You are on page 1of 8

Pendidikan Awal Kanak-kanak DP. Jilid 9, Bil.

2/2009

Pendekatan Main dalam Menangani Masalah Pembelajaran Kanak-kanak

Mariani Md Nor
Siti Hawa Abdullah

Pendahuluan

Persoalan tentang kecemerlangan kanak-kanak atau murid sentiasa menjadi buah perbualan
dalam sebahagian besar pertemuan para guru. Pelbagai usaha sentiasa dirancang dan
dilaksanakan dari aspek pedagogi dari semasa ke semasa untuk memastikan kanak-kanak
memperoleh kejayaan serta kecemerlangan. Salah satu usaha terse but ialah mewujudkan
keseronokan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah
bermain. Main atau bermain secara amnya boleh ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa mengambil kira hasilnya.
Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa tetapi, merupakan keinginan semula jadi
kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah dan
menyeronokkan, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak kerana tiadanya
komplikasi. Kesemua tanggapan tersebut merupakan nilai yang paling berharga dalam proses
perkembangan kanak-kanak. Dari aspek psikoanalisis pula, Kraus (1990) memetik pandangan
Freud yang menyatakan main memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh
perasaan, dapat mengawal keadaan dan membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti
dengan lebih berkesan.

Kehendak Main yang Bermakna

Dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum


prasekolah kebangsaan yang diguna pakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya
dari perspektif kurikulum, main atau bermain bukanlah main yang bebas tanpa perancangan
tetapi main yang mempunyai beberapa ciri iaitu terancang, berstruktur, anjal dan memenuhi
keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Bertitik tolak daripada pemyataan di atas,
tujuan main yang lazim berlaku pada kanak-kanak di TADIKA ialah mengikut matlamat yang
telah dikenal pasti oleh guru. Main dalam konteks di TADIKA lebih kepada jenis main
berstruktur berbanding aktiviti main oleh kanak-kanak di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran.

Kertas kerja ini merupakan pengalaman penulis semasa membuat tinjauan terhadap senario
sebenar yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam sesi aktiviti yang boleh dianggap
sebagai main. Tinjauan dilakukan di beberapa TADIKA sekitar Lembah Kelang ketika kanak-
kanak 'main' dalam sesi pembelajaran yang dipilih secara rawak. Terdapat beberapa
penemuan yang memberangsangkan daripada aktiviti main tertentu yang dilakukan oleh
mereka Ada kanak-kanak bermain bersama rakan dan terdapat yang bermain berseorangan
Juga.

72
~
DP. Jilid 9, Bil. 2/2009 Pendidikan Awal Kanak-kanak

Jenis Main atau Bermain

Dari aspek psikologi, main dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu main sosial (Frost, 1992) dan main kognitif (Smilansky, 1990). Menurut
Frost (1992), mainan sosial ialah main yang dapat memberikan manfaat kepada kanak-kanak
seperti main yang membolehkan mereka bergaul dengan individu lain mengikut peringkat
yang tertentu. Peringkat seperti 'unoccupied, onlooker, parallel, solitary, associative dan co-
operative' secara tidak langsung dapat menyediakan platform kepada kanak-kanak untuk
mempelajari pelbagai perkara tanpa melalui tekanan. Untuk main kognitif pula, kanak-kanak
akan memperoleh kemahiran membuat keputusan dan berfikir secara lebih logik.

Berdasarkan gambaran main seperti yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa persoalan
yang perlu difikirkan: apakah isu yang timbul dalam persepsi kanak-kanak berkenaan aktiviti
tersebut?; apakah pula implikasi terhadap kanak-kanak jika difikirkan cara main itu tidak se-
suai?; atau apakah ada bukti yang menunjukkan kanak-kanak yang diberi peluang untuk ber-
main akan cemerlang dalam akademik dan sahsiah?

Untuk menyelesaikan atau mengatasi persoalan tersebut, guru sebagai pendidik perlu melaku-
kan perancangan yang teliti sebelum melaksanakan kaedah bermain sambi I belajar. Tindakan
ini adalah untuk memastikan guru merancang sesuatu permainan yang bermakna kepada kanak
-kanak dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak tersebut. Sebenamya, kanak-kanak
yang bermasalah pembelajaran mempunyai informasi yang bertindan-tindih. Mereka berke-
mungkinan menghadapi kesukaran untuk memahami pengajaran guru kerana gaya pernbela-
jaran kanak-kanak berbeza berbanding inidividu yang lebih dewasa. Piaget (1969) pemah
memperingatkan bahawa sekiranya kanak-kanak gagal mengubah suai maklumat maka akan
berlaku ketidakseimbangan dalam pemikiran masing-masing. Proses ini dinamakan ekuili-
brasi. Walau bagaimanapun, seorang kanak-kanak akan sentiasa kreatif dengan aktiviti yang
disediakan untuk mereka. Aktiviti yang dimaksudkan pastinya aktiviti yang menyeronokkan
dan tanpa gangguan emosi atau perasaan.

Luahan Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Perluahan kreativiti ialah proses meluahan perasaan, emosi dan pemikiran kanak-kanak yang
disalurkan melalui aktiviti main. Terdapat banyak kebaikan aktiviti main dan bahan mainan
untuk kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran yang telah dikenal pasti. Antara ke-
baikan main kepada kanak-kanak adalah sepertii menjana imaginasi, peluang untuk mereka
cipta dan mencuba, menggalakkan kerjasama dan mewujudkan hubungan sosial, membina
keyakinan kendiri, dan pembelajaran lebih berorientasikan proses berbanding hasil.

Banyak pendidikan tersembunyi dan nilai tambah yang berlaku dalam proses pembelajaran
kanak-kanak melalui pendekatan main. Justeru, guru perlu merancang dengan teliti dan
menggunakan pendekatan main yang sesuai dengan murid. Langkah ini bertujuan memastikan
aktiviti main dapat meningkatkan pemahaman dan menjadikan pelajaran dan pembelajaran

73
r
Pendidikan Awal Kanak-kanak DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

lebih bennakna kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Pembelajaran Kanak-kanak Abad ke-21

Seseorang kanak-kanak mula menyerap maklumat semenjak dilahirkan (Maria Montessori,


1967). Sebahagian besar maklumat diperoleh daripada ibu bapa. Hakikat ini menunjukkan
bahawa ibu bapa bertanggunagjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anak mereka
iaitu semejak dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak secara
langsung dan tidak langsung pada peringkat seawal mungkin kerana peranan mereka sebagai
guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bennain kanak-kanak boleh
dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan emosi kanak-kanak (Singer, 1973; Dun &
Wooding, 1977). Suatu kajian berskala kecil (Manaf, et. al., 2007) yang telah dilakukan oleh
sekumpulan pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya di bawah
penyeliaan penulis (1) telah membuktikan bahawa penglibatan positif ibu bapa dapat
meningkatkan tahap kreativiti minda kanak-kanak. Hal ini tennasuk kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran. Kajian ini adalah selari kajian oleh Swadener dan
Hohnson (1989).

Dalam setiap pengajaran dan pembelajaran, terdapat kanak-kanak yang masih kurang
menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan
kanak-kanak yang kurang bemasib baik sehingga menghalang proses pembelajaran berlaku
dengan lancar. Kanak-kanak dalam kategori ini dikatakan sebagai kanak-kanak bennasalah
pembelajaran. Antara masalah yang lazimnya dihadapi oleh kanak-kanak di Malaysia adalah
masalah pertuturan dan pendengaran, masalah membaca, masalah menulis, masalah
Matematik, kemahiran organisasi kerja dan urus diri, kemahiran sosial dan masalah motor.

Secara umumnya, kanak-kanak yang bennasalah pembelajaran ialah mereka yang mempunyai
masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan,
penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan matematik. Kebolehan mereka untuk
mengikuti pelajaran formal adalah rendah berbanding murid lain yang umur mereka sebaya.
Kanak-kanak yang bennasalah pembelajaran menunjukkan kelemahan yang nyata dalam
pelajaran. Lazimnya mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajarkan oleh guru yang
menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran biasa. Ketidakupayaan mereka itu disebabkan
oleh jangka penumpuan yang pendek dan kurang kebolehan memindahkan perkara-perkara
yang dipelajari.

Perlu diingat bahawa pemyataan bahawa semua kanak-kanak yang berpencapaian rendah
dalam kelas adalah malas atau tidak bersungguh-sungguh semasa belajar adalah kurang tepat.
Sebenamya, kanak-kanak yang sempuma fizikalnya ini sedang mengalami masalah 'dalaman'
yang sukar dikesan. Kertas kerja ini diharap dapat membantu guru dan ibu bapa membantu
kanak-kanak yang bennasalah pembelajaran menyelesaikan masalah mereka.

74
DP. Jilid 9, Bil. 2/2009 Pendidikan Awal Kanak-kanak

Dalam usaha untuk memahami sesuatu semasa pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak
perlu memberikan perhatian kepada pelbagai perkara. Tindakan tersebut adalah untuk memasi-
kan mereka dapat menguasai pengajaran guru. Oleh sebab kanak-kanak mengalami proses
pertindihan maklumat yang serius, mereka sukar untuk mengingat dan memahami pengajaran
guru secara mutlak. Namun, guru masih dapat menyelesaikan permasalah ini iaitu dengan me-
wujudkan keadaan yang dapat memaksimakan proses pembelajaran kanak-kanak berasaskan
kewibawaan seseorang kanak-kanak.

Kepentingan Main dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


r
Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain yang dapat digunakan oleh guru semasa peng-
ajaran dan pembelajaran kanak-kanak antaranya, berdrama, menyanyi, berlakon, bercerita dan
sebarang aktiviti yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Namun, penulisan kali ini
hanya bertumpu kepada dua aktiviti sahaja iaitu berdrama dan berlakon.

Berdrama. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti main peringkat TADIKA dan prasekolah.
Para pengkaji (seperti Verriour, 1994: Heller, 1996; McCaslin, 2000), mengenal pasti
beberapa kelebihan drama untuk aktiviti kanak-kanak. Antara kelebihan tersebut adalah
seperti membina konsep kendiri positif, menilai dan menghormati identiti kendiri, berpeluang
mengekspresi kreativiti, wujud pembelajaran bekerjasama dan berpasukan melalui
perkongsian pengalaman dan dapat menghasilkan situasi abstrak yang bermakna.

Berlakon. Aktiviti berlakon merupakan satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh
guru di TADIKA, contohnya, kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak
seperti situasi yang sebenar. Apabila aktiviti main melibatkan komunikasi yang spontan ia
memboleh kanak-kanak membina pemikiran yang lebih fleksibel, boleh menggambarikan
imaginasi melalui pemikiran yang lebih abstrak dalam gabungan idea, realiti dan fantasi
(Francis Whardle, 2007).

Banyak kajian terkini membuktikan kepentingan aktiviti main dalam kalangan kanak-kanak
TADIKA atau prasekolah (sila rujuk Jessee, et al. 2000; Shore, 1997; Christie, 2002). Keselu-
ruhan kepentingan dan faedah aktiviti berlakon terangkum dalam Jones (2007, p.l52) yang
menyatakan: The play space offers ... an opportunity to step out of the daily life and try some-
thing different with enough distance to allow them to feel safe.

Aktiviti main banyak mempunyai kepentingan dan kelebihan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran, kaedah atau pendekatan ini sangat bermakna kepada mereka. Hal ini demikian
kerana mereka dapat mempelajari sesuatu dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Maklumat berikut ini cuba memberikan ruang pengisian tentang kuasa pendekatan main
kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dalam meningkatkan dan membaik
pulih perkembangan serta pertumbuhan sedia ada kepada seseorang kanak-kanak itu.
Main dan Perkembangan Fizikal

75
Pendidikan Awal Kanak-kanak DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

Permainan biasanya meJibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan
kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka.
Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian
anggota badan mereka untuk bersenam. Kegiatan ini dapat meningkatkan kemah iran yang
membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam
masyarakat yang kanak-kanaknya menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk
berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger,
2002; Mccune& Zanes,200l: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). Contohnya, kanak-
kanak di negara yang kurang stabil seperti Iraq dan Afghanistan yang sentiasa diselubungi
ketegangan dan tekanan.

Main dan Perkembangan Sosial serta Emosi


~
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain ialah pencetus kepada pembentukan
perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi. Sebagai contoh kanak-kanak daripada
pelbagai peringkat umur perlu bersosialisasi sebagai penyumbang dalam budaya masing-
masing. Kajian Rubin dan Howe (1986), menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain
memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan
orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-
kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti
nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan berkongsi
kuasa.

Main dan Perkembangan Kognitif

Kajian telah menunjukkan bahawa perhubungan yang positif antara main dengan
pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka, 1998; Lieberman, 1977). Antara hubungan
positif itu adalah kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (McCune &
Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergen (Dansky, 1980;
Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) (Bums & Brainerd,
1979); dan peningkatan memori (Jensen, 1999, 2000; Gardner, 1993). Kajian-kajian tersebut
menunjukkan bahawa aktiviti main dalam proses pembelajaran adalah penting kerana aktiviti
ini turut melibatkan operasi mental seperti yang ditekankan Gagne, Ausubel dan Bruner dalam
Teori Pembelajaran Kognitifyang diperkenalkan oleh mereka.

Akvtiviti main turut menyumbang kepada memperkembangkan bahasa kanak-kanak dengan


syarat main adalah sebagai alat pembelajaran. Untuk menjamin main memberikan impak
berguna kepada pembelajaran kanak-kanak, guru harus memberikan panduan yang sewajamya
bagi memastikan main menghasilkan pembelajaran optimum kepada kanak-kanak.

76
DP. nuo 9, Bil. 2/2009 Pendidikan Awal Kanak-kanak

Peranan Guru dalam Menggalakkan Main

Guru berperanan penting dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan.


Beberapa peranan guru adalah seperti mencipta persekitaran dan merangsang serta
memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak, terutamanya bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (Morison, 1995). Menurut Isenberg dan Jalongo (2003), sebagai langkah awal
untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan berkesan, guru-guru perlu
menyediakan diri untuk berhadapan dengan realiti kanak-kanak yang mempunyai sikap yang
pelbagai. Mereka turut menggariskan beberapa panduan untuk membantu guru membuat
persediaan awal.

Pertama, guru harus menyedari bahawa mereka dikelilingi oleh pelbagai murid yang
bermasalah pembelajaran, budaya yang rencam dan kemahuan yang berbeza. Kedua, guru
perlu mengetahui bahawa mengurus bilik darjah memerlukan keupayaan untuk melakukan
pelbagai perkara serentak terutama dalam membuat keputusan memilih pedagogi yang sesuai
untuk menghadapi kanak-kanak bermasalah pembelajaran, membuat pelbagai keputusan
semerta setiap hari, dan berupaya menyesuaikan diri secara insitu serta anjal kepada sebarang
perubahan. Ketiga, guru perlu memahami bahawa mereka perlu bijak mensentisis pengalaman
tidak langsung supaya berguna, bermakna dan menyeronokkan kanak-kanak terutama mereka
yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak rendah dan kurang memenuhi
keperluan asas. Keempat, guru perlu sentiasa beringat bahawa guru yang terbaik adalah yang
paling cepat belajar. Oleh itu, mereka perlu menjadi guru yang 'belajar sepanjang hayat, dan
sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan serta perkembangan profesionalisme supaya
menjadi model contoh (role model) kepada murid.

Kesimpulan

Main sentiasa mendatangkan keseronokan kepada kanak-kanak. Belajar dan berkembang


dalam persekitaran yang menyeronokkan ini membantu pertumbuhan kanak-kanak membesar
secara fizikal dan mental yang sihat. Manakala, guru sebagai individu yang rapat dengan
kanak-kanak dalam sistem pendidikan formal ini perlu bijak dan berhemah menggarap
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam proses mendidik kanak-kanak yang sihat
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Sekiranya suasana tersebut berterusan,
masyarakat dan negara akan sentiasa harmoni dalam mencapai wawasan pendidikan yang
dicita-citakan., iaitu insan yang seimbang dari segi JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial).

77
Pendidikan Awal Kanak-kanak DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

Rujukan

Berk, L. E. & Winster, A. (Eds.). (1995). Scaffolding children's learning, Vygotsky and early
childhood education. Washington: National Association for the Education of Young
Children.
Christie, J. (2002). Literacy in play. In B. Guzette (Ed.), Literacy in America: An encyclopedia
of history, theory, and practice (pp318-323). Santa Barbara, CA: ABC-CLIO.
George S. Morrison, (2001): Early childhood education today s'; New Jersey: Merill Pren-
tice Hall.
McCaslin, N. (2000). Creative drama in the classroom and beyond. New York: Longman.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1993). Garis panduan kurikulum pendidikan prasekolah
Malaysia (1993), Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.
Isenberg, J. P., & Jalongo, M. R. (2000). Creative expression and play in early children
(3rd ed.) Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.
Hughes, F.P., Noppe, L.D., Noppe, I. C. (1988). t.c. Child development. st. Paul, MN: West
Publishing Company.
Fromberg, D. P. (2002). Play and meaning in early childhood education. Boston: Allyn &
Bacon.
Kraus, R. (1990). Recreation and leisure in modern society, fourth edition. New York, NY:
HarperCollins College.
Jessee, P.O., Wilson, H., & Morgan, D. (2000, Summer). Medical play for young children.
Childhood education, 76, (215-228).
Jones, P. (2007). Drama as therapy, 2nd edn. London: Routledge.
Hughes, F. (1999). Children, play, and development (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.
National Association for the Education of Young Children. "Guidelines for Appropriate
Curriculum Content and Assessment in Programmers Serving Children," Young
Children, March, 1991: 21-37.
Swadener, E. B. & Jonson, J. E. (1989). Play in diverse social contexts:Parent and teacher ro-
les. In M. Bloch &A. Pellegrini (Eds.). Ecological contexts of children's play. New
York: Ablex
Kumar, S., & Harizuka, S. (1998). Cooperative learning-based approach and development of
learning awareness and achievement in mathematics in elementary schools. Psycho-
logical Reports, 82,587-591.
Langstaff, N., & Sproul, A. (1979). Exploring with clay. Olney, MD: Association for Child-
hood Education International.
Lieberman, J. N. (1977). Playfulness: Its relationship to imagination and creativity. New
York: Academic Press.
Frost, J. L. (1992). Play and plays capes. Albany, NY: Delmar.
Montessori, M. (1967) The absorbent mind, New York: Dell

78
DP. Jilid 9, Bil. 2/2009 Pendidikan Awal Kanak-kanak

Smilansky, S. (1990). Sociodramtic play: Its relevance to behavior and achievement in school.
In E, Klugman & S. Smilansky (Eds.), Children's play and learning: Perspectives
and policy implications (pp18-42). New York: Teachers College Press.
Shore, R. (1997). Rethinking the Brain: New Insights into Early Development Summary from
Conference on Brain Development in Young Children: New Frontiers for Research,
Policy and Practice. Families and Work Institute, New York.
Sylva, K., Bruner, J. S., & Genova, P. (1976). The role of play in the problem-solving of
children 3-5 years old. In J. Bruner, A. Jolly, & K. Sylva (Eds.), Play and its role in
development and evolution. New York: Basic Books
Rubin, K. H., & Howe, N. (1986). Social play and perspective-taking. In G. Fein & M.
Rivkin (Eds.), The young child at play: Reviews of Research, 4, (13-125).
Washington, DC: National Association for the Education of Young Children.
Whardle, F. (2007) Playas curriculum, available at: http.z/www.gymboreeplay.ch/pdf/
articles/play_as _ curriculum.pdf

79

You might also like