You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah mengadakan kursus
Budaya dan Pembelajaran (EDUP 3073) sebagai kursus wajib kepada pelajar guru
PISMP Ambilan Jun 2018. Sehubungan dengan itu, pelajar guru perlu menjalankan satu
temu bual dengan guru kelas sesama menjalani PBS 3 di sekolah. Temu bual tersebut
adalah berkaitan dengan kesan dan implikasi kepelbagaian keunggulan sosiobudaya ke
atas pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah.

2.0 BIODATA RESPONDEN

Saya bertemu bual bersama dengan seorang guru bimbingan dan kaunseling di
SJK(C) Kheng Tean. Guru itu bernama Chia Mee Peng dan berumur 26 tahun. Beliau
berbangsa Cina dan beragama Buddha. Beliau telah bekerja di sekolah ini sebanyak 2
tahun.

3.0 PROSEDUR MENJALANKAN TEMUBUAL

Terdapat beberapa jenis medium yang dapat digunakan untuk mengumpulkan


sesuatu maklumat dalam membuat penyelidikan. Salah satu daripada medium yang
mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temubual.
Temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi “face-to-face”
antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemu bual. Menurut Patton (1980)
terdapat tiga pendekatan dalam temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal
dan temubual terbuka. (Noormala, 2012) Semasa kajian ini dilakukan, proses temubual
ini dilakukan secara individu dan berkumpulan di mana temubual dilakukan secara
“face-to-face” di antara penulis dan responden.
4.0 HASIL DAPATAN TEMUBUAL

Berdasarkan temubual yang telah saya jalankan, terdapat beberapa aspek,


kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Saya telah menjalankan
temubual ini bersama seorang guru bimbingan dan kaunseling di SJK(C) Kheng Tean.
Menurut cikgu Chia, terdapat lima aspek kepelbagaian sosiobudaya di SJK(C) Kheng
Tean iaitu bangsa dan adat resam. Saya bersetuju dengan kenyataan cikgu Chia
berkenaan dengan aspek sosiobudaya. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2014) bahawa
aspek sosiobudaya ialah bangsa, bahasa, kepercayaan, struktur masyarakat dan
jantina. Dari segi bangsa, murid di SJ(C) Kheng Tean majoritinya ialah bangsa Cina.
Terdapat juga murid daripada bangsa-bangsa lain seperti Melayu, India dan lain-lain.
Berlandaskan aspek bahasa, kebanyakan murid di sekolah ini menggunakan Bahasa
Cina sebagai bahasa komunikasi. Menerusi temubual yang dijalankan, cikgu Chia
menyatakan aspek-aspek kepercayaan, adat resam dan struktur masyarakat wujud
kerana SJK(C) Kheng Tean terdiri daripada pelbagai kaum walaupun bilangan kaum
India, Melayu dan lain-lain kurang.

Berdasarkan temubual yang dijalankan, cikgu Chia telah menyatakan beberapa


kesan positif kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid di SJK(C) Kheng Tean.
Menurut cikgu Chia, beliau menyatakan kesan positif kepelbagaian sosiobudaya ialah
murid-murid yang berbeza bangsa dapat berkongsi dan saling memahami adat resam
kaum lain. Contohnya, apabila guru mengajar Bahasa Cina yang mengenai adat resam
kaum Cina, guru akan menerang secara teliti kepada murid bangsa Islam atau India.
Oleh itu, kesan positif kepelbagaian sosiobudaya ini dapat membentuk masyarakat yang
harmoni dan saling memahami. Selain itu, cikgu Chia juga berpendapat tidak
mempunyai isu diskriminasi antara lelaki dan perempuan berlaku di sekolah ini. Dari
segi ekonomi, pelajar yang miskin juga dihormati oleh semua orang. Oleh itu, tidak
mempunyai kesan negatif kepelbagaian sosiobudaya berlaku di sekolah ini.
Dalam sesi temubual yang telah dijalankan, cikgu Chia telah menyatakan
beberapa keberkesanan kepelbagaian sosiobudaya dalam pedagogi. Cikgu Chia
menyatakan bahawa menerapkan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam PdPc. Contohnya,
beliau telah meggunakan teknik perbincangan dalam kumpulan, Think Pair Share dan
sebagainya semasa Pdpc dijalankan. Tujuannya adalah untuk memastikan kewujudan
hubungan dan ikatan antara murid-murid yang kepelbagaian kaum. Perkara ini juga
menyebabkan beberapa kekangan berlaku apabila perbincangan dalam kumpulan
dijalankan dengan terlibat pelbagai kaum. Melalui temubuat tersebut, cikgu Chia
menyatakan bahawa menghadapi masalah terhadap pelajar yang berbangsa Melayu
dan India kerana mereka kurang bercakap semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal
ini disebabkan oleh mereka mungkin tidak boleh bercakap dalam Bahasa Cina dengan
elok semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Oleh itu, guru perlu
merancang aktiviti yang sesuai untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan murid
yang pelbagai kaum.

5.0 KESIMPULAN

Melalui hasil dapatan tersebut, sebagai seorang guru perlu menagadakan jenis-
jenis pedagogi relevan budaya supaya dapat mengenalpasti kepelbagaian keunggulan
sosiobudaya boleh diterapkan dalam kalangan pelajar secara keberkesanan.

(609 p,p)
BIBLIOGRAFI

Azizi dan Nurfaizah. (2011). Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya
Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah
Menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, 1(2), 78-112.

M.S. Cho dan Roslina Abdul Wahid. (2016). Penterjemahan Budaya Bukan Kebendaan
dalam Teks Terjemahan Bahasa Korea- Bahasa Melayu. Jurnal Melayu, 15(2),
161-175.

Noormala, Mohamed Sharif dan Roslee. (2012). Pendekatan Temubual Sebagai Metod
Kajian Kes, Suatu Persepsi di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang
Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kuanseling. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Noriati A. Rashid, P.Y. Boon, Sharifah Fakriah et al. (2014). Budaya dan Pembelajaran.
Selangor: Osford Fajar Sdn. Bhd.

Ruhani. (2009). Budaya sekolah: Implikasi terhadap Proses Pembelajaran secara


Mengalami. Jurnal Kemanusiaan, 13(1), 64-78.

Yasmin Ahmad dan Mohd Yusof. (2016). Sensitive Kepelbagaian Budaya dalam
Kalangan Guru Pelbagai Etnik si Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 71-78.
LAMPIRAN 1

TRANSKRIP TEMUBUAL

NAMA GURU: CHIA MEE PENG

UMUR: 26 TAHUN

TARIKH: 19/2/2020 (RABU)

TEMAPAT: BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SJK(C) KHENG TEAN

Saya: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu Chia: Selamat pagi. Apakah yang boleh saya tolong anda?

Saya: Maaf cikgu kerana ganggu anda membuat kerja. Adakah cikgu mempunyai masa
untuk membuat satu temu bual bersama saya dengan sebanyak 10 minit sahaja?

Cikgu Chia: Ada… ada. Sila duduk.

Saya: Terima kasih cikgu.

Cikgu Chia: Apakah tajuk yang anda perlu temubual dengan saya?

Saya: Cikgu, IPG saya mempunyai satu kursus yang berkaitan dengan budaya dan
pembelajaran. Oleh itu, saya dikehendaki untuk menjalankan satu temubual bagi kursus
ini. Temubual ini akan menanya cikgu tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan
kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya ke atas pembelajaran dan
pemudahcaraan di dalam bilik darjah.

Cikgu Chia: Oh…Saya akan menjawab soalan anda seboleh-bolehnya.

Saya: Bolehkah saya mula sekarang?

Cikgu Chia: Boleh…. Silakan.

Saya: Ok, soalan pertama, adakah cikgu memahami apa itu kepelbagaian
sosiobudaya?

Cikgu Chia: Tahu, sosiobudaya ini adalah berkaitan dengan perbezaan kaum atau
bangsa.
Saya: Ya, betul cikgu. Kepelbagaian sosiobudaya ini bukan sahaja merujuk kepada
aspek perbezaan kaum atau bangsa sahaja. Ia juga merangkumi aspek-aspek lain
seperti struktur masyarakat, adat resam, kepercayaan, bahasa dan jantina.

Cikgu Chia: Oh…. Itu adalah maksud kepelbagaian sosiobudaya.

Saya: Ya, saya mencari maksud ini dari buku teks bagi kursus ini.

Cikgu Chia: Pandainya.

Saya: Haha… Ok, saya meneruskan soalan kedua iaitu apakah teknik pengajaran yang
digunakan oleh guru semasa waktu PdPc di kelas yang mempunyai pelbagai kaum.

Cikgu Chia: Saya menerapkan Pembelajaran Abad Ke-21, iaitu PAK 21 dalam proses
pengajaran yang saya jalankan.

Saya: Bolehkah cikgu memberi sedikit contoh bagi PAK-21 ini?

Cikgu Chia: Emm…. Saya meggunakan teknik perbincangan dalam kumpulan, Think
Pair Share dan sebagainya semasa Pdpc dijalankan.

Saya: Ohhh! Tadi cikgu ada kata cikgu menggunaka teknik perbincangan dalam
kumpulan, adakah cikgu memastikan murid daripada kumpulan etnik yang berbeza?

Cikgu Chia: Mesti ada! Tetapi terdapat bilangan yang kecil bagi kaum yang selain
daripada bangsa Cina di sekolah ini. Hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 atau 3 di
dalam satu kelas.

Saya: Oh, adakah cikgu mewujudkan hubungan dan ikatan antara murid-murid yang
kepelbagaian kaum semasa melakukan aktiviti perbincangan itu?

Cikgu Chia: Ada. Tetapi pelajar yang beragama Islam atau India kurang bercakap
semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

Saya: Kenapa?

Cikgu Chia: Emmm, kerana ….kerana mereka mungkin tidak boleh mencakap Bahasa
Cina dengan elok semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.

Saya: Oh, soalan seterusnya, apakah kekangan yang dihadapi semasa berdepan
dengan kelas mesra budaya?
Cikgu Chia: Bagi pelajar Tahun 4 ,5, 6, kurang masalah berkomunikasi antara pelbagai
kaum. Manakala Tahun 1, 2, dan 3 mempunyai masalah berkomunikasi. Terutamanya
kaum India dan Melayu.

Saya: Bagaimana cikgu menyelesaikan masalah ini?

Cikgu Chia: Saya juga menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris supaya
mereka boleh faham.

Saya: Berdasarkan pengalaman cikgu, apakah kesan negatif kepelbagaian sosiobudaya


dalam kelas mesra budaya?

Cikgu Chia: Berdasarkan pengalaman saya, tiada isu diskriminasi antara lelaki dan
perempuan berlaku di sekolah ini. Dari segi ekonomi, pelajar yang miskin juga dihormati
oleh semua orang dan tiada isu negatif berlaku.

Saya: Apakah kesan positif kepelbagaian sosiobudaya dalam kelas mesra budaya?

Cikgu Chia: Murid-murid yang berbeza bangsa dapat berkongsi dan saling memahami
adat resam kaum lain. Contohnya, apabila saya mengajar Bahasa Cina yang mengenai
adat resam kaum Cina, saya akan terang secara teliti kepada murid bangsa Islam atau
India. Oleh itu, kesan positif kepelbagaian sosiobudaya ini dapat membentuk
masyarakat yang harmoni dan saling memahami.

Saya: Bagaimanakah cikgu mengamalkan sosiobudaya ini dalam pedagogi?

Cikgu Chia: Melalui mata pelajaran Pendidikan Moral. Saya juga menjelaskan
perayaan-perayaan begi pelbagai bangsa. Contohnya, Hari Ponggal merupakan salah
satu perayaan bagi kaum India. Kebanyakkan murid-murid berbangsa Cina tidak tahu
perayaan ini.

Saya: Apakah aktiviti-aktiviti yang diterapkan semasa PdPc?

Cikgu Chia: Saya sering menjalankan perbincangan dalam kumpulan terhadap murid-
murid semasa PdPc.

Saya: Oh, ok. Saya meneruskan soalan lagi, adakah penting mengambil kira kepelbagai
keunggulan sosiobudaya semasa PdPc?
Cikgu Chia: Ya. Perkara ini penting, kerana Malaysia terlibat dengan pelbagai kaum.
Oleh itu, mereka perlu memupuki nilai toleransi, nilai perpaduan dan nilai bersopan
santun dalam kehidupan.

Saya: Ok, soalan terakhir. Sejauh manakah kepelbagaian kunggulan sosiobudaya dapat
diaplikasikan di Malaysia?

Cikgu Chia: Sejauh manakah? Emm…

Saya: Maksudnya, adalakah pendidikan Malaysia menerapkan kepelbagaian


keunggulan sosiobudaya ini di dalam pelajaran?

Cikgu Chia: Ada. Contohnya, bagi buku teks Bahasa Melayu Unit 8, adalah berkaitan
dengan kepelbagaian keunggukan sosiobudaya. Oleh itu, murid-murid boleh
mempelajari adat resam, budaya dan kepercayaan bagi setiap kaum di Malaysia.

Saya: Ennn..Soalan temubual saya sudah tamat. Terima kasih atas kerjasama cikgu.

Cikgu Chia: Sama-sama.


LAMPIRAN 2

Sesi temubual telah dijalankan bersama cikgu Chia di SJK(C) Kheng Tean.

Saya telah menjalan sesi temubual ini di SJK(C) Kheng Tean.


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1. 1.0 PENGENALAN
2. 2.0 BIODATA RESPONDEN
3. 3.0 PROSEDUR MENJALANKAN TEMUBUAL
4. 4.0 HASIL DAPATAN TEMUBUAL
5. 5.0 KESIMPULAN
6. BIBLIOGRAFI
7. LAMPIRAN

You might also like