You are on page 1of 17

BAB 10

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN


KOMUNITI
PENGENALAN
 Kurikulum PERMATA Negara menekankan aspek kolaborasi

antara ibu bapa, komuniti dan Taska.


 Kolaborasi adalah perkongsian ibu bapa, komuniti dan Taska
terhadap pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
 Kolaborasi ini melibatkan komitmen dan tanggungjawab bagi
memastikan kejayaan Taska mencapai matlamat memberi
pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-
kanak.
 Penglibatan ibu bapa yang berterusan membantu pembelajaran
anak-anak dan menjadikan anak-anak lebih bersemangat, fokus dan
yakin.
PENGLIBATAN IBU BAPA DI TASKA
 Penglibatan ibu bapa di Taska berfokus kepada inisiatif ibu bapa

untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang bersesuaian di


Taska.
 Berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara kini, penglibatan ibu
bapa bukan sahaja semasa mesyuarat PIBG atau hari terbuka Taska,
sebaliknya penglibatan dan kolaborasi ibu bapa telah dijadikan
komitmen yang wajib diikuti.
 Ibu bapa dikehendaki memberikan perkhidmatan kepada Taska
anaknya selama 4 jam sebulan.
 Bentuk sumbangan/ kolaborasi yang boleh diberikan oleh ibu bapa

kepada Taska ialah:


1. berkongsi kepakaran diri bersama kanak-kanak di Taska.
2. menyumbang tenaga menceriakan Taska bersama pendidik dan
pengasuh.
3. membantu untuk kerja-kerja penambahbaikan keadaan fizikal Taska.
4. membantu dan bekerjasama dengan pendidik untuk aktiviti
pembelajaran kanak-kanak di Taska.
5. membantu pendidik mengurus kanak-kanak semasa aktiviti seperti
aktiviti lawatan, seni kraf dan nature walk.
6. kerjasama penyediaan bahan bantu mengajar.
PENGLIBATAN KOMUNITI DI TASKA
 Penglibatan komuniti bukan sahaja akan mewujudkan kerjasama yang
sihat tetapi memberi pendedahan kepada semua ahli komuniti untuk
memahami pentingnya perkembangan awal kanak-kanak dan apakah itu
Program PERMATA Negara.
 Penglibatan mereka yang aktif perlu dirancang dan dibincangkan supaya
mendapat sokongan dan bantuan yang boleh dan memastikan kejayaan
pelaksanaannya.
 Ahli komuniti boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di Taska,
secara langsung atau tidak langsung, melalui sokongan kepakaran,
peralatan, kewangan atau kesukarelawanan.
 Terdapat beberapa kategori komuniti yang terlibat dalam Program
PERMATA Negara seperti:
a) Pihak bomba, polis, pejabat pos, klinik/poliklinik, hospital atau pusat
perubatan agensi kerajaan yang berkenaan.
b) Sekolah, institusi pendidikan dan institusi pengajian tinggi yang
terdapat di lokasi Taska.
c) Kilang, pasaraya, syarikat perniagaan, muzium, zoo, taman
bunga/rekreasi dan sebagainya.
d) Individu-individu tertentu seperti ADUN, wakil rakyat dan ahli
masyarakat biasa.
e) Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun yang
berkaitan.
GARIS PANDUAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN
KOMUNITI DI TASKA
1. Ibu bapa membantu pendidik dalam aspek pengurusan dan pembelajaran
kanak-kanak.
2. Ibu bapa dan pendidik saling mengenali dan sentiasa berhubung untuk
memastikan kesejahteraan kanak-kanak semasa berada di Taska.
3. Pendidikan kanak-kanak di Taska perlu ada kesinambungannya di rumah,
oleh itu apa yang diajar di Taska harus diketahui oleh ibu bapa supaya
dapat diamalkan di rumah.
4. Ibu bapa dan pendidik perlu bekerjasama memantau kemajuan
perkembangan kanak-kanak-ibu bapa melakukannya semasa kanak-kanak
berada di rumah manakala pendidik memantau semasa kanak-kanak
berada di Taska.
5. Aktiviti seperti perjumpaan/mesyuarat atau kursus pendidikan keibubapaan
di Taska perlu dihadiri oleh ibu bapa sekurang-kurangnya sekali sebulan.
FAEDAH PENGLIBATAN IBU BAPA DAN
KOMUNITI DI TASKA

1. Penglibatan ibu bapa akan menyemai rasa kepunyaan, menghormati dan


menghargai sumbangan yang diberikan oleh pendidik kepada anak-anak
mereka.
2. Interaksi dan hubungan baik ibu bapa dengan pendidik akan merapatkan
jurang perbezaan pelbagai kaum di Malaysia.
3. Sokongan ibu bapa sudah pasti akan memberi semangat kepada pendidik di
Taska untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
4. Kerjasama ibu bapa, komuniti dan pendidik boleh merancang aktiviti-aktiviti
kebajikan untuk kebaikan semua pihak di Taska.
KESIMPULAN
 Kolaborasi antara Taska dengan ibu bapa dan komuniti sangat

diharapkan bagi menghasilkan suatu program pengasuhan dan


pendidikan awal kanak-kanak Negara yang berkualiti tinggi setaraf
dengan program-program lain yang terkenal di dunia.
 Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang setiap program yang
dijalankan di Taska supaya amalan asuhan tersebut akan berterusan
di rumah pula.
 Kerjasama baik antara pendidik dan ibu bapa akan membuatkan
kanak-kanak lebih berkeyakinan.

You might also like