You are on page 1of 18

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

SOALAN 4: Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa Masjid al Haram


memainkanperanan penting terhadap perkembangan pendidikan dan
intelektual umat islam di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua ?

NAMA: NOR NAZIHAH BINTI YUSOFF

NO MATRIK: AIL190029 / 172034481/1

SEMESTER/SESI: SEM 2 / 2020/2021

HARI TUTORIAL: RABU

MASA TUTORIAL: 4:00-5:00

KUMPULANTURORIAL: 2

NAMA PENSYARAH: DR. ARBAIYAH MOHD NOOR


PENGENALAN

Masjid merupakan sebuah institusi terpenting dalam kalangan umat Islam. Masjid juga

dianggap sebagi rumah Allah SWT atau dikenali sebagai Baitullah. Ia juga diangkat sebagai

lambang syiar Islam dan menjadi lambang perpaduan ummah yang mana ianya dijadikan

sebagai pusat pembangunan bagi masyarakat Islam serta menjadi institusi terpenting bagi

melengkapi keperluan masyarakat Islam. Pada awalnya, Masjid memiliki fungsinya yang

tersendiri yang mana merupakan sebagai pusat pentadbiran Islam, tempat ibadat bagi umat

islam mengerjakan ibadat solat, tempat mempelajari ilmu agama, pusat Pendidikan, pusat

pembangunan sosial dan lain-lain lagi. Pada zaman Rasulullah SAW juga, masjid menjadi

tempat persinggahan, tempat berteduh bagi golongan miskin, tempat memohon bantuan,

tempat bermusyawarah iaitu tempat oranag ramai berkumpul untuk membincangkan mengenai

politik, ekonomi dan sosial, pusat kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Masjid juga merupakan jambatan yang memperkukuhkan hubungan persaudaraan,

menjalinkan persefahaman dan kecintaan bagi sesama umat Islam pelalui penghayatan ajaran

Islam. Ini dibuktikan bahawa masjid telah berkembang dengan pesat melalui fungsi dan

peranannya sehingga membawa kepada kegemilangan tamadun Islam. Perkembangan ini juga

telah membawa kepada perkembangan dalam Pendidikan dan ilmu pengetahuan sepertimana

yang dinobatkan oleh Rasulullah SAW bahawa masjid merupakan sebuah institusi Pendidikan

dari aspek rohani dan jasmani sehingga menjadi mercu tanda keagungan peradaban dan

kedaulatan umat Islam.1 Walau bagaimanapun, hari demi hari dilihat bahawa fungsi dan

peranan masjid sebagai pusat pembagunan telah berubah mengikut peredaran zaman. Terdapat

juga kebayakan orang dalam masyarakat Islam telah beranggapan sempit terhadap masjid yang

mana menyatakan bahawa masjid hanyalah berfungsi sebagai tempat untuk menunaikan ibadat

1
Mohd Ismail Mustari, Bushrah Basiron, Kamarul Azmi Jasmi, Ajmain@jimain Safar & Azhar
Muhammad,Membangun Potensi Masjid Sebagai Sebuah Institui Pendidikan Islam & Masyarakat, Tinta
Artikulasi Membina Ummah, Jld.3 No 2, 2017, hlm. 47.

1
solat, tempat untuk bertadarus al-Quran pada bulan Ramadhan dan juga berfungsi sebagai

tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keilmuan. Hal ini kerana mereka tidak sedar bahawa

masjid merupakan pusat utama yang memiliki risalah yang sangat penting sebagai pusat

pembangunan dan kemajuan bagi umat Islam di dunia ini.

Kepentingan Masjid terutamanya Masjid al-Haram atau Hijaz telah membawa kepada

mercu kejayaan bagi umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Bermula dari masjid yang

menjadi pusat dalam pentadbiran Islam telah berkembang dengan pesat yang telah melahirkan

umat Islam hidup bersatu padu dalam erti persaudaraan Islam. Perkembangan Masjid al-Haram

bukan sahaja telah membawa perubahan yang besar pada masyarakat Islam zaman Rasulullah

SAW, malah ia juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan peradaban dunia

masa kini terutamanya bagi masyarakat Islam di Asia Tenggara. Peranan Masjid al-Haram

dilihat begitu penting bagi masyarakat di Asia Tenggara dalam membina peradaban masyarakat

Islam yang telah membawa kepada perkembangan dalam semua aspek kehidupan terutamanya

dalam bidang pendidikan dan juga intelaktual sebelum berlakunya perang dunia kedua.

Kepentingan Masjid al-Haram yang juga sebagai pusat ilmuan telah menjadi tumpuan utama

masyarakat Islam dan ianya menjadikan destinasi yang sangat penting bagi masyarakat Islam

dari Asia Tenggara untuk menuntut ilmu agama di sana.

Dilihat perkembangan dalam bidang Pendidikan dan intelaktual di Asia Tenggara

merupakan hasil daripada peranan Masjid al-Haram yang melahirkan ramai golongan intektual

yang mempelajari ilmu agama di sana dan telah menyebakan ilmu Islam apabila pulang ke

tanah air. Ini dapat dilihat dalam masyarakat dari Alam Melayu terutamanya telah menghantar

anak-anak mereka ke Masjid al-Haram Mekkah bagi mendalami ilmu agama dan menunaikan

Ibadah Haji serta menjadikan mereka seorang yang berpengetahuan agama yang tinggi dan

mampu menjadi seorang yang ulama’ atau pendidik di tanah air mereka. Masjid al-Haram

menjadi desti utama untuk mendalami ilmu agama adalah kerana ianya umpama mata air yang

2
tidak pernah kering yang mana ilmu yang sentiasa mengalir ke seluruh pelosok dunia. Hasil

sumbangan daripada Masjid al-Haram ini telah memberikan pelbagai perubahan dan kemajuan

terhadap masyarakat Islam di Asia Tenggara yang melahirkan ramai para ilmuan hebat serta

memajukan bidang Pendidikan dan intelaktual. Oleh itu, mari kita lihat kepentingan dan

sumbangan daripada Masjid al-Haram terhadap perkembangan Pendidikan dan intelaktual

umat Islam di rantau Asia tenggara sebelum perang dunia kedua.

LATAR BELAKANG MASJID AL-HARAM

Masjid al-Haram atau Hijaz terletak di Mekkah al-Mukarromah yang merupakan

sebuah pusat tumpuan utama di Arab Saudi. Masjid al-Haram juga merupakan masjid pertama

yang terbesar dibina dalam sejarah perkembangan Islam dan juga dikenali sebagai Baitulllah

al-Haram. Sejarah Masjid al-Haram ini bermula semenjak nabi Adam a.s lagi dan telah

berkembang sehingga ke hari ini. Masjid ini dibina mengelilingi kaabah atau Baitullah yang

menjadi arah kiblat bagi umat Islam diseluruh dunia apabila mengerjakan ibadah solat. Masjid

al-Haram juga menjadi tumpuan utama umat islam diseluruh pelosok dunia datang ke Mekkah

untuk mengerjakan haji dan umrah pada setiap tahun. Tambahan lagi Masjid al-Hram juga

merupakan tempat ibadah utama yang paling afdhal bagi umat Islam kerana bagi mereka yang

terpilih mengerjakan ibadat di Masjid al-Haram akan dikurniakan ganjaran yang berlipat

ganda. Banyak lagi keistimewaan dan kemuliaan lain yang terdapat di Masjid al-haram seperti

Hajarul Aswad, Telaga Zam-zam, bukit Safa dan Marwa dan banyak lagi.2 Tambahan lagi,

masjid al-Haram menjadi pusat utama pentadbiran dan juga tempat tumpuan ilmu agama bagai

umat Islam. Kebayakan perkembangan Pendidikan dan intelaktual dalam peradaban dunia

bermula dari Masjid al-Haram terutamanya bagi masyarakat Islam dari Asia Tenggara. Ini

2
Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, Ab.Halim Tamuri, Masjid Pusat Perkembangan Tamadun
Islam, April 2011, hlm. 2-3.

3
kerana perkembangan Pendidikan dan intelaktual orang Islam dari Alam Melayu banyak

diperngaruhi oleh peranan yang dimainkan melalui Masjid al-Haram, Mekkah.

PUSAT PENDIDIKAN

Masjid al-Haram, Mekkah memainkan peranan yang sangat penting dalam

perkembangan Pendidikan dan intelaktual umat Islam di Asia Tenggara sebelum berlakunya

perang dunia kedua. Hak ini demikian kerana Masjid al-Haram merupakan destinasi utama

masyarakat Islam Alam Melayu mendalami ilmu agama serta menunaikan haji setiap tahun di

bumi Mekkah. Ramai juga dalam kalangan ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke

bumi Hijaz dalam masa yang lama iaitu lebih belasan tahun untuk menuntut ilmu disana.

Pendidikan di Masjid al-Haram dianggap seperti mata air yang tidak pernah kering kerana ilmu

agama yang tidak pernah putus dan sentiasa menjadi destinasi utama umat Islam setiap

tahun.mereka yang mendalami ilmu agama di sana akan mengikuti pengajian secara halaqah

atau secara berkumpulan. Setiap kumpulan halaqah yang dibentuk adalah secara lingkaran

yang mana mengelilingi ketua iaitu gurunya. Kaedah pengajian secara halaqah yang dipelajari

di Masjid al-Haram ini bermula sejak zaman Rasulullah lagi dan diteruskan sehingga ke hari

ini dalam pengajian Agama. Ini dapat dibuktikan bahawa sistem madrasah atau sekolah agama

yang ditubuhkan di alam melayu banyak mempengaruhi daripada Hijaz yang mana dianya turut

menggunakan kaedah yang sama iaitu halaqah dalam pengaajian agama. Banyak madrasah

telah dibangunkan dan semakin berkembang sehingga ke hari ini. Ini jelas menunjukkan

bahawa Masjid al-Haram ini memiliki fungsi dan peranan yang penting sebagai pusat menuntut

ilmu agama apalila berjaya melahirkan ramai golongan berpendidikan serta menjadi pusat

tumpuan Islam dalam menuntut ilmu keagamaan.

4
PUSAT PENCETAKAN KARYA/BUKU AGAMA

Selain itu, Masjid al-Haram juga dilihat memainkan peranan mengembangkan

intelaktual umat Islam melalui perkembangan intelaktualisme pada akhir abad ke-19 dan awal

abad ke-20. Ia bermula apabila Masjid al-Haram menjadi pusat pencetakan karya-karya dan

buku-buku agama Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Banyak buku-buku telah dicetak bagi

memudahkan pembelajaran kepada palajar-pelajar dari Alam Melayu yang menjadikan Masjid

al-Haram destinasi utama mereka dalam manuntut ilmu agama. Tambahan lagi, pusat

pencetakan ini giat dijalankan juga disebabakan oleh permintaan yang tinggi dari masyarakat

Alam Melayu pada ketika itu termasuklah bagi memenuhi keperluan bahan pembelajaran

dalam institusi pengajian pondok. Antara pusat pencetakan yang terdapat di Mekah ialah

Maktabah al-fataniyah, al-Matba’ah al-Shaqiyah, Maktabah al-Mirriyyah al-Ka’inah dan

banyak lagi. Buku-buku yang dicetak ini telah menjadi rujukan dan bahan bacaan penting

kepada pelajar. Karya Melayu-Islam terawal dicetak di Mekah ialah risalah penulisan

Zainuddin al-Sambawi yang berkaitan dengan solat dan ibadah yang dicetak pada 1876.

Perkembangan penerbitan buku ini semakin rancak apabila Syeikh Ahmad Zain al-Fatani

dilantik oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah menjadi pengurus dan pengarang bagi syarikat yang

baru ditubuhkan di Mekah pada tahun 1884.3 Antara karya yang berjaya diterbitkan oleh beliau

seperti sejumlah kitab Jawi penulisan ulama Nuruddin al-Raniri, Abdul Samad al-Falimbani,

Abdul Malik Abdullah dan lain-lain. Tambahan lagi, kitab tulisan alam Melayu juga telah

dicetak oleh syarikat Matba’ah al-Miriyyah al-Ka’inah yang mana hasil cetakannya ialah

seperti kitab jawi Dhau’ al-Siraj penulisan Syeikh Ahmad al-Katib bin Abdul Latif al-Khatib

al-Minangkabawi, Kashf al-Ghaybah tulisan Syeikh Zainal Abidin al-Fatani dan sebuah kitab

Siraj al-Huda penulisan Zainuddin al-Sambawi.4 Terdapat banyak lagi syarikt penerbitan yang

3
Abu Hanifah Haris, Kaherah Sebagai Pusat Pencetakan Karya Melayu-Islam, 1880-an hingga 1960-an, Journal
of Al-Tamaddun, Jld.9, No.1 June 2014, hlm.17.
4
Ibid.

5
telah mencetak karya-karya agama penting yang menjadi rujukan utama masyarakat dalam

mendalami ilmu agama. Hasil pencetakan kitab-kitab ini juga sangat berguna dalam

mengembangkan intelektual masyarakat Alam Melayu kerana didedahkan dengan pelbagai

bahan bacaan yang mempertingkatkan pengetahuan mereka. Dengan itu jelas menunjukkan

bahawa peranan masjid al-Haram yang turut menjadi tempat pusat pencetakan telah berjaya

merancakkan lagi perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Alam Melayu melalui hasil

pencetakan yang dijadikan sebagai rujukan kepada para pelajar.

REAKSI TERHADAP PENERBITAN AKHBAR

Seterusnya, Perkembangan keilmuan ini telah melahirkan ramai pelajar yang

berpengetahuan tinggi dan mendorong mereka memiliki pendirian yang teguh atas agama.

Sebelum perang dunia kedua, perkembangan penerbitan akhbar dilihat berkembang pesat

kerana berperanan sebagai bahan bacaan umum bagi masayarakat di Alam Melayu.

Kemunculan akhbar ini dapat dilihat peranan yang dimainkan oleh para pelajar keluaran Masjid

al-Haram yang lantang memberikan pandangan dan idea-idea melalui pendangannya sebagai

seorang ahli ilmuan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka memberikan pelbagai reaksi terhadap

penerbitan akhbar-akhbar Melayu yang wujud pada ketika itu seperti Tunas Melayu, Idaran

Zaman, Neracha, Bahtera dan beberapa lagi kerana terdapat Akhbar yang telah mencetuskan

polemic dan menjadi isu yang hangat dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Oleh itu

setiap akhbar yang dikeluarkan, mereka akan mendapatkan akhbar tersebut serta memberikan

pandangan, wawasan dan idea sendiri melalui sudut pandangannya sebagai seorang yang

berpengetahuan.

Sebelum Perang Dunia Kedua juga, terdapat akhbar-akhbar lain yang diterbitkan dan

boleh dikatakan mejoriti akhbar yang diterbikan menjadikan agama sebagai elemen yang lazim

diselitkan seperti kisah-kisah nabi, al-Quran dan hadis, pendidikan Islam dan sebaginya untuk

6
menarik pembaca.5 Lebih menarik lagi apabila pelajar keluaran Masjid al-Haram turut

memainkan peranan dalam penerbitan akhbar yang mana telah menerbitkan akhbar Melayu

seperti Seruan Azhar dan Pilehan Timur sebagai usaha memajukan bangsa melayu. Penerbitan

akhbar yang dilakukan adalah bertujuan untuk memajukan masyarakat serta mengembangkan

ajaran Islam di Alam Melayu. Ini kerana peranan akhbar sangat penting di alam Melayu

sebelum Perang Dunia Kedua kerana banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat serta

mendapat tempat dihati masyarakat. Kesannya, akhbar agama yang diterbitkan akhirnya dilihat

berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakat serta menjadikan usaha yang dilakukan oleh

pelajar keluaran Mekah dalam menyebarkan dakwah Islam melalui penerbitan akhbar ini

berjaya. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar keluaran Masjid al-Haram memiliki pendirian

agama yang kukuh serta memiliki semanagat mengembangkan ilmu agama kepada masyarakat

hasil daripada pembelajaran mereka di Timur Tengah. Dapat dibuktikan juga bahawa agama

merupakan asas penting yang diterapkan di dalam akhbar sebelum Perang Dunia Kedua.

MELAHIRKAN RAMAI ULAMA-ULAMA HEBAT

Peranan Masjid al-Haram sebagai pusat utama pengumpulan dan pertemuan umat Islam

untuk mendalami ilmu agama dan tempat mengerjakan ibadah haji juga dilihat telah turut

mempangaruhi perkembangan dalam Pendidikan dan intelaktuan di rantau Asia Teggara. Ini

dapat dibuktikan melalui lahirnya ulama’-ulama’ Islam dari Tanah Melayu yang mendapat

pendidikan dari bumi Haramayn menjadi tokon ilmuan yang disegani. Kebayakan ulama’ dari

tanah melayu. Masjid al-Haram menjadi destinasi utama bagi masyarakat melayu mendalami

ilmu agama. Alam melayu kaya dengan para ulama yang muncul silih berganti sepanjang

zaman. Mereka dikenali kerana memiliki kehebatan dalam pelbagai bidang seperti tafsiran,

hadith, akidah, tasawuf dan sebagainya. mereka mendapat pendidikan daripada ulama

5
Hamedi Mohad Adnan, Penerbitan Majalah Agama Sebelum Perang Dunia Kedua: Antara Tanggungjawab
Sosial dengan Perniagaan, Jurnal Sejaran, Jld. 18, No. 18, November 2017, hlm.88.

7
terdahulu yang berada di tanah air serta ulama dari Timur Tengah yang mengajar di Mekah,

Madinah dan juga Mesir.

Antara tokoh agama terulung dari Tanah Melayu yang terawal mendapat pendidikan

agama dari Mekah adalah Syeikh Abdul Malik bin Abdullah yang telah direkodkan

pemergiannya ke Mekah pada akhir abad ke-17. Beliau merupakan seorang ulama kelahiran

Terengganu dan merupakan keturunan daripada pendakwah dari Baghdad. Beliau dilahirkan

pada tahun 1678M dan meninggal dunia pada usia 58 tahun iaitu pada tahun 1736M.6 Beliau

dikatakan tinggal di hijaz selama 12 tahun dan berguru dengan ulama terkenal Mekah pada

waktu itu iaitu Syeikh Ibrahim al-Kurani atau dikenalai sebagai Maulana Ibrahim al-Kurani.

Pengajian beliau di Mekah disifatkan sebagai pencarian ilmu agama di peringkat yang lebih

tinggi kerana sebelum ini beliau juga pernah mengikuti pengajian agama di Acheh dan jawa

tetapi hanya peringkat asas sahaja.

Selepas itu, ramai lagi orang Melayu pergi ke Hijaz dan menunjukkan peningkatan yang

agak ramai sejak abad ke-19 dan 20 dan antaranya ialah Syeikh Jamaluddin bin Idrs al-Linggi.

Menjadi ulama terkenal di seluruh negeri Melayu, yang mendapat pendidikan di Masjid al-

Haram di Mekah. Beliau dilahrikan pada 1835 dan berasal dari Negeri Sembilan. Beliau juga

telaha dilantik menjadi guru mengajar di Masjid al-Haram Ketika beliau menetap di sana.7

Beliau merupakan seorang yang berhemah tinggi dan bersifat zuhud serta berjaya melahirkan

ramai tokoh ulama Melayu yang masyhur. Beliau juga memiliki isteri yang berketurunan ulama

besar dari patani yang bernama Hajjah Sofiah binti Haji Muhammad saleh al-Fatani. Beliau

6
Zurita Mohd Yusoff, Najihah Abdul Wahid & Mohd Hafiy Abdul Malik, Sumbangan Syeikh Abdul Malik bin
Abdullah dan Keturunannya dalam pengajian pondok di Terengganu dan Kelantan, Institut Penyelidikan Produk
dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), November 2019, hlm. 587.
7
Zarina Bt. Saari, Latar Belakang dan Bentuk Amalah, Johor: Bahagian Penyelidikan, Jabata Agama, 2008, hlm.
80.

8
merupakan seoranag guru al-quran semasa berada di Mekah dan Patani serta melahirkan ramai

qari dan qariah sepanjang menjadi guru al-quran.

Selain itu, tokoh melayu keluaran haramain terkenal yang turut membawa perubahan

yang signifikan dalam memperjuangkan islam pada abad ke-19 dan 20M ialah Syed Syeikh

Ahmad al-Hadi. Beliau dilahirkan pada 1867 di Kampung Hulu, Melaka yang berkuturunan

campuran Arab dan Melayu.8 Ketika berusia tujuh tahun, beliau bersama keluarga telah

berpindah ke Riau dan Ahmad al-Hadi telah diambil menjadi anak angkat kepada Yang di-

Pertuan Besar Riau-Lingga iaitu Raja Ali Kelana. Semasa di Riau beliau memulakan pengajian

asas keagamaan bersama bapa angkatnya dan selepas itu dihantar ke Terengganu untuk

mengikuti pengajian pondok. Ahmad al-Hadi juga memiliki pengetahuan yang luas kerana

sikapnya yang cintakan ilmu agama melalui ilmu pembacaan, menghadiri majlis ilmu, serta

mengikut jejak bapa angkatnya. Tambahan lagi, beliau juga melibatkan diri dalam kelab

Persekutuan Rasyidiyyah yang mana dikatakan sebahagian ahli kelab tersebut adalah keluaran

dari Timur Tengah seperti Mekkah dan Mesir.9 Al-hadi juga berpeluang ke Timur Tengah

mengerjakan ibadah haji dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Masjid al-Haram dan Mesir.

Keberadaan beliau di Timur Tengah, beliau berguru dengan agamawan berpengaruh disana

seperti Wan Ahmad al-Fatani yang juga merupakan guru di Masjid al-Haram dan ramai lagi.

Penglibatan beliau dalam mendalami ilmu agama dan berguru dengan ulama banyak

dipengaruhi melalui Timur Tengah yang menjadi tunjang kepada al-Hadi menjadi seorang

agamawan yang hebat serta menjadi tokoh reformasi pemikiran Islam melalui

sumbangannya.10

8
Mohd Azrani Asran & Wan Fazira Alyati Wan Zakaria, ‘Reformasi Pendidikan al-Hadi dan al-Faruqi,’
Journal Islamiyyat, Jld. 37, No. 1, 2015, hlm. 41.
9
Ibid.
10
Ibid.

9
Seterusnya ialah Haji Muhammad sa’id al-Linggi atau nama penuhnya Syeikh Haji

Muhammad Sa’id bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dilahirkan pada tahun 1292H/1875M.

dilahirkan di Syi’ib Mekah. Beliau berketurunan dalam keluarga ahli ulama Melayu

terkemuka.11 Beliau terkenal dengan sifat zuhud yang mana tidak pernah mementingkan dunia

harta benda dan kedudukan. Beliau juga terkenala dengan sikap qariah, bertakwa, bersahsiah

mulia, berkepimpinan sehingga memiliki ramai pengikut. Beliau mendapatkan pendidikan

agama sejak kecil lagi di Patani dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi

iaitu di mekah Ketika beliau berusia 17 tahun. Beliau telah berguru dengan ulama terkenal di

Kota Mekah yang mana dikatakan lebih dari 50 orang guru termasuklah Syeikh Hasb Allah al-

Makki Syeikh Nawawi al-Batani, Syeikh Muhammad sa’id Basli, Syeikh Zail al-din al -

Sambawi, Syeikh Muhammad Yusuf, Khayyat, dan ramai lagi ulama’ yang termasyur yang

pernah menjadi guru beliau.12 Hasil daripada pengajian ini, beliau telah diberi ijazah untuk

mengajar orang ramai dan dikenali sebagai ulama terulung seperti guru-gurunya.

Muhammad Yusof bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai tok kenali juga

merupakan ulama’ yang telah berhijrah ke Mekah untuk mendalami ilmu agama disana. Beliau

merupakan ulama kelahiran dari Kota Bharu Kelantan yang mendapat pendidikan agama di

peringkat rendah sejak awal lagi dan berguru dengan beberapa ulama’ terkenal pada Ketika itu

di Kelantan. Beliau telah melanjutkan pengajian agamnya ke Mekah keika berusia 17 tahun

lagi dan dikatakan berada di kota Mekah selamaa 20 tahun. Semasa di sana, beliau berguru

dengan beberapa ulama’ iaitu Syaikh Muhammad Zain Mustafa al-Fatani, Syaikh Ahmad dan

beberapa lagi sebelum muncul sebagai ulama’ terunggul dari alam Melayu. Tok Kenali juga

dikenali dengan sikapnya yang berkebolehan luar biasa sehingga menjadi ulama yang disegani

dalam kalangan gurunya. Penguasaan ilmu agama di Masjid al-Haram juga telah mendorong

11
Zarina Bt. Saari, Latar Belakang dan Bentuk Amalah, Johor: Bahagian Penyelidikan, Jabata Agama, 2008, hlm.
81.
12
Ibid., hlm. 83.

10
beliay menjadi seorang ulama terkemuka di Kelantan dan pelbagai sumbangan telah diberikan

terutamanya menjadi pejuang agama dalam mempertahankan agama, menulis karya Majalah

Pengasuh dan Al-Hikmah yang menjadi rujukan sehingga berjaya melahirkan ramai ahli-ahli

agama diseluruh tanah air.

Selain itu, perkembangan keilmuan Islam di Wilayah Indonesia juga berlaku

disebabkan oleh peranan daripada Masjid al-Haram yang menjadi pusat ilmu dan Pendidikan

Islam. Kemunculan tokoh-tokoh ilmuan ini bermula dari abad ke-17 yang mana berlakunya

migrasi muslim dari wilayah Indonesia ke Haramain (Mekkah dan Madinah) dan menetap di

sana bagi mendalami ilmu agama serta ada juga yang pergi untuk menunaikan ibadah haji. Bagi

muslim yang mendalami ilmu agama di Haramayn akan dipandang tinggi ilmunya kerana

Masjid al-Haram memiliki keistimewaan dan tempat yang paling tinggi darjat dalam menuntut

ilmu agama. Terdapat ramai ulama’ dari Nusantara telah menetap di Haramayn untuk berguru

dan mendalami ilmu agama dengan tokoh ilmuan di sana seperti Nur al-Din al-Raniri, Abd. al-

Ra’uf al-Singkili dan Muhammad Yusuf al-Makassari. Mereka ini merupakan ulama’ terawal

dari nusantara yang menuntut ilmu di Haramayn dan menjadi perintis kepada generasi

selepasnya. Ilmu yang diperolehi melalui perkembangan pendidikan dari Masjid al-Haram ini

telah berjaya melahirkan lebih ramai ulama’ terkenal dari Nusantara seperti Abd al-Samad al-

Palimbani, Muhammad Arsyad al-Banjari, Muhammad Nafis al-Banjari, Dawud al-Fatani,

Ahmad Khatib al-Sambasi, Ahmad Rifa’i Kalisalak, Nawawi al-Bantani, Ahmad Khatib al-

Minangkabawi, Mahfuz al-Tarmasi dan ada dalam kalangan mereka yang dilantik menjadi

guru di Masjid al-Haram yang mana telah diberikan ijazah untuk mengajar di halaqah-halaqah

Masjid al-Haram. Keberadaan para ulama’ Nusantara sangat dihormati serta beberapa ulama’

dalam kalangan mereka diberikan gelaran khusus seperti Syeikh Nawawi al-Batani yang diberi

11
gelaran Syeikh al-Hijaz. 13 Nawawi al-Batani merupakan ulama’ yang berasal daripada Tanara,

Bentan yang terkenal dengan perwatakan rendah hati, alim serta merupakan seorang penulis

kitab yang dikagumi kerana penulisannya dan keilmuannya yang tinggi. Ketinggian ilmuan

beliau adalah hasil daripada ketekunannya menuntut ilmu di Masjid al-Haram sehingga beliau

juga pernah menjadi seorang pemimpim Pesantren di Tantara. Selain itu, ramai lagi ulama’

terulung dari wilayah Indonesia diberikan gelaran khusus kerana ketinggian ilmuannya seperti

Ahmad Khatib al-Minangkabawi sebagai Mufti Mazhab Syafii, dan ramai lagi.

Di samping itu, peranan masjid al-haram sebagi pusat keilmuan Islam juga telah

melahirkan ramai golongan ulama’ dari Pattani terutamanya pada abad ke-18 dan 19. Antara

ulama’ terkenal dari Patani keluaran Masjid al-Haram ialah Syekh Daud bin Abdullah al-

Fatani. Beliau mendapat pendidikan awal tentang ilmu keislaman melalui lingkungan

keluarganya sendiri serta mendapat pendidikan awal di Patani, dan Acheh sebelum

menyambung pengajian ke Mekah yang dikatakan menetap di sana selama 30 tahun dan 5

tahun di Madinah untuk mendalami agama. Keberadannya di Mekah, beliau telah berguru

dengan ulama terkemuka di Mekah seperti al-Sayyid al-Syarif Ahmad al-Marzuqi, Syaikh

Muhammad Salih b. Ibrahim (Mufti Mekah), Syailfi ' Ata'ullah dan Syaikh Muhammad b.

Sulaiman al-Kundi. Beliau juga sangat dikenali dalam kalangan ulama’ Mekah dan turut

diangkat menjadi guru mengajar di Masjid al-Haram serta menghasilkan banyak karya-karya

penulisannya dan menjadi beliau sebagai seorang ulama berpengaruh di Masjid al-Haram.

Tambahan lagi, beliau juga telah menjadi guru dan pendakwah yang berpengaruh di Alam

Melayu seperti di Kelantan dan Riau sehingga mempengaruhi sistem pentadbiran Islam

disana.14 Selain tiu ramai lagi ulama Patani yang menjadi tokoh Islam termasyur hasil

13
Ahmad Levi Fachrul Avivy, Jaringan Keilmuan Hadis dan Karya-karya Hasia di Nusantara, Journal Hadis, Jld.
8, No. 16, Disember 2018, hlm. 65.
14
Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fatani: Sumbangannya dalam Pendidikan Islam
di Pattani, Journl al-Muqaddimah, Jil. 2, No. 2, 2012, hlm. 104.

12
sumbangan dan peranannay dalam memperjuangkan ajaran Islam iaitu seperti Syeikh Zainal

Abidin bin Ahmad al-Fatani, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, Syeikh Nik Mat

Kechik al-Fatani dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja terkenal sebagai ulama di alam Melayu

sahaja tetapi turut memiliki pengaruh yang kuat di Masjid al-Haram sendiri.

Dengan itu, jelas menunjukkan bahawa Masjid al-Haram memainkan peranan yang

sangat penting sebagai pusat ilmuan terkemuka bagi umat Islam mendalami ilmu agama

sehingga melahirkan ramai golongan ilmuan dan intelaktual di dari Tanah Melayu, wilayah

Indonesia dan juga Patani.

PERKEMBANGAN SISTEM PENGAJIAN PONDOK DAN MADRASAH

Peranan Masjid al-haram sebagai pusat tumpuan Islam bukan sahaja dilihat mampu

melahirkan ramai golongan ulama yang terkenal dan berpengaruh, malah ia turut

mempengaruhi sistem pendidikan di alam Melayu sebelum perang dunia kedua. Dapat dilihat

sistem pendidikan mula tumbuh di alam Melayu telah mewarisi sistem pendidikan di Masid al-

Haram yang disebarkan oleh pelajar yang mendalami ilmu agama di sana. Pelajar-pelajar yang

belajar di Masjid al-Haram menjadi penyumbang kepada sistem pendidikan di alam Melayu

selepas pulang ke tanah air yang mana telah mempraktikkan sistem pendidikan yang lebih

sistematik kepada penduduk tempatan. Sebelum berlaku perkembangan dalam sistem

pendidikan di Tanah Melayu, pengajian masyarakat Islam di Tanah Melayu adalah bersifat

pengajian pondok yang mana pengajiannya hanya dijalankan di masjid-masjid. Contohnya di

Kelantan, ulama kelulusan daripada masjid al-Haram telah mendirikan beberapa buah sekolah

pondok seperti pondok di Pulau Chondong yang diasaskan pada 1820 oleh Haji Abdul Samad

dan Masjid al-Muhammadi di Kota Bharu yang dijadikan sebagai sekolah pondok oleh Tok

Kenali. Terdapat juga sekolah pondok di Terengganu yang diasaskan sejak abad ke -18 lagi

oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah yang dikenali sebagi Kmapung Pulau Manis yang

13
menjadi pusat pentadbiran dan Puat Kerohanian Islam.15 Sistem pondok yang dijalankan ini

banyak memiliki persamaan dengan pengajian di Masjid al-Haram yang mana menjadikan

pengajian Masjid al-Haram sebagai asas dalam pembelajaran agama. Tambahan lagi, sistem

pendidikan pondok di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua, telah tumbuh di seluruh

Negeri Semenanjung kecuali hanya di Negeri-negeri Selat dan juga Johor kerana sistem

sekolah pondok kurang ditekankan di sana.

Sistem pendidikan pondok ini dilihat semakin berkembang kerana telah diubah suai

mengikut kesesuaian dari segi pembelajarannya terhadap penduduk tempatan melalui corak

dan kaedah pembelajaran di Mekah. Kaedah yang digunakan dalam sistem pondok ini ialah

berbentuk Halaqah iaitu pengajian dalam satu bulatan yang mana para pelajarnya perlu

mengelilingi gurunya. Meraka juga akan diajar asas Bahasa Arab dan diikuti beberapa lagi

matapelajaran yang lain. Kaedah pendidikan Masjid al-Haram yang disesuaikan dalam sistem

pendidikan pondok juga adalah bertujuan memudahkan pelajar-pelajar untuk melanjutkan

pengajian ke Masjid al-Haram kerana melalui sekolah pondok ini mereka dapat

mempersiapkan diri sebelum melanjutkan pengajian mereka. Ini jelas dibuktikan bahawa

kaedah pembelajaran sekolah pondok ini memiliki banyak persamaan dengan kaedah

pembelajaran di Mekah serta banyak dipengaruhi oleh pengasasnya yang berlatar belakang

pendidikan dari Mekah.

Selain daripada pengajian pondok,Madrasah atau lebih dikenali sebagai sekolah Arab

bagi masyarakat melayu telah ditubuhkan hasil daripada dakwah yang dilakukan oleh orang

arab dan pelajar-pelajar tempatan yang telah menuntut ilmu agama di bumi hijaz. Mereka ini

telah menubuhkan beberapa buah madrasah di alam melayu untuk menyebarkan ilmu agama

15
Zurita Mohd Yusoff, Najihah Abdul Wahid & Mohd Hafiy Abdul Malik, Sumbangan Syeikh Abdul Malik bin
Abdullah dan Keturunannya dalam pengajian pondok di Terengganu dan Kelantan, Institut Penyelidikan Produk
dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), November 2019, hlm.593.

14
kepada penduduk tempatan. sistem pengajian di madrasah ini adalah bersifat lebih moden

berbanding sistem pengajian pondok yang mana pengajian di madrasah lebih tersusun dan

flaksibal. Pengajian madrasah dilakukan didalam kelas mengikut jadual pembelajaran yang

sistematik dan pengajaran yang dilakukan di madrasah bukan sahaja terhad kepada pendidikan

agama sahaja tetapi adalah secara meluas termasuklah ilmu hisab, ilmu alam, mantiq dan lain-

lain lagi. Antara madrasah yang terkenal di Tanah Melayu adalah seperti Madrasah Idrisiah

yang ditubuhkan pada 1926. Madrasah ini dibina di Kuala Kangsar Pengajian yang ditekankan

di madrasah ini adalah berasaskan corak pendidikan di Masjid al-Haram. Bukan itu sahaja,

sistem pengajian madrasah turut berorentasikan sumber perngajian di Universiti al-Azhar,

Mesir tetapi telah diubah suai mengikut pengajian Masjid al-Haram kerana pelajar dari alam

Malayu lebih tertarik kepada pendidikan Masjid al-Haram. Hal ini demikian kerana, ramai

kalangan melayu menjadikan Masjdi al-Haram sebagai pilihan utama mereka untuk

melanjutkan pengajian di sana kerana yakin akan ilmu yang diperoleh dari tanah suci Masjid

al-Haram. Tambahan lagi, keistimewaan Masjid al-Haram yang menjadi destinasi utama umat

Islam mengejakan ibadah haji, tempat keilmuan terulung serta tidak ada tempat keilmuan hebat

setanding Masjid al-Haram menjadikan Masjid al-haram pilihan utama mereka untuk

menyambung pengajian di sana.

PENUTUP

Jelasnya, masjid al-Haram memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan

Pendidikan dan intelakatual umat Islam di Asia Tenggara sebelum perang dunia kedua.

Keistimewaan Masjid al-Haram yang menjadi tumpuan masyarakat islam di seluruh dunia telah

berjaya menyatukan masayarakat islam di rantau ini dan melahirkan semangat

memparjuangkan Islam yang tinggi dalam kalangan ulama terutamanya. Masjid al- Haram

sebagai pusat penyebaran agama melalui pencetakan buku-buku dan karya-karya Islam yang

menjadi rujukan dan panduan kepada umat islam seluruh dunia dalam menuntut ilmu agama

15
turut berjaya membuka minda umat Islam serta melahirkan semangat jihad yang tinggi dalam

menyebarkan agama. Lahirnya ulama-ulama dan tokoh-tokoh Islam hasil daripada sumbangan

dari Masjid al-Haram telah berjaya mengubah pemikiran masyarakat Islam di alam melayu

melalui peranannya sebagai ulama, pendidik, pejuang islam dan pengasas institusi agama yang

dicurahkan kepada masyarakat selepas pulang ke tanah air. Perkembangan pusat pendidikan

agama seperti pengajian pondok dan madraasan di alam Melayu dilihat mengalami perubahan

yang mana pengajiannya yang semakin sistematik melalui panduan kurikulum pengajian di

Masjid-al-Haram. Ini dapat dibuktikan bahawa peranan masjid al-Haram ini mempunyai

signifikan yang besar dalam perkembangan pendidikan intelaktual masyarakat rantau asia

Tenggara kerana ampa hasil sumbangan dari Masjid al-Haram, tidak mungkin berlaku

perkembangan danpenyebaran agama secara meluas.

16
BIBLIOGRAFI

Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, ‘Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fatani: Sumbangannya dalam
Pendidikan Islam di Pattani,’ Journl al-Muqaddimah, Jil. 2, No. 2, 2012.

Abu Hanifah Haris, ‘Kaherah Sebagai Pusat Pencetakan Karya Melayu-Islam, 1880-an hingga
1960-an,’Journal of Al-Tamaddun, Jld.9, No.1 June 2014.

Ahmad Levi Fachrul Avivy, ‘Jaringan Keilmuan Hadis dan Karya-karya Hasia di Nusantara,’ Journal
Hadis, Jld. 8, No. 16, Disember 2018.

Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, Ab.Halim Tamuri, Masjid Pusat Perkembangan
Tamadun Islam, April 2011.

Zarina Bt. Saari, Latar Belakang dan Bentuk Amalah, Johor: Bahagian Penyelidikan, Jabata Agama,
2008.

Mohd Azrani Asran & Wan Fazira Alyati Wan Zakaria, ‘Reformasi Pendidikan al-Hadi dan al-Faruqi,’
Journal Islamiyyat, Jld. 37, No. 1, 2015.

Hamedi Mohad Adnan, ‘Penerbitan Majalah Agama Sebelum Perang Dunia Kedua: Antara
Tanggungjawab Sosial dengan Perniagaan,’ Jurnal Sejaran, Jld. 18, No. 18, November 2017.

Zurita Mohd Yusoff, Najihah Abdul Wahid & Mohd Hafiy Abdul Malik, ‘Sumbangan Syeikh Abdul
Malik bin Abdullah dan Keturunannya dalam pengajian pondok di Terengganu dan Kelantan,’
Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), November 2019.

17

You might also like