You are on page 1of 8

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang Mengaplikasikan Modul MoLIB

1.0 Pengenalan

Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza ataupun MoLIB merupakan


sebuah buku panduan yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang berfokus untuk melengkapkan guru
matematik sekolah rendah yang mengajar tahun dua dan tiga dengan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza numerasi (PdPBT-n). Kemahiran
ini ialah suatu pendekatan PdP yang membolehkan kurikulum dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) disampaikan oleh guru kepada pelajar
yang mempunyai pelbagai keupayaan dan potensi diri. Amalan pedagogi Abad ke-21
yang dipraktikkan oleh guru-guru lebih memfokuskan kepada meningkatkan tahap
penguasaan berbahasa murid secara umum (Oyunini & Wan Mohammad, 2023).
Seorang guru harus mahir dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP)
kerana ia memainkan peranan penting dalam tahap pencapaian dan prestasi murid.
Tambahan pula, seorang guru yang baik mampu untuk mempelbagaikan aktiviti yang
bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Oleh itu, modul MoLIB ini
dihasilkan dengan tujuan untuk menjadi rujukan guru dalam merancang PdP bagi
mata pelajaran matematik sekolah rendah yang berkesan. Modul ini mula dibina pada
September hingga Oktober 2019 di 54 buah sekolah dan berlaku penambahbaikkan
supaya ia mudah digunakan dan akhirnya penggunaannya dilaksanakan di seluruh
sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2020.
2.0 Ciri-ciri MoLIB

Di dalam modul MoLIB ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfokus


dan terbeza (PdPBT) merupakan fokus utamanya. Antara elemen yang terkandung
dalam PdPBT adalah kandungan, proses, dan produk. Elemen yang pertama iaitu
kandungan bermaksud isi-isi yang seharusnya dipelajari oleh murid. Seterusnya
proses pula bermaksud bagaimanakah seseorang murid itu memliki pengetahuan,
idea, atau kemahiran tersebut. Manakala produk pula merujuk kepada bagaimana
murid dapat menunjukkan hasil daripada apa yang mereka pelajari. Dalam
pendekatan PdPBT, maklumat yang diterima oleh murid dan ketiga-tiga elemen yagn
dinyatakan mempengaruhi cara pelaksanaan kelas yang telah dirancang. PdPBT ini
mempunyai pelbagai jenis ciri-ciri untuk memastikan pembelajaran yang berkesan.
Ciri-ciri tersebut ialah pembelajaran bermakna, kepelbagaian aktiviti, kumpulan
fleksibel, tugasan pelbagai, guru proaktif, bersifat kualitatif, pentaksiran berterusan,
pendekatan pelbagai, dan berpusat murid.

3.0 Huraian Ciri-ciri di dalam Modul MoLIB

Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran bermakna di dalam Modul MoLIB


ialah pembelajaran yang membantu murid untuk menjana idea mereka. Apabila di
dalam kelas, setiap murid mempunyai kefahaman yang berbeza. Perkara ini diberikan
tumpuan agar murid dapat meningkatkan penguasaan mereka. Seterunya, guru perlu
mengambil kira akan kepelbagaian aktiviti di dalam kelas agar dapat membina asas
keperibadian dan disiplin murid daripada pengalaman aktiviti tersebut. Ciri yang
berikutnya ialah kumpulan fleksibel yang amat diambil berat dalam modul ini. Setiap
kumpulan dibentuk dengan lebih bebas di mana murid daripada pelbagai kesediaan,
minat dan profil belajar digabungkan. Malahan murid diberi kelonggaran untuk memilih
ahli kumpulannya tersendiri. Oleh itu, guru harus peka dengan tugasan yang diberi
meningkatkan kemahiran berasakan keperluan murid. Beralih ke ciri seterusnya,
pendekatan PdPBT mempunyai pelbagai tugasan agar membolehkan murid yang
berlainan aras dapat maju ke hadapan. Mereka juga diberi peluang untuk memilih
tugasan yang sesuai dengan keperluan. Di dalam Modul MoLIB juga menyatakan
perlu ada guru proaktif iaitu guru yang bertindak seblum diberikan arahan bagi
menjayakan perancangan PdPBT-n.
Selain itu, Modul MoLIB ini bersifat kualitatif berbanding dengan kuantitatif. Ini
kerana bilangan tugasan yang banyak dilakukan oleh seorang murid tidak akan
menjamin bahawa mereka lebih memahami berbanding dengan murid yang
melakukan sikit sahaja. Oleh itu, menaikkan kualiti tugasan adalah lebih penting
berbanding jumlah tugasan. Seterusnya, pentaksiran berterusan merupakan salah
satu perkara yang paling penting dalam modul ini. Ia merupakan satu cara untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan kemajuan dalam pelajaran menerusi
komunikasi secara lisan, memperhatikan kerjasama murid dalam kumpulan, membuat
kerja, atau menilai secara formal. Di samping itu, modul ini juga mempunyai
pendekatan yang pelbagai iaitu kandungan, apa yang murid perlu belajar, proses, cara
murid memahami idea dan maklumat, dan produk, cara murid menunjukkan apa yang
dipelajari. Akhir sekali, model ini berpusatkan murid di mana setiap murid perlu aktif
berbincang dan membuat keputusan. Perkara ini supaya keperluan pembelajaran
dapat dicapai.

4.0 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Beikut merupakan analisis rancangan pengajaran dan pembelajaran yang


mengaplikasikan kemahiran matematik berkaitan dengan tajuk ruang untuk murid
tahun 2. Di dalam rancangan ini, objektif pembelajarannya ialah murid dapat melukis
bentuk dua dimensi yang melibatkan segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga
dan bulatan dengan tepat. Objektif ini dianggap tercapai jika murid dapat
mengenalpasti bentuk-bentuk asas dua dimensi, menggunakan kaedah yang sesuai
untuk melukis bentuk-bentuk asas dua dimensi dan menamakan semua bentuk asas
dua dimensi yang dilukis. Bagi mencapai objektif berkenaan, alat bantu mengajar
digunakan iaitu bongkah 3 dimensi. Alat bantu mengajar ialah alat pembelajaran yang
digunakan untuk mencapai tujuan pembelajaran (Abdullah et al, 2021). Alat ini dapat
memberikan visual konkrit kepada murid untuk memberikan gambaran yang lebih
jelas berkaitan dengan bentuk-bentuk 3 dimensi. Seterunya, murid diberi masa untuk
menyiapkan 1,2 atau semua aktiviti tugasan. Aktiviti yang dijalankan ini dilakukan
secara berkumpulan.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat pada setiap aktiviti, antara cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan pada tugasan 3 ialah menyatakan berapakah
panjang setiap sisi bentuk 2 dimensi yang patut dilukis supaya lukisan kelihatan lebih
kemas dan tersusun dengan rapi. Sebagai contoh, dengan menyatakan panjang yang
dikehendaki ialah 6cm, murid boleh melakukan tugasan yang diberi dengan lebih teliti
kerana telah mendapat arahan yang jelas. Selain daripada itu, cadangan
penambahbaikan lain ialah selain daripada menggunakan bongkah 3 dimensi dalam
pembelajaran, gunakan juga bahan-bahan lain di sekeliling kawasan bilik darjah.
Sebagai contoh, jam boleh digunakan sebagai bentuk bulat, dan pemadam papan
hitam sebagai segi empat tepat. Hal ini dapat mendedahkan kepada murid bahawa
setiap benda dalam kehidupan seharian mempunyai bentuk yang tersendiri.
Seterusnya mereka dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari berkaitan bentuk ini di
sekeliling mereka.

5.0 Kesimpulan

Sebagai penutup, Modul MoLIB ini merupakan satu modul yang amat
membantu guru yang mengajar matematik. Modul ini memberikan panduan yang jelas
dalam memastikan aliran pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
lancar. Pelbagai jenis rancangan dan latihan telah dikandungkan dalam modul ini bagi
membantu keberkesanan pembelajaran mata pelajaran matematik bagi murid-murid
supaya mereka dapat memahami dengan lebih jelas. Ini kerana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan merupakan elemen yang penting dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan (Shahrudin, 2008).

(969 Words)
Rujukan
Abdullah, R., Wan Mat Ali, W. N., & Jusoh, A. (2021). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

dalam Subjek Tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada Abad ke-19”. Perspektif: Jurnal Sains

Sosial Dan Kemanusiaan, 13(1), 1-

13. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/download/3466/2752

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2020). Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza (MoLIB)

Numerasi. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://fliphtml5.com/npfg/qhgd/basic

Oyunini, S. J., & Wan Mohammad, W. M. (2023). Keberkesanan Modul Latihan Intervensi Berfokus

Dan Terbeza (MoLIB) Terhadap Kemahiran Pedagogi guru Bahasa Melayu Sekolah

Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 60-

74. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21469

Shahrudin, S. A. (2008, January 1). Faktor Yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran Dan

pelajaran Di dalam bengkel vokasional Di Dua buah sekolah menengah teknik Di Negeri

Sembilan - CORE. CORE – Aggregating the world’s open access research

papers. https://core.ac.uk/display/11782014?utm_source=pdf&utm_medium=banner

&utm_campaign=pdf-decoration-v1
Lampiran
Turnitin :

You might also like