You are on page 1of 6

TUGASAN 3: LAPORAN PERBINCANGAN HASIL SIMULASI PENGAJARAN MIKRO

Pada 2 Febuari 2017 bersamaan dengan hari Khamis kumpulan kami yang terdiri daripada
Muhammad Hazman, Afnan Radhi dan Nurasiah Lacius telah mengadakan satu perbincangan
bertujuan untuk menganalisis hasil simulasi pengajaran mikro yang telah dijalankan pada 16
Januari 2017. Tugasan yang berbentuk pelaporan bertulis perlu dihantar bagi tugasan kerja
kursus subjek Praktikum (PRKA3012).

Tugasan pelaporan ini telah kami jalankan sebaik mungkin dengan menggunakan alternatif
membahagikan tugasan mengikut kesesuaian ahli kumpulan. Setiap ahli telah menganalisis
dengan teliti dan bertukar pendapat sepanjang melihat rakaman simulasi setiap ahli. Hasil
perbincangan dalam kumpulan, kami dapati terdapat impak positif dan negatif untuk setiap
langkah dalam rakaman simulasi pengajaran mikro yang dilaksanakan oleh setiap ahli.

Analisis yang dijalankan adalah dengan berpandukan Borang Bimbingan Pengajaran Mikro
yang berfokus kepada kemahiran kemahiran yang terkandung dalam pengajaran mikro. Hasil
analisis yang dilaporkan perlu merangkumi sembilan kemahiran iaitu:

(a) Kemahiran set induksi


(b) Kemahiran penggunaan papan tulis
(c) Kemahiran variasi rangsangan
(d) Kemahiran penyoalan
(e) Kemahiran pemudahcaraan
(f) Kemahiran pengukuhan
(g) Kemahiran menerang
(h) Kemahiran penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran
(i) Kemahiran penutup

Setelah mengadakan perbincangan sebanyak dua kali kumpulan kami berhasil mengumpul
dapatan analisis melalui perkongsian maklumat dan pertukaran pendapat Hasil daripada
rakaman video yang dibincangkan bersama, kumpulan kami dapat menilai kekuatan dan
kelemahan yang berlaku semasa proses pembentangan. Kemahiran set induksi yang
dikendalikan oleh Hazman merupakan satu langkah yang penting kerana set induksi adalah
langkah untuk guru menarik perhatian murid memahami dan isi pembelajaran pada hari
tersebut dan secara tidak langsung dapat saling mengaitkan isi kandungan pembelajaran.

Elemen yang penting dalam set induksi menurut borang bimbingan kemahiran set induksi
perlulah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan, dan mampu
menstruktur. Jika diteliti proses penyampaian Hazman dalam pembentangan Mikro, Hazman
menggunakann teknik nyanyian lagu bernombor satu sehingga sepuluh, teknik ini dapat
menarik perhatian kanak-kanak kerana Hazman menggunakan nada suara yang pelbagai
walaupun hanya pada peringkat awal rakaman. Set induksi Hazman juga sedikit sebanyak
menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat iaitu komputer riba dan rakaman lagu. Penggunaan
teknologi maklumat secara tidak langsung dapat menarik perhatian kanak-kanak. Menurut Carl
(1892) Muzik mampu mempengaruhi minda dan kognitif kanak-kanak.

Pembentangan Hazman juga menarik perhatian kanak-kanak kerana Hazman


menggunakan gerakan yang menarik ketika lagu dimainkan. Isyarat non-verbal dan kontak
mata yang jelas membuatkan pengajaran Hazman disenangi oleh murid. Secara
keseluruhannya untuk item menarik perhatian, pembentangan Hazman tidak menunjukkan
aktiviti yang luar biasa. Hazman banyak menggunakan teknik yang biasa digunakan oleh guru
iaitu nyanyian dengan melodi lagu. Hazman boleh menambah baik dari aspek penggunaan
pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan ketika nyanyian agar kanak-kanak tidak
cepat bosan dengan kaedah set induksi yang digunakan. Menurut Ann Oliver (2006), murid
prasekolah menggemari muzik kerana melodi-melodi muzik dapat mengajar mereka untuk
bersosial dengan rakan yang lain.

Aktiviti set induksi Hazman kurang menerapkan unsur rasa ingin tahu murid kerana
penjelasan yang merujuk terus kepada tajuk pembelajaran iaitu konsep nombor. Hazman tidak
menggunakan kaedah bercerita untuk mencungkil minat murid terlebih dahulu. Hazman
sepatutnya mewujudkan suasana ingin tahu kepada murid sebelum terus kepada pengenalan
konsep nombor, contohnya mempelbagaikan teknik dengan bersoal jawab terlebih dahulu. Hal
ini secara tidak langsung dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid berkenaan dengan topik
yang akan dipelajari. Proses aktiviti sewaktu rakaman juga menujukkan aktiviti yang berguna
seperti yang terdapat dalam borang bimbingan, Hazman boleh menambah baik dengan
memberikan aktiviti yang berpusatkan murid. Aktiviti yang berpusatkan murid memudahkan
guru untuk bersoal jawab dengan murid dan membentuk aktiviti yang boleh menyepadukan tiga
kemahiran iaitu afektif, psikomotor dan kognitif.

Manakala, kemahiran penggunaan papan tulis pula tidak diaplikasikan oleh ahli kumpulan
yang lain melainkan Afnan. Sepanjang proses pelaksanaan langkah satu Afnan mengaplikasi
penggunaan papan tulis. Berpandukan komponen yang terdapat pada kemahiran papan tulis
dapat disimpulkan bahawa Afnan perlu menambahbaik beberapa faktor. Antaranya, saiz tulisan
yang digunakan kurang sesuai untuk peringkat kanak-kanak 4 hingga 6 tahun. Afnan
sepatutnya menggunakan gambar rajah yang jelas bagi memudahkan kanak-kanak faham isi
pembelajaran yang akan disampaikan oleh Afnan mengikut tahap mereka. Proses penggunaan
papan putih juga tidak diguna secara menyeluruh oleh Afnan kerana teknik persembahan
susunan (layout) yang digunakan dalam rakaman video pembentangan kurang sesuai dan
boleh mengelirukan murid. Perkara ini jelas dapat dilihat ketika Afnan mengajar murid
membatang suku kata, Afnan tidak menggunakan simbol yang tepat untuk menerangkan
konsep membatang suku kata. Afnan menggunakan simbol ru.mah dalam pembentangan
yang sepatutnya digantikan dengan simbol ru + mah. Faktor tersebut akan mengelirukan
murid kerana murid berkemungkinan akan membaca perkataan ru dengan panjang.

Jika dilihat aspek kemahiran variasi rangsangan pula ketiga-tiga ahli kumpulan
mengaplikasikan kemahiran tersebut dengan cara tersendiri. Perbezaan hanya pada bahagian
kekuatan dan kelemahan antara ahli. Buktinya, Nurasiah yang menyampaikan langkah dua
untuk slot Rancangan Pengajaran Slot (RPS) dapat mengguna pakai kemahiran variasi dengan
sangat baik jika dibandingkan dengan ahli yang lain. Buktinya, pada pembentangan langkah 2
Asiah dapat membangkitkan rasa ingin tahu murid dan menarik perhatian murid untuk fokus
terhadap aktiviti yang akan dijalankan dengan aktiviti belajar melalui bermain. Secara tidak
langsung Asiah menggunakan rangsangan non verbal iaitu pergerakan langkah yang sesuai
ketika permainan, murid juga mengalami perubahan fokus, lisan dan fizikal kerana Asiah
mempelbagaikan nada ketika menyampaikan maklumat kepada murid.

Berbeza sedikit daripada penggendalian Afnan dan juga Hazman yang lebih menumpukan
kepada bahagian komunikasi dan kurang pada bahagian pergerakan murid. Menurut Rahil dan
Kamariah (1997) dalam Habibah (2011) mengatakan kemahiran variasi rangsangan perlulah
merangkumi aktiviti yang dapat meningkatkan fokus dan perhatian pelajar untuk belajar.
Komponen tersebut perlu jelas agar murid berasa seronok untuk belajar selain sebagai satu
rangsangan kepada murid. Sebaliknya kaedah Hazman dan Afnan dilihat biasa dan kurang
menunjukkan perubahan bentuk fizikal dan anggota guru. Buktinya, Afnan mengurangkan
pergerakan dan perubahan nada ketika berinteraksi dengan murid.
Gambar 1 menunjukkan Gambar 2 menunjukkan
perbincangan analisis video pembentangan Hazman
Seterusnya, aspek kemahiran penyoalan menunjukkan variasi cara penyoalan oleh setiap
ahli kumpulan. Habibah (2011) mengatakan tujuan teknik penyoalan adalah untuk melihat
sejauh mana kefahaman murid berkenaan sesuatu kemahiran yang diajarkan oleh guru. Oleh
itu, teknik penyoalan perlu sesuai dan jelas. Setelah dianalisis terdapat beberapa aspek yang
perlu ditambah baik oleh setiap ahli kumpulan. Antaranya, Asiah dan juga Hazman sepatutnya
menyebarkan soalan kepada seluruh kelas dan tidak tertumpu kepada seorang murid. Berbeza
dengan Afnan yang bertanya terlebih dahulu sebelum meminta murid menjawab. Komponen ini
penting dalam teknik penyoalan kerana guru perlu memberikan perhatian kepada setiap murid
yang diajar. Sebaliknya, Asiah cuba mencungkil fikiran murid memahami warna asas juga
sangat baik kerana pertanyaan seperti itu dapat menilai dan mengukur sejauh mana Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid berkenaan kemahiran yang diperolehi melalui pengajaran.

Hasil analisis kami juga menunjukkan setiap ahli kumpulan perlu membaiki kemahiran
menerang. Buktinya, rakaman video Asiah menunjukkan kekurangan pada bahagian
penyusunan idea untuk aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan fizikal dan pemahaman
peraturan bermain. Asiah sepatutnya meneliti setiap perkara yang perlu disampaikan sebelum
memulakan penerangan kerana tanpa penyusunan idea, penerangan yang diberikan kepada
murid akan menjadi kurang jelas dan tidak tepat seterusnya akan mengelirukan murid.
Perkembangan idea juga akan menjadi tidak teratur. Sebaliknya, penyusunan idea yang
berkesan dapat memberi makna dan kesan kepada pengajaran. Manakala, Afnan perlu
membangkitkan isi pelajaran dengan lebih baik dan bermakna agar fokus murid tidak teralih
daripada pengajaran.

Kemahiran penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran penting bagi memastikan


keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berlangsung dan mewujudkan persekitaran
pengajaran yang berkesan dan bermakna. . Hasil analisis yang dijalankan terhadap rakaman
simulasi Hazman kami dapati untuk kemahiran Set Induksi Hazman menggunakan alat bantu
mengajar yang terkini dan menyeronokkan untuk menarik perhatian. Buktinya dalam rakaman
Hazman menggunakan komputer riba untuk mengajar serta menggunakan teknik nyanyian bagi
memberi pemahaman terhadap kanak-kanak.

Gambar 3 menunjukkan Gambar 4 menunjukkan


pembentangan Mikro Asiah pembentangan Mikro Afnan
Manakala, Asiah memanipulasi peralatan untuk aktiviti berbentuk fizikal untuk
mempercepatkan pemahaman murid-murid terhadap sesuatu konsep. Penggunaan kemahiran
sumber dapat membantu guru untuk menjadikan pengajaran tersebut lebih menarik dan
menyeronokkan. Akhir sekali, aspek kemahiran penutup. Hasil analisis menunjukkan setiap ahli
kumpulan menggunakan variasi cara untuk menutup setiap slot pengajaran. Antaranya, Afnan
mengulang kembali isi pelajaran penting untuk murid membatang suku kata pada langkah satu.
Afnan boleh menambah baik dari aspek perkaitan sosial dimana mewujudkan perasaan ingin
tahu murid agar murid bermotivasi untuk belajar. Analisis perbincangan turut menunjukkan
Asiah dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid sebelum bermain dan memotivasikan murid
dengan memberikan peneguhan positif seperti pujian. Hazman juga secara tidak langsung
berjaya memotivasikan murid dengan memberikan peneguhan positif dan dapat mengulang isi
penting konsep nombor.

Kesimpulannya, setiap ahli mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri setelah


dianalisis dengan teliti, justeru dapatlah dikatakan bahawa kemahiran pengajaran mikro amat
penting bagi guru pelatih khususnya untuk meningkatkan kemahiran mengajar kerana pelajar
secara tidak langsung diperkenalkan dengan dunia pengajaran dalam skop yang kecil sebelum
berhadapan dengan situasi sebenar. Melalui pembentangan mikro kumpulan kami memahami
kepentingan dan kemahiran yang perlu diaplikasi ketika pengajaran mikro. Proses analisis juga
memberikan kami peluang untuk penambahbaikan yang lebih baik pada masa akan datang.
Disediakan oleh;

Nurasiah Binti Lacius

You might also like