You are on page 1of 6

Refleksi

Dalam kursus Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran, saya telah


menjalankan tugasan membina rancangan pengajaran dan pembelajaran dan
membentangkan rancangan tersebut selama 15 minit didalam kelas. Pembinaan dan
pembentangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini telah memberikan
pengetahuan kepada saya bagaimana merancang RPH dengan cara yang betul dan
dapat memberikan kesan maksima kepada murid-murid saya apabila menjalankan
pengajaran di kelas. Hal ini kerana melalui pembentangan RPH ini, pensyarah dan
rakan-rakan sebaya telah memberikan komen mengenai kelebihan dan kekurangan
serta cara menambahbaik lagi RPH saya.

Antara kelemahan Rancangan Pengajaran Harian saya (RPH) dari segi isi
kandungan mata pelajaran ialah tidak dinyatakan dengan jelas dan terlalu banyak. Isi
pengajaran merupakan elemen penting dalam merancang sesuatu pengajaran. Isi
pengajaran perlulah ditulis dengan jelas bagi membolehkan murid-murid faham
mengenai isi pengajaran yang akan disampaikan. Isi pelajaran yang tidak dinyatakan
dengan jelas akan menyebabkan kesukaran kepada guru untuk memahami aktiviti
yang telah dirancang. (Zaharah Che Isa dan Nurul Wahida Hj. Azid@Aziz, 2016). Isi
pengajaran dan objektif yang terlalu banyak pula akan menyebabkan masa yang
dirancang akan tidak mencukupi untuk guru mencapai objektif pelajaran dan murid akan
sukar untuk memahami pelajaran pada hari tersebut kerana terlalu banyak isi yang
perlu difahami. Antara penambaikkan yang perlu saya buat ialah menulis semua
perkara yang akan diajar di dalam kelas. Perkara ini akan mengelakkan saya tertinggal
isi pelajaran yang saya akan sampaikan. Selain itu, saya juga perlu mengurangkan
objektif pelajaran saya bagi memastikan perancangan masa saya cukup dan murid-
murid tidak terbeban dengan objektif yang banyak untuk dicapai. Oleh itu, saya hanya
perlu mengajar mengenai proses pembentukan hujan sahaja pada waktu tersebut. Di
samping itu, saya juga perlu menulis setiap soalan dan jawapan yang dijangka diterima
daripada murid di dalam RPH saya bagi memastikan saya bersedia untuk menerangkan
semula kepada murid tentang jawapan yang mereka berikan.
Selain itu, kelemahan lain ialah bahan sumber yang kurang sesuai. Dalam
perancangan saya, saya hanya menggunakan kad manila yang kosong untuk
digunakan semasa aktiviti perbincangan berkumpulan. Hal ini membuatkan PdPC yang
akan saya laksanakan akan kurang menarik. . Dapatan kajian Jasmi et al. (2011) dan
Ilias et al. (2013) menunjukkan bahawa penggunaan BBM oleh guru mampu
membuatkan pelajar fokus kepada pengajaran sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Bagi menambahbaik RPH saya, saya perlu menyediakan bahan
sumber yang lebih menarik seperti menggunakan kad manila yang telah disediakan
rajah dan gambar-gambar yang menarik dan hanya memerlukan murid untuk mengisi
sahaja ruang kosong tersebut. Hal ini kerana gambar dan rajah dapat merangsang
pemikiran pelajar. Selain itu, saya juga perlu menyediakan bahan sumber yang mampu
membantu murid-murid mencapai objektif pelajaran yang akan diajar seperti
menyediakan model pembentukan hujan dalam bentuk maujud sekaligus membantu
saya untuk mengukur objektif pelajaran tercapai atau tidak. Di samping itu, bahan
sumber saya juga perlulah lebih berkaitan dengan isi pelajaran bagi memudahkan
pemahaman murid-murid terhadap topik. Di samping itu, saya juga boleh mendapatkan
maklumat terlebih dahulu daripada sumber-sumber lain seperti guru-guru lain dan
internet sebelum menyediakan sumber pengajaran saya.

Seterusnya, RPH saya tidak menyatakan cara yang saya gunakan dalam menilai
sama ada hasil pembelajaran tercapai atau tidak. Perkara ini amat penting bagi menilai
sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak. Dengan mengadakan penilaian, ia akan
membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu
tercapai atau sebaliknya (Mokhtar Ismail, 1995) Cara menambahbaik bagi kesalahan ini
ialah dengan cara menyediakan lembaran kerja untuk murid-murid. Dengan cara ini
saya dapat menilai sama ada murid memahami atau tidak topik yang diajar. Selain itu,
saya juga perlu menyediakan lembaran kerja yang mengandungi soalan-soalan yang
berbentuk KBAT yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran bagi melatih murid-
murid saya berfikir.

Kesimpulannya, saya telah dapat mengenalpasti perkara-perkara yang perlu


dititikberatkan dalam penyediaan RPH. Hal ini penting untuk memastikan pengajaran
dapat berjalan dengan lancar semasa proses PdPC berlangsung dan pemahaman
murid terhadap perkara di ajar pada tahap maksima.

Rujukan

Ilias, M. F., Ismail, M. F. & Jasmi, K. A. (2013). Faktor dorongan dan halangan
penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru pendidikan Islam di sekolah
bestari, 3rd. International Conference on Islamic Education 2013
(ICIED2013). EPF Institute, Malaysia, pp. 943-953.

Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan
penggunaan bahan bantumengajar dalam kalangan guru cemerlang
pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia.Journal of Islamic and
Arabic Education. 3(1), pp. 59-74.

Mokhtar Ismail (1995).Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka

Zaharah Che Isa and Nurulwahida Hj Azid@ Aziz. (2016). Pembinaan Dan
Penilaian Rancangan Pengajaran Harian (Rph) Berasaskan Lapan
Prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek (Pbl. Sintok: UUM.
LAMPIRAN
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK


(INDIVIDU)
SEMESTER: 1(PISMP) TAHUN: 2

PRKA3012:
PERANCANGAN PERANCANGAN DAN
PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEH:

Muhammad Dzull Iswary Bin Mohd Bakri


No. K/P: 960515036191
Program: PISMP AMBILAN JUN 2016
Kumpulan Akademik: ANGKA GILIRAN:

G4.2 2016172340076
PENSYARAH:

DR. MADINAH BINTI MOHD YUSOF


TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:

12/3/2018

You might also like