You are on page 1of 4

Bab 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan Soalan Subjektif

Soalan 1
1. Perbandaran Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung-kampung berkembang menjadi bandar. Antara bandar yang penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan Harappa di Lembah Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Thinis, thebes dan Memphis Mesir. Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian. Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia. 2. Pengkhususan pekerjaan Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan. Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing. Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar yang mempertahankan negara daripada serangan musuh. Pengkhususan pekerjaan melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Kemunculan tamadun-tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan kemajuan dalam bidang pertanian sehingga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat. Penciptaan roda juga telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti Tamadun Mesir, Mesopotamia dan Mohenjo Daro yang sekaligus mewujudkan golongan artisan dan pedagang. 3. Organisasi sosial. Pertambahan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi telah melahirkan masyarakat yang kompleks. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja. Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendekiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan.

Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya. Di Mesir, Firaun (raja) berada di kedudukan paling atas susunan lapis masyarakat dan di Mesopotamia raja atau pendeta mempunyai kedudukan yang tertinggi. Di Dinasti Shang, raja mempunyai kedudukan tertinggi dan diikuti oleh golongan bangsawan,petani, artisan, peniaga dan askar. 4. Bahasa dan tulisan Kewujudan bahasa dan tulisan juga merupakan ciri masyarakat bertamadun. Tulisan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran, menyimpan rekod aktiviti keagamaan dan kegiatan perdagangan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit. Sistem tulisan awal ialah hieroglif dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun-tamadun awal berbentuk gambar, simbol dan pepaku. Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu dan pengetahuan, komunikasi dan menyampaikan serta mengembangkan idea pemikiran manusia. Pendeta Mesir telah mencipta bentuk tulisan bergambar yang dinamakan hieroglif, sementara tulisan simbol China dipanggil ideogram. 5. Agama dan kepercayaan. Kemunculan agama dan kepercayaan mempunyai pertalian rapat dengan adat istiadat dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal. Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme dan pemujaan roh nenek moyang. Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling telah melahirkan kepercayaan animisme. Secara evolusi, kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih dari satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan pengiktirafan golongan pemerintahan, organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan. 6. Petempatan kekal Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik. Petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan sebagai pusat-pusat tamadun awal. Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah Tamadun Indus (lembah Sg. Indus), Tamadun Mesir (lembah Sg. Nil), Tamadun

Mesopotamia(Lembah Sg. Tigris dan Euphrates) dan Tamadun Hwang Ho (Lembah Sg.Hwang Ho/Sg.Kuning) 7. Sistem pemerintahan Sistem pemerintahan diwujudkan untuk menguruskan masyarakat yang lebih besar. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun. Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan dalam negara. Sistem pemerintahan diketuai oleh Firaun dan dibantu oleh pembesar-pembesar negara.

Soalan 2
Setiap agama memiliki institusi tersendiri sebagai pusat kegiatan keagamaan mereka. Institusi-insitutusi ini adalah seperti berikut: a. Masjid Ia merupakan institusi agama dalam Islam. Masjid bermaksud tempat sujud atau tempat beribadah kepada Allah SWT. Sebagaimana ibadah dalam Islam amat luas maksudnya, begitu jugalah fungsi masjid. Masjid tidak terbatas sebagai tempat sembahyang semata-mata. Hal ini telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW semasa hayatnya dengan menjadikan masjid tempat segala aktiviti umat Islam. Antaranya, masjid berperanan sebagai tempat bermesyuarat, tempat mengadili masalah masyarakat Islam, tempat menerima dan merawat pejuang Islam yang cedera dan pelbagai fungsi lain. (S. A. H. Mokhtar,1997:116). Kepentingan masjid dalam masyarakat Islam menyebabkan pembinaan masjid merupakan langkah awal semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Justeru itu terbinalah masjid pertama dalam Islam iaitu masjid Quba. Ini diikuti dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Mekah, Masjid alAqsa di Palestin dan Masjid al-Azhar di Mesir. Dalam bidang pendidikan, masjid merupakan institusi terpenting dalam Islam. Di sini umat Islam memulakan pendidikan awal terutama golongan kanak-kanak. Kanak-kanak dilatih mengaji al-Quran, selain latihan di rumah yang dijalankan oleh ibu bapa sendiri. Masjid juga berfungsi sebagai pusat pendidikan pelbagai ilmu Islam dan informasi setempat. Sejarah para ulama awal dalam Islam membuktikan hal ini. Imam Shafie, Imam Maliki dan imam-imam lain menerima pendidikan ilmu Islam yang luas di masjid-masjid utama di atas.Lanjutan dari hal

ini, para ulama merupakan tenaga pengajar dan tempat rujukan masyarakat dalam pelbagai hal (Ibid:117). Masjid utama dalam Islam ialah Masjid al-Haram. Ini diikuti dengan Masjid Nabawi, masjid Aqsa dan lain-lain. Keutamaan masjid-masjid ini bergantung kepada pengakuan dan sejarah Islam yang bermula pada zaman Rasulullah SAW. Pada satu sudut yang lain, masjid mempunyai beberapa keistimewaan yang membezakan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam dengan rumah ibadat penganut agama lain. Kewujudan masjid juga berada di segenap pelusuk dunia. Justeru itu, masjia terbina dalam pelbagai bentuk seni bina. Kesemuanya bentuk seni bina masjid dapat dibahagi kepada tujuh bentuk, iaitu (Ibid:124-128): a) Maghribi b) Andalusia c) Mesir d) Turki Saljuk e) India f) Iran Safawi g) Turki Uthmani

b. Kuil dan Candi Kuil merupakan rumah ibadat bagi penganut agama Hindu dan Buddha. Fungsi kuil lebih luas pada peringkat awal perkembangan dua agama ini. Ia menjadi pusat pendidikan yang diperlukan oleh sami-sami Hindu dan Buddha. Golongan Brahmin dalam agama Hindu merupakan sami-sami Hindu yang terpelajar. Mereka adalah golongan yang layak memahami kitab-kitab suci Hindu seperti kitab Veda, Mahabrata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit. Begitu juga dalam agama Buddha, sami-sami Buddha menjadikan kuil sebagai pusat pendidikan dalam memahami ajaran-ajaran Buddha. Sami-Sami Buddha menyampaikan pengajaran mereka dalam bahasa Pali dan Sanskrit. Candi merupakan bangunan yang dikaitkan dengan aspek keagamaan. Candi yang terkenal di rantau Alam Melayu antaranya ialah Candi Borobudur. Candi ini terletak di kaki Gunung Merapi di kota Jogyakarta, Indonesia yang dibina ketika Dinasti Sailendara sekitar tahun 778-825M2. Candi ini dipenuhi dengan sangkarsangkar batu berisi patung Buddha.

c. Gereja Dalam tamadun Barat gereja masih memainkan peranan sebagai tempat ibadat, pusat pemahaman agama Kristian dan juga aktiviti masyarakat setempat. Perkembangan ini akhirnya melahirkan sekolah-sekolah missionary. Dalam bentuk yang formal sekolah missionari mendapat pembiayaan pihak gereja. (Bhg. II: 147-150)

You might also like