You are on page 1of 65

Perbincangan akan merujuk kepada: Alam sekitar mencorakkan tamadun Sistem pertanian purba Bahasa dan sistem tulisan

san Pembentukan Bangsa Tionghua Falsafah dan agama Institusi politik dan sistem pemerintahan Keluarga dan masyarakat Orientasi sistem nilai KONSEP TAMADUN ISLAM
[PENGERTIAN][HUBUNGAN TAMADUN DGN KEBUDAYAAN]

2.1.1 Pengertian Tamadun dan Tamadun Islam


Pengertian tamadun dan tamadun islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemology bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah,tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran. Umran digunakan dalam

kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badiatau badiah. Hadarah ialah satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil mudun yang memiliki cirri-ciri tamadun.

Dari sudut epistemology,


istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya diperingkat negara .

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam

yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insane bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (alSunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagaikesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid.

2.1.2 Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan

Istilah tamadun juga dapat dihubungkan dengan istilah kebudayaan. Namun begitu, antara tamadun dengan budaya wujud jurang pengertian yang berbeza terutamanya dari segi jangka hayat, iaitu tamadun mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan manakala budaya mempunyai jangka hayat yang pendek dan sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan. Unsurunsur kebudayaan yang berkekalan hayatnya akan dianggap sebagai unsurunsur tamadun.

Kebudayaan mengandungi beberapa unsur yang bersifat sejagat atau universal, iaitu yang terkandung dalam semua kebudayaan di dunia ini. Antara unsur-unsur bersifat sejagat ini ialah pertama, peralatan dan kelengkapan keperluan kehidupan manusia termasuklah pakaian, perlindungan (rumah), peralatan senjata, alat-alat pengeluaran dan sebagainya. Kedua, system

perekonomian dan mata pencarian kehidupan. Ketiga, system kemasyarakatan, system keluarga, organisasi politik dan sebagainya. Keempat, bahasa sebagai alat komunikasi sama ada bahasa secara lisan ataupun melalui system tulisan dan kelima, system ilmu pengetahuan.

Terdapat sekumpulan sarjana sains kemasyarakatan, antaranya pengikut aliran Max Weber, yang membahagikan kebudayaan kepada dua kategori iaitu pertama, kebudayaan berbentuk kerohanian dan kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan. Kategori kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan inilah yang dinamakan civilization yang bermakna tamadun atau peradaban.

Berdasarkan ketamadunan Islam, kebudayaan Islam diertikan sebagai suatu cara kehidupan, cara berfikir dan cara berasa ketakwaan dalam seluruh bidang kehidupan sekelompok manusia yang membentuk kesatuan social dalam satu ruang dan waktu. Pembentukan kebudayaan Islam ini tunduk kepada peraturan yang telah ditentukan melalui sumbersumber asas perundangan Islam, iaitu

al-Quran dan al-Hadis. Sekiranya berlaku sebarang pertentangan antara kebudayaan denan Islam, maka ia dianggap sebagai kebudayaan bukan Islam.

TAMADUN INDIA Sejarah, Kerajaan dan Pentadbiran 1. Zaman Prasejarah Zaman Batu Awal(Paleolitik) - memburu dan mengumpul makanan. Zaman Batu Pertengahan(Mesolitik) - bertani dan menternak. Zaman Batu Baru(Neolitik) - alat batu digilap, bertani, menternak, tembikar, pembinaan drp kayu. Pendahuluan kemunculan tamadun Harrapa (30001500SM) di Lembah Sg Indus.

2. Zaman Protosejarah Bermula tahun 3000SM di Lembah Sg Indus. Budaya Lembah Sg Indus meliputi Punjab, Sind, utara Rajasthan dan Kathiawar di barat India. Memiliki kemahiran perancangan bandar dan peraturan kesihatan, pertanian besar-besaran. Sembah Dewa Shiva dan Dewi Ibu. Tulisan Indus - logosillabik (piktograf)

3. Zaman Sejarah Awal 1500SM - kedatangan org Arya membawa peradaban baru di barat laut India. 3.1 Zaman Vedik (1500SM-500SM) - Org Arya berasal dr Poland dan Asia Tengah. Muncul budaya komposit di utara India dikenali Budaya Indo Arya(Budaya Vedik). - Mencipta teks-teks agama atau Veda-veda. - Asas organisasi politik dan sosial masy Indo Arya: 1. Kula (keluarga) diketuai grihaspati. 2. Beberapa keluarga tinggal dalam grama (kampung) diketuai gramina, 3. Beberapa kampung adalah bhgn visya (bandar) diketuai visyapati, 4. Beberapa visya adalah sebhgn jana diketuai rajana. Raja dinasihati

Mantri Parishad. 5. Dua badan mengawal kuasa raja ialah sabha dan samriti. - Cukai tanah merupakan cukai asas. - Aktiviti ekonomi- pertanian bijirin, penternakan, nelayan, tukang dobi, tukang gunting rambut,penjual daging, pembuat bakul, pembuat tembikar, peminjam wang dan pedagang. 3.2 Zaman Vedik Terkemudian (600-320SM) - 600SM penubuhan republik di kaki gunung Himalaya dan barat laut Punjab dan negeri-negeri beraja di kawasan Sg.Ganges. - Pengerusi pertemuan wakil-wakil puak dilantik sbg raja. - kemunculam pemimpin dan pemikir aliran bukan ortodoks cth Siddharta Gautama dan Mahavira. - Sumber pendapatan - cukai tanah, perindustrian dan perdagangan. - Negeri-negeri mengamalkan sistem pemerintahan beraja terletak di kawasan Sungai Ganges. Kuasa raja adalah turun temurun dan mementingkan sistem dewaraja, upacara rajasuya, vajapeya dan asva medha.

4. Empayar Maurya (321-185SM) Pengasas- Chandragupta Maurya. Penasihat- Kautalya atau Chanakya Menakluki kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. 279SM, Chandragupta memeluk agama Jaina. Takhta diserah kpd Bindusara. Asoka Piyadassi- peluk agama Buddha (ahimsa). Mahindra- pengembang agama Buddha di Ceylon. Arthasastra- teks ttg kerajaan dan ekonomi disusun oleh Kautalya.

5. Kemerosotan Empayar (200SM-300M) Empayar Maurya diganti oleh dinasti Shunga(keluarga Brahmin) diketuai oleh Pushyamitra pada 180SM).

Dinasti Kanva- menguasai India Selatan. Kerajaan Indo-Greek (Bactria) pada 200SM. Dinasti Shaka (Scythia) pada 80SM. Dinasti Kushana oleh puak Yueh-chi. Penyebaran agama Buddha ke China dan Asia Tengah. India Tengah (kaw. Deccan)- Dinasti Satavahana kurun pertama SM.

6. Zaman Gupta (300-600M) Zaman Klasik atau zaman keemasan-kebudayaan Hindu semakin kukuh di utara India. Tokoh penting- Chandra Gupta II bergelar maharajadhiraja. - Samudra Gupta - meluaskan pengaruh, pulihkan konsep devaraja dan asamedha.

7. Zaman Sangam India Selatan-rekod2 kesusasteraan Sangam- peristiwa politik. Peperangan antara krjn Chera(barat), Chola (timur) dan Pandya (selatan), 200SM, Chola kuasai Ceylon Utara.

8. Zaman Pallava (600-900) Raja-raja Pallava menggunakan gelaran kadavar, kadavar kon. Dinasti Pallava - Pallava awal (250-340), Pallava Pertengahan (340-595) dan Pallava Akhir (575-900). Pallava Awal - Raja Sivaskandavarman merasmikan upacara-upacara asvamedha, vajapeya dan agnishtoma, bahasa Prakrit dan Sanskrit. Pallava Pertengahan - Peperangan menentang Guta, Vakataka, Kadamba, Chalukya dan Chola. Agama Buddha dan Jain diberi keutamaan. Pallava Akhir - Zaman kegemilangan menguasai India selatan. Pemulihan agama Hindu. Bahasa Tamil. Pembinaan kuil-kuil.

9. Zaman Chola (850-1200) Raja-raja termasyhur adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga, menggunakan gelaran Chakravarthigal. Menakluki seluruh kawasan India Selatan. Pembinaan kuil-kuil, reklamasi tanah, menggalakkan kerja-kerja talian air, menyelenggara sekolah dan hospital. Menjalinkan hubungan perdagangan luar dgn Kepulauan Melayu dan negeri-negeri lain di Asia Tenggara. Bentuk pemerintahan lebih kurang sama dgn krjn Pallava-empayar dibahagikan kpd beberapa wilayah, daerah dan kampung. Cukai tanah adalah sumber pndptn krjn. Perkembangan mazhab Saivisme dan Vaisnavisme. Bantuan juga diberikan kpd kuil-kuil Buddhis dan Jain.

10. Hubungan India dgn dunia luar Sejak sblm maseh i- perdagangan ke Asia Tenggara spt di Arikamedu (India Selatan), Oc-Eo(Indo-China), Kuala Selinsing (Perak). Unsur-unsur budaya dan tradisi India mempengaruhi agama, politik, bahasa, sastera dan seni rakyat. Institusi kerajaan- devaraja. Pemerintah menganuti Vaisnavisme adalah inkarnasi Dewa Vishnu. Pengaruh agama Buddha- candi Borobudur dan Angkor Thom. Kesusasteraan- karya-karya epik Hindu dan cerita-cerita agama Buddha. Cerita-cerita Ramayana, Mahabhrata dan Jataka. Cth di Asia TenggaraHikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma, Hikayat Pendawa Lima di Malaysia, Ramakien di Siam. Wayang kulit. Bahasa- pinjam Sanskrit, Pali dan Tamil. Ketatanegaraan, kekeluargaan, perdagangan, pengetahuan,fenomena semulajadi dan sebagainya. Sri Lanka- agama rasmi ialah Buddha, pengaruhi seni bina, seni lukis, seni ukir, seni tarian dan seni muzik. China- agama Buddha.

11. Sejarah Zaman Pertengahan (1000-1756)

Muslim mengekalkan agama Islam dalam tamadun India. Penyebaran 2 cara: i. Sehingga 1000SM perdagangan ii. 1008 hingga 1026 - penaklukan Perdagangan - India Selatan Penaklukan - Turki, Afghan, Mongol menguasai. 1008 -1026 - Serangan Mahmud Ghaznih. 1191 - Muhammad Ghuri - pembukaan petempatan di India Utara. 1206 - Ghuri dibunuh oleh Qutbuddin Aibak dan membentuk kesultanan Delhi (1206 -1290). Dinasti Khilji (1290 -1320) Dinasti Tughluq (1320 -1412) Dinasti Sayyid (1412 -1450) Dinasti Lodi (1451 -1526) Lodi diserang oleh Mongol Genghis Khan pada 1526 dan asaskan Dinasti Mughal. - Masyhur di bwh Akhbar. - Akhbar (1556-1605) menjalinkan hubungan baik dgn rakyat beragama Hindu. Membatalkan jizyah, memulihkan tempat-tempat suci Hindu, mengadakan upacara umum, penterjemahan veda-veda, epik-epik, mempengerusikan sidang diskusi antara agama dan agama Din Ilahi. - Jahangir (1605-1627), menentang ajaran Jain . - Shah Jahan (1628-1658), tidak benarkan pembinaan kuil Hindu dan halang keluar Islam. - Aurangzeb (1658-1707)- perkenalkan jizyah,memusnahkan kuil-kuil Hindu yang menentang pemerintahan, menggantikan pegawai-pegawai Hindu dgn pegawai-pegawai Muslim bagi jawatan-jawatan penting. Peringkat akhir pemerintahan Mughal- British menyerang. Kerajaan dan pentadbiran Islam - sultan dianggap wakil khalifah, bebas dgn berautoriti - sendiri. Kawalan atas kuasanya ialah undang-undang Syariah. - pentadbiran sivil- wazir (menteri perdana) mengutip cukai, akaun dan perbelanjaan, menasihati sultan. - Tiga menteri lain- ketua jabatan tentera, ketua hubungan luar negeri dan ketua dalam negeri. - Pentadbiran peringkat wilayah diketuai gabenor dgn beberapa jabatan

penradbiran. - Pentadbiran kampung dikendalikan ketua kampung, patwari (akauntan) dan chauduri (pendaftar). Kedatangan Islam telah membuka India Utara kpd perdagangan dgn Asia Tengah. Pertumbuhan dan perkembangan pasar-pasar sbg pusat pertemuan pedagang. Bengal meneruskan hubungan perdagangan dgn rantau Asia Tenggara. Kemunculan budaya komposit mengintegrasikan unsur-unsur Islam dgn Hindu: - bahasa Urdu mempunyai nahu prakrit dgn kata-kata Parsi, Arab dan Turki dan ditulis dgn skrip Arab. - Bidang muzik- sitar adalah gabungan vinai dr India Selatan dan tanbura dr Parsi, tarian kathak terdpt pakaian Parsi dgn tema Hindu, seni bina Turki, Afghan dan Mughal terdpt unsur-unsur Hindu, Iran dan Jain. - Agama- Din Ilahi diperkenalkan oleh Akhbar, ajaran Kabir (1440- 1518) dan Nanak (1469-1533) mengambil ciri-ciri Hinduisme dan Islam.

12. Kerajaan Vijayanagar (1336-1565) Perluasan kuasa pada pertengahan kedua kurun ke-14. Mempelopori peradaban dan kebudayaan Hindu di India Selatan selama lebih kurang 200 tahun. Kerajaan ini memelihara tradisi yg diwarisi dari segi ketatanegaraan, pendidikan dan kesenian. Pengasas Harihara I, menyusun sistem pentadbiran. Krishnadeva Raya pemerintah terkenal kerana merupakan seorang pahlawan, pakar dlm ketatanegaraan dan pentadbiran, penaung seni dan sastera. Pemerintah-pemerintah selepas Krishnadeva tidak dapat menahan kemaraan kuasa Muslim menakluki kawasan India Selatan. 13. Zaman Moden (1750-1947) Bermula dgn kedatangan dan penaklukan Portugis ke atas Goa (1510), Belanda (1602) dan Peranchis (1664). British datang pada 1612 dan menakluk India bermula 1750 tetapi hanya satu pertiga shj. Dua pertiga lagi kekal sbg negeri-negeri beraja sehingga

kemerdekaan. India dibahagi kpd 3 iaitu Bengal (timur), Bombay (barat) dan Madras (selatan). Presidensi diketuai oleh gabenor dan gabenor jeneral dilantik sbg ketua pentadbiran India. British menghormati budaya dan agama serta tidak campur tangan dalam hal ehwal tersebut. British memperkenalkan pendidikan Inggeris dan pentadbiran moden. Permulaan kurun ke-19, dasar perdagangan menguntungkan British, memakluki kawasan demi kawasan tanpa menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Berlaku permberontakan. British memperkuatkan kuasa tentera dan undang-undang yang mengurangkan kebebasan org India. Reformasi sosial dan agama- amalan dan adat yg tidak bersesuaian ditentang dan usaha memperbaiki kedudukan wanita . Pertengahan kedua kurun ke-19, kebangkitan kesedaran kebangsaan. Penubuhan pertubuhan-pertubuhan memulihkan agama Hindu spt Arya Samaj dan Ramakrishna Mission. Membangkitkan kesedaran sosial ttg beberapa amalan dlm masyarakat dilakukan antaranya oleh Brahma Samaj dan Prarthana Samaj. Perjuangan Kebangsaan dilakukan oelh Indian National Congress (1885) dipimpin oleh Mahatma Gandhi. 1947 kemerdekaan India- tetapi dgn membahagikan India kpd dua iaitu India untuk org Hindu dan Pakistan bg memenuhi kehendak Liga Muslim yg mewakili Muslim.

TAMADUN INDIA Masyarakat dan Budaya 1. Masyarakat dan Budaya

Dibahagikan kpd dua golongan besar berdasarkan kpd bahasa iaitu Indo
Arya dan Dravidia. Dari segi demografi, Indo Arya menetap di utara India dan org Dravidia di selatan India.

2. Sistem Keluarga

Tujuan berkeluarga utk mendpt teman sokongan dari segi fizikal dan
rohani serta mendpt zuriat (keturunan). Sistem keluarga bersama (joint family). Keanggotaan berdasarkan lelaki yg seketurunan, isteri serta anak yg blm berkahwin. Disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama. Perpaduan dgn nilai kasih sayang. Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek iaitu ashrama dharma dan purusartha. Ahsrama dharma

Menjelaskan ttg empat tahap dilalui oleh setiap manusia.


i. Brahmacharya Berusia 12 tahun berterusan sehingga 24 tahun, zaman bujang. Dua belas tahun pertama menandakan tahap pembelajaran yg biasa (informal) dan dua belas tahun kedua menandakan tahap pembelajaran yg serius (formal). ii. Grihasta

Mula kehidupan berumahtangga. 21 hingga 30 tahun usia perkahwinan lelaki. 18 hingga 25 tahun bg wanita. Mencari kekayaan seblm berkahwin. Memelihara keharmonian dan menyara keluarga. iii. Vanaprastya Golongan berumahtangga berusia 48 hingga 72 tahun. Mencapai kearifan dan berkeupayaan menasihati org lain. Menyelesaikan tanggungjawab terhdp keluarga dan mendalami agama. iv. Sannyasa Berusia 72 tahun. Dpt mengatasi nafsu dan duniawi. Berilmu dan alim, menjlnkan kerja amal, menyebarkan agama. 2.2. Purusartha

Empat objektif mulia yg harus diamalkan oleh manusia.


i. Aram/dharma Diperolehi melalui pendidikan bersifat kerohanian. Ditanam sejak brahmacharya. Dharma meruapakan peraturan moral dan etika bersifat kerohanian. ii. Porul/Artha Kekayaan. Aram adalah landasan utk mencari kekayaan (halal).

iii. Inbam/kama Menikmati kekayaan berlandaskan dharma. Keluarga dipelihara dgn kekayaan yg diperolehi. Pembaziran harus dielakkan. Sebahagian kekayaan digunakan utk kerja amal.

iv. Moksha/Vidu Moksha akan dicapai apabila seseorg itu tlh melaksanakan tanggungjawabnya menurut ashrama dharma serta mengecapi aram/dharma, porul/artha dan inbam/kama.

3. Kedudukan Kaum Wanita 3.1 Masyarakat Indo-Arya

Zmn Veda Awal (1500SM-1000SM), wanita dihormati dan diberi


kebebasan spt kaum lelaki. Menjadi pertapa dan membawa mazmurmazmur suci. Zaman Vedik Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya kaum wanita dikenakan byk sekatan. Peranan dan tanggunjawab dlm lingkungan rumahtangga. Kedatangan British, pergerakan reformasi spt Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sbgnya tlh membawa masalah kaum wanita kpd British. Dipulihkan pada kurun ke-19 dan 20. 3.2. Masyarakat Dravida

Zaman Sangam (kurun ke-3SM kurun ke 3M), kedudukanyg tinggi dlm


masy. India Selatan. Sifat keibuan suatu nilai yg mulia. Pujangga wanita mencipta puisi dan ada juga yg menjadi pertapa. Selepas zmn Sangam berlaku kemerosotan, dipulihkan semula selepas kedatangan kuasa British. 4. Sistem Kasta

Institusi sosial yg unik juga dikenali sbg sistem jati.


a. Sistem Varna Pembahagian kelas sosial yg tetap hierarkinya. Dibahagikan kpd lima kategori iaitu: i. Brahmin golongan guru agama, pedanda, pengendali upcara di kuil, golongan terpelajar. ii. Kshatriya kelas pemerintah dan keselamatan. iii. Vaishya kelas perekonomian. iv. Shudra berkhidmat kpd ketiga-tiga golongan di atas. v. Panchama/Chandala golongan murtad dan dibuang varna. b. Sistem Jati

Zaman Veda Terkemudian (1000SM-500SM), peperangan antara suku. Org Indo Arya menyusun masyarakat kpd unit pentadbiran kecil
berasaskan pengkhususan pekerjaan. Sistem keadilan bg jati dikendalikan oleh jawatankuasa lima org iaitu Panchayat.

TAMADUN INDIA Bahasa dan Kesusasteraan Kumpulan Bahasa dan Skrip Bahasa Terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat ttpi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan iaitu Hindi, Telugu, Bengali,

Marathi, Tamil, Urdu, Gujarati, Kannada, Malayalam, Punjabi, Assam, Oriya, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa di India dibahagikan kpd dua rumpun keluarga bahasa iaitu Indo Arya dan Dravida. Bahasa Sanskrit- Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastani dan Sindhi. Bahasa Dravida- Tamil, Malayalam, Kannada, Telugu, Gondi, Brahui, Kaudh. Terdapat juga kumpulan bahasa Munda digunakan terutama kwsn pergunungan. Bahasa-bahasa tersebut ialah Ladakhi, Tripura Naga dan Kuku Chin. Dokumen bertulis tertua ialah inskripsi-inskripsi zaman Asoka (kurun ke3SM) menggunakan skrip Kharosthi. Skrip Parsi-Arab digunakan dalam bahasa Urdu moden. Skrip Brahmi merupakan asal usul kebanyakan skrip-skrip India. Skrip Devanagari digunakan oleh bahasa Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan sebagainya.

Kesusasteraan Kesusasteraan di India dibahagikan kpd dua bhgn iaitu Kesusasteraan Indo Arya dan Kesusasteraan Dravida. Kesusasteraan Indo Arya Lebih menonjol sbg kesusasteraan tertua dan terkemuka di India. Dihasilkan dlm bahasa Sanskrit. Kesusasteraan Vedik Berlangsung antara tahun 1500SM hingga 500SM. Perkataan Veda (Vid) bererti melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda dibhgikan kpd dua bhgn : i. Shrut i- ajaran-ajaran yg diwahyukan atau ajaran-ajaran yg didengarkan oleh tuhan kpd para maharesi. Isi kandungan tidak pernah diubah atau tidak boleh diubah. ii. Smriti - ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran. Isi kandungan boleh diubah dr masa ke masa. Empat kitab suci Veda iaitu Rig Veda (kitab tertua), Yajur Veda, Sama

Veda dan Atharva Veda. Vedanga- anggota kitab-kitab Veda dan terdpt enam bidang pengajian yg dpt membantu memahami kitab-kitab Veda dgn tepat. Enam bidang pengajian tersebut ialah: i. Siksa- fonetik, iaitu yg menekankan sebutan yg tepat. ii. Chanda- prosodi atau pola irama puisi. iii. Nirukta- etimologi, iaitu tafsiran istilah-istilah tertentu. iv. Kalpa- tatacara pengendalian upacara pengorbanan. v. Vyakarana- nahu. vi. Jyotisa- astronomi.

Kesusasteraan Epik Menyampaikan ajaran-ajaran dharma yg serius dan tegas dlm bentuk cerita dgn memuatkan watak-watak mantap. Cerita epik mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa melalui cerita lisan. Epik Mahabharata Dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400M. Mengandungi lebih kurang 10 000 seloka (puisi). Kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. Memberi ajaran agama dan moral. Dianggap sbg sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dan jaya (kekayaan). Ithisa- membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan. Purana- cerita tentang dewa-dewi. Akhyana- lagenda dan mitos. Dharmasastra- kerajaan dan pemerintahan. Kamasastra- percintaan. Nitisastra- idea-idea etika. Moksasastra- cara-cara membebaskan diri drp kelahiran semula. Bhagavadgita Mengajar manusia ttg svadharma atau kewajipan mencapai kebenaran. Mengesyorkan raja yoga (disiplin badan dan minda). Karma yoga (jalan tindakan).

Bhakti yoga (melalui kebaktian kpd Tuhan). Jnana yoga (melalui pengetahuan yg benar). Epik Ramayana Dicipta dan dihasilkanoleh Valmiki di antara tahun 200SM hingga tahun 200M). Mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya. Menggambarkan kehidupan seorang manusia iaitu Rama yg merupakan pendukung watak yg harus diteladani. Merupakan dharmasastra yg mengajar perihal keadilan. Ia menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatana dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal. Drama Natya Sastra adalah buku teks drama, muzik dan tarian. Ia membincangkan seni teater, pentas, teknik produksi, persembahan dan artis. Drama sanskrit dicipta utk menghirburkan para hadirin dgn menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sthayibhava). Cth drama ialah Sakuntala (menggambarkan cinta dan belas kasihan), mudraraksasa (heroisme) dan Mrcchakatika (kama). Karya Linguistik Asthadhyayi ciptaan Panini tlh disusun pd kurun ke 4 SM. Mengandungi lebih kurang 4 000 peraturan tatabahasa. Sastera Cerita Sastera sekular. Antara sastera cerita yg penting ialah cerita dongeng spt Pancatantra, Brhatkatha, Dasakumaracarita dan Kadambari.

Kesusasteraan Dravida Empat bahasa utama iaitu Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada. Bahasa Tamil merupakan kesusasteraan terawal dlm keluarga bahasa Dravida. Tolkapiyyam

Karya nahu bertarikh 300SM, bahan bertulis yg tertua dlm bahasa Tamil. Mengandungi tiga bhgn iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi konvensi puisi. Kesusasteraan Sangam Sangam merujuk kpd akademi penyair-penyair agung yg menghasilkan puisi pada Zaman Sangam dari kurun ke 3 SM hingga kurun ke 2 M. Disusun kpd dua koleksi iaitu Pattupattu dan Ettuttokai. Tema-tema puisi boleh dibahagikan kpd dua jenis iaitu aham dan puram. Aham bhgn dalaman ataupun perasaan dlm hati. Puram bahagian luaran iaitu sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya. Puisi Aham Cinta dlm puisi ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yg sepadan dan cinta yg tidak sepadan. Terdapat lima uripporul (tema khusus) iaitu pertemuan, penantian, kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan sementara waktu. Kelima-lima tema ini dikenali sbg disiplin aintinai (lima jenis bentuk muka bumi). Puisi Puram Merangkumi segala-galanya kecuali Aham (cinta). Meliputi masyarakat, raja, negara, kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan, pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita. Tirukkural Dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar). Mengandungi tiga bhgn utama dgn 1330 kuplat dlm 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yg mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yg mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yg dibincangkan dlm 25 bab. Kesusasteraan Bhakti Angkatan bhakti disertai oleh wali-wali Hindu yg dikategorikan kpd dua iaitu Nayanmar yg mempelopori aliran mazhab Saivisme dan alvar yg beraliran mazhab Vainavisme.

Lagu-lagu suci yg dpt dinyanyikan dgn iringan muzik dicipta oleh mereka. Koleksi lagu-lagu mereka dibahagikan kpd dua kategori iaitu Tirumurai bg mazhab Saivisme dan Nalayirat Pirapantam bg mazhab Vaisnavisme. Koleksi lagu-lagu ini bertarikh antara kurun ke-6M hingga kurun ke-11M. Karya-karya Bahasa Tatabahasa, gaya bahasa (retorik) dan perkamusan (leksikografi) bidang yg berkembang pada zaman Chola. Yapparungalam dan Yapparngalakkaarigai karya-karya yg disusun oleh Amitasagara pada akhir kurun ke 10. Virasoliyam pula ialah karya ttg sejarah tatabahasa Tamil.

TAMADUN INDIA Agama dan Falsafah Hinduisme Bersifat agama semulajadi. Tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat. Nama asal ialah Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yg kekal abadi. Bukti terawal ditemui dalam Lembah Sg. Indus berusia lebih kurang 4 000 tahun. Penemuan patung-patung, mohor, objek shiva linga dan kolam

mandi. Tahap Perkembangan Kerohanian Empat peringkat : i. Politeisme- memuja unsur-unsur alam semulajadi spt api, angin, pokok, sungai dan sebagainya. Pengorbanan dan penyembahan diiringi dgn bacaan mazmur drp kitab Veda. Mempersonafikasikan unsur-unsur alam dan kuasa-kuasa sbg dewa atau dewi. ii. Henoteisme- proses perubahan kepercayaan politeisme semulajadi iaitu dewa-dewi memiliki beberapa sifat yg sama. Org Indo-Arya memperkenalkan Dewa Visvakarman (dewa pencipta) dan Prajapati (ketua bg semua makhluk di dunia). iii. Monoteisme- satu kuasa agung menggerakkan duniawi. Kuasa ini diberi sifat-sifat penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan. Ketiga-tiga sifat Tuhan ini diwakili oleh Dewa Brahma (Pencipta), Dewa Vishnu (Pelindung/pemelihara) dan Dewa Shiva (Dewa Pemusnah). iv. Monisme- Segala di dunia ini berasal dari satu sumber ttg kewujudannya boleh dirasai di mana-mana. Upacara Pengorbanan Pengorbanan atau yajna dianggap sbg amalan agama terbaik krn dpt menggembirakan dewa-dewi. Ditujukan kpd dewa-dewi atau anasir-anasir jahat utk mendpt faedah duniawi. Dua jenis pengorbanan iaitu grhya karmani (upacara di rumah) dan mahakratu serta srauta (upacara umum). Falsafah Agama Vedik Mementingkan lima konsep iaitu Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Moksha. Brahman- Tuhan (Roh Duniawi). Atman Roh individu dlm badan manusia bertujuan bersatu dgn roh duniawi. Karma- perbuatan, pemikiran dan pertuturan individu dalam suatu kehidupan dan akibat akan dialami dlm kehidupan akan datang. Samsara lingkaran kelahiran dan kematian yg dilalui oleh Atman. Moksha pelepasan drp kehidupan duniawi dan penyatuan dgn Brahman. Agama-agama Heterodoks

Agama-agama yg tidak menerima kewibawaan kitab Veda dan tidak mengakui kewujudan Tuhan. Tetapi byk persamaan dgn idea-idea yg terkandung dlm karya-karya Upanishad. Agama-agama ini muncul pd akhir zaman Vedik di India. Buddhisme Pengasas ialah Siddhartha Gautama Buddha. Ajaran Buddha ttg psikologi dan etika kehidupan. Ajaran metafizika dlm Buddhisme adalah tambahan (abhidhamma) kpd ajaran asal (dhamma). Empat Kebenaran Mulia iaitu Dukka (penderitaan), Samudaya (punca atau membawa penderitaan), Nirodha dan Marga (cara utk memadamkan api keinginan). Jalan Lapan Lapis Mulia kepercayaan yg betul, tujuan atau cita-cita yg betul, pertuturan yg baik, perbuatan yg betul, hidup yg betul, usaha yg benar, fikiran yg betul, renungan yg baik. Konsep Ahimsa Bererti menolak penyeksaan (himsa) serta pembunuhan. Nirwana melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperolehi kesedaran secara keseluruhan. Jainisme Diperkenalkan oleh Mahavira (Vardhamana) yg mempunyai byk persamaan dgn ajaran Upanishad dan Buddhisme. Mementingkan undangundang sebab dan akibat yg menentukan kelahiran semula roh individu. Mengandungi sembilan prinsip atau nava-tattva i. Jiva- roh dlm semua benda yg bernyawa dan kekal abadi. ii. Ajiva benda-benda yg tidak bernyawa. iii. Asrava daya penarik iv. Papa karma dosa v. Punya karma pahala vi. Bandha ikatan roh dgn keinginan dan kejahilan. vii. Samvara menahan pengaliran karma. viii. Nirjara penghapusan karma. ix. Siddhi pelepasan dan kelahiran semula.

Sistem Falsafah India Enam aliran (sekolah) iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Juga dikenali sbg astika darshana.

Nyaya Pendukung ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke2SM. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan i. persepsi (pratyaksha). ii. Inferens (anumana) iii. Analogi (upamana). iv. Testimoni (shabda). Vaisheshika Dikenali sbg Vaisheshika Darshana. Pengasas ialah Kanada (kurun ke-3SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Semua benda dikatakan diperbuat drp empat jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi, air, api dan udara. Lima unsur terdapat dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala (masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma (jiwa). Sankhya Sistem falsafah terawal. Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yg menghuraikan mengenai realiti dlm bilangan yg terhad dan pengetahuan yg sempurna. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa dan prakriti (jirim). Konsep sebab dan akibat. Konsep Triguna (tiga sifat) alam semesta iaitu Sattva (kecerdasan membawa keharmonian,kemahiran dan sbgnya), Rajas (tenaga mengakibatkan aktiviti, gerakan dan keghairahan) dan Tamas (kegelapan

membawa kejahilan, kekasaran, ketidakseimbangan dan sebagainya). Yoga Pendukung ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Penyatuan roh individu dgn roh duniawi menjadi tujuan hidup. Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera,minda, intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha. Mimansa Bererti siasatan dan objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. Tafsiran-tafsiran Veda. Vedanta Dikenali sbg Uttara Mimansa. Pelopor ialah Badarayana yg mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sbg Vedanta Sutra. Teks asas ialah karya-karya Upanishad, Brahma Sutra dan Bhagavad Gita. Pendukung falsafah ini yg terkenal ialah Sankara (kurun ke 8 M). Dua aliran utama iaitu Advaita (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Advaita (yg didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yg berbeza. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan ttpi tidak terpisah. Aliran Ramanuja disebut Visistadvaita-Vedanta dan Madhva dikenali sbg Dvaita-Vedanta.

TAMADUN INDIA Seni Dan Sains Seni Muzik Tala/corak- asas teori irama. Raga asas teori melodi. Alat muzik India terbhgi kpd empat iaitu tata (tali), avanaddha (dram), Ghana (solid atau ideophone), susira (angin). Di India Utara- alat muzik utama ialah sitar, sahnai dan tabala. India Selatan Vinai, natasvaram dam mrdanga. Natya sastra dan Sangita Ratnakara teks asas muzik.

Seni Tarian Seni tari dan muzik mempunyai hubungan rapat. Contoh tarian Kathak dan muzik Hindustani (India Utara), Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). Taridra biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera. Natya Sastra merupakan teks tarian India dicipta oleh Bharata antara kurun ke-2 dan ke-6M. Seni Drama Natya sastra- teks yg menyumbang kpd perkembangan drama. Tujuan drama ialah menghiburkan hadirin dan menyampaikan rasa melalui lapan emosi. Seni Bina dan Seni Ukir Berkembang maju pd zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai kegemilangan pd zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Seni Lukis Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Berasaskan epik klasik India spt Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Ilmu Matematik Konsep geometri berkembang sjk sebelum masehi lagi. Maju sejak Zaman Gupta (319M) konsep nombor abstrak. Karya matematik Manuskrip Bakshali bertarikh kurun ke-4 dan Aryabhatiya ciptaan Aryabhata bertarikh 449M. Ilmu Astronomi dan Kalendar Jyotisa satu bhgn utama Veda (Vedanga). Perkiraan astronomi utk

menentukan tarikh dan masa upacara pengorbanan. Kalendar Matahari. Pengetahuan 7 planet dan dua pusat tenaga serta 27 bintang- membawa kepada menilik (astrologi). Ilmu ini bermula pd zaman Gupta. Ilmu Fizik dan Kimia Berkaitan dgn agama dan teologi. Konsep jirim berdasarkan intuisi dan logika. Alam semesta terdiri drp gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Konsep bunyi berasal drp tujuan utk memahami intonasi sebutan mazmur Veda. Bidang kimia tertumpu pd pembuatan ubat. Bidang Logam Kemahiran pd pembinaan tiang besi di Delhi yg dibuat pd kurun ke 5. Bidang Perubatan Bermula pd zaman Vedik sbg seni ilmu sihir. Fisiologi, pembedahan, pernafasanmelalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan sebagainya wujud sebelum masehi. Teks perubatan - Caraka (kurun pertama hingga ke 2) dan Susruta (kurun ke 4). Iktibar tamadun India: pandangan semesta dan nilai-nilai Nilai-nilai ideal dan kontradiksinya serta cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara-perkara tersebut. Iktibar dari Tamadun India dilihat melalui dua aspek terpenting iaitu pandangan semesta dan nilai-nilai. Pandangan Semesta Sifat penerimaan Tamadun India dpt meresap, mengubahsuai dan kekal dgn elemen-elemen dari dalam dan luar India. Membentuk masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping perbezaan kasta, kawasan dan bahasa.

Kepelbagaian dlm masyarakat mneyumbang kpd unsur-unsur kontradiksi spt kebaikan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi. Tetapi tidak berpecah belah kerana pandangan semesta yg menekankan perpaduan dalam kepelbagaian. Pandangan semesta organik yg mengharmonikan kecenderungankecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur walaupun berasaskan sifat kerohanian. Menekankan sifat perpaduan di satu peringkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain. Sifat Toleransi Pandangan semesta organik mengalami perubahan slps kedtgn kuasa British ke India. Menerima pandangan semesta atomisitik yg mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian. Pandangan semesta ini menyatakan dua benda utk wujud bersama tidak boleh mempunyai unsur-unsur kontradiksi. Penyebaran idea-idea baru seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesedaran batin. Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta. Relevansi kepada Malaysia Pandangan semesta organik perbezaan diterima sbg suatu realiti sosial. Perpaduan antara kaum etnik, dan interaksi antara kaum berlangsung dgn penuh tanggunjawab persaudaraan, hormat menghormati dan persefahaman. Tahun-tahun selepas 1970 di Malaysia muncul pandangan semesta atomisitik. Nilai-Nilai Nilai ptg utk membentuk individu, semangat persaudaraan, menggalakkan sifat tanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dlm masyarakat. Dharma dharma masyarakat memerlukan idea ttg fungsi dan peraturan apa yg harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yg harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dlm kehidupan. Dharma dikaitkan dgn tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna kpd kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kpd peranannya dlm hidup.

Kepercayaan kpd Tuhan kepercayaan kpd satu entiti yg melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama org Hindu. Karma prinsip asas bg aliran pemikiran falsafah dan agama yg berasal dari India. Ahimsa terdapat unsur-unsur positif spt kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak drp melakukan kekejaman atau mencederakan. Satya kebenaran. Pengetahuan benar yg merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yg benar,ucapan dan pemikiran yg benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. Perpaduan masyarakat dr pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.

TITAS 2 TAMADUN CINA


TAMADUN CINA Asal-usul, Unsur-unsur Asas & Orientasi Sistem Nilai Pengenalan

Tamadun Cina juga merupakan salah satu tamadun yang tertua dan
berkesinambungan hingga hari ini kerana: Memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun lain. Berjaya mengekalkan identitinya.

Tamadun Cina dikatakan bermula di: Lembah Huanghe di utara China. Lembah Yangzijiang di selatan China. Berdasarkan bukti penemuan arkeologi, kebudayaan awal ini disebut
Yangshao. Ini berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di wilayah Shaanxi. Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu sejak kurun ke-6 s.m telah diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan. Kebudayaan Longshan dikatakan lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di wilayah Shandung.

Unsur-unsur Asas Tamadun Cina

Perbincangan akan merujuk kepada: Alam sekitar mencorakkan tamadun Sistem pertanian purba Bahasa dan sistem tulisan Pembentukan Bangsa Tionghua Falsafah dan agama

Institusi politik dan sistem pemerintahan Keluarga dan masyarakat Orientasi sistem nilai

Alam Sekitar Mencorakkan Tamadun Cina Tempoh Neolitik mempunyai kedudukan penting dalam sejarah perkembangan tamadun Cina:

Aktiviti pertanian telah wujud. Terdapat benih-benih padi, bukti adanya penanaman padi secara besarbesaran.

Keadaan cuaca dan lokasi geografi membolehkan penamanan padi.


Sistem Pertanian Purba

Memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan


keadaan iklim dan geografi yang berbeza. Kedua-dua jenis kebudayaan (Yangshao) dan (Longshan) telah mengasaskan peradaban bercorak pertanian. Ini menjawab persoalan kenapa pembangunan berbentuk pertanian dititikberatkan termasuk pandangan semesta. Mencorakkan sikap dan pemikiran peradaban Cina yang berdirikari dan cintakan perdamaian.

Bahasa Dan Sistem Tulisan

Bahasa Cina merupakan bahasa yang masih kekal dan berkembang serta
digunakan sehingga ke hari ini. Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah: xiang xing (lambang bergambar). zhishi (lambang petunjuk). huiyi (lambang petunjuk fikiran). xing sheng (gabungan bentuk-bunyi).

Zhuanzhu(mutual semantic transfer) jiajie (loan character) Kesemua kaedah tersebut dikenali/tergolong sebagai Liushu. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan
bangsa Cina dan pembentukan tamadun Cina. Walaupun terdapat banyak dialek di China yang sebutannya mungkin berbeza antara satu dengan yang lain tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi tamadun Cina.

Pembentukan Bangsa Tionghua

Berdasarkan arkeologi dan catatan sejarah purba terdapat begitu banyak


suku-suku yang wujud. Menurut sarjana terdapat 3 kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba:

Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di dikatakan


berasal dari kawasan di Provisi Shaanxi di bahagian barat China. Kumpulan Feng-Yang tersebar disekitar di bahagian timur China. Kumpulan Miao-Man terdiri suku bangsa di selatan China.

Integrasi ketiga-tiga kumpulan ini dan suku bangsa lain akhirnya


terbentuk bangsa Tionghua pada hari ini. Falsafah Dan Agama

Perbincangan akan menjurus kepada perkara-perkara berikut: Konfusianisme Buddhisme Daoisme Moisme Legalisme

Konfusianisme

Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek


falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu: Perikemanusiaan (ren) Kewajaran (yi) Kesusilaan (li) Kearifan (zhi)

Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi


yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat. Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan. Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat. Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat. Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu: raja dengan menteri ayah dengan anak suami dengan isteri abang dengan adik kawan dengan kawan

Buddhisme

Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India pada kurun ke-6


s.m dan disebar ke China pada kurun masehi yang pertama. Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang menggelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu: Theravada - pengajarannya berasaskan doktrin dan penyelamat hanya ditawarkan kepada Sami Buddha. Mahayana - pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua insan. Daoisme

Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi
(369-2865 s.m) yang berpendapat: Pemeliharaan alam semulajadi. Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.

Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran


keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.

Moisme

Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m). Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang
sejagat (jianai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang

dikemukakan aliran Konfusianisme. Legalisme

Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah


pemerintahan dinasti Qin. Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu: Kuasa (Shi). Cara (Shu). Perundangan (Fa).

Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak


pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

Institusi Politik Dan Sistem Pemerintahan

Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sebelum dinasi


Qin. Antara aliran pemikiran politik: Konfusianisme Daoisme Legalisme Moisme

Pusat pemikiran politik Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama


manusia (renlun) yang berperi-kemanusiaan dan bermoral. Pemikiran politik aliran Daoisme cenderung kepada fahaman anarki dalam ertikata moden. Pengikut pemikiran Daoisme menafikan peranan institusi politik, sistem

moral dan etika yang dititikberatkan oleh Konfusianisme. Daoisme mencadangkan: Gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwei). Kehidupan secara primatif dan harmoni dengan alam.

Menjadi penawar pada mereka yang gagal dalam peperiksaan. Tidak memberi impak yang besar dalam sistem politik. Aliran pemikiran yang beri kesan besar ialah Legalisme. Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak
pemerintah terhadap rakyatnya. Pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Berjaya mengubah sistem pemerintahan feudal yang bercirikan pelbagai negeri kepada birokratik terpusat. Sistem ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik dalam tamadun Cina. Aliran pemikiran politik Moisme menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukkan kekuasaan pusat (shangtong).

Memenuhi kehendak lapisan pemerintah tetapi sukar diterima kerana: Menggalakkan berjimat cermat (jieyong). Melantik orang yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu
neng).

Selepas dinasti Qin dan Han, Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan


Moisme telah digabung/gunapakai. Pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme dan Lagelisme dalam pemerintahan.

Keluarga Dan Masyarakat

Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pernah mengalami pelbagai

perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Konsep Xiao dan konsep Zhong merupakan asas dalam sistem kekeluargaan dan sistem kenegaraan dalam aliran Konfusianisme. Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuklah: Waris sebelah bapa. Pemerintah yang memusatkan kuasa bapa/lelaki. Kuasa suami yang tertinggi. Mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan. Mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga.

Orientasi Sistem Nilai

Terdapat konsensus tamadun Cina berorientasikan humanisme iaitu


manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilai berikut adalah hasil daripada humanisme antaranya: Moral sebagai ideologi. Hubungan manusia dengan alam semesta. Mementingkan institusi keluarga. Pendidikan diberi keutamaan. Keharmonian merupakan nilai utama. Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika.

Bermakna akhlak memain peranan penting: Kerajaan dan politik. Pegawai yang berkhidmat. Sistem etika Konfusianisme berasaskan kepada kekeluargaan: Negara merupakan lanjutan daripada keluarga. Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam
keluarga.

Berpegang kuat pada humanisme dan moralisme, pendidikan diberi


penghargaan yang tinggi: Mendapat perhatian yang lebih oleh keluarga. Golongan pendidik disanjung tinggi. Saluran mobiliti sosial dalam masyarakat tradisional. TAMADUN CINA Kesusasteraan, Kesenian, Sains & Teknologi Bahasa Dan Kesusasteraan

Kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14


s.m dan perkembangannya berterusan sehingga ke hari ini.

Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan


atau sekatan.

Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik
iaitu bahasa Cina mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (Dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (Dinasti Qing, 16441911).

Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik. Cara penciptaan tulisan Cina yang paling produktif adalah cara gabungan
bentuk-bunyi

Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi
mengikut tempat atau mengikut kesesuaian dengan perubahan zamanzaman dalam sejarah Cina.

Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam dialek
apa ia dipertuturkan.

Oleh itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua
yang mengenali huruf Cina.

Namun begitu dikatakan Putonghoa (Bahasa Umum) adalah Bahasa


Kebangsaan China yang dibentuk berdasarkan dialek kawasan utara.

Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik Puisi Antologi puisi Cina terawal bertajuk Shi Jing (Puisi Klasik).

Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan
nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe (Sungai Kuning).

Ia dipercayai disusun pada masa Konfusius. Puisi yang terkandung dalam Shi Jing pada asasnya adalah dinyanyikan
dengan iringan muzik. Pada keseluruhannya kebanyakan puisi dalam Shi Jing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif.

Puisi dalam Shi Jing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada
fungsi sastera.

Digunakan dalam pertemuan rasmi di mana raja dan pegawai diplomatik


menyanyikan puisi sebagai pem-bayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

Chu Ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap
mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi.

Puisi-puisi yg berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama


yang agak berbeza daripada Shi Jing.

Misalnya baris-baris lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan


puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Dinasti Tang merupakan kemuncak perkembangan genre ini. Koleksi Lengkap Puisi Tang mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang
50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih penyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi.

Puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu: Puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik. Bersifat padat dan singkat. Puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut
standard sastera lain di dunia ini sangat kurang. Puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera. Prosa Garis pemisah antara puisi dan prosa tidak begitu jelas.

Bentuk fu, genre yang mewakili dinasti Han, misalnya menunjukkan sifat
puisi bercampur prosa.

Bahasa klasik menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa


disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa Cina juga mempunyai fungsi sosial dan politik.

Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, prosa


berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika.

Drama Drama Cina berkembang agak lewat.

Drama Cina yang paling menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk sastera
berbentuk puisi yang digubah mengikut rentak muzik tertentu dan popular semasa dinasti Yuan.

Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama.


Dengan ini Zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat simpati penonton.

Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah Chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa Zaju, lebih panjang dari segi skop
iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian.

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari berlainan daerah mula
berkembang dan semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas-pentas di Beijing.

Kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina. Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan
menekankan nilai etika berbanding agama walaupun keagamaan dan kuasa ghaib yang mendapat ilham dari Daoisme menjadi tema sebilangan karya drama yang dihasilkan.

Fiksyen Disebabkan cerita fiksyen ditulis dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stail klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen sebagai bernilai untuk diberi taraf sastera.

Istilah Cina merujuk genre ini ialah Xiaoshuo bermaksud percakapan


kecil atau percakapan sia-sia.

Oleh itu kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa.

Kesenian Cina Muzik

Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang


digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan.

Sistem melodi muzik Cina klasik adlh kompleks. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit,
sutera, kayu, labu dan buluh.

Cara alat muzik dimainkan dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup,


genderang, memetik dan menggesek.

Perbincangan dan rujukan terhadap muzik terdapat dalam buku-buku


klasik seperti Li Ji (Rekod Ritual) & Shi Jing.

Muzik memaparkan enam jenis emosi iaitu: Kesedihan. Kepuasan. Kegembiraan. Kemarahan. Ketaatan. Kecintaan.

Kaligrafi Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam memba-yangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.

Menggunakan bahan antaranya dakwat, berus dan kertas. Berus yang tajam di hujung diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau
serigala.

Kertas xuan (sejenis kertas mudah menyerap dakwat) yang berpelbagai


gred (kualiti) atau penggunaan sutera.

Empat stail tulisan yang digunakan hari ini termasuklah: Kaishu atau stail biasa iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke)
ditulis dengan jelas.

Lishu iaitu sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk


kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak.

Xingshyu atau stail berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi


tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur.

Caoshu atau stail rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan


rupa bentuk iaitu sejenis rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur.

Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan
imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk stroke yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan strokestroke ini.

Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina ialah alam semulajadi.

Seni Lukis Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.

Biasanya sebuah puisi berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut


ruangan kosong supaya mencapai tahap kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan.

Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan


dan juga seni ukir cap (seal engraving). Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

Xieyi (bebas tangan/freehand brushwork). Gongbi (menggunakan stroke halus dan teliti dengan memberi perhatian
kepada butir-butir).

Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung


secara tegak atau melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter.

Menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai


kaligrafi.

Lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh


dengan tenaga dan perasaan serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan.

Bagi peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, puisi dan cap


merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.

Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai


tumbuh-tumbuhan dan binatang juga digemari selain lukisan potret dan figura.

Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek penting


dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian dalam tamadun Cina: Pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina. Penggunaan bahasa Cina menyebabkan perkem-bangan sastera Cina berterusan tanpa gangguan. Kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera. Sifat harmoni diutamakan. Banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme. Sains Dan Teknologi

Matematik Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.

Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agung Jiuzhang


Suanshu (Matematik Sembilan Bab) oleh Zhang Cang (kurun kedua SM). Perubatan Rangka asas teori perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen.

Yang, prinsip lelaki adalah bersifat aktif dan cerah sedangkan yin, prinsip
perempuan adalah bersifat pasif dan gelap.

Keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang


menentukan banyak aspek manusia seperti sifat, kerjaya dan kesihatan.

Teori lima elemen menganggap bahawa dunia ini pada asasnya terdiri
daripada lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah.

Berdasarkan ini, tumpuan rawatan bukan setempat tetapi juga pada


keseluruhan badan dengan tujuan meyelaras-kan semula keseimbangan badan.

Akupuntur penting dalam perubatan Cina tradisional. Pengamalan akupuntur bermula sejak kira-kira 2,500 s.m atau lebih awal
dan benar-benar bersifat Cina dari sudut perubatan.

Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen ialah


farmakopeia Cina teragung dan mengan-dungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini. Empat Ciptaan Agung Pencapaian teknologi Cina purba yang paling berguna dari segi sumbangan terhadap tamadun dunia ialah: Teknik membuat kertas

Pencetakan bahan letupan Kompas

Kemerosotan Dan Ciri-ciri Sains Cina

Walaupun tamadun Cina banyak menyumbang dalam bidang sains dan


teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14, namun selepas itu dikatakan sains dan teknologinya mengalami tahap kemerosotan.

Beberapa ciri berkaitan dengan kemerosotan boleh di-rumuskan seperti


berikut: Sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal. Cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman. Falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme. Kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam. Pendekatan holistik terhadap kehidupan. http://faizalmulia.blogspot.com/2009/09/titas-2-tamadun.html

Nota Titas Bab 6.


Bab 6: INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA. 6.1 Sinopsis.

Unit ini akan membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan interaksi Tamadun Asia dan Relevensinya di Malaysia dan Dunia . Antara fokus utama yang akan dibincangkan dalam modul ini ialah berkaitan dengan;

1.
dunia

Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia dan di

2.
dunia

Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia dan di

3.
dunia 6.2

Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevansinya diMalaysia dan di

Hasil pembelajaran

Setelah membaca modul ini, pelajar - pelajar akan dapat :

i.Memahami relevansi tamadun asia dengan Malaysia dan dunia ii.Membanding beza antara pencapaian tamadun Cina, India dan Jepun
6.3 Kerangka Tajuk INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA 6.4 Pengenalan

Ilmu ketamadunan sangat penting untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia secara tepat dan dekat supaya perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi atau ditentukan oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan kecurigaan, ketegangan dan kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal lagi. Modul ini akan melihat interaksi yang berlaku di antara tamadun Cina, India dan Jepun serta relevansi dan kaitannya dengan dunia secara amnya dan Malaysia secara khususnya.

6.4.1 Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di Dunia

Kemunculan Tamadun Cina

Gambaran mengenai kemunculannya agak kabur kerana hanya berasaskan cerita-cerita mitos dan imaginasi. Sesetengah cendekiawan sejarah berpendapat bahawa sebelum kewujudan era pemerintahan Dinasti, China diperintah oleh lima orang pendeta yang mengasaskan peradaban dan tamadun Cina. Sepanjang perkembangan sejarah negera dan bangsa China, setiap dinasti bertapak,berkembang dan hancur yang kemudiannya digantikan oleh suatu dinasti yang lain. i. Dinasti Hsia ( 2697 SM) Raja terawal dinasti ini ialah Raja Huang Ti dan salah seorang keturunannya iaitu Raja Yu dikatakan menjadi pengasas dinasti ini. Walaupun tanpa bukti yang dan jelas kerana tiada kesankesan yang ditemui sebagai bukti namun bagi orang Cina ianya tetap wujud.

ii.

Dinasti Shang (1766-1122 SM) Berpusat di Anyang dan bukti kewujudan dinasti ini adalah jelas dengan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di kawasan utara Sungai Kuning di China.

iii.

Dinasti Chou ( 1122- 256 SM) DInasti ini terbahagi kepada dua iaitu Chou Awal ( 1122-771 SM) yang berpusat di Lembah Wei dan Chou Akhir (771-256 SM) yang berpusat di Loyang. DI zaman dinasti Chou ini bangsa China mencapai zaman keagungannya di bidang ekonomi, politik dan sosial.

iv.

Dinasti Chin ( 256-205 SM) Pusat pentadbirannya berasa di Lembah Wei di bawah pemerintahan Maharaja Shin Hung Ti (221210S M). Beliau merupakan maharaja Dinasti Chin yang teragung . Beliau memerintah selama 11 tahun dengan menggunakan sistem kekerasan dan undang-undang yang menekan rakyat DI zaman dinasti Chin inilah Tembok Besar China dibina dengan jarak sejauh 2256 KM untuk menghalang serangan orang-orang Mongol.

v.

Dinasti Han ( 202 SM -221 M) Rajanya yang terkenal ialah Han Wu Ti ( 141-87 SM). Zaman ini merupakan zaman perkembangan kesenian dan kesusasteraan. Ketika ini juga telah wujud jalan darat yang menghubungkan China dengan Asia Barat dan kawasan sekitar Laut Mediterranean dan jalan ini dipanggil Jalan Sutera kerana melalui jalan-jalan inilah sutera-sutera dari China di bawa ke Barat.

vi.

Dinasti Sui ( 589- 618 M) Dinasti ini diasaskan oleh Sui Wen Ti tetapi kezaliman Yuang Ti yang menggantikan Maharaja Sui telah membawa kepada pemberontakan oleh Li Yuen seorang pegawai yang berpengaruh di wilayah Shantung yang menyebabka kejatuhan kerajaan Sui.

vii.

Dinasti Tang ( 618- 907 M) Selain Li Yuen, raja Tang yang terkenal ialah Tang Tai Tsung putera Li Yuen yang meluaskan kekuasaan China hingga ke Parsi dan Laut Kaspian.

viii.

Dinasti Sung ( 960-975 M) Di dirikan oleh seorang general yang bernama Chao Hung Yin. Dinasti ini berkuasa selama kirakira 300 tahun.

ix.

Dinasti Yuan / Mongol ( 1271-1368) Di bawah kepimpinan Kublai Khan, kaum Mongol berjaya mengalahkan dinasti Sung dan mendirikan kerajaan baru. Peking dipilih sebagai pusat pemerintahan dan bermulanya era perhubungan dengan barat.

x.

Dinasti Ming ( 1368-1644) Orang Cina memegang semula tampuk kekuasaan setelah kematian Kublai Khan. Seorang pemimpin bernama Chu Yuan Chang berjaya mengalahkan tentera Mongol .

xi.

Dinasti Ching /Manchu ( 1682-1911) Dinasti ini menjalinkan hubungan dagangan dengan pedagang-pedagang dari barat dengan membenarkan saudagar-saudagar asing singgah di mana-mana pelabuhan untuk berniaga.

6.4.2 Masyarakat dan budaya Tamadun Cina Masyarakat Cina Seratus tahun yang lalu,setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Dari perkembangan awal sejarah China , orang-orang Cina percaya bahawa mereka adalah bangsa yang lebih cerdik, beradab dan berkebolehan berbanding bangsa - bangsa lain. Orang-orang Cina lebih menghargai hasil minda (pemikiran) daripada perkara perkara yang bersifat material. Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran yang menggabungkan beberapa bahan-bahan yang berlainan untuk menghasilkan peralatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang. Mereka juga amat menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam keadaan harmoni dan bahagia. Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan material tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika kekayaan itu boleh memberikan kepuasan dan kenikmatan hidup serta menaikkan status mereka ke tahap yang tinggi dalam masyarakat. Budaya Tamadun Cina

Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun temurun yang lampau. Setiap budaya, amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian dan pentafsirannya yang tersendiri yang tidak semata-mata melambangkan nilai - nilai yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan masyarakat Cina keseluruhannya. Nilai-nilai etika ini penting dalam meneruskan kelangsungan hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat. Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih bersifat kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara - perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.

Sistem Etika dan Orientasi Nilai Sistem keluarga merupakan asas kepada sistem sosial masyarakat China, Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi budaya Cina iaitu: Hubungan antara pemerintah dengan seorang rakyat. Hubungan antara bapa dengan anak lelakinya. Hubungan antara abang dengan adik lelakinya. Hubungan antara suami dengan isterinya. Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.

Tiga daripada hubungan tersebut merupakan hubungan antara ahli keluarga. Dua hubungan yang lain (hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh dikembangkan menjadi suatu bentuk hubungan kekeluargaan. Kesemuanya ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina , Chap Goh Meh, Kuih Bulan dan sebagainya .Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan masyarakat

Nilai-nilai dalam bidang pendidikan Berasarkan kefahaman masyarakat Cina, suatu perancangan pendidikan yang lengkap bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga merupakan seorang yang beradap dan bersopan. Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat adat semasa kelahiran, upacara perkahwinan, jenis pertuturan dan lain-lain. Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya bukan berasaskan keturunan dan

kekayaannya. Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang diperintahnya.

Nilai-nilai sosial Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini membolehkan semua ahli masyarakat berkumpul dan secara tidak langsung akan mewujudkan perpaduan sesama ahli keluarga dan masyarakat. Dengan ini permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain dapat dielak dan dihapuskan. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai kesinambungan sistem-sistem sosial masyarakat Cina. Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun. Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-elemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa ke semua ini orang Cina akan kehilangan identiti dan ciri ciri unik yang ada dalam bangsa dan masyarakat Cina yang telah diwarisi lama dahulu.

a.

Institusi politik dan sistem pemerintahan Konfusius mempercayai bahawa fungsi utama sesuatu kerajaan ialah untuk menghasilkan kebahagiaan dan kesejahteraan antara rakyat sesuatu negeri. Tujuan utama ini hanya dapat dicapai jika negeri tersebut dikuasai dan diperintah oleh orang-orang yang paling adil dalam negeri tersebut. Tugas pemerintah sesebuah negeri mestilah diberikan kepada orang-orang berpendidikan tanpa mengira keturunan mereka. Tetapi di zaman Dinasti, raja-raja dan pemerintah-pemerintah mewarisi jawatan mereka secara turun temurun. Manakala seorang menteri mempunyai hak untuk mengkritik dan memberi nasihat yang baik dan berguna kepada pemerintah yang buruk akhlaknya

b.

Bahasa dan Kesusasteraan Abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina.Semenjak zaman Han, orang orang Cina banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat. Dalam tradisi kesusasteraan Cina, bahasa yang digunakan adalah bahasa Cina Klasik (wenyen). Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera yang hebat yang ditulis dalam bahasa Cina.

c.

Kesenian dan kaligrafi Karya-karya seni Cina telah memberikan gambaran tentang nilai-nilai estetika dan beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya fahaman Daoisme mempunyai pengaruh yang kuat

terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ini menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemenelemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokokpokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lainlain lagi. Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini. Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya.

d.

Kesenian Seramik Seramik dan tembikar juga merupakan seni Cina yang popular dan terkenal kerana kebanyakan tamadun merujuk tembikar sebagai China. Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu: 1- Seramik Seladon(celadonware)yang berasal dari Dinasti Sung. 2- Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming. Seladon ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China. Batu Jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti, kemuliaan dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai harganya yang tinggi tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Ia juga dikenali sebagai batu azimat. Tembikar biru-putih ( blue-and - white porcelain) berasal di negeri China pada Dinasti Yuan pada abad ke 13. Ia merupakan tembikar yang sebenar kerana pakar-pakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina. Perkembangan ilmu sains dan teknologi Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat. Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah: a. Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman. b. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu lahirlah buku-buku dalam jumlah yang besar.

c. Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan desakan penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga dalah satu lagi ciptaan orangorang Cina yang digunakan hingga kini. d. Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula luas. Pembinaan semula Tembok Besar China dan terusan-terusan mengikut nasihat pihak birokrasi yang dikemukakan kepada Maharaja. Ia dianggap penting demi faedah negara. e. Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran pada peringkat permulaan. f. Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira 125 000 tan setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera. g. Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk letupan dan meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintah-pemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas. Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak 1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250 buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh. Kekuatan ini termasuk kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan perdagangan dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Ini memberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap perniagaan laut tersebut.

6.5 Tamadun Cina di Malaysia : Peranan Tamadun Cina Dalam Pembinaan Budaya Masyarakat Malaysia Hubungan antara orang-orang Cina dengan Kerajaan Melayu Melaka telah terjalin di zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Ini bermula dengan kedatangan Laksamana Zheng He dan pengikut-pengikutnya ke Melaka. Mereka membawa bersama dengan mereka barang-barang yang berasal dari China seperti tembikar dan sutera. Pengikut Zheng He telah membina penempatan di Bukit Cina, Perkahwinan antara Sultan Melaka dengan Puteri Hang Li Po telah mengeratkan lagi hubungan ini. Hubungan ini mengalami gangguna dan kemerosotan apabila Melaka ditawan penjajah Portugis pada tahun 1511m. Namun sehingga ke hari ini, masyarakat Cina yang telah diasimilasi dengan budaya dan adat tempatan masih wujud di Melaka dan dipanggil golongan Baba dan Nyonya. Di era penjajahan British di Tanah Melayu, orang-orang Cina dari Tanah Besar Cina telah dibawa masuk secara pesatnya ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai buruh di lombonglombong bijih timah. Setelah merdeka, berdasarkan kepada beberapa perjanjian sebelum British menganugerahkan kemerdekaan, orang-orang Cina telah mendapat taraf kerakyatan dan menjadi

warganegara Malaysia. Dengan itu, budaya dan tamadun bangsa Cina juga telah berkembang di Malaysia. Hari ini masyarakat Cina telah bersama-sama rakyat Malaysia dalam segala aspek pembangunan dan perkembangan negara Malaysia. Masyarakat Cina merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Sebahagian besar masyarakat Cina dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik dengan kaum kaum lain-lain. Masyarakat Cina juga turut melibatkan diri dalam bidang pentadbiran kerajaan, politik, pertahanan dan keusahawanan.

6.6 Tamadun India. Pendahuluan Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu:

a. b.
yang berbeza.

India Utara India Selatan

Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan

Latar belakang Perkembangan Tamadun India Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi. Tahap Perkembangan Tamadun India

a.

Zaman Kuno (1500 s.m. 1200 m)

Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula dibahagikan kepada dua zaman iaitu:

1. 2.

Vedile Awal (1500 s.m. 100 s.m) Vedile Akhir (1000 s.m. 500 s.m.)

Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula

Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya.

b.

Zaman Pertengahan

Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.

c.

Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750)

Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan

a. b. c.

Perdagangan Politik Agama Krisitian

Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat. Kuasa British telah menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay (1655) dan Calcutta (1690). Pengaruh British terus berkembang terutamanya selepas Perang Plassey (1756). Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat. UNSUR-UNSUR UTAMA DALAM TAMADUN INDIA. Sistem Pemerintahan

a.

Raja/Ketua Negara

Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan British ke India.Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menterimenteri. Raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat unit infantri, unit gajah dan unit kuda.

b.

Pentadbiran Wilayah

Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada beberapa wilayah. Wilayahwilayah ini pula dibahagikan kepada kampong-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampong (Kottam) Kedatangan penjajah barat, dasar Europeanisme diperkenalkan. 90% cukai diberikan kepada kerajaan. Sistem Presidensi diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.

c.
i. Hindu

Agama

ii. iii. iv. v.

Buddha Jaina Sikhism Islam

d.
i. ii. iii.

Ilmu Sains dan Matematik

Fizik dan Kimia konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Perubatan- perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.

iv.

Matematik menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan konsep Geometri dalam upacaraupacara agama. Memperkenalkan sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya.

v.

Astronomi India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

e.

Bahasa dan Sastera

Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) bahasa Sanskrit. Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) bahasa Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita. Tema-tema yang dibincangkan.

a. b. c.

Ramayana peperangan antara Rama dan Ravana Mahabrata peperangan antara Kaurava dengan Pandara Arthasastra aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan

negara dan ketatanegaraan. Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokoh-tokoh seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang mengutamakan kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir. f. Senibina

Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu. Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha. Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan

ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra. g. Kemasyarakatan dan Kekeluargaan. Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada a. Brahmin golongan agama dan kerohanian b. Ksytria tentera dan keselamatan c. Vaisya peniaga d. Sudra petani Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu: a. Brahmacarya b. Ghastra c. Vanaprahasta d. Sannayasa Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.

ISLAM DALAM TAMADUN INDIA -Islam tersebar ke India melalui beberapa cara iaitu: 1. 2. 3. Dakwah Perdagangan Perkahwinan Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad Al-Qasim berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah). Pada peringkat awal, Islam bertapak di bahagian Utara India. Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah dari 1004-1186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi, beliau berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India.Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan Ghori (1189-1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan Mughal (1527-1857).Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan yang luas. Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialah a. Akhbar b. Jahangir c. Shah Jehan d. Aurangzeb e. Bahadur Shah

Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang dipanggil Indo-Islam.

PENGARUH TAMADUN INDIA KEPADA MALAYSIA DAN DUNIA

A.

Keagamaan dan Kepercayaan.

Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia Tenggara.Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan masyarakat pribumi.

B.

Kesenian dan Hiburan.

Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur.

C.

Bahasa dan Kesusasteraan.

Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang dan Sebagainya

Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu Negarakertagama.

D.

Pemerintahan dan Kerajaan

Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya.

E.

Idea Politik dan Berkerajaan

Konsep kosmologis yang meletakkan raja di tempat yang tera tas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Pemerintahan raja yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitab-kitab ini adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra/Hukum Kanun Manu.

Kesimpulan

Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini keranapengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau bagaimanapun, di

Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan.

6.7

Tamadun Jepun

6.7.1 Sejarah Jepun Sejarah bertulis Jepun bermula dengan kemunculan ringkas dalam tekstekssejarah Cina pada abad ke-1. Bagaimanapun, penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa manusia telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi. Menyusul zaman ais terakhir pada sekitar 12,000 SM, ekosistem Kepulauan Jepun yang kaya menggalakkan pembangunan manusia yang mengeluarkan tembikar terawal yang diketahui semasa zaman Jomon. Sejarah Jepun berselang-seli antara tempoh-tempoh keterasingan dengan pengaruh-pengaruh radikal yang kekadang bersifat revolusi dari dunia luar. Zaman Pra Sejarah Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea. Budaya Jomon timbul sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan penghasil barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan bahawa kaum Jomon merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu. Permulaan era Yayoi di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia. Era Klasik Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun dari Korea dan kemudian langsung dari China. Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan shogun (gabenor tentera). Permulaan zaman Nara pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian. Era zaman pertengahan Zaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh pejuang yang dikenali sebagai 'samurai'. Pada 1185,general Minamoto no Yoritomo adalah orang pertama untuk memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang kuasa di Kamakura, di selatan Yokohama masa kini. Meskipun era shogun Kamakura kelihatan stabil, Jepun kemudiannya berpecah menjadi negeri-negeri yang saling berperang lalu menderita dalam Zaman Sengoku. Pada abad ke-16,

pedagang dan mubaligh Eropah tiba di Jepun buat julung kalinya, lalu memulakan zaman "Nanban" ("orang gasar selatan") yang melihatkan pertukaran perdagangan dan budaya yang aktif antara Jepun dan rantau Barat. Pada masa yang sama, Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, dan Tokugawa Ieyasu, mengenakan kawalan yang makin kuat terhadap neger-negeri berperang di Jepun. Akhirnya, Tokugawa menyatukan semula Jepun dengan menewaskan musuhnya diPertempuran Sekigahara pada tahun 1600, memindahkan ibu negara ke Edo (sekarangTokyo) lalu menubuhkan era shogun Tokugawa. Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubaligh Katolikmengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi perhubungan yang amat terbatas dengan saudagar Belanda di Pulau Dejima. Zaman pengasingan ini bertahan selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan politik yang halus dikenali sebagai zaman Edo, dianggap sebagai kemuncak budaya zaman pertengahan Jepun. Zaman moden. Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja. Berbagai-bagai idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepunmenjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang China-Jepun danRusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea. Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang SinoJepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikatdi Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II. Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik. Jepun kekal di bawah penjajahan Amerika Syarikat sehingga 1952. Dalam tempoh itu, ia menerima pakai perlembagaan baru yang menetapkan negara tersebut sebagaipacifist constitutional monarchy. Selepas penjajahan, di bawah program pembangunan industri agresif, dasar perlindungan, dan penyerahan pertahanan strategik kepada Amerika Syarikat, keluaran negara kasar Jepun makin meningkat menjadi yang kedua tertinggi di dunia. Sungguhpun berlakunya kejatuhan pasaran saham yang teruk pada tahun 1989 yang mana negara

ini amsih belum peulih sepenuhnya, Jepun masih sebuah kuasa ekonomi dunia dan juga barubaru ini telah bangkit semula sebagai kuasa strategik dengan meminjamkan sokongan bukan kombat dalam Perang Teluk dan pencerobohan Iraq pada tahun 2003. 6.7.2 Falsafah/Agama Masyarakat Jepun Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agama-agama tersebut ialah:

a. b. c.
6.7.3 Agama Shinto

Shintoisme Buddhisme Konfusianisme

Agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti Jalan Tuhan (kami -no-michi). Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan symbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara. Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi.Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan Dewi Matahari. Agama Shinto tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci. Pendeta Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan Shinto Gabusho/Lima Buku ajaran Shinto. Mereka juga tidak ada falsafah dan etika. Semangat berkorban untuk Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat. 6.7.4 Buddhisme. Agama ini mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi. Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan mematuhinya. Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi Tiga Harta Suci iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China untuk mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha. Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan. 6.7.5 Konfusianisme Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kung Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Konfusius banyak

menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kung Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M. Ajaran Konfusius :

1. 2. 3.

Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara

manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh

mereka hadir di dunia ini. Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia

bertingkah laku. Konfusius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik. Ia dikembangkan oleh muridnya yang bernama Mencius ke seluruh China dengan beberapa perubahan. Konfusius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada Konfusius telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya. 6.7.6 Budaya Kerja Jepun Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Pada era Meiji, para cendikiawan Jepun telah mengemukakan idea pemodenan Jepun melalui penerapan teknologi maju dari barat di samping mengekalkan dan memelihara semangat kebangsaan. Jepun pernah mengalami kehancuran selepas perang dunia ke dunia apabila dua wilayah mereka di Hiroshima dan Nagasaki di bom dengan teruk oleh pihak berikat. Lanjutan itu, Jepun mengisytiharkan penolakan peperangan buat selama-lamanya dalam perlembangaan baru negara Jepun dan sebaliknya mereka berusaha untuk bangkit kembali untuk menjadi kuasa terkuat ekonomi dunia dengan member tumpuan kepada pembangunan industri sebagai sebuah negara aman tanpa perang. Kehebatan bangsa Jepun bangun daripada kemusnahan akibat perang adalah hasil daripada sikap positif mereka sendiri dan kejayaan ini tidak dapat dinafikan terhasil dari etika kerja mereka yang cemerlang. Bermula dari sinilah, kepandaian dunia barat telah ditranformasikan dan disesuaikan dengan semangat masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin dan menepati masa, malah mereka mudah untuk tidak mempercayai sesiapa yang malas atau tidak menepati masa. Mereka juga cenderung mengikut kata sepakat kumpulan berbanding dengan pendapat sendiri dan sikap itu membantu setiap individu bekerja sebagai satu kumpulan. Masyarakat Jepun juga amat mementingkan ilmu pengetahuan dan ini terbukti apabila kadar celik

huruf di negara Jepun adalah hampir 100 peratus dan kesedaran tentang kepentingan ilmu ini bermula sejak zaman Edo (1603 1876) lagi. Pada masa itu anak-anak petani, saudagar dan tukang telah belajar di sekolah swasta yang dikenali sebagai Terakuya. 6.7.7 Peranan Tamadun Jepun Dalam Pembinaan Budaya Masyarakat Malaysia Pembudayaan tamadun Jepun dalam membina budaya masyarakat Malaysia ini bolehlah dikaitkan secara langsung dengan Dasar Pandang Ke Timur yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar Pandang Ke Timur ini bermakna kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh contoh dan teladan yang baik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan dan kesesuaian di Malaysia. Adalah tidak tepat jika dasar ini ditakrifkan sebagaikan mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dengan mengetepikan teladan yang juga boleh dipelajari dari negara negara barat. Rasional dasar ini ialah kerana seperti yang sedia maklum, Jepun adalah merupakan sebuah negara maju dan beberapa bidang mereka adalah lebih maju dari negara barat sendiri. Kejayaan mereka boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya diteladani dan dipratikkan untuk pembangunan negara. Antara perkara positif yang diambil dari budaya masyarakat Jepun ialah kerajinan dan disiplin kerja mereka, kesetiaan kepada negara dan perusahaan dan perniagaan di mana pekerja bekerja, member keutamaan kepada kerja kumpulan melebihi dari kerja secara individu, produktif dengan mutu penghasilan yang berkualiti tinggi, meningkatkan kecekapan, mengurangkan jurang perbezaan antara eksekutif dengan golongan pekerja dan sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang serta lain lain aspek positif dari budaya dan sikap masyarakat Jepun yang sesuai dan boleh diteladani untuk pembangunan negara dan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah negara membangun, etika dan nilai-nilai kerja di atas diamalkan kerana ia sesuai dengan diterapkan dalam budaya masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk. Dasar ini mewujudkan kerjasama yang rapat antara Malaysia dan Jepun terutama di bidang ekonomi, industry,latihan teknikal dan akademik serta bidang penyelidikan dan pengurusan. Sebagai kesimpulan, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha positif oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan negara. Dasar ini memberi kesan yang besar merubah budaya kerja masyarakat Malaysia dan meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara. Di samping itu ia menjadi asas kewujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

You might also like