You are on page 1of 2

Sejarah Keruntuhan Kesatuan Soviet

Union of Soviet Socialist Republics (USSR) pada kebiasaannya hanya dikenali


sebagai Soviet Union, adalah sebuah negara sosialis di kawasan Eurasia yang
wujud antara tahun 1922 hingga 1991. Soviet Union mempunyai satu sistem
politik yang hanya terdiri dari satu parti politik sahaja iaitu Communist Party
sehingga tahun 1990. Dengan itu, kesemua 15 republik bersekutu dengan KRSS
akan memusatkan pentadbiran di bandaraya Moscow. Ianya dipusatkan di
Moscow terutama dalam aspek ekonomi wilayah bersekutu.
Revolusi Rusia pada tahun 1917 telah membawa kepada kejatuhan kerajaan
monarki / autokratik bermaharaja di Rusia. Selepas kesatuan Bolsheviks
memenangi perang saudara Rusia, republic sosialis soviet telah dibentuk secara
rasminya pada 1922 yang meliputi 4 wilayah utama iaitu, Russian Soviet
Federative

Socialist

Republic,

Transcaucasian

Socialist

Federative

Soviet

Republic, Ukrainian Soviet Socialist Republic dan juga Byelorussian Soviet


Socialist Republic. Pada 1 Februari 1924, USSR telah disahkan oleh empayar
British. Pada tahun yang sama, sebuah pentadbiran Soviet telah ditubuhkan
pada Disember 1922 secara berpusat iaitu di Moscow.
Pada bulan Ogos 1991, Latvia dan Estonia mula mengambil langkah untuk
merdeka dari kesatuan soviet, sedangkan dua belas republik bekas soviet yang
lain mula semakin berjauhan dari penguasaan dan pengaruh kesatuan soviet
pusat. Pada tarikh 8 Disember 1991, Presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah
menandatangani Perjanjian Belavezha, yang menyatakan Kesatuan Soviet
dibubarkan dan menubuhkan Commonwealth of Independent States (CIS)
menggantikan Kesatuan Soviet.
Walaupun ada keraguan dalam penandatanganan perjanjian tersebut ia tetap
diteruskan. Pada tarikh 21 Disember 1991, wakil-wakil dari semua republik
Soviet kecuali wilayah Georgia menandatangani Protokol Alma-Ata, yang juga
merupakan sebuah perjanjian perpisahan dari kesatuan Soviet.
Pada tarikh 25 Disember 1991, Gorbachev berhasil untuk melepaskan diri dari
kemelut perpecahan wilayah kesatuan Soviet dan beliau telah mengundurkan
diri dari jawatan Presiden Kesatuan Soviet, dan menyebabkan secara rasminya
pejabat presiden Soviet ditutup.

Dia telah menurunkan kekuasaan kepada

Yeltsin yang merupakan Presiden Rusia selepas hancurnya kesatuan Soviet.

Setelah itu, Majlis Tertinggi Soviet iaitu badan tertinggi kerajaan Kesatuan Soviet
secara rasminya terhapus. Dengan itu, maka berlakulah pembubaran rasmi
Kesatuan Soviet sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Manakala organisasi

yang lain seperti tentera Soviet dan pasukan polis Soviet, tetap terus berfungsi
sehingga awal tahun 1992, dan secara berperingkat terus diserap ke dalam
negara-negara yang baru merdeka dari kesatuan Soviet.

You might also like