya Portugis diberi hak untuk memonopoli perdagangan di wilayah tersebut.
Namun, hubungan baik antara Portugis dengan Ternate berubah menjadi permusuhan
setelah Portugis membunuh Sultan Hairun, Raja Ternate9. Kedatangan bangsa Sepanyol
pada tahun 1521 di Tindore yang dipimpin oleh Ferdinand Magellan telah menyebabkan

6
Ibid.
7
Urusan Dunia, 2019. Latar Belakang Sejarah dan Isi dari perjanjian Saragosa. Dipetik dari
https://urusandunia.com/perjanjian-saragosa/ pada 19 Oktober 2019.
8
Ibid.
9
Sufian bin Taimon, Intisari Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm.
158.

3
timbulnya konflik antara dua kuasa besar ini. Oleh itu, perjanjian Saragosa telah
dibentuk pada 22 April 1529 yang ditandatangani oleh Raja John III dan Raja Charles V.

Isi perjanjian ini ialah untuk memperluaskan pembahagian wilayah sampai ke lautan
Pasifik. Selain itu, bumi dioengaruhi dua kuasa besar itu bangsa Sepanyol dan Portugis.
Setrusnya, bangsa Sepanyol memiliki hak wilayah kekuasaan bermula dari kawasan
Mexico sampai ke arah Barat iaitu kepulauan Filipina, manakala bangsa Portugis memiliki
hak kekuasaan bermula dari kawasan Brazil sampai ke Arah Timur sampai ke kepulauan
Maluku. Terdapat juga beberapa kesan daripada perjanjian ini. Antara ialah munculnya
pemikiran bahawa bumi itu bulat dan bukannya rata serta kawasan Maluku menjadi
kawasan perdagangan yang terkenal10.

2.3 FAKTOR EKONOMI, SOSIAL DAN POLTIK

Selain daripada faktor perjanjian Tordesillas dan perjanjian Saragosa, terdapat juga
beberapa faktor lain dari segi aspek ekonomi, politik dan sosial. Antaranya ialah revolusi
industri, kekayaan bahan mentah, Perkembangan sistem pengangkutan dan
perhubungan, persaingan antara kuasa-kuasa Eropah dan beban orang putih serta tugas
menyebarkan tamadun.

2.3.1 FAKTOR EKONOMI

Faktor utama yang menyebabkan kuasa Eropah tertarik untuk datang ke Asia
Tenggara adalah disebabkan konsep 3G (Gold, Glory dan Gospel). Faktor Ekonomi dalam
imprealisme disokong oleh teori yang diperihalkan oleh Lenin melalui teori Marxist.
Menurut beliau, “ Imprealism also arises because increased concentraion of wealth leads
to underconcumption. However, since the state represents the captalist through liberal
startegies, both strategies involve taking awaymoney from the bourgeosie, and Marx
and Lenin did not view this strategy as posible. Ultimately, according to Lenin, the world
would be completely divided up and the rich countries would then fight over the
re-division of the world. This analysis served as his explanation for World War I”11.
Terdapat bukti yang menunjukkan Asia Tenggara mempunyai kekayaan hasil bumi.

10
Ibid. Hlm. 159.
11
V. Kubalkova and A. A. Cruickshank, Marxism-Lenininsm and Theory of International Relation, London:
Routledge Taylor & Francis Group, 1998. Hlm. 84.

4
Antara bahan mentah yang sangat diperlukan oleh kuasa-kuasa barat ialah rempah,
sagu, lada hitam, bijih timah dan lain-lain lagi. Bijih timah diperlukan bagi menampung
perkembangan perusahaan pengetinan makanan agar dapat disimpan dengan lebih
lama dan ianya amat penting digunakalan dalam pelayaran dan peperangan12.
Persaingan kuasa-kuasa Eropah Persaingan dikalangan kuasa-kuasa Eropah bagi
mencari kawasan untuk dijadikan koloni terutamanya di Asia Tenggara yang pada masa
itu kaya dengan sumber bahan semula jadi telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat
melancarkan dasar imperialisme dan kolonialisme bagi menguasai Negara tersebut13.

Selain itu, revolusi industri juga menjadi salah satu faktor kedatangan kuasa awal
kuasa Eropah ke Asia Tenggara. Akibat berlakunya revolusi industri menyebabkan
permintaan terhadap bahan mentah meningkat dan mendorong kepada golongan
berkepentingan mencari alternatif lain dengan menguasai wilayah yang kaya sumber
dengan sumber bahan mentah dan selanjutnya dapat menyediakan kawasan bagi
memasarkan barangan dagangan daripada Eropah14. Hal ini, telah mendorong
kuasa-kuasa Eropah barat meguasai negera-negara di Asia Tenggara. Terdapat dua
sebab utama berlakunya imprealisme menurut Wan Abdul Rahman Latif, “pertama
huraian yang menunjukkan perkembangan imprealisme berpunca daripada keadaan di
Eropah dan kedua ialah perkembangan keadaan di kawasan pinggir seperti Afrika dan
Asia menjadi sebab perluasan imprealisme15”.

Tambahan lagi, negara-negara penjajah yang sangat bergantung dengan hasil


ekonomi tanah jajahan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan pusat masing-masing
kerana persaingan antara kuasa Eropah untuk lebih maju memerlukan kos yang sangat
besar. Oleh itu, keuntungan yang diperolehi melalui aktiviti perdagangan di tanah
ja16jahan menjadi punca pendapatan untuk memabangunkana negara mereka dari segi
aspek ekonomi dan sosial khususnya. Sektor perindustrian di Barat memerlukan bahan
mentah untuk mengelaurakan produk siap yang sedia untuk dijual di luar dan dalam
negara. Justeru itu, para pelabur swasta sangat dialu-alukan dan digalakkan untuk

12
Lenin V. I.,1971, Imprealism. The Highest stage of capitalism, Journal of peace Research 13, (2), hlm. 15
dipetik dari https://www.JournalofpeaceResearch/advanced-imperialism-a-phase-of-capitalism/9453 pada
25 November 2019.
13
Ibid., hlm. 16.
14
Ibid.
15
Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996. Hlm. 223.
16
Fisabellah John, 2015. Fenomena Imprealisme dan Kolonialisme . Dipetik dari
https://www.academia.edu/15917019/IMPERIALISME_DAN_KOLONIALISME pada 24 November 2019.

5
melabur di wilayah tanah jajahan. Hal ini demikian, kerana bahan mentah dibeli di
wilayah tanah jajahan sangat murah dan boleh diperdagangkan mengikut harga pasaran
semasa, harga bahan mentah ini boleh menjadi sangat mahal. Perkara ini boleh
membuatkan pelabur di negara-negara Eropah mengaut banyak keuntungan apabila
melabur di wilayah tanah jajahan17.

Kejatuhan kerajaan Rom pada tahun 1453 ketangan Kerajaan Turki Uthmaniah
menyebabkan berakhirnya perdagangan antara Negara Timur dan Barat18. Hal ini
menyebabkan bekalan rempah-ratus terputus di Eropah. Rempah-ratus yang sangat
berharga di Eropah pada masa itu digunakan untuk tujuan perubatan, pengawet
makanan, penambah perasa makanan dan ramuan untuk memanaskan badan semasa
musim sejuk. Hal ini demikian, yang mendorong negara Barat untuk mencari laluan laut
untuk sampai ke Timur yang kaya dengan rempah-ratus19. Namun, perdagangan
rempah-ratus dengan pemerintah tempatan tidak mampu memuaskan nafsu penjajah
untuk mengaut keuntungan yang besar dan akhirnya menyebabkan sesebuah wilayah
yang mempunyai potensi ekonomi seperti perdagangan rempah-ratus, sutera, tembakau,
sagu, emas, perak, besi dan arang batu dijajah dan dijadikan tanah jajahan kerajaan
pusat.

2.3.2 FAKTOR SOSIAL

Menurut J. A. Hobson, “Imprealism is a policy choice, not an inevitable consequence of


capitalism. Increasing concentration of wealth within the richer countries leads to
under-consumption for the mass of people. Overseas expansion is a way to reduce costs
(and thereby increase or maintain profit levels) and to secure new consumption.
Overseas expansion is not inevitable, however. A state can solve the problem of
under-consumption by increasing the income levels of the majority of the population
either through legislation concerning wage levels (minimum wage laws, legalization of
unions, child labor laws) or through income transfers (unemployment compensation,
welfare)”20. Teori ini telah menyebabkan berlakunya akitviti penghijraan berlaku.
Bermula pada tahun 1700-an, penghijraan penduduk telah berlaku yang terdiri daripada

17
Ibid.
18
Urusan Dunia ,2019. Latar belakang Sejarah dan isi dari Perjanjian Tordesillas. Dipetik dari
https://urusandunia.com/perjanjian-tordesillas/ pada19 Oktober 2019.
19
Ibid.
20
J. A. Hobson, Imprealisme: A study. New Yor. Old Chelsea Station, 2005. Hlm. 7.

6
golongan peniaga, petani dan lain dari negara-negara Eropah ke kawasan jajahan. Hal
ini disebakan oleh, usaha kerajaan dalam mengurangkan kepadatan penduduk di negara
asal dengan menghantar penduduk asal di wilayah jajahan untuk membantu kerajaan
pusat dengan mendedahkan budaya dan tradisi penjajah kepada penduduk tempatan di
Asia Tenggara. Di samping itu, terdapat juga penghijraan berlaku akibat daripada ingin
membebaskan diri daripada kekejaman pemerintahan pusat21.

Selain itu, faktor penyebaran agama juga menjadi salah satu faktor terpenting
dalam mendorong kepada kedatangan kuasa awal Eropah ke Asia Tenggara22. Misalnya,
Portugis telah menjadikan faktor agama Kristian sebagai faktor sampingan untuk
meluaskan kuasanya. Hal ini demikian, kerana Portugis merupakan satu kuasa yang
yang meluaskan wilayah jajahannya dengan semangat perang salib yang telah
mendorong mereka untuk menghapuskan agama islam. Rancangan Portugis untuk
mengkristiankan masyarakat di Jawa sukar telah dihalang kerana perkembangan pesat
agama islam di wilayah tersebut23. Namun, selepas penjajahan Belanda di Jawa dan
jatuhnya melaka di tangan Portugis menyebabkan kejayaan kuasa-kuasa Eropah ini
telah menyebarkan agama kristian melalui mubaligh-mubaligh di samping telah
membina sekolah dan gereja untuk mengembangkan agama kristian di wilayah-wilayah
tanah jajahan mereka24. Jelaslah, terbukti bahawa penyebaran agama kristian, beban
orang putih yang dibawah oleh Belanda dan British serta tugas Perancis untuk
menyebarkan tamadun di rantau Asia Tenggara kerana menggangap bahawa sebuah
rantau yang masyarakatnya masih mundur dan belum terdedah kepada kebudayaan
Barat dianggap tinggi dijadikan alasan mereka datanag dan mempertahankan
kedudukan mereka di rantau Asia Tenggara.

21
V. Kubalkova and A. A. Cruickshank, Marxism-Lenininsm and Theory of International Relation, London:
Routledge Taylor & Francis Group, 1998. Hlm. 64.
22
D.G.E., Hall, Sejarah Asia Tenggara, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm.20-22.
23
Ibid.
24
Ibid.

7
2.3.4 FAKTOR POLITIK

Pembentukan negara-negara bangsa di Eropah telah menyebabkan kuasa-kuasa besar


tersebut berlumba-lumba untuk mendapatkan kawasan jajahan baru bagi menaikan
status negara mereka. Hal ini demikian kerana, bagi mereka penguasaan dan pemilikan
kawasan jajahan yang luas dan banyak merupakan simbol kekuatan dan keagungan
sesebuah negara25. Oleh itu, kuasa-kuasa Eropah bersaing untuk memperluaskan
wilayah jajahan khsusnya wilayah yang kaya dengan sumber bahan mentah seperti di
rantau Asia Tenggara. Persaingan antara kuasa-kuasa awal Eropah ini adakalanya
menyebabkan peperangan dan untuk mengelakkan perkara tersebut perlaku, pelbagai
perjanjian telah dibuat antara mereka untuk menentukan kawasan pengaruh
masing-maisng. Misalnya perjanjian Inggeris-Belanda adalah perjanjian yang telah
ditandatangani oleh pihak Inggeris dan Belanda bagi menentukan kawasa pengaruh
mereka26.

Menurut, Morgenthau, Cohen dalam teori politik imprealisme. “Imprealism is simply


a manifestation of the balance of power and is the process by which nations try to
achieve a favorable change in the status quo. The purpose of imperialism is to decrease
the strategic and political vulnerability of a nation”27. Oleh itu, elemen glory menjadi
salah satu faktor terpenting yang menjadi penggerak kepada imprealisme barat ke Asia
tenggara semasa berlakunya revolusi industri. Misalnya, British yang merupakan pelopor
revolusi perindustrian menginginkan wilayah tanah jajahan yang lebih luas kerana untuk
menunjukkan kekuasaan mereka, malahan agar dapat menjamin kepentingan ekonomi
mereka28.

pelayaran ke seberang laut telah mencetuskan perebutan untuk menguasai


tanah-tanah jajahan antara kuasa-kuasa besar Eropah untuk membina empayar di
merata tempat29. Hal ini dapat dibuktikan melalui pelayaran yang dilakukan oleh bangsa
Sepanyol dan Portugis dengan melakukan penjelajahan awal ke seberang laut.

25
Satyaseelan Ravi, 2009. Faktor-Faktor Imprealsme Barat ke Asia Tenggara. Dipetik dari
https://www.academia.edu/14206524/Faktor-Faktor_Imperialisme_Barat_ke_Asia_Tenggara pada 24
November 2019.
26
Ibid.
27
Trevor R. Getz, History 400: Modern “European” Imprealism, 2016. Hlm. 6. Dipetik dari
https://trevorgetz.org/wp-content/uploads/Syllabus-History-400-Imperialism.pdf pada 25 November 2019.
28
Nicholas Tarling, Southeast Asia and the great powers. New York : Routledge 270 Madison Ave, Ny 10016,
2010, hlm. 12.
29
Ibid.

8
Kemegahan Portugis boleh dilihat apabila mereka telah menemui jalan ke timur dan
kepulauan melayu dengan bantuan perkembangan tekonologi dan ilmu pengetahuan
seperti kompas dan pembuatan kapal wap yang dibantu lagi dengan pembukan terusan
Suez membuatkan pelayaran dari barat ke rantau Asia tenggara menjadi cepat di
samping kapal wap yang hanya menggunakan arang batu sebagai sumber untuk
penggerak tanpa bergantung kepoada tiupan angin sahaja30. Oleh itu, jelas terbukti
bahawa faktor politik juga tidak kurang pentingnya dalam memainkan peranan yang
mendorong kuasa awal Eropah untuk datang ke Asia Tenggara pada abad ke-16 hingga
ke-19.

3.0 INTERAKSI YANG BERLAKU KEPADA PENDUDUK TEMPATAN

Pedagang Eropah mula memasuki Asia Tenggara pada abad ke-16. Misalnya, Portugis
melihat Melaka sebagai penempatan strategik dan pusat perdagangan rempah. Mereka
menguasainya pada tahun 1511.31 Selama hampir satu abad, Portugis memonopoli
perdagangan di Melaka. Pentadbiran Portugis dilihat jauh lebih buruk daripada orang
Melayu, kerap kali berlaku masalah ketidakcekapan dan rasuah. Ini menyebabkan
pengurangan jumlah perdagangan dan serangan dari Aceh. Sekitar abad ke-16 dan 17,
Belanda juga berusaha untuk memasuki perdagangan rempah. Sebelumnya, mereka
telah membeli produk Timur daripada Portugis, tetapi telah diusir keluar dari pelabuhan
Portugis pada tahun 1594.32 Ini menyebabkan Belanda bertekad untuk mengambil alih
Melaka yang bukan sahaja membolehkan mereka untuk memonopoli perdagangan di
Selat Melaka daripada Portugis, tetapi juga memberikan mereka pengaruh dan hasil
daripada negeri-negeri Melayu.33 Oleh itu, terdapat pelbagai interaksi yang berlaku
kepada penduduk tempatan.

30
Satyaseelan Ravi, 2009. Faktor-Faktor Imprealsme Barat ke Asia Tenggara. Dipetik dari
https://www.academia.edu/14206524/Faktor-Faktor_Imperialisme_Barat_ke_Asia_Tenggara pada 24
November 2019.
31
Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura (Terjemahan Shahabuddin Shafie), Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,1979, hlm. 15.
32
P.J Drake, Currency, Credit and Commerce : Early Growth in Southeast Asia, Hampshire : Ashgate
Publishing Limited, 2004, hlm. 23.
33
Ibid., hlm. 24.

9
3.1 KONSEP KOLONIALISME DAN MERKANTAlISME DIPERKENALKAN

Sebelum kedatangan Barat, kebanyakan negara di asia Tenggara mengamalkan sistem


pemerintahan sistem beraja yang mana raja sebagai ketua kerajaan. Misalnya, di Burma
(Dinasti Konbaung) dan Siam (Dinasti Chakri). Namun, selepas kedatangan penjajahan
Barat, semuanya berubah mengikut kehendak dan keperluan Barat setelah dasar
imperialisme, kolonialisme dan merkantalisme menjadi di negara Asia Tengara. Hal ini
bermula dengan kedatangan orang Portugis ke Tanah Melayu (Melaka) pada 1511 untuk
kepentingan perdagangan. Dengan itu, maka munculnya kuasa Barat lain, Perancis,
Belanda, Britain dan Sepanyol datang menguasai negara di Asia Tenggara yang kaya
dengan hasil buminya.

Kolonialisme merupakan sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa atau


pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau penjajahan
baru di seberang laut. 34
Menurut Nadel dan Curtis (1964), kolonialisme merujuk
kepada aktiviti penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang -orang peribumi di
tanah jajahan. Kolonialisme sering dikaitkan dengan aktiviti untuk menerangkan
imperialisme Barat di sesebuah empayar.

Beberapa pengertian umum lain berkenaan kolonialisme ialah kolonialisme


dikatakan sebagai satu proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan petempatan baru
melalui kaedah penaklukan dengan tindakan ketenteraan dan penghijrahan yang
melibatkan perpindahan rakyat sesebuah negara ke kawasan yang belum diterokai atau
didiami orang lain seperti rakyat British ke Australia dan Amerika Syarikat. Dasar melalui
aktiviti imperialisme sentiasa melibatkan penindasan, penghinaan atau eksploitasi yang
dilakukan oleh kuasa-kuasa imperialis barat terhadap penduduk peribumi. 35

Kolonialisme membawa kepada pembentukan koloni-koloni yang berfungsi untuk


memberikan manfaat kepada negara induk. Koloni merupakan negeri atau tanah jajahan
yang ditakluk oleh sesebuah kuasa asing dan berada di luar sempadan negara asal atau
negara induk. Koloni ini biasanya merupakan kawasan yang kurang maju dan terletak

34
Nicholas Tarling, Southeast Asia and the great powers. New York : Routledge 270 Madison Ave, Ny 10016,
2010, hlm. 31.
35
Midgley, J. & Piachaud, D, Colonialism & Welfare Social Policy and The British Imperial Legacy, United
Kingdom : Edward Elgar Publishing Limited, 2011, hlm. 38.

10
jauh daripada negara induk namun memiliki bahan-bahan mentah yang banyak. 36

Negara induk menjangka akan menerima bahan-bahan mentah dari koloni dan koloni
pula akan menerima barang-barang kilang dari Eropah. Pada masa yang sama,
negara-negara di Asia Tenggara yang dijajah menerima banyak model tanaman
dagangan yang diusahakan untuk kepentingan penjajah.

Melalui kolonialisme, satu bentuk pemerintahan telah dilaksanakan sama ada


melalui paksaan atau secara aman. Penaklukan dilakukan secara langsung atau tidak
langsung. Pada mulanya, kuasa-kuasa barat membeli barang-barang daripada
pemerintah tempatan. Untuk memastikan bekalan barangan boleh didapati secara tetap,
kuasa-kuasa barat mula campur tangan dalam pentadbiran negara berkenaan dan
seterusnya menjadikan negara tersebut sebagai tanah jajahan. Oleh itu, konsep
kolonialisme ini merupakan salah satu interaksi yang berlaku di penduduk tempatan di
Asia Tenggara pada abad ke - 16 hingga abad ke -18.

Merkantilisme merupakan istilah yang berasal dari kata “merchant” yang


membawa erti perdagangan. Mengikut fahaman merkantilisme, sesebuah negara yang
menginginkan kemajuan haruslah melakukan kegiatan ekonomi yang berasaskan
kepada aktiviti perdagangan yang mana perdagangan tersebut hendaklah dilakukan
dengan negara-negara yang lain. Berdasarkan kepada dasar merkantilisme ini, sumber
kekayaan sesebuah negara itu akan diperoleh melalui perdagangan luar negeri yang
kebanyakkannya diterima dalam bentuk emas dan perak.37 Merkantalisme ini
merupakan suatu sistem politik ekonomi yang sangat mementingkan aktiviti
perdagangan international dengan tujuan untuk memperbanyakkan modal serta aset
yang dimiliki oleh sesebuah negara. Dasar merkantilisme ini juga menggalakkan aktiviti
eksport tetapi mengurangkan atau menghadkan aktiviti import. Antara negara yang
menggunakan serta mengamalkan konsep atau dasar merkantalisme ini adalah Portugis,
Sepanyol, British, Perancis dan Belanda. Negara-negara ini kemudianya telah
memperluaskan tanah jajahan mereka sekaligus membawa masuk pengaruh serta

36
Moses, A. D, Empire, Colony and Genocide : Conquest, Occupation and Subalterm Resistance in World
History, United Kingdom : Berghahn Books, 2010, hlm. 62.
37
Heraeni Tamuatmodjo, Aristanti Widyaningsih, Bambang Widjajanta, Mengasah Kemampuan Ekonomi,
Jakarta : Cv Citra Praya, 2002, hlm. 54.

11
fahaman yang telah diguna pakai ke tanah jajahan terutamanya ke negara-negara Asia
Tenggara. 38

Dasar Merkantilisme sangat kuat pengaruhnya sehingga pada abad ke-18, ideologi
ini telah berkembang menjadi politik ekonom di negara-negara Eropah Barat khasnya
dan kemudianya telah meresap masuk ke Asia Tenggara ekora daripada perluasan
kuasa.39 Dasar merkantilisme sangat kuat pengaruhnya sehingga pada abad ke -18,
ideologi ini telah berkembang menjadi politik ekonomi di negara-negara Eropah Barat
khasnya dan kemudianya telah meresap masuk ke Asia Tenggara ekoran daripada
perluasan kuasa.40 Dasar merkantilisme ini bertujuan untuk melindungi perkembangan
industri perdagangan disamping melindungi kekayaan negara masing-masing. Hasil
daripada pengamalan dasar merkantilisme ini, negara serta pemerintah iaitu individu
yang merupakan penguasa ekonomi akan memperoleh kekayaan yang banyak bagi
membiayai negara mereka.
Antara cara yang digunakan dalam rangka memperkaya negara adalah dengan
menumpukan kekayaan berupa logam mulia iaitu emas dan perak. Mana-mana negara
yang banyak memiliki emas dan perak merupakan negara yang kaya dan mempunyai
kemampuan untuk memperluaskan serta memperkembangkan kekuatannya sehingga
dapat memperkuat armada perangnya.41 Negara-negara yang kaya ini juga sekaligus
mengalami kemajuan perdagangan khasnya yang mana melalui dasar merkantilisme ini
hasil produksi eksport ditingkatkan, sebaliknya barang - barang import dihadkan dan
dikenakan bayaran yang tinggi. Melalui dasar merkantilisme juga, Revolusi perdagangan
melalui campur tangan kerajaan negara bangsa pada abad ke -16 dan abad ke-17 telah
menggalakkan lagi pertumbuhan kekayaan dalam negara bangsa. Malahan pula,
penemuan-penemuan kawasan baru telah memulakan persaingan di kalangan negara
bangsa untuk mengukuhkan kedudukan dan supremasi mereka. Hal ini juga telah
membawa kepada pengenalan beberapa akta dan undang-undang antaranya seperti
Akta Perkapalan 1650, Akta Perantis 1563 dan undang-undang kemiskinan 1600. 42

38
Samual.Cy.Ku, Southeast Asia in new century an asia perspective, Taiwan : National Sun Yat Sen
University Kaohsiung, 2002, hlm. 43.
39
Ibid., hlm. 45.
40
Ibid., hlm.50.
41
Ulrich Duchrow, Mengubah kapitalisme Dunia : Tinjauan Sej-alkitabiah Bagu Aksi Politis, Jakarta : Gunung
Mulia, 1999, hlm. 35.
42
Teguh Suhono, Perkembangan Pemikiran Ekonomi, Jakarta : Cv Citra Praya, 2008, hlm. 4.

12
3.2 PERJANJIAN EKONOMI TERHADAP PENDUDUK TEMPATAN

Masyarakat Asia Tenggara telah mempunyai satu bentuk ekonomi sara diri sejak awal
lagi. Sistem ekonomi sara diri yang terbentuk cukup untuk menyara hidup tertumpu
kepada kegiatan pertanian, penternakan binatang, pungutan hasil hutan, dan
perlombongan secara kecil-kecilan.43 Melalui ekonomi sara diri, para petani
menggunakan cara pertanian yang asas sahaja iaitu penggunaan peralatan tradisional
dan tenaga binatang. Tenaga manusia pula terdiri daripada anggota keluarga. Lebihan
hasil akan ditukarkan untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang tidak dapat
mereka keluarkan. Antara tanaman yang terpenting yang menjadi makanan utama di
Asia Tenggara adalah nasi. Oleh itu, penanaman padi merupakan aktiviti pertanian
terpenting bagi mendapatkan beras yang diperoses daripada pokok padi. 44
Di Asia
Tenggara, antara kawasan penanaman padi yang utama mengikut negara termasuklah
Pulau Jawa di Indonesia, Utara Tanah Melayu, Kawasan Delta Irrawady di Burma, Luzon
di Filipina dan lembangan Sungai Mekong di Vietnam.

3.2.1 DASAR BELANDA & SEPANYOL DIPERKENALKAN

Seterusnya, berlakunya Age of commerce’ atau zaman kemuncak perdagangan tercetus


di Asia Tenggara umumnya pada sekitar abad ke-14 sehingga akhir abad ke-17.
Disamping itu pada abad tersebut juga tercetusnya perkembangan ekonomi di mana
Asia Tenggara menjadi sebahagian daripada salah satu sistem yang dinamik dalam
perdagangan dunia dan mewujudkan perubahan yang mendadak dalam merombak
teknik komersil dan tingkahlaku yang baru.45 Istilah ini wujud untuk mengambarkan
kepesatan ekonomi yang berasaskan perdagangan yang mana Asia Tenggara pada
jangka waktu tersebut menjadi pusat perdagangan global yang memainkan peranan
yang besar dalam pemerdagangan barangan ke Eropah dan rantau Asia sendiri. Oleh itu,
terdapat berlakunya perjanjian ekonomi terhadap penduduk tempatan.

43
Hazman, Institusi Pemerintahan, Ekonomi, dan Sosial di Asia Tenggara. Dipetik daripada
https://www.academia.eduINSTITUSIPEMERINTAHANEKONOMIDANSOSIALDIASIATENGGARA. Diakses
pada 22 Oktober 2019, 2012, hlm. 10.
44
Ibid., hlm. 11.
45
Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia, Volume 1, from early time to c. 1800,
Cambridge University Press, 1992, hlm 493.

13
Antara perjanjian ekonomi terhadap penduduk tempatan ialah pengenalan dasar
Belanda pada abad ke-17. Misalnya, pada abad ke-17, negeri-negeri di Asia Tenggara
telah terpengaruh dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Belanda sampaikan
menghentikan peranan dagangan aktif. Belanda memperkenalkan dasar tesebut untuk
tujuan menubuhkan sistem monopoli Belanda terhadap proses jual beli rempah dan bijih
timah di seluruh Nusantara. Untuk memastikan dasar tersebut tercapai, Syarikat Hindia
Timur Belanda(VOC) telah menguasai kawasan Betawi pada tahun 1619 dan mengawal
pelabuhan-pelabuhan utama di Jawa dan pulau-pulau. Belanda telah memperkenalkan
beberapa dasar yang dilaksanakan dengan penuh tipu muslihat, antaranya ialah Dasar
Kultur, Dasar Liberal dan Dasar Etika. 46
Apa yang dimaksudkan dengan Dasar Kultur
ialah sistem tanaman paksa yang diperkenalkan oleh Gabenor Van Den Bosch di
kepulauan Jawa pada abad ke -17. Sebagai contoh, Tanaman seperti kopi, tebu dan
tembakau dibolot oleh Belanda supaya dapat membangunkan ekonomi Belanda. Hal ini
adalah selaras dimana Belanda ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara. 47

Malahan pula, golongan liberal yang di Belanda telah menolak sistem Belanda tersebut
sehinggalah tergubalnya undang-undang yang mewajidkan segala urusan tanah jajahan
hendaklah dilaporkan kepada parlimen. Tidak lama kemudiannya, Belanda telah
mengubah sistemnya dan menukarkan sistem Kultur yang bebas.48 Oleh itu, dasar
belanda yang diperkenalkan ini merupakan salah satu perjanjian ekonomi terhadap
penduduk tempatan.

Antara perjanjian ekonomi yang dilakukan terhadap penduduk tempatan ialah


dasar tutup pintu yang dilakukan oleh Sepanyol. Pada abad ke-16 gugusan kepulauan ini
telah mengalami perluasan kuasa politik dan perluasan kebudayaan di Eropah di Asia
Tenggara. Sepanyol merupakan kuasa pertama yang menjalankan perluasan kuasa ini di
Filipina, hal ini kerana orang Sepanyol datang dari Timur melalui kedua-dua benua
Amerika maka pada masa itu Filipinalah yang menjadi pintu masuk ke kawasan ini.49
Sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina ini, orang-orang di kepulauan ini mempunyai
identiti tersendiri berbanding bangsa-bangsa lain di kawasan Asia Tenggara yang lain.
Hal ini kerana mereka tidak menerima sebarang bentuk agama sama ada agama Hindu

46
Rochelle Rut, Kesan Kemasukan Pengaruh Luar Ke Dalam Masyarakat di Asia Tenggara. Dipetik daripada
https://www.academia.edu.KesanKemasukanPengaruhLuarKeDalamMasyarakatdiAsiaTenggara. Diakses
pada 22 Oktober 2019, 2019, hlm. 5.
47
Ibid., hlm. 6.
48
Ibid., hlm 7.
49
Onofre D. Corfuz, The Philippines, New Jersey : Prentice- Hall, Inc Englewood Cliffs, 1965, hlm. 4.

14
atau Buddha, sebaliknya mereka berpegang teguh kepada kepercayaan animisme.50
Malahan pula, dasar tutup pintu yang diperkenalkan oleh Sepanyol pada abad ke 16-
hingga ke abad ke-18 menyebabkan masyarakat Filipina sukar untuk mengembangkan
ekonominya.

Dasar yang diamalkan oleh Sepanyol ini telah menghalang sesiapa pedagang
yang datang berdagang di Filipina. Namun, lihat pada ke hadapan pada tahun 1828,
Sepanyol telah melakukan pengisytiharan kepada para pedagang iaitu dilarang untuk
menjalankan perniagaan di kedai runcit dan tidak dibenarkan untuk memasuki wilayah
Sepanyol.51 Kesannya, kedudukan ekonomi negara Filipina bertambah kuat, walaupun
kedatangan Sepanyol di Filipina berdasarkan Perjanjian Saragoza yang ditandatangi di
antara Sepanyol dengan Portugis pada tahun 22 April 1529 iaitu menjadikan garisan
tujuh belas darjah ke Timur Pulau Maluku sebagai sempadan kawasan-kawasan
pengaruh Sepanyol dengan Portugis. Oleh itu, dasar tutup pintu yang diperkenalkan
oleh Sepanyol ini merupakan perjanjian ekonomi terhadap penduduk tempatan.

4.0 ADAPTASI YANG BERLAKU KEPADA PENDUDUK TEMPATAN

Kedatangan kuasa Belanda pula ke kawasan Asia Tenggara adalah untuk mewujudkan
satu ibu pejabat “Headquaters” bagi tujuan pentadbiran dan memonopoli ekonomi di
sumatera selain menjadi simbolik kekuatan Belanda di Asia. Berbeza dengan kuasa
Sepanyol di Manila, Sepanyol lebih membawa dasar “mentamadunkan” masyarakat di
Manila dengan melihat bahawa perlunya asimilasi kebudayaan mereka berlaku terhadap
masyarakat di Manila, seperti aspek bahasa, kebudayaan dan agama. Dengan membina
kawasan penjajahan di kawasan yang sama, Kuasa eropah telah mempunyai diturunkan
kawasan yang baik dari aspek reputasi perdagangan di mana kuasa-kuasa eropah ini
berharap untuk mengekalkan kedudukan mereka di kawasan-kawasan tersebut.52

50
D.G.E., Hall, Sejarah Asia Tenggara, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981. hlm. 297.
51
Ibid., hlm. 298.
52
Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia, Volume 1, from early time to c. 1800,
Cambridge University Press, 1992, hlm. 346

15
4.1 PENDIDIKAN

Seterusnya, perkembangan birokrasi moden juga adalah akibat sistem pendidikan yang
semakin maju. Tujuan utama sistem pendidikan ini diperkenalkan adalah untuk
menyebarkan agama Kristian, mengembangkan budaya luar serta mengajar bahasa luar
kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, pengajaran agama amat dititikberatkan kerana
dasar falsafah pendidikan yang ingin diturunkan kepada masyarakat Asia Tenggara. Di
samping itu, mata pelajaran yang diberi penekanan adalah bahasa luar, muzik, budi
bahasa, tingkah laku dan kajian tentang buku klasik. Contohnya sekolah Sepanyol
pertama didirikan di Filipina adalah sekolah mukim yang telah dibina oleh
mubaligh-mubaligh Sepanyol.53 VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) adalah
suatu perusahaan dagang yang mempunyai tujuan komersial dengan mencari
keuntungan secara besar-besaran untuk kepentingan Belanda.

Namun pada abad 17 dan 18 di pengaruh dari negara luar telah merubah segala
kegiatan yang berkenaan kepada bidang pendidikan dan pengajaran dilaksanakan oleh
lembaga-lembaga keagamaan, sedangkan pemerintah tidak ikut campur tangan
langsung dalam penyelenggaraannya sehingga gereja mempunyai kebebasan yang
besar dalam bidang pendidikan.54 Penyelenggaraan pendidikan dan pengajaran masih
dilakukan dalam kalangan agama, tapi mereka merupakan pegawai-pegawai VOC. VOC
sangat memerlukan tenaga-tenaga pembantu yang murah dari penduduk tempatan,
sehingga penduduk tempatan tersebut perlu diberikan pendidikan untuk menjalankan
tugas yang diinginkan.55 Contohnya Belanda (VOC) tersebut juga menyebarkan agama
Kristian-Protestan nya dan sekolah-sekolah juga didirikan atas pola tersebut. Seterusnya
dari aspek pendidikan ialah. Pemerintah tempatan telah mencuba untuk mengusahakan
untuk mengadakan pendidikan moden untuk rakyat, bagi membina beberapa buah
sekolah di seluruh negara, dan memulakan sistem sekolah wajib dan menubuhkan
university serta member biasiswa kepada pelajar-pelajar yang pintar untuk belajar ke
luar negeri. Antara mata pelajaran yang diperkenalkan ialah sejarah, dan geografi . Dari
saat itu kepentingan pendidikan sebagai syarat memasuki perkhidmatan kerajaan
diperkenalkan.56 Oleh itu birokrasi moden dan generasi baru telah pun berkembang

53
Ibid., hlm. 302.
54
Ibid., hlm. 303.
55
Ibid., hlm. 332.
56
Ibid., hlm. 333.

16
bersama-sama dengan semangat patriotik dan idea moden yang dapat betul-betul
memahami perbezaan antara naungan dan negara, dan kesetiaan pada bangsa lebih
daripada takhta sebenar.

4.2 KEAGAMAAN

Antara adaptasi terhadap penduduk tempatan yang dibawa oleh pengaruh luar yang
meresap ke Asia Tengara di mana orang Eropah yang pertama datang ke timur dan
membawa bersama budaya dan agama yang baru. Mubaligh mereka telah menyebarkan
ajaran Kristian di India, Melaka, kepulauan Maluku, Makau dan Jepun. Di antara
mubaligh yang terkenal pada masa itu yang bertujuan untuk menyebarkan ajaran
Kristian ialah St. Francis Xavier.57 Dia tiba di Melaka dari Goa pada tahun 1545 dan
mengembara di serata rantau Asia seperti Jepun, India dan Amboyna hanya untuk
menyebarkan ajaran Kristian ke kawasan Asia Tengggra. Dia merupakan orang pertama
yang membina sekolah yang dinamakan Kolej St. Paul di Melaka pada tahun 1548 untuk
pelajar dari pelbagai bangsa agar para pelajar dapat diserapkan ilmu keagamaan
tentang Kristian. St Francis Xavier meninggal dunia di pulau Sanchan di kawasan
perairan China pada bulan Disember tahun 1552.58 Jenazahnya telah di bawa ke
Melaka dan seterusnya ke Goa, di mana ia masih disimpan sehinggalah ke hari ini. Oleh
itu, penduduk di Asia Tenggara tidak hanya menganut agama Hindu - Buddha sahaja
kesan daripada Indianiasasi sebelum ini, namun mereka juga mula menganut agama lain
misalnya, agama Kristian yang dibawa oleh St. Francis Xavier.

4.3 SISTEM TULISAN

Antara perkara lain yang turut penting dalam aspek adaptasi terhadap penduduk
tempatan melalui perkembangan kerajaan Asia Tenggara adalah sistem tulisan dan
bahasa yang digunakan. Sistem tulisan dan bahasa yang diterima oleh masyarakat Asia
Tenggara turut dikatikan dengan konsep Indianization selepas kedatangan pengaruh
luar yang meluas. Pada abad kedua, nama dan tajuk dalam bahasa Sanskrit digunakan
bagi penghasilan sesebuah utusan.59 Hal ini secara tidak langsung telah bermulanya

57
D.G.E., Hall, Sejarah Asia Tenggara, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 54.
58
Ibid., hlm. 56.
59
L. N. Shaffer, Maritime Southeast Asia To 1500, London, England, : M. E.Sharpe Armonk, New York,
1996,hlm. 25-26.

17
pengaruh bahasa Sanskrit di kerajaan Asia Tenggara sehingga tersebar meluas kepada
masyarakatnya. Malahan pula, kerajaan Asia Tenggara mempunyai pelbagai buku dan
arkib. Tulisan yang digunakan bagi penghasilan naskah tersebut menyerupai tulisan
orang Hu yang menetap di bahagian tengah Asia yang menggunakan tulisan India iaitu
tulisan dan bahasa Sanskrit.60 Keadaan ini membawa kepada ke arah tulisan dan
bahasa Sanskrit menjadi antara kebudayaan yang penting di Asia Tenggara.

4.4 PEMBUATAN KAPAL

Adaptasi teknik pembuatan kapal yang dilakukan di eropah dapat dilihat berlaku dalam
kalangan masyarakat Kerajaan awal Asia. Pertama sekali inovasi perkapalan yang
diterapkan ke dalam pembuatan kapal asia adalah “Kapal Layar Mediterranean” yang
diadaptasi daripada kapal Sepanyol dan Portugis. Kapal ini mempunyai keluasan yang
baik dari hadapan hingga ke belakang, di bahagian dalam kapal terdapat barisan
pendayung yang panjang, kawasan dek kapal yang istimewa dibia untuk perlawanan
lelaki, dan kapal ini mempunyai layar yang besar. Kedua, jenis kapal layar yang
diadaptasi adalah “fluyt” atau “layar terbang”. Kapal ini adalah adaptasi daripada
empayar Belanda sekitar awal abad ke-16. Keluasannya adalah sekitar 30 hingga 40
meter, mempunyai bentuk yang hampir rata di bahagian bawah, dan berbadan bulat
yang sesuai untuk pengangkutan pukal. Jenis yang Ketiga adalah kapal dagang
lengkap dengan senjata yang menggabungkan kapal kargo dan kapal perang. Struktur
kapal ini dibina untuk tahan dari serangan sejata berat dan juga terdapat 15 hingga 20
meriam tersusun yang boleh di tembak serentak.61

60
D.G.E., Hall, Sejarah Asia Tenggara, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 43-44.
61
Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia, Volume 1, from early time to c. 1800,
Cambridge University Press, 1992, hlm. 378

18
KESIMPULAN

Kedatangan kuasa awal kuasa Eropah ke Asia Tenggara pada Abad ke-16 adalah
disebabkan oleh revolusi industri yang berlaku pada abad ke-16 yang mana semasa
revolusi industri in iberlaku kilang-kilang di negara-negara Eropah memerlukan bahan
mentah yang banyak bagi megeluarkan dan memproses barang. Misalnya, dalam proses
pengetinan untuk makanan tahan lama. Di samping itu, perkembangan sistem
pengangkutan dan perhubungan juga menjadi salah satu penyebab kepada kedatangan
kuasa awal Eropah ke Asia Tenggara kerana telah membantu mempercepatkan
pelayaran mereka yang menaiki kapal wap serta perjalanan mereka yang dipendekkan
tanpa mengelilingi benua Afrika dengan adanya terusan Suez. Kedatangan awal kuasa
Eropah ini juga adalah disebabkan persaingan antara kuasa Eropah untuk meluaskan
wilayah jajahan kerana bagi mereka keluasan tanah jajahan adalah simbol kekuatan
bagi sesebuah negera. Tambahan lagi, kedatangan awal kuasa Eropah ini juga adalah
disebabkan oelh perjanjianTordesillas dan Saragosa iaitu perjanjian antara kuasa besar
Eropah iaitu Sepanyol dan Portugis. Namun, kedatangan kuasa Eropah ke Asia Tenggara
ini telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarkat tempatan dan meninggalkan kesan
terhadap penduduk tempatan sama ada baik ataupun buruk. Misalnya, kedatangan
barat telah mengubah sistem politik di negara di Asia Tenggara. Perubahan tersebut
telah mengubah corak pentadbiran di negara-negara di Asia Tenggara. Perubahan
tersebut telah mengubah corak pentabiran di negara-negara Asia Tenggara mengikut
sistem birokrasi Barat. Tekanan daripada dasar luar imperialisme, kolonialisme dan
merkantilisme Barat telah membawa kepada kemerosotan sistem politik tradisional
negara-negara Asia Tenggara. Sistem pentadbiran Barat diperkenalkan bagi memenuhi
tuntutan dan kehendak Barat untuk memonopoli hasil kekayaan bahan mentah yang
terdapat di Asia Tenggara.

19
RUJUKAN

D.G.E., Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fisabellah John, 2015. Fenomena Imprealisme dan Kolonialisme . Dipetik dari


https://www.academia.edu/15917019/IMPERIALISME_DAN_KOLONIALISME pada
24 November 2019.

Heraeni Tamuatmodjo, Aristanti Widyaningsih. 2002. Bambang Widjajanta, Mengasah


Kemampuan Ekonomi, Jakarta : Cv Citra Praya.

Hazman. 2012. Institusi Pemerintahan, Ekonomi, dan Sosial di Asia Tenggara. Dipetik
daripada https://www.academia.edu. Institusi Pemerintahan Ekonomi dan Sosial di
Asia Tenggara Diakses pada 22 Oktober 2019.

J. A. Hobson. 2005. Imprealisme: A study. New Yor. Old Chelsea Station.

L. N. Shaffer. 1996. Maritime Southeast Asia To 1500, London, England, : M. E.Sharpe


Armonk, New York.

Lenin V. I.,1971, Imprealism. The Highest stage of capitalism, Journal of peace Research
13, (2), hlm. 15 dipetik dari https://www.JournalofpeaceResearch/advanced-impe
rialism-a-phase-of-capitalism/9453 pada 25 November 2019.

Midgley, J. & Piachaud, D. 2011. Colonialism & Welfare Social Policy and The British
Imperial Legacy, United Kingdom : Edward Elgar Publishing Limited

Moses, A. D, Empire. 2010. Colony and Genocide : Conquest, Occupation and


Subalterm Resistance in World History, United Kingdom : Berghahn Books.

Nicholas Tarling . 2010. Southeast Asia and the great powers. New York : Routledge 270
Madison Ave, Ny 10016.

Nicholas Tarling. 1992. The Cambridge History of Southeast Asia, Volume 1, from early
time to c. 1800, United Kingdom : Cambridge University Press, 1992.

20
Nor Aina, 2017. Imprealisme dan Kolonialisme: Perjanjian Tordesillas dan kolonialisme
Belanda. Dipetik dari https://www.academia.edu/8338210/Imperialisme_dan_Kolon
ialisme_Perjanjian_Tordesillas_dan_Kolonialisme_Belanda_ pada 28 Oktober
2019.

Onofre D. Corfuz. 1965. The Philippines, New Jersey : Prentice- Hall, Inc Englewood
Cliffs.

P.J Drake. 2004. Currency, Credit and Commerce : Early Growth in Southeast Asia,
Hampshire : Ashgate Publishing Limited.

Qasim Ahmad 1999. Revolusi Industri Pertama: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi


dan Politik. Sabah: Univerisiti Malaysia Sabah.

Rochelle Rut. 2019. Kesan Kemasukan Pengaruh Luar Ke Dalam Masyarakat di Asia
Tenggara. Dipetik daripada https://www.academia.edu.com Kesan Kemasukan
Pengaruh Luar Ke Dalam Masyarakat di asiaTenggara. Diakses pada 22 Oktober
2019.

Satyaseelan Ravi. 2014. Faktor-faktor Imprealisme Barat ke Asia Tenggara. Dipetik dari
https://www.academia.eduFaktor-FaktorImperialismeBaratkeAsiaTenggara.com
Diakses pada 19 Oktober 2019.

Samual.Cy.Ku. 2002. Southeast Asia in new century an asia perspective. Taiwan :


National Sun Yat Sen University Kaohsiung.

Sufian bin Taimon.1972. Intisari Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Tan Ding Eing. 1979. Sejarah Malaysia dan Singapura (Terjemahan Shahabuddin Shafie),
Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Teguh Suhono. 2008. Perkembangan Pemikiran Ekonomi, Jakarta : Cv Citra Praya.

21
Urusan Dunia. 2019. Latar Belakang Sejarah dan isi dari Perjanjian Saragosa. Dipetik
dari https://urusandunia.com/perjanjian-saragosa/ diakses pada 19 Oktober 2019.

Urusan Dunia. 2019. Latar Belakang Sejarah dan isi dari perjanjianTordesillas. Dipetik
dari https://urusandunia.com/perjanjian-tordesillas.com diakses pada 19 Oktober
2019.

Ulrich Duchrow. 1999. Mengubah kapitalisme Dunia : Tinjauan Sej-alkitabiah Bagu Aksi
Politis, Jakarta : Gunung Mulia.

V. Kubalkova and A. A. Cruickshank. 1998. Marxism-Lenininsm and Theory of


International Relation. London: Routledge Taylor & Francis Group.

Wan Abdul Rahman Latif. 1996. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

22

You might also like