You are on page 1of 3

1.

1 PENGENALAN
Iraq merupakan sebuah negara yang telah menyaksikan perkembangan sebuah
tamadun, bermula dari tamadun Mesopotamia sehinggalah ke era islam. Wilayah
ini dikenal pasti melalui kedudukannya yang terletak di antara dua batang sungai
yang terkenal, iaitu sungai Tigris dan sungai Euphrates. Bumi Iraq diperihalkan
sebagai sebuah negara yang mempunyai tanah yang subur kerana sistem
pengairan yang diperoleh melalui air sungai yang turut menghasilkan sumber
makanan yang banyak. Selain itu, wilayah Iraq juga dikatakan sesuai dijadikan
kawasan untuk berdagang. Oleh kerana kelebihan yang dimiliki oleh Iraq, kuasa
luar agak tertarik untuk menakluk wilayah tersebut sehingga telah berlaku
beberapa siri peperangan sepanjang sejarahnya.
Iraq semasa zaman Uthamaniyyah, di bawah kuasa Naqib telah dibahagikan
kepada tiga kawasan iaitu Mosul, Baghdad dan Basrah. Pada sekitar tercetusnya
Perang Dunia Pertama (PD1), Kerajaan Uthmaniyyah telah bekerjasama dengan
Jerman. Hal ini telah menyebabkan konsesi landasan Kereta Api dari Turki ke
Basrah pada 1899 sehingga tahun 1902 telah diberi kepada Jerman. Oleh kerana
hal tersebut, British telah menjadi bimbang dan telah menghantar tenteranya ke
Basrah pada tahun 1914. Tindakan tersebut telah menyaksikan kejayaan British
menakluk Baghdad (Disember 1916), seterusnya Mosul (1918). Penaklukan
tersebut telah menjadi titik permulaan kepada bermulanya mandat British
bermula dari 1920 hingga 1932.

1.2 MANDAT BRITISH DI IRAQ


Penyertaan empayar Uthmaniyyah dalam PD1 dengan memihak kepada Jerman
(The Central Powers) pada 1 Oktober 1914 dan telah menentang British, Perancis
dan Rusia (The Entente Powers). Hal ini telah membawa arus baru dalam sejarah
Islam. Penyertaan ini telah menyaksikan kekalahan pihak Uthmaniyyah-Jerman.
Kerajaan Uthmaniyyah terpaksa melepaskan seluruh wilayah di Timur Tengah.
Melalui keputusan tersebut, timur tengah telah dipersetujui untuk diletakkan di
bawah kuasa mandat yang di amanahkan kepada Britain dan Perancis.
Antara wilayah yang diletakkan di bawah mandat British adalah Palestin.
Manakala wilayah Iraq, Jordan dan Mesir pula diletakkan secara langsung di
bawah pengaruh British, dalam kata lain ia dalam bentuk ikatan perjanjian
dengan pemimpin-pemimpin tempatan.
Persuruhjaya Tinggi pertama di Iraq adalah Sir Percy Cox, walau bagaimanapun,
beliau banyak menghabiskan masa berkhidmat beliau di Persia (April 1918-
Disember 1920) dan meninggalkan Arnold Talbolt Wilson, timbalan beliau dan
diperihalkan sebagai seorang yang tidak berpengalaman dalam pentadbiran-
banyak masalah berlaku. Semasa awal pemerintahan (1920), telah berlaku
pemberontakan rakyat.
Pentadbiran mandat British di Iraq telah merubah segala aspek seperti politik,
ekonomi dan sosial.

1.3 BANI HASYIM DI IRAQ


Sebelum berlakunya pentadbiran mandat British di Iraq, kerajaan Uthmaniyyah di
bawah pimpinan Bani Hasyim telah memerintah Iraq dan beberapa wilayah di
timur tengah yang lain.
Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah kuasa Islam yang muncul di Barat
Anatolia kira-kira pada abad ke 14 M. Kemunculannya berkait rapat dengan
keadaan dunia islam yang kucar kacir selepas serangan Monggol pada abad ke
13 M. Keadaan kucar kacir pada waktu itu telah memberi peluang kepada
kerajaan Uthmaniyyah untuk meluaskan kekuasaannya di Balkan oadda
pertengahan abad ke-14 dengan kejayaan di Kosnovo (1839) dan Nicoplis (1396)
Kerajaan ini hanya bertahan selama hampir enam abad iaitu selepas berlakunya
PD1.
Semasa pentadbiran mandat British di Iraq, British telah melantik seorang Raja
daripada keturunan Bani Hasyim iaitu Raja Faisal bin al-Hussein bin Ali al-
Hashemi (1921-1933).
Reputasi dan legitimasi Bani Hisham di Iraq adalah waris daripada reputasi bani
Hashim di Mekah. Bani Hashim mewarisi keturunan Hashim ibn Abd al-Manaf
iaitu datuk kepada Nabi Muhammad SAW.
British telah memberikan kemerdekaan kepada Iraq pada tahun 1932.
Pentadbiran Bani Hashim di bawah pimpinan Raja Faisal telah berjaya memimpin
Iraq sehingga tahun 1958 sebelum berlakunya pelbagai revolusi.
RUJUKAN

Norman Bentwich. 1933. The Termination of The Mandate. Hebrew University of


Jurussalem: International Law of Peace.

Danis Basic. 2008. State Building by Decree (Chapter II). Diakses daripada
http://courses.washington.edu.

You might also like