You are on page 1of 70

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

KEMAJUAN KANAK-KANAK

PRA 3111

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN


KANAK-KANAK

SINOPSIS
Modul ini mengandungi konsep pentaksiran dan penilaian kemajuan perkembangan
kanak-kanak. Modul kursus ini juga mendedah pelajar kepada perancangan
pentaksiran dan penilaian kanak-kanak, pengumpulan data melalui pemerhatian
tingkah laku, perbualan, penilaian hasil kerja, rakaman, temubual dengan pelbagai
pihak, perbincangan dengan ibu bapa, penilaian melalui rekod-rekod peribadi dan
penilaian melalui ujian saringan.

Melalui modul ini, pelajar juga dapat memahami

penganalisisan, pelaporan dan membuat tindakan susulan, etika pentaksiran yang


meliputi garis panduan membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guruguru prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep, objektif, kepentingan dan prinsip-prinsip pentaksiran dan
penilaian kemajuan kanak-kanak.
Mengunakan pertimbangan sendiri dalam melaksanakan teknik-teknik pentaksiran dan
penilaian pengikut proses.
Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam menyediakan laporan pentaksiran dan penilaian
kanak-kanak.
Merancang, mengurus dan melaksanakan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak
prasekolah.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Mengenalpasti pelbagai cara pemerhatian untuk mengumpul data berkaitan kemajuan


kana-kanak.
Mengenalpasti dan mematuhi etika pentaksiran dalam melaksanakan pentaksiran dan
penilaian kemajuan kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pentaksiran
Dan Penilaian
Kemajuan
Kanak-Kanak
Pengenalan
Pentaksiran dan
Penilaian
Perkembangan
Kanak-Kanak

Etika
Pentaksiran
Tindakan
Susulan

Perancangan
Pentaksiran dan
Penilaian KanakKanak
Pengumpulan
Data
Perekodan
Penilaian

Pelaporan

Penganalisisan
Data
Penyimpanan
Data

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

TAJUK 1

PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Konsep
Pentaksiran
Autentik

Kepentingan

Pengenalan
Pentaksiran Dan
Penilaian
Perkembangan
Kanak-Kanak

Objektif

Prinsip-prinsip

1.0 Pengenalan
Kanak-kanak merupakan golongan yang agak sukar dinilai secara tepat kerana aktiviti
yang mereka lakukan, tumpuan yang singkat dan pencapaian yang tidak konsisten
dalam persekitaran baru. Faktor-faktor

lain yang turut mempengaruhi pencapaian

mereka termasuk baka, perbezaan budaya dan bahasa, serta ibu bapa yang kadangkadang kurang berinteraksi dengan anak mereka. Pentaksiran dalam keadaan yang
santai adalah situasi di mana penilaian amat berkesan dilakukan.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Pentaksiran merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan


dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010)
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara
berterusan
Pentaksiran kemajuan kanak-kanak bertujuan untuk mengenali basic point
kekuatan dan kelemahan seseorang kanak-kanak dalam bentuk yang praktikal bukan
sekadar teori. Sebaliknya berbentuk rujukan kriteria iaitu membandingkan kebolehan
kanak-kanak dengan kriteria yang perlu dicapai mengikut peringkat umur. Pentaksiran
bukan untuk membandingkan tahap pencapaian antara seorang kanak-kanak dengan
kanak-kanak yang lain atau untuk melabel mereka.
Kesimpulannya, pentaksiran dan penilaian dalam prasekolah bermaksud satu
proses pemerhatian yang melibatkan beberapa langkah utama dalam proses
pengumpulan tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dari aspek
psikomotor, kognitif dan afektif yang dilaksanakan secara berterusan dan tidak
formal dalam tujuan mendapatkan maklumat yang tepat selain memberi
panduan buat guru dalam menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti
pentaksiran merupakan perkara penting dalam melengkapkan proses pentaksiran.
Pertimbangan harus diberi ke atas aspek keperluan, perasaan, psikologi dan teori
perkembangan kanak-kanak semasa merancang proses pentaksiran

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

1.1 Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada
masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas.
Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau aktiviti) yang
digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira aspek minat, budaya, latar
belakang

sosio

ekonomi,

pengalaman

seharian,

persekitaran,

kekuatan,

ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari


segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.
Pentaksiran prasekolah dilaksanakan secara pendekatan formatif. Matlamatnya
ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Pentaksiran dijalankan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu guru mengesan
penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk
mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara
berulang dan berterusan. Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan
membina item, instrumen atau aktiviti.
Kanak-kanak memerlukan

kaedah

penilaian

yang

berkesan

dalam

mengenal pasti kemajuan mereka menggunakan cara yang sah dan boleh
dipercayai. Maka, pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai
untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan
prasekolah dengan rasional perlu ada sistem yang mentaksir secara bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak, sistem pentaksiran yang telus untuk ibubapa dan kanakkanak dan perlu ada program jambatan di prasekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

1.2 Objektif Pentaksiran


Pentaksiran murid di prasekolah menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan
serta perkembangan dan bukan pencapaian semata-mata. Maklum balas yang
diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting
dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan
kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan
kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Bagi memastikan murid
mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan
persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standard digunakan,selaras
dengan reka bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula
digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010.
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
i.

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

ii.

Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

iii.

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran


dari masa semasa

iv.

Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan


pertumbuhan murid.

v.

Mengesan keberkesanan pengajaran.

vi.

Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

Menurut Katz (1997), objektif pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk:

Meningkatan pembelajaran murid

Membuat keputusan penempatan

Membuat diagnosis masalah pembelajaran

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid

Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuannya sendiri

Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum

Menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama

1.3 Prinsip-prinsip Pentaksiran


James H. McMillan (2000), menyatakan tiga prinsip dalam pentaksiran dan penilaian
perkembangan kanak-kanak ialah;

Jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus

Konsisten

Inklusif dan adil

Surayah dan Haslinda (2009),

amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak

menyatakan terdapat enam prinsip pentaksiran dan penilaian:


i.

Dijalankan secara berterusan.

ii.

Mempunyai perancangan strategi dan instrumen penilaian yang berbezabeza sesuai dengan setiap tujuan dan hasil penilaian.

iii.

Mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan


objektif pembelajaran.

iv.

Memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian murid-murid.

v.

Dilaksanakan secara tidak formal.

vi.

Dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan


kesahihannya

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

1.4 Kepentingan Pentaksiran


1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi kanak-kanak dalam pembelajaran.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat dikesan secara
menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek
tertentu, guru boleh merujuk dan bekerjasama dengan pakar kesihatan semoga
bantuan dapat diberikan pada peringkat awal lagi.
2. Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
Tidak semua murid dapat menerima maklumat baru ketika guru mengajar. Oleh itu
guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan
maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap murid.
Penglibatan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif sangat

penting.
3. Membuat perancangan aktiviti
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat
mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan atau pengayaan.
Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa kumpulan kecil.
4. Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran melalui respons
kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti memberi gambaran berkenaan status
penerimaan.

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran dalam memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Maka, guru perlu


membuat pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang
dikehendaki. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang secara tersusun
dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

5. Mempelajari keperluan setiap murid


Guru

dapat

mengenal

pasti

kekuatan

dan

kelemahan

kanak-kanak

dalam

pembelajaran daripada semasa ke semasa untuk meningkatkan potensi murid.


6. Menyelesaikan sesuatu masalah
Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa dia
berada di prasekolah.

Kanak-kanak dapat mengatasi masalah tiada kawan

contohnya, apabila guru memberi peluang, masa dan bimbingan kepada mereka.
7. Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa
Setiap catatan yang dibuat berkenaan perubahan tingkah laku dan hasilan kerja
kanak-kanak merupakan bukti yang kukuh. Rekod prestasi perkembangan ini dapat
dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-kurang dua kali setahun.
8. Memberi laporan kepada pakar.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah daripada segi kesihatan seperti lambat
daripada segi perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan.
Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal.
9. Menghargai hasil kerja murid
Kanak-kanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang
telah dia hasilkan. Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai.
Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana
pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang lampau.
10. Membuat tindakan susulan serta merta
Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi ganjaran
serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan atau sentuhan.
Teguran

yang

perlakuannya.

positif

serta

membina

dapat

menyedarkan

murid

berkenaan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Menurut Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,


kepentingan pentaksiran kepada guru adalah seperti berikut;

Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.

Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.

Membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta merancang


tindakan susulan.

Manakala kepentingan pentaksiran kepada murid, melalui maklumbalas pentaksiran,


murid akan dapat :
Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.
Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi
mereka.
Ciri-Ciri Pentaksiran Di Prasekolah

Mengambil kira psikologi kanak-kanak, fitrah kanak-kanak dan sifat semulajadi


kanak-kanak.
Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.
Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).
Dijalankan dalam suasana tidak formal.
Dijalankan tidak secara langsung.
Dijalankan dalam keadaan yang tenang.
Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.
Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid.
Tidak melebelkan murid sebagai pandai / tidak pandai.
Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan.
Tidak berfokus kepada ujian pencapaian, tetapi tahap perkembangan murid.
Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid
(autentik)
Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran)
murid.
Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

TAJUK 2

PERANCANGAN PENTAKSIRAN DAN


PENILAIAN KANAK-KANAK

Mengenal
pasti kanakkanak

Menentukan
masa dan
tempat
penilaian
dibuat

Perancangan
Pentaksiran
dan Penilaian
Kanak-kanak

Menentukan
kaedah
pentaksiran

Menentukan
kemahiran/apa
yang hendak
dikesan/
diperhatikan

2.0 Pengenalan
Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu
sebelum memulakan persekolahan formal di tahun satu, pentaksiran merujuk standard
digunakan, selaras dengan rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard
Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK (rujuk Lampiran A dalam modul ini) perlu

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

diakuri oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini. Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010
disusun atur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah
perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran.
Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid.
Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk.
Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui
beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan
spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan. lanya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap
Standard Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran.
Standard

Pembelajaran

merupakan

satu

penetapan

kriteria

atau

indikator

pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) yang boleh diukur, untuk
memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan.
Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di
prasekolah
Pentaksiran

adalah

sesuai

Merujuk

dilaksanakan

Standard

dengan

bermaksud

merujuk

apa

yang

kepada
ditaksir

standard.
dan

tahap

perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi


yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan
tingkah laku (proses & produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan
evidens (bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan.
Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum
yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda
bahawa

sesuatu

perkara

itu

telah

dikuasai

murid.

la

memberi

definisi

kepada ."kejayaan" dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan
cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan
pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu. Standard
prestasi memberi gambaran jelas atau panduan kepada guru tentang bagaimana
hendak memberi skor kepada hasil yang dipersembahkan oleh murid. Standard
Prestasi juga dirujuk semasa guru memberi maklum balas dan membuat pelaporan
tentang murid.
Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau
hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik
tentang teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi
bukan saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri.
Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor. Kriteria
merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara
yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan
mengambil kira perbezaan antara individu. la menjadi rujukan bagaimana prestasi
murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap
penguasaan mestilah dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang
ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai
dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua
kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan.
Dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, Skor bermaksud apa yang
digunakan untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang
diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ... ) atau markah (1, 2, 3, ... ) yang
hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian
pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata
tidak boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk
menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat
menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang
hendak dicapai.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah


Belum Menguasai (

), Sedang Maju (

)dan Telah Menguasai (

). Tiga skor ini

mewakili penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan
bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.

Jadual 1: Standard Prestasi di Prasekolah Contoh 1

Skor
(Tahap Penguasaan)

Simbol

Kriteria

Telah Menguasai

TM

Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan


baik secara bertatasusila.

Sedang Maju

SM

Tahu dan boleh buat dengan bimbingan.

Belum Menguasai

BM

Tahu beberapa perkara asas berkaitan


dengan konstruk tetapi tidak boleh buat .

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah Contoh 2

Skor
(Tahap Penguasaan)

Simbol

Menguasai

Boleh melakukan aktiviti dengan betul


sehingga selesai.

Sedang Berkembang

SB

Memerlukan bimbingan dari semasa ke


semasa apabila melakukan aktiviti namun
masih boleh melakukan sehingga selesai.

Perlu Banyak
Bimbingan

PB

Kriteria

Sukar memahami arahan untuk menjalankan


aktiviti dan sentiasa memerlukan bimbingan.

Tiga tahap penguasaan di Jadual 1 dan 2 boleh menjadi teras (asas) kepada
pernyataan kriteria bagi standard prestasi yang dibina dan disesuaikan untuk
mentaksir setiap konstruk.
Dengan adanya Standard Prestasi, guru dapat memberi skor dan maklum balas
yang tepat kepada murid tentang prestasi mereka . Sehubungan itu guru boleh
mengatur strategi pengajaran atau intervensi untuk membantu murid. memperbaiki
pembelajaran mereka bagi menguasai tahap yang tertinggi. Daripada maklum balas
guru, murid pula mendapat gambaran yang jelas tentang sasaran pembelajaran, di
mana kedudukan mereka dan apa lagi yang mereka perlu perbaiki untuk maju ke arah
sasaran berkenaan.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

2.1 Mengenal pasti kanak-kanak


Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat
pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid.
Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu
guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi
seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti
pentaksiran secara berulang dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen
atau aktiviti.
Pentaksiran harus diulang dan dilakukan berterusan untuk melihat proses kerja,
hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Elakkan daripada
menggunakan ujian formal kerana ia tidak dapat memberi maklumat mengenai
kebolehan sebenar murid. Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid
prasekolah. Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid
ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di
luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau
aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambi! kira aspek minat,
budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan,
ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari
segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.
Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu
guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat
daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh
dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yag lebih jelas dan tanpa raguragu.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Rajah 1 : MODEL PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Merancang
Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan
melakukan perkara-perkara berikut:
Tahu tujuan mentaksir
Tahu apakah konstruk yang ditaksir
Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSPK
Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan;
Tentukan instrumen (aktiviti atau strategi) yang akan digunakan;
Tentukan bila hendak mentaksir;
Tentukan tempoh pemerhatian.
Membina Instrumen
Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard
Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat
supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan
pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan
apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran
mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan eviden bagi
lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah ialah
permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan.

2.2 Menentukan kaedah pentaksiran


Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembamgan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. Justeru, para guru prasekolah perlu merujuk ke enam-enam standarad

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

pentaksiran sebagai mana yang terkandung di dalam KSPK bagi memastikan


amalan pentaksiran yang dilaksanakan adalah mematuhi standard yang sebenarnya.
Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan
tujuan pentaksiran yang ditetapkan.
Tujuan pentaksiran adalah untuk:

Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan


mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran


dari semasa ke semasa.

Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek


yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan


susulan yang berkesan untuk:

Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain


kognitif, afektif dan psikomotor.

Membantu pembelajaran murid.

Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu


pengajaran dan pembelajaran guru.

Standard Pentaksiran Kedua: Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan,


kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Penerapan nilai

Pembentukan sikap

Penguasaan kemahiran

Status kecergasan

Status kesihatan

Kesediaan sosial (social readiness)

Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum


Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:

Standard

Penerapan nilai

Pembentukan sikap

Penguasaan kemahiran

Status kecergasan

Status kesihatan

Kesediaan sosial (social readiness)

Pentaksiran

Ketiga:

Pentaksiran

dijalankan

secara

berterusan

sepanjang masa.
Pentaksiran dijalankan berterusan sepanjang masa

Standard Pentaksiran Keempat: Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai
dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.
Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan
perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah
seperti berikut:
Pemerhatian berterusan
Penilaian hasil kerja

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak:


- Ujian atau peperiksaan formal
- Ujian kertas dan pensil
Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.
Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.
Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau
kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik
berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Contoh rekod adalah seperti berikut:
-

Senarai Semak.
Skala Kadar.
Rekod Anekdot.
Rekod Berterusan (Running Record).
Portfolio

Standard Pentaksiran Kelima: Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang


tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan
untuk membantu pengajaran.
Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid
prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.

tamat

Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat


kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.
Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid- murid
sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Standard Pentaksiran Keenam: Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh


beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain,

ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja.


Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak.
Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat
dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak
pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam

perkembangan kanak-kanak ini kelak.


Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru
perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat A atau B

dan seterusnya.
Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi
boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya
berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanakkanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat
daripada perempuan.

2.3 Menentukan kemahiran / apa yang hendak dikesan / diperhatikan


Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir (konstruk), rujukan
dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap
Tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Fokus,
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menyatakan dengan terperinci
perkara yang perlu dipupuk dan dikuasai oleh murid. Pengamalan sikap baik (yang
berkaitan dengan kemahiran kebolehan dalam Standard Pembelajaran) juga
diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untuk memupuk nilai murni dan sikap positif
semasa murid mempamerkan kemahiran mereka. Jadual 3 menunjukkan senarai

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

konstruk yang telah dikenal pasti mengikut tunjang sepanjang tempoh pembelajaran
murid di peringkat prasekolah.

Jadual 3: Senarai Konstruk Untuk Pentaksiran Di Prasekolah


TUNJANG

Komunikasi

Kemanusiaan

Ketrampilan
Diri
Perkembangan

KONSTRUK
BM1

Kemahiran Mendengar

BM2
BM3

Kemahiran Bertutur
Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan

BM4
BM5
BM6
BM7

Konsonan
Kemahiran Membaca Perkataan
Kemahiran Membaca Ayat
Kemahiran Mencerita Semula
Kemahiran Menulis

KM1

Pengetahuan tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan

KM2

Keluarga, Rakan, Sekolah, Komuniti.


Amalan Sikap yang Baik dalam Hubungan antara Diri

KM3
KM4

dengan Keluarga, Rakan, Sekolah dan Komuniti


Amalan Tabiat Menjaga Alam Sekitar
Pengetahuan Asas tentang Warisan Budaya Tradisional

KM5
KM6

Pelbagai Kaum di Malaysia


Pengetahuan Asas tentang Negara Malaysia
Amalan Cintakan Negara

SE1
SE2
SE3

Kemahiran Mengenali dan Mengurus Emosi Sendiri


Kemahiran Mencapai Emosi yang Positif
Kebolehan Membina Kemahiran Sosial

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Sosioemosi

Perkembangan
Fizikal dan
Estetika
Perkembangan
Fizikal dan

FZ1
FZ2
FZ3
FZ4
FZ5
FZ6

Kemahiran Motor Halus


Kemahiran Motor Kasar
Kemahiran Menjaga Kebersihan Diri
Mengamalkan Tabiat Pemakanan yang Berkhasiat
Kemahiran Menjaga Kebersihan Persekitaran
Mengamalkan Langkah-Iangkah Pencegahan Jangkitan

FZ7
FZ8

Penyakit
Pengetahuan tentang Sumber Bahaya
Mengamalkan Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan
Diri

Penjagaan
Kesihatan

Perkembangan
Fizikal dan
Estetika
Kreativiti

KR1

Kemahiran Menghasilkan Karya Seni Visual Secara

KR2
KR3
KR4
KR5
KR6

Kreatif
Mengamalkan Sikap Apresiasi Seni
Kemahiran dalam Menyanyi
Kemahiran Memainkan Alat Perkusi
Kemahiran Gerakan Kreatif
Kemahiran Berlakon dan Main Peranan

ST1
ST2
ST3

Kemahiran Memerhati
Kemahiran Merekod Hasil Pembelajaran
Kemahiran Membuat Pengukuran Menggunakan Unit
Bukan Piawai

Sains dan
Teknologi

ST4
ST5
ST6
ST7
ST8
ST9

Kemahiran Membanding dan Membeza


Kemahiran Mengelas
Kemahiran Membuat Ramalan
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kemahiran Membuat Seriasi
Kemahiran Mengecam Corak Berulang dan Membina

ST10

Pola
Pengetahuan tentang Nombor 1-20

( Perkembangan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Kognitif )
Awal Sains
Awal Matematik

Kerohanian,
Sikap dan Nilai
Pendidikan Islam

Kerohanian, Sikap
dan Nilai
Pendidikan Moral
Nota:

ST11
ST12

Pengetahuan tentang 20, 30, 40, 50


Kemehairan Menyelesaikan Operasi Tambah dalam

ST13

Lingkungan 10
Kemehairan Menyelesaikan Operasi Tolak dalam

ST14
ST15
ST16

Lingkungan 10
Kemahiran Mengecam Duit yang Berlainan Nilai
Pengetahuan tentang Konsep Masa
Pengetahuan tentang Kedudukan Objek dalam

ST17
ST18
ST19

Ruang
Pengetahuan tentang Bentuk
Kemahiran Membuat Pembinaan
Kemahiran Menggunakan Komputer

PI 1
PI 2
PI 3
PI 4
PI 5
PI 6
PI 7
PI 8

PM 1
PM 2
PM 3
PM 4
PM 5
PM 6
PM 7
PM 8
PM 9
PM10
PM11
PM12
PM13
PM14
PM15

Pengetahuan tentang Rukun Islam


Pengetahuan tentang Rukun Iman
Pengetahuan Kalimah Sahadah
Pengetahuan dan Kebolehan Melakukan Ibadah
Pengetahuan tentang Sirah Rasulullah SAW
Pengamalan Akhlak RasuluJlah SAW
Pengetahuan Asas Bahasa AI-Quran
Pengetahuan Asas Tulisan Jawi

Mengamalkan Nilai Baik Hati


Mengamalkan Nilai Bertanggungjawab
Mengamalkan Nilai Berterima Kasih
Mengamalkan Nilai Berhemah tinggi
Mengamalkan Nilai Hormat Menghormati
Mengamalkan Nilai Kasih Sayang
Mengamalkan Nilai Keadilan
Mengamalkan Nilai Keberanian
Mengamalkan Nilai Kejujuran
Mengamalkan Nilai Kerajinan
Mengamalkan Nilai Kerjasama
Mengamalkan Nilai Kesederhanaan
Mengamalkan Nilai Toleransi
Mengamalkan Nilai Berdikari
Mengamalkan Nilai Berdisiplin

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Nilai-nilai murni yang hendak diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral boleh ditaksir secara bersepadu. Pengamalan nilai murni boleh diperhatikan
semasa murid melakukan aktiviti-aktiviti dalam kelas atau semasa kemahirankemahiran lain ditaksir. Tidak semestinya diadakan instrumen atau aktiviti yang khusus
untuk mentaksir nilai-nilai murni sahaja.

2.4 Menentukan masa dan tempat penilaian dibuat


2.4.1 Memilih tempat penilaian
Tempat yang paling ideal untuk menjalankan penilaian adalah di kelas
prasekolah yang kondusif seperti terdapat peredaran udara, cahaya dan ruang yang
sesuai, tiada gangguan dan kurang bunyi bising. Faktor-faktor persekitaran tersebut
harus dipertimbangkan jika guru merancang aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada
penilaian. Kanak-kanak tidak sepatutnya dipindahkan ke tempat yang mereka tidak
biasa apabila membuat penilaian.
2.4.2 Menentukan masa penilaian
Apabila hendak membuat penilaian, kita harus memikirkan dua aspek tentang
masa. Salah satunya adalah penjadualan kemahiran dan sampel tingkahlaku. Ada
sesetengah penilaian seperti ujian penglihatan dan pendengaran, rekod kesihatan dan
profil keluarga adalah sangat membantu sebelum memulakan interaksi dengan kanakkanak berkenaan. Penilaian mesti dalam bentuk formatif dan sumatif. Guru boleh
mengumpul sampel-sampel kerja , merancang pemerhatian dan perbincangan dengan
murid. Penilaian terhadap kemahiran dan tingkahlaku tidak boleh dilakukan sehingga
anda berjaya membina hubungan yang baik dengan murid dan peluang yang cukup
untuk mengamalkan kemahiran dan tingkahlaku sebelum dinilai. penilaian juga tidak

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

boleh dijalankan pada masa-masa seperti sebelum rehat, selepas balik dari bercuti
dan seumpamanya kerana pada masa-masa tersebut mereka kurang fokus, sibuk dan
terganggu.
Sumber : Development Appropriate Curiculum. Marjorie J. Kostelnik, Anne K.
Soderman, Alice Phipps Whiren. 5th ed. (2011). Pearson Education, Inc. Upper Saddle
River, New Jersey.

TAJUK 3

PENGUMPULAN DATA

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Pemerhatian
Tingkah Laku
Perbincangan
Dengan Ibu
Bapa

Penilaian
Melalui Rekod
Peribadi

Pemerhatian
Perbualan

Pengumpulan
Data

Penilaian
Melalui Ujian
Saringan

Penilaian
Hasil Kerja

Rakaman
Temubual
Dengan
Pelbagai
Pihak

3.0

Pengenalan

Pengumpulan data perkembangan kanak-kanak boleh diperolehi melalui pemerhatian.


Pemerhatian ialah memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan,
pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak. Perkembangan yang perlu diperhatikan
adalah daripada segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif dan sebagainya.
Pemerhatian ke atas kanak-kanak itu perlu direkodkan tanpa disedari oleh kanakkanak.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan
tentang pembelajaran murid. Maklumat ini sangat penting untuk dijadikan bukti. Oleh
itu,

Setiap maklumat mesti dicatatkan nama dan tarikh untuk mudahkan guru
membuat susulan

Merekod penilaian haruslah sah iaitu ia mesti membekalkan maklumat berkaitan


dengan matlamat dan objektif sesuatu program yang dijalankan.

Melibatkan pemerhatian yang berulang-ulang.

Pemerhatian yang banyak akan membantu guru menemui pola-pola tingkah laku dan
mengelakkan kepada keputusan yang dibuat dengan tergesa-gesa

yang mungkin

berasaskan kepada tingkah laku kanak-kanak yang luar biasa.

Keputusan yang profesional dan bernas dapat diambil dengan data yang
diperolehi daripada pelbagai sumber dan bahan maklumat

Kaedah pengumpulan maklumat yang dapat mengesan kelakuan kanakkanak

Memerhati kanak-kanak dalam persekitaran sedia ada

Merekod perkembangan secara spontan dan peristiwa yang tidak dijangka

Kelakuan kanak-kanak diperhatikan secara teratur, mengikut prosedur


tertentu dalam satu keadaan yang telah disediakan dengan sengaja

Penilaian boleh dilakukan dengan memerhati jenis perkembangan atau


pembelajaran tertentu

Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian


dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu
kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau
maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian
yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.

3.1

Pemerhatian Tingkah Laku

Pemerhatian tingkah laku kanak-kanak boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti


seperti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa
mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran
seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan
masalah bersama rakan dan sebagainya.
Tujuan melakukan pemerhatian secara sistematik adalah untuk ;
i

menentukan perkembangan kognitif, bahasa,sosio,emosi dan fizikal


kanak-kanak.

ii

mengenalpasti minat dan cara gaya pembelajaran kanak-kanak.

iii

merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai

iv

memenuhi keperluan kanak-kanak secara individu

mengetahui peningkatan dalam pembelajaran dan tingkahlaku

vi

memberi maklumat kepada ibubapa

vii

memberi maklumat kepada para profesional untuk mengetahui tentang


diri mereka dan bagaimana membantu kanak-kanak

3.2

Pemerhatian Perbualan

Pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah semasa
perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara
murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan
bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif,
afektif dan psikomotor.

3.3

Penilaian Hasil Kerja

Guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan
menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan
kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid
dikumpulkan dalam bentuk portfolio.
Antara

bahan yang dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan,

mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, model, video kanakkanak dan gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah.
Hasil kerja berupaya membuktikan pencapaian dan kemahiran kanak-kanak.
Catat pencapaian pada masa hasil kerja dilaksanakan dan setiap hasil kerja mesti
ditulis tarikh yang lengkap supaya mudah rujukan dilakukan. Catatan yang dibuat perlu
menggambarkan tahap kebolehan, contohnya ;

sudah boleh membuat bulatan

sudah boleh menulis huruf.

Demikian juga dengan sebarang pembetulan, perlu ditanda dan dimaklumkan


kepada kanak-kanak supaya mereka sedar akan kesilapan yang telah dilakukan dan
pembetulan boleh dilakukan. Contohnya, kesalahan dalam tulisan
Hasil kerja disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa
pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti
refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai
pentaksiran kendiri.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Hasil kerja juga membolehkan guru dan ibu bapa mengesan beberapa perkara
iaitu antaranya ;
a. Pola pembelajaran kanak-kanak iaitu sikap mudah faham, teliti, bersedia,
mengambil masa yang lama atau sebaliknya
b. Perubahan dari segi pencapaian di mana ia mempamerkan kemahiran motor
halus yangg lebih terkawal. Contohnya, boleh mewarna dalam gambar yang
diberi dengan kemas
c. Tahap perkembangan berada dalam peringkat perkembangan yang
ditunjukkan oleh murid yang sama umur dengannya
d. Strategi yang digunakan setiap murid ada cara atau sistem tersendiri dalam
melaksanakan tugas. Contohnya, meminta bantuan daripada rakan atau banyak
bertanya kepada orang dewasa

3.4

Rakaman

Rakaman secara audio atau visual boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang kukuh. Ia
sesuai diselenggarakan jika ada kemudahan dan kemahiran. Data-data yang
diperolehi mudah untuk diintepretasikan selain mempunyai kesahan yang tinggi.
Maklumat lebih terperinci dan boleh difokus kepada sesuatu aspek perkembangan
(JERIS)
Kelemahan kaedah ini ialah ia memerlukan kemahiran untuk diselenggara. Bagi
melaksanakan rakaman yang berkesan, ia memerlukan tempat strategik dan sesuai
seperti bilik tinjau. Jika tidak, kanak-kanak

tidak akan beri tumpuan pada aktiviti

pengajaran sebaliknya kepada kamera. Keadaan ini menghalang pelaksanaan


pentaksiran secara autentik.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

3.5

Temubual Dengan Pelbagai Pihak

Pihak-pihak yang terbabit lazimnya terdiri daripada :


a) Ibu bapa
b) Adik beradik
c) Jiran
d) Penjaga / pengasuh
Bagi memastikan sesi temubual berjalan lancar, soalan temu bual yang berfokus
dengan pihak di atas perlu disediakan lebih awal. Sewaktu membina temubual, ia
mestilah ringkas, berfokus, tidak bercampur aduk pelbagai aspek dalam satu soalan
dan ayat yang digunakan tidak mengelirukan.
Antara soalan yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut;
a) Aspek / fokus yang ditemubual berkaitan latar belakang kanak-kanak, seperti
bilangan adik beradik
b) Taraf sosioekonomi keluarga
c) Kesihatan dan fizikal murid seperti alahan, penyakit, kecacatan dan lain-lain
d) Persekitaran sosial murid
e) Tingkah laku murid sewaktu di rumah
f) Pengalaman positif dan negatif
g) Perkembangan JERIS

Semasa sesi temubual, kemahiran mendengar dan mencatat sangat penting.


Sebaiknya

guru tidak menyampuk atau memberi komen semasa temubual

berlangsung, lihat reaksi responden dan pelihara adab dan etika.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

3.6 Perbincangan Dengan Ibu Bapa


Sesi perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga adalah sumber maklumat penting
tentang perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa boleh dibimbing untuk merekodkan
pemerhatian perkembangan anak-anak mereka semasa berada di rumah atau di
bawah kawalan mereka. Temu bual dan perbincangan dengan ibu bapa sama ada di
prasekolah atau sesi lawatan ke rumah dapat memberikan maklumat yang tepat
tentang perkembangan anak-anak mereka. Temu janji awal untuk lawatan ke rumah
perlu dibuat dengan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak supaya tidak menimbulkan
masalah kepada kedua-dua pihak.

3.7 Penilaian Melalui Rekod-rekod Peribadi


Rekod peribadi kanak-kanak mengandungi maklumat diri, keluarga dan fizikal murid.
Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat
kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada
ibubapa/penjaga di akhir sesi prasekolah. Rekod peribadi ini sebaik-baiknya diserah
kepada guru Tahun Satu untuk memastikan kesinambungan rekod perkembangan
murid yang berkaitan.
Pengumpulan maklumat daripada rekod-rekod peribadi meliputi;
a. Latar belakang keluarga
b. Masalah kesihatan termasuk alahan
c. Kecederaan
d. Penyakit yang pernah dihidapi
e. Rekod kehadiran

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

3.8. Penilaian Melalui Ujian Saringan


Ujian Saringan merupakan ujian tapisan awal untuk mengesan murid yang lemah
dalam menguasai kemahiran dalam mata pelajaran. Melalui ujian saringan (screening)
boleh mengenal pasti sama ada murid

memerlukan perkhidmatan khas. Contoh,

Denver Developmental Screening Test (1975) iaitu mengenalpasti sebarang


kerencatan perkembangan dalam aspek tertentu seperti kemahiran motor kasar dan
halus, bahasa dan sosial. Soalan bagi Ujian Saringan diambil dan diolah daripada
sukatan pelajaran dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi dan Tunjang Literasi Sains.
Soalan yang dibina hendaklah tidak terlalu sukar kerana tujuan utama soalan ini dibina
adalah lebih kepada menguji aras penguasaan kemahiran asas murid sahaja.
Guru boleh menentukan soalan apa yang hendak diuji tetapi mestilah relevan.
Sebagai contoh, murid tidak tahu membaca, guru tidak boleh meletak soalan
berbentuk ayat yang panjang kerana kelak tiada sesiapa pun murid yang akan
melepasi ujian tersebut.
Perlu diingat, ada sesetengah murid tidak akan dapat menjawab kesemua
soalan dalam set ujian saringan berkenaan. Ada juga murid yang tidak akan jawab
walau satu soalan pun. Guru akan lebih banyak melihat contengan yang tidak
bermakna dalam set ujian saringan tersebut.
Perkara ini perlu diberi perhatian kerana murid berkenaan ternyata bermasalah.
Dalam ujian saringan, tidak ada soalan berunsurkan pilihan jawapan. Guru disyorkan
supaya membina keseluruhan soalan yang boleh memandu murid untuk menjawab
soalan secara berstruktur.
Guru dinasihatkan supaya mengelakkan daripada memberi soalan yang
meminta murid mewarnakan gambar kerana akan membuang masa murid.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Had-had Dalam Kaedah Pemerhatian


1. Kemahiran guru di dalam melaksanakan pemerhatian - apa
dilihat.

yang hendak

2. Tidak bias kepada perasaan dan interpretasi.


3. Mempunyai

kemahiran

untuk

memilih

cara

pemerhatian

yang

sesuai

bergantung pada kemahiran dan pengetahuan guru. Guru mesti mengetahui


tahap perkembangan kanak-kanak, sensitif terhadap kebudayaan, individu dan
personaliti murid yang berbeza.

Tahu mengenai kaedah pengajaran, mata

pelajaran dan kandungan kurikulum.


4. Interpretasi yang salah.
Interpretasi tingkah laku tidak cukup hanya melalui maklumat yang sedikit. Ini
mungkin disebabkan oleh factor yang lain yang tidak diambil kira. Kesimpulan
global tingkah laku / menyeluruh tidak secara spesifik misalnya, Dia tu nakal
sangat.

Bias personal.

Salah focus sama ada pada tingkah laku atau

kebolehan.
5. Tidak mengikut keadaan/situasi yang betul. Kanak-kanak ini berbeza dengan
cara yang lain (sebutkan nama dan rakannya). Kenalpasti siapa yang terlibat
dalam situasi itu.
6. Elak membuat tanggapan awal. Contoh, hyperaktif, lembab, malas dan lainlain.
7. Penting untuk guru membuat pemerhatian semasa mengajar tidak perlu
secara sistematik.

Kalau hendak menilai tahap kebolehan dan pencapaian

barulah menilai secara sistematik. Buat rekod anekdot dan rekod berterusan
untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah. Adakan dokumen yang khas
untuk mereka.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

TAJUK 4

PEREKODAN PENILAIAN

Senarai
Semak

Rekod dengan
alat-alat
elektronik

Perekodan
Penilaian

Rekod
Anekdot

Rekod
Berterusan

4.0 Pengenalan
Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara
sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan,
kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat
penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard Prestasi
boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan Standard
Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan
murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian. Contoh


instrumen yang boleh digunakan untuk merekod rnaklumat pentaksiran adalah seperti
berikut:
a) Senarai Semak
b) Rekod Anekdot.
c) Rekod Berterusan ( Running Record )
d) Rekod dengan alat-alat elektronik ( kamera, digital, kamera video )

4.1 Senarai Semak


Senarai semak ialah senarai item yang
disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item
yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada :

sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan


sesuatu pelakuan telah dilakukan
kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan

Prosedur
Perkara yang perlu diberi perhatian :

Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.


Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula
jadi
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan
perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan
Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku
murid
Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat
maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal
Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan
atau kelas

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

4.2 Rekod Anekdot


Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa
atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau
negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi
secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap
murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa
ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara
objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah
peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Secara ringkasnya, rekod


anekdot adalah :

Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana berlaku.

Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.

Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

Panduan Merekod Anekdot

Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan
direkodkan tidak tercicir

Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat

Menulis apa yang dilihat secara objektif

Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid
yang diperhatikan

Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang


menggambarkan perkembangan murid

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

CONTOH REKOD ANEKDOT


Nama: Maria
Masa: 9.00 pagi

Tarikh: 20.10.2013
Tempat: Di luar Kelas

Pemerhatian :

Interpretasi :

Maria dan Tina duduk di bawah pokok


sambil bermain tepuk tangan. Agus
datang menghampiri mereka dan
menunjukkan bunga raya yang telah
dipetiknya di kawasan tadika. Dia
menyepak bunga itu seolah-olah
seperti bola raga.
Maria menegur: Mana boleh buat
macam tu
Tak apa, kata Agus.
Tak reti..itu bukan bola kata Maria
lagi.
Tak apalah.. , jawab Agus lagi.
Sayang bunga tu
Maria menarik tangan Tina dan
beredar dari situ.

- Maria menunjukkan bahawa dia


mempunyai perasaan untuk menjaga
dan menyayangi lam sekitar.
- memiliki kecerdasan naturalis

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

4.3 Rekod Berterusan


Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita 'narrative' yang dibuat ke
atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh
pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5
hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh guru.
Panduan menulis rekod :
Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Rekod hendaklah tepat dan padat.
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.
Gunakan bahasa yang boleh difahami.
Boleh gunakan singkatan semasa mencatat.
Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa
berlaku dan tingkah laku yang ingin diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan "judgmental.
Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak
di tempat yang selamat

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

CONTOH REKOD BERTERUSAN


Nama: Asri bin Yusof
Guru : Mohd Ismail

Umur: 5 tahun
Masa: 11.00 pagi

Pemerhatian
Asri masih berada diruang mengambil
wuduk. Murid lain sudah memenuhi saf
hadapan. Cikgu Mohd meminta murid
berdiri betul untuk mendirikan solat.

Tarikh: 24.4.2013
Item: Peraturan
Ulasan

Belum memahami tertib mendirikan solat


berjemaah

Asri menolak dan merempuh rakan di saf


hadapan untuk membolehkannya berada
di saf hadapan.
Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri.
Tadi Asri lambat ambil wuduk.., kalau
kita lambat, kita kena masuk di saf
belakang yang masih kosong. Lain kali
kalau nak di saf depan kenalah cepat
ambil wuduk
Amin menyampuk ,Tadi dia main air,
cikgu.
Asri mengundur masuk ke saf belakang.

4.4.Rekod dengan alat-alat elektronik


Merekod dengan menggunakan alat-alat elektronik bermaksud seperti berikut;

Kamera digital (mengambil gambar semasa aktiviti kumpulan atau projek)

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Kamera video ( merakam persembahan boneka untuk dianalisis)

Rakaman audio (merakam semasa aktiviti cicle time .

TAJUK 5

PENYIMPANAN DATA

Portfolio
kanak-kanak

Rekod dalam
bentuk CD,
disket

Penyimpanan
Data

Rekod
perkembangan
kanak-kanak

Rekod peribadi
kanak-kanak

5.0 Pengenalan
Segala maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan
dan dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio menjadi sumber rujukan yang menunjukkan
kemajuan, kekuatan, konsep dan kemahiran yang mereka kuasai. Setiap murid

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

mempunyai portfolio yang mengandungi hasil kerja mereka beserta tarikh kerja
dihasilkan dan catatan yang berkaitan.

5.1 Portfolio Kanak-kanak


Definisi Portfolio
Portfolio adalah satu himpunan bukti (evidens) atau keterangan yang terkumpul
berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Tujuan Portfolio
Portfolio bertujuan untuk menyimpan rekod tentang pengalaman, usaha, kemajuan
dan kejayaan yang diperolehi murid secara individu dan kumpulan. Portfolio boleh
dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk
menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu
bapa murid untuk memaklumkan tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.
Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah:
i.

Pelaporan Perkembangan murid


- Rekod Peribadi
- Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid

ii.

Hasil kerja terpilih ;


-Perlu dinilai dan diberi ulasan
-Telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
-Pemilihan hasil kerja murid dari setiap Tunjang.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

5.2 Rekod peribadi kanak-kanak


Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri, keluarga murid dan fizikal murid.
Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat
kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada
ibubapa/ penjaga di akhir sesi prasekolah. Rekod peribadi ini sebaik-baiknya diserah
kepada guru Tahun Satu untuk memastikan kesinambungan rekod perkembangan
murid yang berkaitan.

Contoh Rekod Peribadi Murid

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

5.3 Rekod perkembangan kanak-kanak


Aspek perkembangan yang boleh dilaporkan berdasarkan tunjang dalam KSPK adalah
seperti berikut :
-

Tunjang Koumikasi

Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai

Tunjang Keterampilan Diri Sosioemosi

Tunjang Fizikal dan Estetika

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Kemanusiaan

5.4 Rekod dalam bentuk CD, disket


Guru perlu merekod dan menyimpan segala maklumat kanak-kanak dalam bentuk CD
atau disket, bagi memudahkan guru untuk membuat tindakan secara sistematik.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Tatacara Pengurusan Dan Penyimpanan Rekod

Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara kumpulan


dan kelas perlu disimpan di dalam fail induk.

Semua instrumen yang . digunakan untuk menilai murid secara individu


perludisimpan di dalam portfolio murid

Setiap fail perlu dilabelkan.

Fail induk I individu disimpan di ruang yang selamat dan berstatus sulit.

Maklumat perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa

TAJUK 6

PENGANALISISAN DATA

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Membaca dan
meniliti
maklumat

Membuat
inferen

Penganalisasan

Data

Membuat
analisis

Membuat
ulasan

6.0 Pengenalan
Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau
rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai
murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi
maklumat adalah seperti berikut:

6.1 Membaca dan meniliti maklumat


Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil
pemerhatian.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek


penting dalam Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus
kepada kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis
Menganalisis hasil kerja murid.

6.2 Membuat analisis


Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah :
Gambar atau lukisan
Sampel tulisan
Binaan yang disempurnakan
Cerita yang ditulis
Buku skrap
Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat
biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya 'sudah boleh membuat
bulatan, sudah boleh menulis huruf. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio
murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan
seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga
dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri.

Contoh Analisis Hasil Kerja


Contoh - A

Catatan Analisis :
Amalina melakar menggunakan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

dua warna.
la menggunakan banyak
bentuk bulat dalam lukisan.
Dia berjaya meneruskan
lakaran untuk membentuk kaki,
tangan dan rambut

Contoh - B

Catatan Analisis :
Alice berjaya menceritakan
semula cerita yang dibacakan
melalui lukisan.
Beliau sudah boleh menguasai
motor halus untuk menulis
huruf.
Beliau juga berusaha
memperbaiki kesilapan yang
dibuat.
Mempunyai daya kreativiti
dalam mewarna dan
membentuk serangga.

Contoh - C

Catatan Analisis :
Faiz tekun menyiapkan hasil
kerjanya.
Dia berjaya menulis huruf dan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

ayat mudah.
Dia menunjukkan usaha untuk
membetulkan kesilapan sendiri.

6.3 Membuat Ulasan


Maklum balas / ulasan hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali
selepas murid diperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja berbentuk
pujian, tetapi maklumat tentang kerja dan kemajuan murid. Fokus maklum balas ialah
kepada apa yang murid boleh kuasai atau buat, bagaimana boleh memperbaikinya
dan apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan. Melalui maklum balas yang merujuk
kepada standard dan kriteria, murid-murid dapat mengetahui apa yang patut dicapai,
dan sejauh mana mereka telah berjaya mencapai standard dan kriteria ditetapkan
dalam penguasaan sesuatu konstruk (pengetahuan, kemahiran dan nilai). Murid boleh
meneliti dan menilai kerja masing-masing. Mereka akan rasa dihormati dan hasil kerja
mereka dihargai. Melalui maklum balas, murid lebih jelas tentang apa lagi yang perlu
dilakukan untuk menjadi lebih baik, dan mereka akan lebih bermotivasi untuk
meneruskan aktiviti.

6.4 Membuat Inferen


Berdasarkan data-data yang terkumpul, guru perlu membuat inferen berkaitan
kemahiran dan perkembangan yang telah dikuasai dan dicapai oleh kanak-kanak.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Contohnya , apabila kanak-kanak sudah menguasai kemahiran membaca ayat mudah,


maka antara inferen yang boleh dibuat adalah :
-

Kanak-kanak boleh menguasai perbendaharaan kata,

Kanak-kanak boleh membaca arahan mudah,

Kanak-kanak boleh berkomunikasi menggunakan ayat mudah,

Kanak-kanak boleh memeri respon terhadap soalan guru.

TAJUK 7

PENLAPORAN

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Pelaporan

Mengemaskini
rekod-rekod

Membuat laporan

Menghasilkan data
dalam bentuk grafik

7.0 Pengenalan
Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang
perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid.
Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:

Pelaporan

perlu

dilakukan

dari

semasa

ke semasa

mengikut

keperluan

untuk

membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Laporan

perkembangan

murid

seharusnya

menyeluruh merangkumi

kepelbagaian

kecerdasan, perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan nilai,

potensi

dan keterampilan diri murid.

Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis data melalui
kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

7.1

Membuat laporan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Kad laporan bukanlah cara yang paling sesuai untuk memberi laporan kepada ibu
bapa. Tetapi guru boleh menulis sedikit penjelasan tentang kemajuan dan memahami
gred anak-anak mereka.Tetapi ada beberapa cara lain bagaimana guru boleh menulis
kad laporan. Antaranya adalah ;

Menyediakan ruang untuk murid,guru dan ibu bapa melaporkan matlamat pada
penilaian akan datang

Perjumpaan dengan ibu bapa membincangkan dan mengkaji kemajuan anak.

Contoh surat (Newsletter)

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Ulasan dalam kad laporan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Kad laporan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Nota perjumpaan ibu bapa & guru

Sesi perjumpaan ibu bapa & guru

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

7.2 Mengemaskinikan rekod-rekod kemajuan kanak-kanak


Laporan merupakan rumusan yang dibuat oleh guru daripada maklumat yang dikumpul dan
analisis yang dibuat mengenai perkembangan murid secara menyeluruh dan spesifik. Ulasan
yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid.
Rumusan mengenai perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial boleh
dibuat berdasarkan Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan atau aspek
lain yang telah ditentukan.
Aspek perkembangan murid yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut:
a. Tunjang Komunikasi
b. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
c. Tunjang Ketrampilan Diri Perkembangan Sosioemosi
d. Tunjang Perkembangan Fizikal dan estetika
e. Tunjang Sains dan Teknologi
f. Tunjang Kemanusiaan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Contoh format pelaporan


TUNJANG

Komunikasi

Fizikal dan Estetika

ULASAN
SEMESTER 1
Boleh bercerita mengenai diri dan
keluarga. Boleh berinteraksi secara
sopan dengan rakan sebaya. Sudah
boleh mengenal dan membunyikan
huruf
abjad
serta
membaca
perkataan mudah (KV+KV) . Dapat
menulis huruf dan perkataan serta
mewarna gambar mengikut cara dan
arah yang betul.
Sudah dapat menguasai kemahiran
koordinasi
mata-tangan.
Boleh
mengemas dan menyimpan alatan
yang telah digunakan dengan
bantuan.
Dapat
membezakan
objek
/situasi
yang
selamat
/berbahaya.
Boleh mengenalpasti nada bunyi
tinggi rendah dan rentak lagu
dengan tepukan. Suka membantu
rakan dalam menyiapkan sesuatu
tugasan. Sudah dapat mengenal
dan membezakan warna asas.

Kerohanian, Sikap dan


Nilai Pendidikan Islam

Telah menguasai cara mengambil


wuduk. Mengetahui dan dapat
menyebut nama ahli keluarga dan
menceritakan tentang kelahiran
Rasulullah S.A.W
serta dapat
mengecam dan menyebut hurufhuruf hijaiyyah dan huruf jawi.

Sains dan Teknologi

Boleh mengelas mengikut bentuk


warna dan saiz. Boleh menambah
dua
himpunan
objek
dan
menyatakan hasil tambah. Boleh
bekerjasama
dalam
aktiviti
kumpulan.

Kemanusiaan

Boleh
bekerjasama
kumpulan.
Boleh
mengenai pengalaman

Ketrampilan Sosio
Emosi

Boleh mengemas dan menyimpan


alatan yang telah digunakan dengan
bantuan.
Boleh
membezakan
objek
/situasi
yang
selamat
/berbahaya.

dalam
bercerita

SEMESTER 2

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

7.3 Menghasilkan data dalam bentuk grafik (graf,carta dll)

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Laporan Perkembangan Dan Kemajuan Murid

Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.

Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid

Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain


yang ditentukan

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

TAJUK 8

TINDAKAN SUSULAN

Tindakan
Susulan

Kaedah pengajaran
dan pembelajaran
bahasa peringkat
prasekolah

Merancang aktiviti
pengukuhan

Melaksanakan aktiviti
susulan

8.0 Pengenalan
Tujuan utama pentaksiran di prasekolah adalah untuk rnerancang tindakan susulan
supaya murid dapat lebih menguasai standard pernbelajaran yang dihasratkan.
Tindakan susulan boleh digolongkan kepada dua jenis seperti berikut :
i.

Pengukuhkan dan pengayaan pembelajaran, ini adalah untuk murid


yang sudah rnenguasai standard pembelajaran yang berkenaan.
Latihan tarnbahan yang lebih rnencabar diberikan kepada golongan
rnurid ini.

ii.

Bimbingan dan pernulihan. ini adalah untuk rnereka yang belurn atau
dalam proses rnenguasai standard pernbelajaran yang berkenaan.
Kepada golongan murid ini, galakan dan aktiviti bimbingan seterusnya
perlu diberi. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang
bersesuaian dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan mungkin perlu digunakan.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Guru perlu mernaklurnkan kepada ibu bapa mengenai tahap penguasaan anak
mereka untuk mernperoleh sokongan tambahan di rurnah.

8.1 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak

Kecerdasan
-

Maju dalam pelajaran

Berpotensi tinggi

Masalah neurological yang menjejaskan


-

Pemahaman

Penggunaan bahasa

Pertuturan

Berfikir

Membaca

Menulis

Mengeja

Mengira

8.2 Merancang aktiviti pengukuhan


Sewaktu kanak-kanak mula menguasai kemahiran atau pengetahuan yang baharu
dipelajari, aktiviti-aktiviti pengukuhan perlu diberi. Ini dilaksanakan supaya kemahiran
dan pengetahuan yang mula dikuasai kanak-kanak akan memberikan kesan yang
berpanjangan. Oleh itu, guru harus merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
pengukuhan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak. Maka
aktiviti pengukukuhan diberi supaya aspek yang sudah dipelajari diperkukuhkan dan
penghasilannya berlaku secara semula jadi.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

8.3 Melaksanakan aktiviti susulan

Dijalankan secara serta merta :


Tindakan yang serta merta apabila pemerhatian menemukan kanak-kanak
sedang menghadapi masalah melaksanakan tugasan yang diberi kerana belum
menguasai sesuatu kemahiran.
Contoh :
Tidak boleh memegang pensel dengan cara yang betul, guru perlu menjalankan
bimbingan serta merta dengan menunjukkan cara memegang alat tulis dengan
betul.

Dirancang dalam satu tempoh masa :


Tindakan dilaksanakan selepas kesemua rekod-rekod perkembangan kanakkanak di analisis dan hasilnya memberikan gambaran kepada guru berkenaan
aspek-aspek yang perlu diberi bimbingan, pengukuhan atau pengayaan. Guru
perlu merancang secara sistematik satu aktiviti atau satu set aktiviti yang perlu
dilaksanakan.
Contoh :
Kanak-kanak kurang upaya membaca ayat mudah. Guru perlu merancang satu
program yang sesuai dengan kemahiran awal membaca.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

TAJUK 9

ETIKA PENTAKSIRAN

Etika Pentaksiran

Garis Panduan Membuat


Pentaksiran

9.0

Peranan Dan Tanggungjawab


Guru-Guru Prasekolah Sebagai
Etika Pentaksiran

Pengenalan

Etika merupakan kepercayaan peribadi individu tentang hak. Ia merujuk kepada prinsip
kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak dan nilai moral. Dalam penilaian
perkembangan kanak-kanak, etika pentaksiran merujuk kepada garis panduan dalam
membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guru prasekolah .
Dalam memastikan aktiviti pentaksiran perkembangan kanak-kanak berjalan lancar
dan berkesan, Akta 308 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan panduan
kepada pihak yang terbabit.
Akta Pendidikan 1996, Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :
Seksyen 24 Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan
prasekolah,

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab


ini.
Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta

Pendidikan 1996 dan

diperjelaskan lagi dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang


ditulis dalam perenggan :
5

(1)

Tiap-tiap

tadika

hendaklah

membuat

penilaian

berterusan

tentang

perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan


psikomotor.
22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Subseksyen
(1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan
prasekolah masing-masing.
Dalam perkara 8. Rekod Kemajuan Murid , akta ini menegaskan bahawa:
Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid

dan

merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar
dari semasa ke semasa.

9.1

Garis panduan membuat pentaksiran

Menilai murid berdasarkan kepada kerja sebenar mereka

Menilai murid berdasarkan kepada apa yang sedang mereka lakukan


dan melalui kurikulum

Menilai apa yang setiap murid boleh lakukan

Melakukan penilaian sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran

Belajar tentang murid secara menyeluruh

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Melibatkan murid dan ibubapa dalam proses penilaian secara kolaborasi

Penilaian secara berterusan sepanjang tahun

Menggunakan teknik dan penilaian bersesuaian perkembangan

Sumber : Early Childhood Education Today. 12 th ed. George S. Morrison (2012).


Pearson Education Inc., Upper Saddle River, New Jersey.

Instrumen (digunakan untuk menilai murid secara kumpulan) disimpan di dalam fail
induk. Instrumen

untuk menilai murid secara individu disimpan dalam portfolio. Ia

perlu disimpan di tempat berstatus sulit. Maklumat perlu dikemaskini dari masa ke
semasa.

Semua maklumat yang berkaitan dengan diri murid adalah sulit.

Oleh itu semua rekod penilaian perkembangan dan kemajuan murid prasekolah
hendaklah disimpan dengan selamat mengikut panduan berikut:
1. Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang
tertentu sahaja iaitu ibu bapa, guru besar, pakar perubatan ataupun orang
yang berkaitan mengikut Akta Pendidikan 1996.
2. Rekod murid tidak boleh dipamerkan
3. Minta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga murid untuk mengambil gambar
dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan.
4. Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa pada akhir tahun.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

9.2

Peranan Dan Tanggungjawab Guru-Guru Prasekolah Sebagai Etika


Pentaksiran

Adil dalam membuat penaksiran

Mengambil kira perbezaan individu dari aspek keperluan khas

Tekal dalam melaksanakan penaksiran

Menjaga kerahsiaan untuk maklumat-maklumat yang sulit

Memberi maklum balas yang betul kepada ibu bapa terhadap kemahiran
dan perkembangan kanak-kanak

Membuat tindakan susulan dengan segera jika perlu

Terangkan maklumat yang dikehendaki oleh pihak yang berkenaan dengan


jujur

Elakkan dari membuat perbandingan dengan murid-murid lain di dalam


kelas

Guru mestilah sentiasa sensitif dan peka kepada kesan yang timbul
daripada apa yang diberitahu dan laporan yang ditulis

Menyimpan data penaksiran secara sistematik di tempat yang selamat

Merekod data secara sistematik

RUMUSAN

Penilaian adalah proses mendapat, menentukan dan memberi maklumat yang berguna
ataupun menganalisis hasil pengukuran,

bagi membuat tindakan selanjutnya. Dalam

proses pembelajaran, penilaian adalah proses mengumpul maklumat, membuat


analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun perkembangan
kanak-kanak.

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


KEMAJUAN KANAK-KANAK

Seterusnya, pentaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan


atau piawaian. Penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan,
menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperolehi. Di prasekolah
penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru
mengambil tindakan susulan.
Semua maklumat perlu disimpan ditempat yang selamat, tidak boleh dipamerkan
kerana ia adalah sulit. Hanya pihak yang berkenaan sahaja yang boleh mengetahui
maklumat tersebut seperti ibu bapa, penjaga dan pakar kesihatan.

UJI MINDA
1. Apakah pentaksiran autentik dan mengapa ia sesuai dilaksanakan di
prasekolah?
2. Apakah tahap kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia

terhadap amalan

pelaksanaan pentaksiran perkembangan kanak-kanak oleh guru prasekolah?

You might also like