You are on page 1of 15

BAB 1 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sistem Pendidikan negara telah mengalami transformasi di mana Kementerian


Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2015-2025. Pelan ini diperkenalkan bagi mengkaji sistem
pendidikan Malaysia bagi memperkukuhkan sistem pendidikan Negara serta
mempersiapkan genarasi muda untuk mencorak aspirasi negara pada masa akan
datang (PPPM, 2015). PPPM melalui anjakannya yang ke-4 melalui tiga fasa iaitu
Fasa 1 (2015), Fasa 2 (2016-2020) dan Fasa 3 (2021-2025) menyediakan laluan
terbaik untuk graduan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Ia selaras dengan
salah satu strategi dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu untuk menteraskan
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV).
Pada masa kini bidang kemahiran merupakan salah satu aspek penting bagi
memenuhi peluang pekerjaan (Hanafi, 2015). Kerajaan telah menyediakan pelbagai
institusi latihan seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN), Institut Kemahiran Malaysia (IKM) serta Kolej Vokasional (KV)
bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kursus-kursus teknikal
(Mohammad Et. Al, 2013). Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) telah ditranformasikan kepada Kolej
Vokasional (KV) bagi memperluaskan bidang kemahiran teknikal (PPPM 2013-
2015). Matlamat PPPM ini adalah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan
dan kompeten dalam bidang pengajian serta berkemampuan untuk menggunakan
pengetahun kepada amalan.
Kolej Vokasional (KV) merupakan salah satu institusi kemahiran yang telah
distruktur semula daripada Sekolah Menengah Vokasional bagi menaiktaraf bidang
kemahiran. Di Kolej Vokasional pelajar didedahkan dengan pelbagai bidang
kemahiran yang membolehkan mereka meningkatkan kemahiran pada peringkat awal
untuk melayakkan mereka mendapatkan Diploma Kemahiran. Di Kolej Vokasional
ini juga, pelajar akan didedahkan dengan 70 peratus kemahiran dan 30 peratus
akademik (Zawawi, 2011). Ini menujukkan, pelajar lebih banyak mempelajari
kemahiran hands-on berbanding teori. Seiring dengan keperluan industri kini
memerlukan graduan yang mempunyai asas kemahiran yang kukuh.
Di Kolej Vokasional, pelajar perlu mengikuti pengajian selama empat tahun
yang meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik, ia menjurus kepada
penekanan terhadap aspek amalan industri dan mengurangkan struktur akademik.
Pelajar yang menamatkan pengajian di KV berpeluang mendapatkan Sijil Kemahiran
Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia dengan mengikuti pembelajaran selama
lapan semester iaitu empat tahun (Makhtar, 2015). Menurut Tan Sri Muhyiddin
Yassin, Kurikulum di KV bersifat modular yang berasaskan kecekapan dan diiktiraf
oleh agensi dalam dan luar negara. Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV)
yang diperkenalakan memenuhi keperluan industri serta badan professional di mana
iai merangkumi elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, kemahiran insaniah
dan kemahiran teknologi (Utusan Melayu (M) Bhd, 2011).
Bagi memastikan usaha ini direalisasikan, guru memainkan peranan penting
bagi mencorakkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) pelajar di dalam kelas.
Selain itu, guru juga sebagai pendorang bagi memastikan PdP didalam kelas
dijalankan dengan lebih berkesan. Oleh itu, bagi memastikan proses ini berjalan
dengan lancar guru seharusnya memberikan satu pemudah cara atau
mempelbagaikan kaedah pengajaran kepada pelajar agar mereka dapat
memaksimumkan pembelajaran mereka didalam kelas. Bagi pelajar kolej vokasional
pembelajaran secara teori tidak mencukupi dan perlu ditambahkan dengan
pembelajaran amali bagi memastikan pelajar lebih memahami pembelajaran tersebut.
Menurut Syaad, Wibawa dan Rahayu (2015), sesuatu pembelajaran didalam kelas
memerlukan sokongan daripada bahan media sebenar. Oleh itu, penggunaan Alat
Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dapat membantu mempelbagaikan kaedah
pengajaran guru supaya lebih berkesan.
Keberkesanan ABBM di dalam kelas bergantung kepada penggunaannya
kepada pelajar. Selain itu, ABBM dapat membantu menarik minat pelajar serta ia
membantu menyampaikan proses pembelajaran dengan lebih berkesan (Charlie,
2008). ABBM ini juga dapat membantu guru-guru di Kolej Vokasional menerangkan
sesuatu perkara dengan lebih tepat berbanding dengan cara lisan. Kajian yang
dilakukan oleh (Salleh, 2007), pelajar lebih cenderung dan tertarik untuk belajar
melalui penggunaan ABBM berbanding dengan kaedah tradisional. Ini menunjukkan
keperluan pengkaji untuk menghasilkan ABBM ini. Selain itu juga, ABBM ini dapat
menimbulkan rangsangan kepada pelajar serta penggunaan ABBM ini dengan betul
dan terancang dapat menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna (Musa &
Muhammad, 2014).
Penggunaan ABBM dalam proses pembelajaran dan pembelajaran (PdP)
adalah salah satu cara bagi meningkatkan pencapaian pelajar didalam kelas. Semasa
proses PdP berlangsung dengan bantuan bahan sokongan seperti ABBM ini sedikit
sebanyak dapat membantu guru memberikan pemahaman yang lebih kepada pelajar
Kolej Vokasional yang mempunyai kurang pengetahuan dari segi akademik. Namun
begitu, penggunaan ABBM di Kolej Vokasional adalah rendah (Jamaludin, 2014). Ia
menyebabkan kesukaran kepada guru untuk menyampaikan pelajaran dengan baik
terutamanya pada topik yang sukar seperti topik Programmable Logic Controller
(PLC). Oleh itu, penyampaian yang digunakan oleh guru didalam kelas memainkan
peranan penting dalam pencapaian akademik pelajar.
Oleh itu, penghasilan Kit Pembelajaran sebagai ABBM pada topik
Programmable Logic Controller (PLC) bagi modul Kawalan Motor 2 dilihat dapat
membantu pelajar untuk menguasai topik tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kerajaan dalam usaha memantapkan bidang kemahiran di negara ini telah menaik
taraf Sekolah Menengah Vokasional ke Kolej Vokasional. Penstrukturan ini bukan
sahaja dari segi nama institusi tetapi juga turut menstruktur semula kurikulum di
Kolej Vokasional iaitu dengan mengubah dari Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) diubah ke Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV).
Tujuan penstrukturan ini adalah untuk mempertingkatkan bidang kemahiran di
negara ini membantu pelajar yang tercicir dalam bidang akademik untuk
mempelajari bidang kemahiran kerana KSKV lebih menekankan kemahiran. Namun
begitu, seiring dengan peredaran masa ini kebanyakan pengajaran dan pembelajaran
di Kolej Vokasional hanya menggunakan chalk and talk dan power point sebagai
kaedah pengajaran kerana tiada media yang khusus seperti ABBM untuk di gunakan
dalam proses PdP. Ia disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Jamaludin
(2014), dimana pengajaran guru di Kolej Vokasional hanya menumpukkan
pengajaran yang berpusatkan guru sahaja atau dikenali sebagai kaedah konvensional.
Oleh itu, ia akan menyebabkan pelajar tidak dapat meningkatkan kemahiran mereka
seperti yang terkandung dalam KSKV kerana kurangnya penggunaan media sebenar
seperti ABBM.
Dalam proses PdP, terutamanya bidang teknikal gabungan antara
pembelajaran teori dan amali adalah perlu bagi melancarkan sesuatu pengajaran. Ini
kerana, tidak semua ilmu yang dipelajari oleh pelajar semasa teori dapat difahami
oleh pelajar secara mendalam. Penggunaan ABBM, sedikit sebanyak dapat
mengurangkan beban guru dalam penyamapaian proses pengajaran seterusnya
membantu pelajar membantu pelajar bagi mencapai objektif sesuatu matapelajaran.
Pengalaman seperti merasa, melihat dan melalui keadaan sebenar dapat membantu
pelajar secara mendalam dalam sesuatu proses pengajaran.
Kaedah penyampaian secara buku teks dan power point hanya dapat
membantu pelajar memahami secara teori sahaja tetapi tidak secara praktikal. Ia akan
memberikan kesukaran kepada pelajar untuk mengaplikasikan pembelajaran secara
teori ke pembelajaran amali. Selain itu, proses penyamapain guru secara
konvensional ini menyebabkan pelajar berasa bosan dan kurang berminat didalam
suatu matapelajaran tersebut. Kebanyakkan guru hanya menggunakan kaedah
pengajaran yang hanya memudahkan mereka tanpa memikirkan kefahaman pelajar
tersebut. Ini dibuktikan dengan kajian Ali (2010), guru kebiasaannya menggunakan
kaedah pengajaran yang memudakan mereka seperti kertas edaran dan sebagainya
kerana penggunaannya tidak terhad seperti penggunaan ABBM. Selain itu,
kebanyakkan guru hanya menggunakan papan tulis dan power point sebagai media
penyampaian, kebanayakkan ABBM yang disediakan tidak mesra penggunaan dan
penggunaannya adalah terhad (Engku, 2013).
Kebanyakan guru di Kolej Vokasional tidak menggunakan ABBM yang
khusus di dalam PdP mereka. Penyampaian pengajaran mereka hanya mengikut
silibus didalam KSKV tanpa menggunakan ABBM mungkin disebabkan kekangan
masa, tenaga atau kepakaran untuk membangunkannya. Sebagai seorang pengajar,
mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti penggunaan ABBM perlulah dititik
beratkan agar proses PdP dapat dilakukan dengan baik dan lancar. Sekiranya ianya
diabaikan, ia akan menyebabkan proses PdP terganggu disebabkan guru kurang
keyakinan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran tersebut (Rahim
& Faizal, 2010). Kesimpulanya, pelajar tidak dapat mencapai objektif pembelajaran
dan seterusnya merugikan pelajar itu sendiri.
Kebanyakkan proses PdP di Kolej Vokasional memerlukan ABBM yang
canggih seiring dengan peredaran zaman kerana kurikulum di Kolej Vokasional
banyak memerlukan pelajar dengan penggunaan kemudahan ini. Namun begitu,
masih banyak kekangan dari segi kemudahan ABBM ini kepada pelajar untuk
dipelajari mengikut kurikulum terkini kerana kemudahan yang terdapat di Kolej
Vokasional tidak dapat memenuhi keperluan silibus KSKV. Ini turut disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh Hanafi (2015), mendapati bahawa kemudahan yang
terhad di Kolej Vokasional menyebabkan mereka tidak dapat menekankan aspek
kemahiran teknikal atau secara ‘hands-on’ seiring dengan kurikulum kolej
vokasional yang ada. Oleh itu, menjadi masalah kepada pelajar untuk meningkatkan
kemahiran yang mereka pelajari.
Kebanyakan di negara seperti Indonesia dan Thailand banyak menggunakan
ABBM sebagai kaedah pengajaran mereka bagi matapelajaran Kawalan Motor
(Syaad et. Al, 2015; Pronjit & Watcharin 2011). Dalam modul Kawalan Motor 2,
terdapat lima topik utama yang diajar oleh guru antaranya ialah Programmable Logic
Controller (PLC). Dalam setiap topik yang terdapat di dalam modul ini, pengkaji
telah memilih tajuk PLC kerana pada topik yang lain pelajar telah didedahkan
dengan pengetahuan asas mengenai topik tersebut. Kebanyakan pelajar di Kolej
Vokasional sukar untuk memahami topik PLC ini kerana kurangnya ABBM. Ini
disokong kajian yang dilakukan oleh Iqbal, Ari dan Syaad (2015), menyatakan
bahawa kurangnya penggunaan ABBM menyebabkan pelajar kurang memahami dan
menguasai topik PLC secara mendalam daripada hasil pembelajaran mereka. Topik
PLC ini memerlukan pelajar untuk menguasai secara teori dan lisan bagi
membangunkan aturcaranya. Tetapi kebanyakkan pelajar tidak dapat menguasainya.
Kajian yang telah dilakukan oleh Abdullah dan Ramlan (2013), pelajar-pelajar teknik
dan vokasional mempunyai tahap pengusaan yang lemah di dalam teori
pengaturcaraan PLC. Ini merupakan salah satu sebab, pengkaji memilih tajuk PLC
dalam ABBM bagi membantu guru. ABBM yang akan dibangunkan ini diharap dapat
membantu pelajar-pelajar untuk lebih memahami teori disamping dapat membuat
amali.
Ini di perkukahkan lagi berdasarkan hasil temubual pengkaji terhadap dua
orang guru Elektrik Kolej Vokasional A yang pernah mengajar modul Kawalan
Motor 2. Mereka berpendapat bahawa didalam modul ini pelajar sukar memahami
modul yang dipelajari didalam kurikulum baru ini. Disamping itu, tiada ABBM yang
khusus digunakan oleh guru didalam proses pengajaran mereka. Sekiranya ABBM
ini dibangunkan, pemahaman pelajar dapat ditingkatkan melalui pembelajaran media
sebenar dengan melihat sendiri. Selain itu, minat pelajar dapat ditingkatkan melalui
pembelajaran menggunakan ABBM ini. Pembelajaran secara teori tanpa
menggunakan ABBM akan menyebabkan pelajar berasa bosan sekaligus pemahaman
terhadap topik tersebut berkurang. Bukan itu sahaja, mereka menyatakan bahawa
mereka perlu menghabiskan silibus KSKV kerana dikhuatiri pelajar tidak dapat
menjawab soalan semasa penilaian akhir nanti. Oleh itu, guru tersebut kekurangan
masa untuk menerangkan sesuatu topik secara terperinci dan memberikan kefahaman
yang mendalam kepada pelajar didalam setiap kompetensi didalam modul tersebut.
Kajian yang dilakukan oleh Buntat & Mohamad (2010), kegagalan guru
untuk menguasai sesuatu modul yang diajar dengan baik kerana kurang pengetahuan
mengenai topik tersebut serta tiada penggunaan ABBM adalah antara punca
kegagalan guru kemahiran dan teknikal untuk menyampaikan isi dengan baik dalam
proses pengajaran. Selain itu, Halim & Lai (2013) menyatakan bahawa modul di
dalam bidang kemahiran adalah lebih sukar untuk difahami berbanding dengan
modul sastera. Oleh itu, keperluan penggunaan ABBM dikalangan pelajar adalah
penting bagi memberikan kefahaman didalam sesuatu topik secara mendalam.
Secara ringkasnya, proses pengajaran dalam bidang kemahiran ini
memerlukan lebih banyak ABBM secara fizikal bagi mendapatkan gambaran sebenar
terhadap pembelajaran tersebut. Oleh itu, timbul idea oleh pengkaji untuk
membangunkan ABBM bagi topik PLC ini berikutan daripada masalah yang timbul.
Dengan wujudnya permasalahan ini, banyak sebab untuk pengkaji membina Kit
Pengajaran PLC ini.

1.3 Penyataan Masalah


Berdasarkan daripada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, penggunaan
ABBM di Kolej Vokasional amat terhad dan hanya menggunakan kaedah
konvensional seperti edaran nota dan juga penggunaan papan putih. Hanya terdapat
segelintir pengajar menggunakan slaid namun ia masih sedikit. Dalam membantu
memberikan kefahaman kepada pelajar, guru perlulah mempelbagaikan Teknik
penyampaian serta menggunakan ABBM yang bersesuaian dalam sesuatu topik
pengajaran. Tambahan pulan jika matapelajaran tersebut tidak dapat dilihat dengan
mata kasar serta memerlukan imaginasi semata-mata. Penggunaan slaid pengajaran
hanaya dapat menerangkan teori, sedangkan pelajar perlu melihat binaan aturcara itu
sendiri. Maka bantuan ABBM amatlah diperlukan bagi pengajaran Programmable
Logic Contoroller bagi meningkatkan pemahaman pelajar.
Hasil daripada masalah-masalah ini, pembangunan kit pembelajaran
Programmable Logic Contoroller sebagai ABBM diharap dapat membantu pelajar-
pelajar untuk memahami proses pembangunan aturcara itu sendiri.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi membangunkan dan mengenalpasti keberkesanan


pembangunan Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller (PLC)

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

(i) Membangunkan satu Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller


(PLC) mengikut struktur Kurikulum Struktur Kolej Vokasional (KSKV) bagi
Modul Kawalan Motor 2.
(ii) Menilai keberkesanan Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller
(PLC) berteraskan Kurikulum Struktur Kolej Vokasional (KSKV) bagi Modul
Kawalan Motor 2 ke atas pencapaian pelajar.

1.6 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan telah dibentuk iaitu:


(i) Bagaimanakan pembangunan dan penilaian Kit Pembelajaran Programmable
Logic Controller bagi Modul Kawalan Motor 2 boleh melancarkan proses
PdP?
(ii) Bagaimanakah pembangunan dan penilaian manual penggunaan Kit
Pembelajaran Programmable Logic Controller boleh membantu pelajar dalam
proses PdP?
(iii) Sejau manakah pembangunan dan penialain set amali boleh membantu
pelajar dalam melakukan ujian amali?
(iv) Sejau manakah terdapat perbezaan ujian pencapaian pelajar antara kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan setelah menggunakan Kit Pembelajaran
Programmable Logic Controller?

1.7 Hipotesis Kajian

Secara umumnya, hipotesisi kajian adalah seperti berikut:

Ho: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian ujian antara pelajar
kumpulan rawatan dan pelajar kumpulan kawalan.

Hi: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian antara pelajar
kumpulan rawatan dan pelajar kumpulan kawalan.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan pembangunan set Kit Pembelajaran


Programmable Logic Controller melalui set soalan ujian pra dan pasca. Selain itu, set
Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller ini termasuklah set amali dan
manual penggunaan. Pembanguan set Kit Pembelajaran Programmable Logic
Controller ini merujuk kepada konsep dan teori yang terdapat dalam Modul Kawalan
Motor 2 di Kolej Vokasional yang diambil oleh pelajar tahun dua sahaja.

1.9 Limitasi Kajian


Limitasi kajian ini adalah panduan kepada pengkaji terhadap perkara-perkara yang
akan dikaji bagi melancarakan proses pembangunan Kit Pembelajaran Programmable
Logic Controller. Antara limitasi kajian ini adalah:

(a) Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller yang akan dibangunkan ini
berkemungkinan tidak sesuai diguna pakai di institusi-institusi pada peringkat
yang berbeza kerana pembelajaran pada peringkat Kolej Vokasional tidak meluas
seperti peringkat yang lain.
(b) Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller ini hanya untuk pelajar tahun
dua yang akan mengambil kursus Teknologi Elektrik bagi modul Kawalan Motor
sahaja.
(c) Lokasi kajian yang yang dipilih ini di bahagian selatan Malaysia iaitu negeri
Johor.

1.10 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian projek Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller


memberi manfaat kepada guru, pelajar dan Kolej Vokasional

1.10.1 Pelajar

Dengan penggunaan Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller ini ia dapat


memberikan satu gambaran baru berkenan PLC dari satu sudut yang lebih mudah
kepada pelajar. Selain itu, dengan penggunaan model ini pelajar dapat meningkatkan
kefahaman mengenai topik PLC dalam modul Kawalan Motor 2 kerana pelajar dapat
menghubungkait melalui teori serta litar yang sebenar. Selain itu, diharapkan agar Kit
Pembelajaran Programmable Logic Controller ini dapat meningkatkan minat serta
dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap PLC.

1.10.2 Guru

Dengan adanya Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller guru dapat


mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi meningkatkan mutu pengajaran serta dapat
menggunakannya sebagai ABBM. Selain itu, guru juga dapat meningkatkan
pemahaman dan pencapaian pelajar dalam modul Kawalan Motor 2 bagi topik PLC.
Selain itu, dengan pembangunan ABBM ini ia akan meningkatkan minat guru untuk
menghasilkan lebih banyak ABBM dimasa akan datang.

1.10.3 Kolej Vokasional

Dengan adanya Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller diharap dapat


memebuka peluang kepada guru untuk menjadi lebih kretif serta dapat memudahkan
proses pembelajaran malahan dapat menaik taraf sesuatu Kolej Vokasional di mata
masyarakat.

1.11 Kerangka Operasi Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membangunkan dan menilai keberkesanan
Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller yang dibangunkan. Rajah 1.1
menunjukkan kerangka konsep yang dilaksanakan dalam keseluruhan kajian yang
merangkumi tiga proses iaitu input, proses dan output.
Keberkesanan
Kumpulan Rawatan
Kumpulan Kawalan
Pencapaian pelajar
dalam topik PLC

Ujian Pra
Ujian Pasca
Pelajar

Set Kit Pembelajaran


Programmable Logic Controller
Kit Pembelajaran Programmable
Logic Controller
Topik PLC Manual penggunaan
Cara penggunaan
Modul Spesifikasi Kit Kesesuaian ABBM
Cara Kendalian Operasi
Kawalan Aturan keselamatan
Kebolehfungsian
Motor 2 Set Amali
Teori-teori
Langkah Kerja

Guru Pakar

Model ADDIE
Analysis (analisis)
Design (Rekabentuk)
Devolpement
(Pembangunan)
Implementation
(Pelaksanaan)
Evaluation (Penilaian)

(Rosset,1987)

Input Proses Output


Rajah 1.1: Kerangka Operasi Kajian

Permulaan proses ini adalah proses input dimana ia adalah permulaan bagi
pengkaji membangunkan Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller yang
mana ianya bersandarkan dari silibus modul Kawalan Motor 2 yang digunakan di
Kolej Vokasional bagi pelajar Teknologi Elektrik. Dalam modul ini, terdapat
beberapa topik utama dan antaranya adalah topik PLC. Dalam topik PLC ini,
terdapat empat subtopik yang berbeza dimana pembangunan Kit Pembelajaran
Programmable Logic Controller ini adalah merangkumi aspek keselurhan subtopik
topik tersebut.
Seterusnya di dalam bahagian proses dimana ianya adalah proses utama
dalam kajian ini iaitu membangunkan satu set Kit Pembelajaran Programmable
Logic Controller dan menguji keberkesanannya. Set yang dibangunkan ini adalah
merangkumi Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller, manual penggunaan
dan set kertas amali. Manual penggunaan yang akan dibangunkan mempunyai
beberapa perkara penting iaitu cara penggunaan, spesifikasi kit, keselamatan yang
perlu dipatuhi semasa menggunakan serta cara kendalian operasi. Fungsi manual ini
adalah bagi memahami cara mengendalikan Kit Pembelajaran Programmable Logic
Controller. Disamping itu, set kertas amali disediakan adalah bertujuan bagi
memudahkan pelajar untuk membuat amali tersebut berdasarkan langkah-langkah
yang telah disediakan. Pembangunan set kertas amali ini adalah berlandaskan silibus
modul Kawalan Motor 2 bagi topik PLC.
Setelah selesai didalam proses pembangunan pengkaji seterusnya akan
menilai keberkesanan Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller yang
dibangunkan melalui ujian pra dan pasca. Ujian pra dan pasca ini adalah satu proses
yang akan dilalui oleh pelajar didalam kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan. Dalam kumpulan kawalan mereka akan menggunkan kaedah
konvensional dalam proses PdP manakala bagi kumpulan rawatan mereka akan
menggunakan Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller bagi topik PLC
dalam proses PdP. Kedua-dua kumpulan ini akan menjalani satu tempoh yang
tertentu untuk melihat keberkesanan model yang akan dibangunkan.
Dalam pembangunan Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller
pengkaji berlandaskan kepada model ADDIE yang mana merangkumi lima proses
utama mengikut turutan iaitu fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan
dan fasa penialain. Model ADDIE ini adalah salah satu model reka bentuk dimana
mempunyai proses-proses yang sistematik yang akan dijadikan rujukan dalam
membangunkan ABBM ini. Proses fasa ini secara terperinci akan diterangkan dalam
bab 4.
Bahagian terakhir dalam kajian ini iaitu bahagian output dimana ianya akan
melihat dari segi pencapaian pelajar dalam topik PLC dan kesesuaian ABBM yang
dibangunkan. Terdapa dua perkara yang dititik beratkan dalam melihat kesesuaian
ABBM iaitu melalui pengesahan pakar dan penilaian pelajar bagi menilai
keberkesanan Kit yang dibangunkan. Sebelum pengkaji menilai keberkesanan model
tersebut pengkaji sebelum itu akan menilai dari aspek reka bentuk dan aspek
kebolehfungsian. Pengesahan Kit ini akan melibatkan guru-guru pakar dalam bidang
Elektrik bagi mengetahui kesesuain ABBM ini dalam proses PdP. Setelah
pengesahan dibuat oleh pakar, Kit Pembelajaran Programmable Logic Controller
akan digunakan dalam proses PdP di Kolej Vokasional bagi melihat keberkesanan kit
yang dibangunkan. Keberkesanan kit ini akan dinilai melalui pencapaian pelajar
dalam ujian pra dan pasca yang akan ditentukan dalam tempoh yang telah ditetapkan
dan markah pelajar akan diketahui apabila kedua-dua ujian ini selesai. Jika terdapat
peningkatan dalam pencapaian pelajar melalui ujian pra dan pasca, ianya
menunjukkan kit yang dibangunkan ini adalah berkesan.

1.12 Definisi Istilah dan Operasional

Definasi istilah adalah bertujuan menjelaskan takrifan istilah-istilah yang digunakan


sebagai pemahaman berkaitan dalam membentuk Kit Pembelajaran PLC. Terdapat
empat istilah yang didefinasikan mengikut skop kajian. Antaranya iailah:

1.12.1 Kit Pembelajaran


Kit Pembelajaran adalah salah satu kaedah inovatif yang digunakan sebagai alat
bahan bantu mengajar. Bahan ini digunakan oleh guru-guru untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih mudah dan digahami pelajar.

1.12.2 Programmable Logic Controller

Programmable Logic Controllers (PLC) adalah computer elektronik yang mudag dan
mesra pengguna yang mampu mengendali pelbagai fungsi terutamanya di industri.
Menurut Capiel (1982), PLC adalah satu sistem elektronik yang beroperasi secara
digital yang merangkumi sistem memori yang dapat diprogramkan untuk
penyimpanan. Dalam kajin ini, PLC berperanan sebagai satu alat untuk pemahaman
pelajar dalam bidang yang berkaitan industri.

1.12.3 Alat Bahan Bantu Mengajar

Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) adalah salah satu bahan sokongan guru dalam
penyampaian pelajaran. Menurut Atan Long (1981) ABBM dibahagikan mengikut
tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat pandangan dan alat pandang-dengar.
Dalam kajian ini, ABBM adalah Kit Pembelajaran yang membantu pelajar dalam
topik PLC dalam modul Kawalan Motor 2.

1.13 Rumusan

Pembangunan kit ini diharap dapat membantu pelajar untuk memahami mengenai
topik PLC dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Bukan itu sahaja,
diharapkan juga kit ini dapat membantu imaginasi pelajar, meningkatkan kefahaman
pelajar dan menimbulkan minat terhadap pembelajaran PLC ini.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
2.2 Kolej Vokasional
2.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
2.4 Model Instruksional Pengajaran
2.5 Pembangunan Alat Bahan Bantu Mengajar
2.6 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
2.7 Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar
2.8 Kit PLC
2.9 Penutup

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

You might also like