You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Professional Learning Community (PLC) yang juga dikenali sebagai Komuniti Pembelajaran
Profesional telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2011. PLC merupakan
sebahagian daripada inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru di bawah NKRA (Bidang
Keberhasilan Utama Negara) yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran guru dan
pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara. Untuk menunjukkan peningkatan
kualiti secara menyeluruh prestasi sekolah, semua sekolah di Malaysia telah diberikan
kedudukan melalui proses penyenaraian dan diberikan sokongan dan dorongan
penambahbaikan terhadap aspek kepimpinan serta pengajaran dan pembelajaran. Guru dan
peminpin sekolah diberi latihan peningkatan profesionalisme oleh Institut Aminuddin Baki
(IAB), manakala Bahagian Pendidikan Guru memastikan kelestarian kualiti guru melalui PLC.
Kejayaan program ini sangat bergantung kepada kerjasama Bahagian Pendidikan Guru
(BPG), Institut Pendidikan Guru (IPG), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD), pentadbir sekolah, ketua panitia mata pelajaran, dengan guru-guru panitia.

Perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti


pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan
profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai
aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah
boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk
menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak
berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi
meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran
Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah
pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson
demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar
antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif
(collaborative teaching).

Kesimpulannya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja
secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai
prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (Dufour, Eaker & Many, 2006).
Pelaksanaan PLC dapat meningkatkan profesionalisme guru melalui amalan kolaboratif untuk
meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan ketrampilan guru. PLC berteraskan lima
strategi utama bertindak sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan
sekolah.

1
2.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DENGAN
MENGGUNAKAN STRATEGI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Di dalam strategi PLC penulis telah memilih untuk mereka cipta aktiviti pengajaran
berdasarkan strategi De-Privatization Of Practice iaitu Perkongsian Amalan dan penulis lebih
berfokus kepada Lesson Study (LS) atau Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran
Harian. Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti
dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi
pengajaran.

Lesson study ialah satu model perkembangan profesional guru yang diamalkan di Jepun
lebih daripada seabad lamanya (Isoda et al., 2007). Namun, model ini lebih mantap pada
tahun 1960an dan kini, telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun
khususnya di sekolah-sekolah rendah. Lesson study, dalam bahasa Jepun dikenali sebagai
Jugyoukenkyuu. Jugyou bermaksud pelajaran atau pengajaran, manakala kenkyuu ialah
kajian atau penyelidikan. Dalam erti kata lain, Lesson study ialah kajian, penyelidikan atau
penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah.

Lesson Study ialah satu platform di mana guru-guru berbincang tentang kesilapan yang
kerap di buat oleh murid-murid di dalam kelas (Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2011). Melalui refleksi, guru yang berpengalaman dapat mengenalpasti
kesilapan dan dapat berbincang dengan guru-guru yang lain. Empat aspek penting yang
terkandung dalam PLC adalah inkuiri, kesepakatan, keselamatan dan cabaran. Inkuiri
merujuk kepada data atau maklumat yang boleh diperoleh dari bilik darjah tentang pengajaran
dan pembelajaran yang berkaitan dengan keperluan murid. Kesepakatan merujuk kepada
guru-guru bersepakat untuk memajukan dan mengubah cara pengajaran demi untuk
membekalkan murid-muridnya satu pembelajaran yang lebih koheren. Keselamatan
menunjukkan guru-guru berasa selamat untuk mengakui tentang kelemahan pengajaran
mereka semasa dalam perbincangan Lesson Study dan akhirnya cabaran yang menunjukkan
guru-guru sanggup untuk mengubahsuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran mereka
demi untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran yang lebih baik untuk murid-
muridnya.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), menyatakan bahawa


elemen perbezaan budaya memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu Lesson
Study. Perkara yang dititikberatkan ialah produk akhir sesuatu Lesson Study bukanlah
menjadi isu kepentingan tetapi perbincangan pedagogi dalam kalangan guru-guru tersebut.

2
Guru-guru harus merasa bebas untuk mencuba pedagogi mereka supaya mereka dapat
meningkatkan pengetahuan pedagogi dalam kalangan mereka. Tujuan untuk mendapatkan
satu pengajaran yang hebat bukan merupakan satu perkara yang mengkagumkan tetapi
elemen yang ahli kumpulan dapat belajar bersama-sama, membangunkan diri sendiri,
sekolah dan seterusnya profesion perguruan adalah elemen yang harus dibanggakan.

Watanabe (2002) juga bersetuju Lesson Study merupakan satu tempat di mana semua
ahli kumpulan dapat membuat refleksi yang kritikal terhadap pengajaran dan membuat
modifikasi yang bersesuaian untuk penambahbaikan. Lesson Study bukan sekadar satu
aktiviti pembangunan profesional tetapi merupakan satu perkongsian budaya secara
profesional. Budaya ini boleh dikembangkan sekiranya semua ahli kumpulan berasa selesa
dan selamat dalam persekitaran perkongsian maklumat antara mereka. Lesson Study juga
membantu guru-guru memantapkan kemahiran mereka dalam membuat pemerhatian.

Seterusnya, Lesson Study perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-
guru yang terlibat mendapat impak yang sewajarnya.anatara perkara yang perlu dilakukan
oleh para guru secara kolaboratif ialah dengan mengikuti kitaran berikut:

1. Menentukan matlamat dan objektif pengajaran

2. Merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

3. Melaksanakan pengajaran yang telah dirancang

4. Membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran

5. Mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

6. Jika perlu, ulang langkah 3 dan langkah 5

Antara cadangan aktiviti yang boleh dijalankan untuk melaksanakan Lesson Study
ialah guru-guru perlu membentuk sebuah kumpulan untuk melaksanakan Lesson Study dan
perlu menentukan matlamat dalam kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut akan berbincang
bagaimana cara mereka untuk melaksanakan proses Lesson Study ini. Mereka perlu
berbincang untuk merancang dan membina sebuah Rancangan Pengajaran Harian yang
berkesan dan menarik untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Hal ini memerlukan kerjasama yang baik di dalam kumpulan serta kepakaran
para guru untuk membina RPH yang baik. Proses pembinaan RPH ini hendaklah mengikut

3
kitaran Lesson Study agar ianya dapat dillaksanakan dengan jayanya. Selain itu, dengan
membuat modul atau membukukan contoh-contoh RPH yang berkesan juga merupakan
suatu idea yang bernas bagi memudahkan perkongsian amalan ini dijalankan. Hal ini akan
memudahlan lagi proses PLC berjalan sekiranya RPH yang berkesan dan menarik ini
dimodulkan atau dibukukan bagi memudahkan dan membantu para guru lain. Kumpulan
Lesson Study ini juga boleh memuat naik hasil modul RPH mereka yang telah dikumpul ke
laman sesawang agar mudah untuk dicapai atau diakses oleh gur lain. Oleh itu, para guru-
guru hendaklah berganding bahu untuk melaksanakan Lesson Study ini bagi mengumpul
RPH yang efektif untuk dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada amnya, Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk
peningkatan profesionalisme guru. Berbanding dengan model profesionalisme guru yang lain,
Lesson Study adalah unik dan ia adalah atas inisiatif guru-guru sendiri dan bukan arahan
pihak atasan. Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah
pemikiran atau paradigma mereka seleras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan
kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan
meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru.
Proses Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru
mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti individu dalam
proses pembinaan RPH secara Bersama. Amalan begini mampu memupuk semangat
kekitaan dan kebersamaan diantara para guru di sekolah. Kebaikan amalan sebegini
sewajarnya dipupuk dan dimantapkan secara berterusan agar menjadi budaya kerja oleh
guru-guru di sekolah seterusnya. Perlaksanaan amalan ini juga diharapkan dapat
menghasilkan sekolah yang cemerlang,berkualiti dan bertaraf dunia.

4
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merupakan satu pendekatan


baharu untuk membangunkan pendidikan di negara kita. Pendekatan tersebut menekankan
aktiviti pembelajaran secara berterusan tanpa mengira golongan pendidik dan murid. Dengan
melaksanakan pendekatan tersebut, tahap penglibatan warga sekolah khususnya guru dalam
proses penambahbaikan sekolah adalah tinggi dan berupaya meningkatkan pencapaian diri
mereka selaras dengan pendidikan masa kini.

Cita-cita serta hasrat tersebut akan tercapai dengan strategi kepimpinan sekolah bagi
mewujudkan komuniti pembelajaran profesional. Dengan kata lain, peranan pemimpin atau
pentadbir sekolah amat diperlukan kerana telah wujud bukti yang kukuh bahawa kepimpinan
sekolah berupaya melakukan perbezaan terhadap pencapaian sekolah.

Pendidikan yang berkualiti amat diperlukan oleh negara dan masayarakat kita untuk
bersaing dengan cabaran globalisasi. Pemimpin sekolah, guru perlu berubah. Perubahan
berlaku secara kendiri, secara diri sendiri mahu berubah setelah pelbagai cadangan diterima.
Pemimpin sekolah perlu melakukan sesuatu untuk kejayaan sekolah yang bermula dari
jiwanya sendiri.

Pemimpin sekolah dan guru perlu bertindak dengan inisiatif sendiri untuk
melaksanakan semua cadangan tersebut. Jiwa pemimpin sekolah dan guru perlu menjiwai
dasar dan perancangan Pendidikan. Pemimpin sekolah dan guru hendaklah bersama-sama
melakukan cadangan tersebut bukan kerana diarah, tetapi secara sukarela dan inisiatif
sendiri. Justeru, amalan-amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk pemimpin
sekolah boleh difikirkan bersama dan dilaksanakan dari hati sanubari pemimpin sekolah.

You might also like