You are on page 1of 18

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

                                                        JABATAN SEJARAH
SESI AKADEMIK 2020/2021
              AIL2022: SEJARAH CHINA MODEN

NAMA  NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN

NO. MATRIK AIL190038 / 17204107/1


NOMBOR 8
SOALAN
TAJUK SOALAN 8: BINCANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI
SOALAN
OLEH KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA

SEPANJANG 1949-1956.

NAMA
PENSYARAH DR. TAN MIAU ING

MASA
TUTORIAL KHAMIS (12-1 PM)
SOALAN 8: BINCANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH

KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA SEPANJANG 1949-1956

PENGENALAN

Negara China merupakan sebuah negara yang amat terkenal dan memang tidak

asing lagi di dunia. Negara China yang merupakan negara terkenal ini dapat dilihat

dari sudut pembentukan tamadunnya yang begitu hebat dan unggul sehingga muncul

sebagai salah satu negara yang paling tua di dunia. Merujuk kepada sudut

ketamadunan, negara China telah muncul sebagai negara ‘superior’ dan juga

merupakan sebuah empayar yang begitu luas wilayah taklukan dan wilayah

kekuasaannya. Ini kerana, China berjaya dalam ekspedisi memperluas wilayah

taklukan iaitu dengan melakukan penaklukan dan penguasaan beberapa wilayah yang

hebat dan luas sehingga menguatkan kedudukan dan kehebatan negara China. Oleh

kerana kedudukannya yang hebat dan berkuasa, maka keadaan ini telah menyebabkan

negara China merupakan negara yang mengamalkan dasar tutup pintu iaitu tidak

menjalinkan hubungan dengan mana-mana negara luar yang lain.1

Seperti yang dinyatakan, China merupakan tamadun awal. Oleh demikian, dari

sudut peradaban, China merupakan peradaban tertua dan terawal yang muncul di

Sungai Kuning, Sungai Hwang Ho dan Sungai Yang Tze yang mana kedudukan

iketiga-tiga sungai ini ialah terletak di utara China. Selain itu, dari aspek sistem

pemerintahan dan pentadbiran, negara China mengamalkan sistem ‘Maharaja’dan

1
Nur Rynah, Sejarah Dan Pertembungan Negeri China Dengan Barat, https://www.scribd.com/doc/175973128.
(Tarikh diakses 31 Mei 2021)
terdapat begitu banyak dinasti yang mewakili setiap pentadbiran dan pemerintahan

yang berbeza. Dinasti-dinasti tersebut bermula dengan Dinasti Hsia, Dinasti Shang,

Dinasti Chou, Dinasti Chin yang kemudiannya Dinasti Han, seterusnya Dinasti Sui,

diteruskan lagi dengan Dinasti Tang dan Dinasti Sung dan seterusnya ialah Dinati

Yuan.

Terdapat beberapa tahap perkembangan yang berlaku di China yang dapat kita

perhatikan. Negara China pada tahap perkembangan pertama ini merujuk kepada

Dinasti Hsia dan Dinasti Chou. Tahap pertama merupakan tahap prasejarah yang

mana pada tahap ini, China dalam proses untuk membina dan menstruktur tamadun

China itu sendiri. Seterusnya tahap kedua yang merupakan tahap penting yang mana

tahap kedua ini ialah tahap pengukuhan dan penstabilan negara China pada era Dinati

Chin. Selanjutnya, tahap ketiga yang merujuk kepada Dinasti Tang dan Han. Ianya

meruapakn tahap kemajuan dan kegemilangan negara China dengan munculnya

pemimpin-pemimpin yang hebat pada era dinasti tersebut.

Tahap yang seterusnya ialah tahap penyesuaian yang mana pada tahap ini

wujud pemerintahan kuasa asing di China. Pada ketika ini China dibawah

pemerintahan Dinasti Ming. Pemerintahan asing di China ini merujuk kepada

kemunculan pemimpin dalam kalangan orang Manchu dan Mongol. Oleh demikian,

pada tahap ini, masyarakat China belajar untuk membebaskan diri dari kuasa asing

yang membelenggu negara mereka. Selanjutnya, tahap terakhir dalam perkembangan

tamadun China ialah tahap moden.2 Ketika ini berlaku perkembangan, perubahan,

2
Nur Rynah, Sejarah Dan Pertembungan Negeri China Dengan Barat, https://www.scribd.com/doc/175973128.
(Tarikh diakses 31 Mei 2021)
revolusi dan bermacam-macam jenis agenda oleh pemimpin dan ahli-ahli bijak pandai

China termasuk salah satunya ialah Republik Rakyat China.

REPUBLIK RAKYAT CHINA 1949

China merupakan negara yang telah menubuhkan sebuah republik yang

dikenali sebagai Republik Rakyat China yang diketuai oleh Mao Zedong.3

LATAR BELAKANG MAO TSE-TUNG/MAO ZEDONG

Mao Zedong dilahirkan pada tahun 1893 di perkampungan Shaoshan sebuah

perkampungan yang menjalankan aktiviti pertanian yang mana Mao Yichang iaitu

ayahnya merupakan salah seorang petani yang kaya di kampungnya. Mao Zedong

merupakan seorang yang suka melakukan pembacaan dan melalui pembacaannya

mengenai sebuah buku yang ditulis oleh Zheng Guanying telah menimbulkan

kesedaran politik dalam diri Mao Zedong. Mao Zedong juga banyak terjebak dalam

parti-parti politik dan revolusi.4 Penglibatan Mao Zedong dalam revolusi China adalah

ekoran pengaruh Dr Sun Yat Sen. 5 Dari sudut parti politik, penglibatan beliau dalam

politik membolehkan Mao Zedong muncul sebagai salah seorang tokoh yang penting

dan banyak memberi sumbangan di negara China. Antara ketokohan beliau ialah

seorang tokoh yang menggerakkan parti komunis sehingga diangkat sebagai Ketua
3
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2019, hlm. 191.
4
Ardi Priyatno Utomo, Biografi Tokoh Dunia: Mao Zedong, Bapak Pendiri Republik Rakyat China,
https://amp.kompas.com/internasional/read/2018/09/07/22232021/Biografi-tokoh-dunia-mao-zedong-bapak-
pendiri-republik-rakyat-china, (Tarikh diakses 31 Mei 2021)
5
Felix Nathaniel, Mao Zedong Menyatukan Cina & Menjadikannya Negara Komunis Terbesar,
https://tirto.id/mao-zedong-menyatukan-cina-menjadikannya-negara-komunis-terbesar-eiu2 (tarikh diakses 1
Jun 2021)
Parti Komunis pada tahun 1935 dan pada tahun 1949 pula, beliau menjadi tokoh yang

mengetuai Republik Rakyat China.6

LATAR BELAKANG REPUBLIK RAKYAT CHINA

Republik Rakyat China telah diasaskan dan didirikan pada tahun 1949 yang

bertarikh 1 Oktober 1949.7 Kerajaan Republik Rakyat China merupakan sebuah

kerajaan yang diperintah oleh Parti Komunis China (PKC). 8 Penubuhan Republik

Rakyat China 1949 mempunyai pusat penubuhannya yang tersendiri dan pusat

Republik Rakyat China ini terletak di Peking atau dikenali juga dengan Beijing. 9

Selain itu, kewujudan RRC secara rasminya pada tahun 1949 dipersetujui dan

diperakui oleh Kesatuan Soviet dan negara-negara komunis yang lain. 10 Pembentukan

Republik Rakyat China pada tahun 1949 ini telah diumumkan oleh Mao Zedong dan

pengumuman mengenai penubuhan Republik Rakyat China ini dihadiri Mao Zedong

atau Mao Tse-Tung dan beberapa ahli kumpulan beliau yang ahlinya terdiri dari

pemimpin-pemimpin komunis. Pengumuman mengenai pembentukan Republik

Rakyat China pada tarikh 1 Oktober 1949 ini berlaku dalam satu perhimpunan di

Medan Tianamen dan ianya dihadiri oleh beribu-ribu rakyat China. Kehadiran ribuan

6
Ardi Priyatno Utomo, Biografi Tokoh Dunia: Mao Zedong, Bapak Pendiri Republik Rakyat China,
https://amp.kompas.com/internasional/read/2018/09/07/22232021/Biografi-tokoh-dunia-mao-zedong-bapak-
pendiri-republik-rakyat-china, (Tarikh diakses 31 Mei 2021)
7
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm, 191.
8
Ririn Darini & M.HUM, Garis Besar Sejarah China Era Mao, http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/Garis
%20Besar%20Sej%Cina20%Era%20Mao.pdf (Tarikh diakses 31 Mei 2021)
9
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 191.
10
Immanuel C.Y.HSO, The Rise of Modern China, New York: Oxford University Press, 2000, hlm. 645.
rakyat China di Medan Tianamen adalah untuk meraikan hari yang bersejarah dan

berharga bagi mereka.11

Dalam perhimpunan tersebut, selain membuat pengumuan mengenai RRC,

Mao juga telah memberikan ucapan kepada rakyat China yang hadir dan di atas

gerbang Mao melaungkan slogan ‘Orang-orang China telah bangkit dan berdiri’

dengan begitu kuat dan semangat sekali. 12 Rakyat-rakyat China yang menghadiri

majlis tersebut dikategorikan oleh pihak kerajaan kepada empat golongan iaitu

golongan petani, golongan pekerja, golongan kapitaslis kebangsaan dan golongan

bojuis kecil. Keempat-empat kelas sosial ini dipimpin oleh pemimpin ‘kelas pekerja’

di bawah Parti Komunis China. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa penubuhan

RRC akan menyebabkan berlaku perubahan dalam pemerintahan negara China yang

mana China akan berada di bawah pentadbiran parti komunis. 13 Merujuk kepada parti

Komunis, ia merupakan salah satu parti yang amat berkuasa dan berpengaruh di

China.14 Pemerintahan komunis di China pada tahun 1949 dengan terbentuknya RRC

dibawah era Mao Tse-Tung merupakan kemuncak komunisme.15

Dari sudut pengasasan RRC, penubuhan Republik Rakyat China yang

diumumkan oleh Mao ini merupakan penubuhan yang mana Mao Zedong/ Mao Tse-

Tung sebagai pengasas dan peneraju RRC. Ini bermakna, Mao Zedong merupakan

ketua dan pengerusi yang akan mengetuai Republik Rakyat China. Di samping Moa

11
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 191.
12
Immanuel C.Y.HSO, The Rise of Modern China, hlm. 833.
13
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 191.
14
Kay Suhaimi, Ringkasan Sejarah Berkaitan Parti Komunis China (PKC), https://iluminasi.com/bm/ringkasan-
sejarah-berkaitan-parti-komunis-china.html (tarikh diakses 1 Jun 2021)
15
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
Zedong sebagai pengerusi RRC, Chou En-Lai akan membantu Mao Zedong dalam

mengasaskan Republik Rakyat China. Hal ini yang mana, jawatan yang dipegang oleh

Chou En-Lai dalam RRC ialah sebagai perdana menteri yang akan mentadbir Majlis

Pengurusan Negeri.16 Mao Zedong sebagai pemerintah RRC telah mengambil beberap

langkah dalam mentadbir dan mengukuhkan kedudukan RRC. Antara langkah tersebut

ialah mengadakan aktiviti yang berprinsip umum, mewujudkan undang-undang

organisasi Persidangan Perundingan Republik Rakyat China dan undang-undang

organisasi Kerajaaan Rakyat Pusat.17

Pembentukan Republik Rakyat China di bawah negara komunis ini telah

memberi fokus dalam aspek pembangunan politik, sosial dan juga ekonomi. Fokus

ketiga-tiga aspek dapat diperhatikan apabila RRC pada awal penubuhannya memberi

tumpuan utama dalam aspek berkaitan dengan membangunkan pengeluaran pertanian,

menghapuskan inflasi, memelihara undang-undang, menjaga keselamatan dan

pemulihan serta pembangunan industri dan infrastruktur.18 Namun, di awal penubuhan

kerajaan RRC, RRC menghadapi beberapa cabaran dalam aspek-aspek tertentu.

Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan RRC ialah cabaran dalam membentuk

16
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 191.
17
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
18
Jonathan D.C. Spence, The Search For Modern China, New York: W.W. Norton & Company, 1990, hlm.
515.
pentadbiran.19 Selain itu, cabaran dalam aspek-aspek sosial. 20 Seterusnya, tidak

ketinggalan juga cabaran dalam aspek membangunkan aspek ekonomi.21

CABARAN KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA

1.CABARAN DALAM MEMBENTUK PENTADBIRAN

Kerajaan Republik Rakyat China dalam memerintah China mengalami

cabarannya yang tersendiri dan antara cabaran yang dialami kerajaan RRC ialah

cabaran dalam membentuk sistem pentadbiran di negara China. Ini kerana, bagi

mereka tugas untuk memulihkan sistem pentadbiran bukanlah satu tugas yang mudah

untuk dilakukan. Keadaan ini boleh dibuktikan yang mana di China, masyarakat-

masyarakatnya masih lagi berpegang utuh dengan pemerintahan feudal terutamanya

pada abad ke-19 dan abad ke-20. Selain pemerintahan feudal, masyarakat China

sebelum diambil alih oleh Mao Zedong juga berada di bawah pemerintahan imprealis

dan bersifat bebas. Dalam masa yang sama, sekitar abad ini juga berlaku penindasan

terhadap masyarakat China yang mana mereka ini menjadi mangsa ahli-ahli politik.

Oleh yang demikian, masalah-masalah yang timbul inilah merupakan cabaran yang

terpaksa dihadapi oleh kerajaan RRC dibawah Mao Zedong.22

19
Deng Xiaoping Dan Politik PKC Sebelum 1978, http://studentsrepo.um.edu.my/396/3/BAB2.pdf (Tarikh
diakses 30 Mei 2021)
20
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
21
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
22
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 192.
Kerajaan RRC dalam cabarannya untuk membentuk pentadbiran baharu di

China telah menghapuskan elemen feudal yang diamalkan di negara ini. Ini yang

mana Mao Zedong telah bertindak untuk melenyapkan unsur-unsur feudal iaitu

dengan menghapuskan golongan pembesar-pembesar feudal, golongan emperialis dan

termasuk juga golongan kapitalis. Penghapusan elemen feudal di China oleh Mao

Zedong ini adalah melalui penggunaan doktrin Maxist-Leninist dan penghapusan

unsur feudal juga adalah disebabkan cadangan Mao Zedong yang ingin membentuk

pentadbiran negara China dibawah kerajaan RRC sebagai satu negara yang

mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk sosialis.23

Seperti yang dinyatakan, Mao Zedong ingin membentuk pentadbiran baharu di

China iaitu dengan mengubah sistem pemerintahan di China yang sebelum ini dengan

memperkenalkan sistem pentadbiran yang berlandaskan sistem sosialis, namun Mao

Zedong menghadapi kesukaran dan cabaran dalam merealisasikan impiannya itu.

Keadaan ini menunjukkan bahawa pada ketika itu dibawah pemerintahan kerajaan

RRC Mao Zedong masih belum wujud di China masyarakat Kapitalis yang betul-betul

sempurna dan begitu juga dengan masyarakat sosialis juga belum wujud. Selain itu,

dapat diperhatikan juga bentuk-bentuk masyarakat di China pada ketika itu. Hal ini

yang mana, masyarakat China berada di bawah pemerintahan yang berbentuk

masyarakat separuh kolonialisme dan separuh darinya pula masyarakat yang

berbentuk feudalisme. Keadaan ini merupakan cabaran bagi Mao Zedong kerana

beliau perlu melenyapkan dahulu sistem semikolonial dan semifeudal ini untuk

23
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
membentuk sistem sosialisme di China dibawah pemerintahan kerajaan RRC. 24

Jelaslah bahawa Mao Zedong ingin mengamalkan sistem sosialis di China.

Sistem sosialis yang ingin digunakan oleh Mao Zedong mempunyai

maksudnya yang tersendiri. Sosialisme merupakan suatu idelogi ekonomi dan politik

yang juga banyak digunakan dalam kerajaan-kerajaan lain termasuk juga kerajaan

Republik Rakyat China. Sistem sosialisme ini sedikit berlawanan dengan sistem

kapitalis yang mana sistem sosialis merupakan sistem yang menetapkan kesamarataan

dalam pengagihan kekayaan dan juga sistem yang membolehkan pengawalan ekonomi

berada dibawah kekuasaan pihak kerajaan.

Sistem sosialis yang diamalkan dalam sesebuah pemerintahan berkaitan dengan

pemikiran Marxisme-Leninisme. Ini bermaksud, negara yang mengamalkan

sosialisme merupakan negara yang menerima dan percaya akan ideologi tersebut

termasuk negara China. China dibawah kerajaan RRC merupakan sebuah negara

sosialis yang paling tua di dunia. Sistem sosialisme yang diamalkan di China ini

bermula pada tahun 1949 ekoran tertubuhnya kerajaan RRC. 25 Jelaslah bahawa

kerajaan Republik Rakyat China dibawah Mao Zedong berhadapan dengan cabaran

untuk membentuk pentadbiran di China.

2. CABARAN DALAM ASPEK SOSIAL

24
Deng Xiaoping Dan Politik PKC Sebelum 1978, http://studentsrepo.um.edu.my/396/3/BAB2.pdf (Tarikh
diakses 30 Mei 2021)
25
Negara yang dianggap sosialis, https://ms.history-hub.com/negara-yang-dianggap-sosialis (tarikh diakses 2
Jun 2021)
Selain menghadapi cabaran dalam membentuk pentadbiran, kerajaan Republik

Rakyat China juga berhadapan dengan cabaran untuk mengatasi masalah-masalah

yang timbul dalam aspek sosial di China. Masalah sosial yang berleluasa di China ini

adalah ekoran daripada pencerobohan pada abad ke-19 yang mana China diceroboh

oleh orang asing yang menyebabkan masyarakat China menjadi lemah dan berpecah. 26

Antara cabaran dalam aspek sosial yang berlaku di China pada ketika itu ialah jenayah

korupsi.27 Korupsi boleh dianggap jenayah yang sering berlaku dalam mana-mana

kerajaan bukan hanya berlaku di kerajaan RRC sahaja. 28 Jenayah korupsi ini

kebanyakannya berlaku dalam politik yang melibatkan pemerintah politik dan ahli-

ahli birokrasinya. Korupsi merujuk kepada penyalahgunaan wang yang berlaku dalam

kalangan individu demi kepentingan diri mereka sendiri. Seperti yang telah

dinyatakan, korupsi berlaku dalam aspek pentadbiran dan kebanyakan korupsi dalam

aspek pentadbiran ini merujuk kepada penyalahgunaan kuasa yang ada pada mereka.

Selain itu, ciri-ciri yang dapat dilihat dalam jenayah korupsi ialah korupsi

merupakan perbuatan yang dilakukan oleh dua orang dan perbuatan ini menjadi rahsia

antara kedua-dua individu yang terlibat. Korupsi yang berlaku khususnya dalam aspek

pentadbiran akan memberi keuntungan kepada pelaku dan jenayah korupsi ini juga

merupakan jenayah penipuan kerana pelaku akan menyembunyikan kebenaran. Di

samping itu, korupsi juga merupakan satu bentuk pengkhianatan.

26
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 191.
27
Ririn Darini, Korupsi Di China: Perspektif Sejarah,
https://www.researchgate.net/publication/326705945_KORUPSI_DI_CHINA_PERSPEKTIF_SEJARAH
(tarikh diakses 2 Jun 2021)
28
Mu Chunshan, China’s Communist Party: 3 Successes and 3 Challenges,
https://thediplomat.com./2017/10/chinas-communist-party-3-successes-and-3-challenges / (tarikh diakses 1 Jun
2021)
Jenayah korupsi ini berlaku di China ketika pemerintahan Republik Rakyat

China dan ianya merupakan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan tersebut. Hal ini

dapat dilihat ketika pemerintahan Mao Zedong yang mana pelaku-pelaku yang

melakukan korupsi ini tidak menghilangkan diri mereka. Pelaku korupsi ini akan

menabur janji dan kata-kata yang manis untuk mendapat sokongan daripada rakyat

dan pelaku korupsi ini juga menerima suapan yang menyebabkan berlakunya

ketidakadilan dalam pemerintahan. Oleh demikian untuk mengatasi korupsi yang

semakin berleluasa di China, Mao Zedong telah membentuk suatu gerakan untuk

menghapuskan korupsi dengan menubuhkan gerakan san fan dan gerakan wu fan. 29

Jelaslah bahawa, korupsi yang berlaku merupakan cabaran sosial yang dihadapi

kerajaan RRC.

Selain masalah sosial iaitu korupsi, kerajaan RRC berhadapan dengan cabaran

dalam masalah sosial yang lain iaitu dalam aspek pendidikan. Selepas diumumkan

pembentukan RRC pada tahun 1949, aspek pendidikan di negara China juga ingin

diberi perubahan oleh kerajaan RRC. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan RRC

ingin mengubah sedikit sebanyak pendidikan di China. Perubahan dalam pendidikan

di China oleh RRC dapat dilihat apabila RRC ingin membentuk pemikiran masyarakat

China mengikut buah pemikiran yang sama dengan kerajaan RRC. Ianya dapat dilihat

melalui kempen yang diadakan untuk penyebaran propaganda literasi. Selain itu,

pemikiran masyarakat China khususnya pelajar-pelajar China dibentuk ke arah

29
Ririn Darini, Korupsi Di China: Perspektif Sejarah,
https://www.researchgate.net/publication/326705945_KORUPSI_DI_CHINA_PERSPEKTIF_SEJARAH
(tarikh diakses 2 Jun 2021)
kesetiaan kepada kerajaan RRC, PKC dan ketua mereka. Jelaslah kerajaan RRC

berhadapan dengan cabaran dalam aspek sosial iaitu aspek pendidikan.

Cabaran dalam aspek sosial yang dihadapi oleh RRC yang seterusnya ialah

cabaran dalam membangunkan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan negara

China. Sebelum ini China dibawah pemerintahan pemimpin sebelum Mao Zedong

kurang menitikberatkan pembangunan dari sudut infrastruktur. Oleh demikian, Mao

Zedong telah berusaha untuk membangunkan infrastruktur di China. Contohnya,

jaringan keretapi. Kerajaan RRC pada tahun 1952 telah membina dan memperluas

jaringan keretapi dari 10 000 kepada 15 000 batu. Selain itu, pada tahun tersebut juga

jalan raya turut diperluaskan. Kemudahan lain seperti sistem mata wang

diperkenalkan dan begitu juga dengan bank bagi memudahkan rakyat China. 30

Jelaslah, cabaran dalam aspek sosial sememangnya dihadapi oleh kerajaan RRC

sewaktu pemerintahannya.

3. CABARAN DALAM MEMBANGUNKAN EKONOMI

Selanjutnya, selain cabaran dalam pentadbiran, pendidikan, jenayah dan

infrastruktur, cabaran yang dihadapi oleh kerajaan RRC juga dapat dilihat dalam

aspek membangunkan ekonomi. Hal ini kerana, China telah mengalami era

pencerobohan sehingga menyebabkan ekonomi negara China menjadi tidak stabil dan

lemah. Salah satu cabaran yang dialami oleh kerajaan RRC ialah peperangan. Hal ini

yang mana, pada tahun 1950, selepas setahun pemerintahan RRC di negara China

telah berlaku peperangan yang memberi ancaman kepada China yang dikenali Perang
30
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
Korea dan perang ini melemahkan pentadbiran dalaman dan ekonomi China pada

ketika itu.31

Selain Perang Korea yang melemahkan ekonomi China, ekonomi China

dibawah kerajaan RRC juga terganggu ekoran inflasi yang begitu teruk dan begitu

sukar untuk dikawal. Di samping itu, kejadian banjir yang berlaku memberi kesan

yang buruk terhadap ekonomi dalam aspek pertanian yang mana banjir ini telah

mengakibatkan 30% sehingga 40% kemusnahan kawasan pertanian. Seterusnya, aspek

industri terutamanya industri makanan menurun kadar peratusnya iaitu menjunam dari

56% kepada 70% sehingga 75%. Keadaan ini menunjukkan situasi ekonomi di China

dan Mao Zedong perlu memulihkan kembali ekonomi negara dan ianya merupakan

cabaran bagi RRC.32

Seterusnya, sewaktu pemerintahan kerajaan RRC, cabaran RRC dalam aspek

ekonomi dapat dilihat apabila berlakunya perang antara China-Jepang. Peperangan

yang berlaku antara kedua-dua belah pihak ini memburukkan lagi keadaan ekonomi di

China ketika itu. Ia dapat dibuktikan dengan berlakunya inflasi yang teruk sehingga

85.000%.33 Selanjutnya, selain perang China dan Jepang, kemelesatan ekonomi di

China juga disebabkan berlakunya perang saudara. Dalam keadaan ini, usaha

Herculean diperlukan untuk membaik pulih ekonomi negara China yang mana

ekonomi China diubah kepada sistem baru seperti yang diinginkan pihak komunis dan

RRC. Oleh demikian, kerajaan RRC mula memberi penekanan keatas industri berat

31
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 192.
32
Immanuel C.Y.HSO, The Rise of Modern China, New York: Oxford University Press, 2000, hlm. 652.
33
Ririn Darini & M.HUM, Garis Besar Sejarah China Era Mao, http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/Garis
%20Besar%20Sej%Cina20%Era%20Mao.pdf (Tarikh diakses 31 Mei 2021)
dan juga menekankan peralihan bandar.34 Jelaslah bahawa, keadaan ekonomi yang

teruk pada ketika itu memberi cabaran kepada kerajaan Republik Rakyat China.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembentukan kerajaan Republik Rakyat China dibawah

pimpinan Mao Zedong pada tahun 1949 sedikit sebanyak membawa kebaikan dan

kelebihan terhadap negara China itu sendiri dan yang paling penting memberi

kebaikan kepada rakyat China. Hal ini kerana pembentukan kerajaan RRC lebih

cenderung memberi fokus dalam aspek sosial, politik dan ekonomi. Namun, Mao

Zedong dalam membentuk kerajaan RRC terpaksa berhadapan dengan beberapa

cabaran. Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan RRC dapat dilihat dari aspek

pentadbiran.35 Selain itu, cabaran dalam aspek sosial dan aspek ekonomi. 36

Cabaran kerajaan Republik Rakyat China dari aspek pentadbiran yang dihadapi

RRC ialah cabaran untuk membentuk sistem pentadbiran baharu di China iaitu

pembentukan sistem sosialis. Ia mengalami kesukaran kerana sebelum ini China


34
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
35
Deng Xiaoping Dan Politik PKC Sebelum 1978, http://studentsrepo.um.edu.my/396/3/BAB2.pdf (Tarikh
diakses 30 Mei 2021)
36
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
ditadbir mengikut sistem semikolonial dan semifeudal. 37 Selain itu, cabaran dalam

aspek sosial pula melibatkan jenayah korupsi dalam sesebuah birokrasi kerajaan. 38

Lain dari itu cabaran dalam mengubah pendidikan dalam kalangan pelajar China dan

cabaran lain ialah cabaran dalam memajukan infrastruktur di China. 39 Seterusnya,

cabaran dalam aspek ekonomi yang dihadapi RRC ialah cabaran untuk memulihkan

kedudukan ekonomi yang teruk ketika itu. 40 Tegasnya, cabaran kerajaan RRC adalah

dalam aspek sosial, ekonomi dan politik.

BIBLIOGRAFI

Ardi Priyatno Utomo, Biografi Tokoh Dunia: Mao Zedong, Bapak Pendiri Republik Rakyat
China, https://amp.kompas.com/internasional/read/2018/09/07/22232021/Biografi-tokoh-
dunia-mao-zedong-bapak-pendiri-republik-rakyat-china, (Tarikh diakses 31 Mei 2021)

37
Deng Xiaoping Dan Politik PKC Sebelum 1978, http://studentsrepo.um.edu.my/396/3/BAB2.pdf (Tarikh
diakses 30 Mei 2021)
38
Ririn Darini, Korupsi Di China: Perspektif Sejarah,
https://www.researchgate.net/publication/326705945_KORUPSI_DI_CHINA_PERSPEKTIF_SEJARAH
(tarikh diakses 2 Jun 2021)
39
Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,
https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COMMUNIST_CHINA
(tarikh diakses 31 Mei 2021)
40
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 192.
Deng Xiaoping Dan Politik PKC Sebelum 1978,
http://studentsrepo.um.edu.my/396/3/BAB2.pdf (Tarikh diakses 30 Mei 2021)

Felix Nathaniel, Mao Zedong Menyatukan Cina & Menjadikannya Negara Komunis
Terbesar, https://tirto.id/mao-zedong-menyatukan-cina-menjadikannya-negara-komunis-
terbesar-eiu2 (tarikh diakses 1 Jun 2021)

Hafiz Ramli, History of Asia: Communist China,


https://www.researchgate.net/publication/331646637_HISTORY_OF_ASIA_BAB_8_COM
MUNIST_CHINA (tarikh diakses 31 Mei 2021)

Immanuel C.Y.HSO, The Rise of Modern China, New York: Oxford University Press, 2000.

Jonathan D.C. Spence, The Search For Modern China, New York: W.W. Norton &
Company, 1990.

Kay Suhaimi, Ringkasan Sejarah Berkaitan Parti Komunis China (PKC),


https://iluminasi.com/bm/ringkasan-sejarah-berkaitan-parti-komunis-china.html (tarikh
diakses 1 Jun 2021)

Mu Chunshan, China’s Communist Party: 3 Successes and 3 Challenges,


https://thediplomat.com./2017/10/chinas-communist-party-3-successes-and-3-challenges /
(tarikh diakses 1 Jun 2021)

Negara yang dianggap sosialis, https://ms.history-hub.com/negara-yang-dianggap-sosialis


(tarikh diakses 2 Jun 2021)

Nur Rynah, Sejarah Dan Pertembungan Negeri China Dengan Barat,


https://www.scribd.com/doc/175973128. (Tarikh diakses 31 Mei 2021)
Ririn Darini, Korupsi Di China: Perspektif Sejarah,
https://www.researchgate.net/publication/326705945_KORUPSI_DI_CHINA_PERSPEKTIF
_SEJARAH (tarikh diakses 2 Jun 2021)

Ririn Darini & M.HUM, Garis Besar Sejarah China Era Mao,
http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/Garis%20Besar%20Sej%Cina20%Era%20Mao.pdf
(Tarikh diakses 31 Mei 2021)

Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2019.

You might also like