You are on page 1of 10

2019112340084 EDUP 3033

Institut Pendidikan Guru


Kampus Tengku Ampuan Afzan
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

EDUP 3033
MURID DAN PEMBELAJARAN

PENTAKSIRAN ALTERNATIF
(TAKE HOME EXAM)

NAMA PELAJAR : EDWARD ESHWAR A/L SANTHANASAMY

ANGKA GILIRAN : 2019112340084

UNIT / KELAS : BAHASA TAMIL SJKT (PISMP SEM 2)

NOMBOR TELEFON : 017-6481733


TARIKH / MASA : 03 JUN 2020 / 0830 - 1830
2019112340084 EDUP 3033

Soalan Esei 1
Dewasa ini, sistem pengajaran dan pembelajaran kita mempunyai pelbagai
faktor yang telah dikenalpasti yang dapat mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar dan efektif. Antara proses ialah kesediaan
belajar, pengamatan atau persepsi dan penanggapan, ingatan dan lupaan dan
pemindahan pembelajaran. Oleh yang demikian, proses-proses tersebut dapat
menentukan kejayaan atau kegagalan murid-murid dalam mengalami proses
pembelajaran kerana proses pembelajaran adalah suatu proses yang sistematik dan
teratur.

Saya telah memilih proses kesediaan belajar. Proses ini ditakrifkan sebagai
keadaan diri individu yang sudi menerima maklumat atau ilmu pengetahuan dari
persekitaran dengan berfikiran terbuka. Proses kesediaan belajar penting bagi setiap
murid untuk memahami setiap perkara yang dibelajari semasa waktu PdP dan luar
waktu PdP. Terdapat tiga jenis proses kesediaan belajar. Antaranya adalah dari
aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza antara setiap murid mengikut
kebolehan dan kekurangan mereka. Selain itu, terdapat beberapa factor yang
menmpengarui kesediaan belajar. Faktor utamanya baka, iaitu alat menentukan
persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dari segi kebolehan, minat dan
kawalan emosi. Selain baka, kematangan seorang murid dari segi intelek, emosi dan
social, pengalaman kanak-kanak dan faktor persekitaran, contohnya jika
persekitaran murid itu terdiri dari masyarakat yang suka membaca, murid tersebut
akan terikut-ikut untuk membaca bahan bacaan.

Setetusnya, peranan seorang guru amat penting untuk membantu murid yang
mempunyai pelbagai perbezaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Antara peranan guru bagi mengatasi masalah perbezaan individu
dalam kalangan murid ialah, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan kerana
murid berbeza dari segi keupayaan dan hal ini memudahkan guru untuk
menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. Tujuan pengumpulan ini
ialah supaya setiap kelas mengandungi murid yang homogen mengikut markah ujian
pencapaian mereka. Tiga aras pencapaian dibentuk, iaitu aras tinggi, sederhana dan
rendah. Rasional mengumpulkan murid sedemikian adalah agar dia memperbaiki
2019112340084 EDUP 3033

kecekapan dan keberkesanan guru kerana pengajaran guru akan selaras dengan
ciri-ciri kebolehan murid. Murid yang mempunyai pencapaian rendah memerlukan
perhatian yang lebih, penjarak pengajaran yang agak lambat, pengulangan serta
latihan. Sementara kumpulan murid yang dapat pencapaian tinggi pula memerlukan
autonomi yang lebih tinggi dan tugasan yang lebih kompleks dan mencabar minda
mereka.

Kaedah yang seterusnya, kaedah pengajaran terancang. Perancangan


kepelbagaian Bahan Dan Alat Bantu Mengajar (ABM). Seorang pendidik perlu
merancang penggunaan ABM sebelum melaksanakan sesi P&P. Sebagai seorang
guru, penggunaan sudut pembelajaran juga merupakan factor utama yang perlu
diberi perhatian kerana bahan yang menarik perhatian murid dan pelbagai di sudut
tersebut dapat mengatasi perbezaan individu dalam kalangan murid. Cara ini adalah
sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada
yang tertarik kepada visual dan yangtertarik kepada kinestetik. Pembelajaran melalui
akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang
minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di
dalam surat khabar tersebut. Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat
merangsang minat murid untuk belajar.

Seterusnya, guru boleh mengadakan pengajaran kepelbagaian pelajar di


kelas. Dalam hal ini, guru perlu memandang murid dalam satu-satu kelas adalah
pelbagai. Strategi pengajaran kepelbagaian pelajar mengubah suai isi pelajaran,
proses pembelajaran dan persekitaran, pembelajaran mengikut keperluan murid
agar mereka dapat menguasai pembelajaran mengikut kemampuan, minat,
kecenderungan dan gaya pembelajaran masing-masing. Oleh itu, murid dapat
memahami apa yang guru mengajar dengan cara mereka masing-masing.

Di samping itu, sorang guru boleh menggunakan kaedah pendidikan


pemulihan sebagai salah satu cara menangani masalah perbezaaan individu di
dalam kelas. Selain itu, kaedah pendidikan pemulihan guru dapat membantu kanak-
kanak yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama
ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta mengembangkan minat
mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan.
2019112340084 EDUP 3033

Kesimpulanya, sebagai seorang pendidik, guru perlu mengetahuhi


kepentingan proses kesedaran belajar untuk mengatasi masalah perbezaan intividu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
2019112340084 EDUP 3033

Soalan Esei 2
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam
perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah
membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih.
Oleh itu sebagai seorang guru kita perlu rancang aktiviti-aktiviti pengajaran dengan
menggunakan pendekatan, strategi, dan kaedah pengajaran yang betul. Saya juga
telah merancang aktiviti-aktiviti pengajaran menggunakan gabungan beberapa
pendekatan, strategi, dan kaedah pengajaran bagi satu topik daripada
matapelajaran sekolah rendah.

Saya telah memilih topik penyalahgunaan bahan matapelajaran pendidikan


kesihatan darjah 5. Pelbagai pendekatan, strategi, kaedah pengajaran telah
dirancang oleh saya berdasarkan tajuk penyalahgunaan bahan sub tajuk adalah
inhalan. Saya telah menggunakan pendekatan induktif. Sebelum bermula aktiviti
pengajaran dan pembelajaran saya menyediakan contoh-contoh yang sesuai
berkaitan topik. Seterusnya murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab. Pelbagai
contoh yang mengandungi ciri-ciri berkaitan topik akan diberikan kepada murid untuk
membuat rumusan. Saya juga akan menggunakan alat bantu mengajar yang
bersesuaian dan akhirnya akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik pelajar.
Pendekatan induktif ini memberi pelbagai kelebihan. Antaranya ialah pendekatan ini
mengalakkan penglibatan pelajar secara aktif. Seterusnya, murid dapat bimbingan
sepenuhnya darioada guru. Penggunaan bahan bantu mengajar secara maksimum
melincinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya murid berpeluang untuk
mengemukakan idea mereka.

Beberapa strategi pengajaran juga digunakan dalam rancangan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran. Pertamanya, strategi berpusatkan murid. Di dalam
strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran. Manakala peranan guru merupakan pemimpin yang
membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di
antara cikgu dan murid adalah secara dua hala. Saya telah menggunakan strategi
dalam aktiviti kumpulan dimana murid menjawab soalan mengenai jenis inhalan,
kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang dalam kumpulan bertiga. Murid
duduk dalam kumpulan bertiga. Guru mengedarkan 3 helai kertas berwarna merah
jambu, hijau dan merah kepada setiap kumpulan. Ahli kumpulan tersebut memilih
2019112340084 EDUP 3033

kertas warna yang diberikan dan menjawab soalan pada kertas tersebut. Murid
menukar kertas jawapan tersebut dalam kumpulan mereka untuk membuat semakan
jawapan. Murid melipat kertas tersebut kepada 2 bahagian dan menampal kertas
tersebut menjadi bentuk Hot Air Balloon. Murid menebuk lubang pada kertas dan
mengikatnya dengan benang. Melalui aktiviti ini kita dapat melihat bahawa ini
merupakan aktiviti berpusatkan murid manakala guru membimbing mereka. Tujuan
pemilihan strategi ini adalah Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid
digalakkan memberi pendapat mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih
mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Peluang interaksi di antara
murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong,
berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.Strategi ini mementingkan
pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat
diberikan perhatian.Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid
menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Strategi seterusnya yang digunakan dalam rancangan ini ialah, strategi


berpusatkan bahan. Penggunaan strategi ini, guru boleh menyampaikan
pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula
boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan. Saya telah
menggunakan pelbagai bahan yang dikatakan sebagai alat bantu mengajar.
Antaranya ialah kad manila, penyembur cat, jadual kelas inhalan, tag nama bahan,
10 jenis bahan inhalan, peta buih,kadbod orang, kertas hot air balloon, benang dan
batang penyapu. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran
memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya
kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran Guru juga
mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif. Selain itu guru dapat membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan
menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Sifat-sifat
sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan
penggunaan bahan pembelajaran. Akhirnya guru mementingkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan
adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.
2019112340084 EDUP 3033

Kaedah pengajaran yang telah digunakkan oleh saya dalam rancangan ini
adalah perbincangan. Kaedah perbincangan melibatkan interakasi dua hala antara
pelajar dengan pelajar atau guru dalam proses pembelajaran. Dalam kaedah ini
murid-murid dapat berkongsi maklumat dan memberi dan menerima pendapat bagi
menyelesaikan masalah. Kaedah ini digunakkan dalam aktiviti dimana murid
menampal tag nama bahan inhalan mengikut jenis-jenisnya dan mendengar
penerangan guru.Guru mengedarkan 10 bahan inhalan kepada murid. Guru
menampal Jadual Kelas Inhalan pada papan putih. Murid mengenal pasti jenis
bahan inhalan yang mereka dapat dan menampal tag nama tersebut dengan betul.
Guru membuat penerangan ringkas mengenai jenis inhalan. Kaedah ini digunakkan
kerana guru dan murid mendapat manfaat. Guru dapat memahami, mengenali
tahaop kecerdasan seseorang pelajar, dan memudahkan guru mengaplikaisikan
kaedah-kaedah pengajaran yang lebih sesuai.

Teori pertama yang terdapat dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran


ini ialah teori konstruktivis. Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang
berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada
hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran
di bawah teori ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk
mendapatkan jawapan. Semasa proses pembelajaran berlaku ianya melibatkan
aktiviti sosial dan perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang
dijalankan secara kumpulan. Dalam rancangan saya melalui aktiviti ‘WHISPER’
murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan. Murid akan belajar dan mendapat
sesuatu input yang baru semasa proses belajar dilangsungkan. Aktiviti yang
dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal dan pengetahuan
sedia ada murid. Guru hanya sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai
dalam proses pembelajaran.

Kesimpulannya, pengetahuan seseorang guru tentang pendekatan, strategi


dan juga kaedah pengajaran adalah penting bagi keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan.
2019112340084 EDUP 3033

Soalan Esei 3
Motivasi bermaksud sebuah dorongan, hasrat atau pun minat yang begitu
besar di dalam diri, untuk mencapai suatu keinginan, cita-cita dan tujuan tertentu.
Motivasi yang rendah dalam diri murid-murid 3 Kenanga merupakan punca berlaku
kegagalan menyiapkan kerja rumah dan sebahagian lagi kerap ponteng sekolah.
Sebagai seorang guru, saya akan menggunakan teori- teori motivasi seperti
behaviorisme, kognitivisme dan humanistik bagi memotivasikan murid- murid 3
Kenanga untuk kecemerlangan diri mereka.

Pada mulanya, saya akan menggunakan teori behaviorisme untuk


memotivasikan murid-murid 3 Kenanga. Teori ini diperkenalkan oleh B. F. Skinner
(1904-1990) merupakan seorang ahli teori behavioris yang telah mencadangkan
pelbagai prinsip. Teori ini bermaksud perubahan tingkah laku seseorang sebagai
akibat dari adanya interaksi antara stimulus dengan respon. Sebagai seorang guru
saya akan memberi ganjaran seperti perhatian, kasih sayang, kata-kata pujian, hak-
hak istimewa, gula-gula atau wang sekiranya mereka memperolehi pencapaian
cemerlang dalam aktiviti yang disertai kepada murid sebagai penghargaan untuk
mencapai sesuatu yang diingini. Ganjaran bermakna satu objek atau peristiwa yang
diberi kepada murid hasil daripada manifestasi sesuatu tingkah laku yang diingini.
Dengan cara ini dapat meningkatkan keminatan murid-murid 3 Kenanga untuk
memberi tumpuan semasa guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan
dapat mengurangkan bilangan murid yang kerap ponteng sekolah.

Selain itu, saya juga akan menggunakan teori kognitif untuk memotivasikan
murid-murid 3 Kenanga. Teori kognitif mengandungi dua teori sampingan, iaitu teori
atribusi weiner dan teori ekspektasi x nilai. Teori atribusi weiner merupakan teori
kontemporari yang mempengaruhi implikasi motivasi akademi, Weiner menegaskan
bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini.
Dengan teori ini saya akan membantu murid untuk percaya bahawa mereka ialah
kompenten. Kegagalan hanya berlaku sekali sekala atau mungkin disebabkan oleh
nasib dan usaha yang kurang dibuat oleh murid. Justeru perkara ini tidak akan
berlaku pada masa hadapan. Saya juga akan memberi kata-kata semangat kepada
murid- murid 3 Kenanga. Saya juga akan menggalakkan murid untuk berusaha
bersungguh- sungguh dan melipatgandakan usaha jika berjaya. Sebagai guru, saya
akan membantu murid untuk memahami bahawa tingkah laku mereka akan
2019112340084 EDUP 3033

membawa kepada kejayaan atau kegagalan. Dengan membuat demikian murid-


murid 3 Kenanga mendapat keyakinan diri dan mereka akan menyiapkan kerja
rumah yang diberi oleh guru.

Selain itu, teori ekspektasi x nilai yang dinyatakan oleh Victor H, Vroom
mengatakan bahawa dimotivasi untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa-apa
yang kita anggap sebagai impak ke atas tindakan kita. Berdasarkan teori ini, saya
akan meransang murid untuk menghargai nilai pendidikan sebagai satu cara untuk
meningkatkan taraf hidup murid 3 Kenanga. Selain itu, saya akan memberi
penekanan kepada murid bahawa model yang berjaya kini ialah murid yang tidak
cemerlang pada masa dahulu. Saya juga akan memberi semangat berkenaan nilai
pendidikan dengan membawa model yang telah berjaya untuk dikongsi kejayaan
supaya dapat mencungkil keinginan atau cita-cita murid untuk berjaya dalam
kehidupan.

Di samping itu, saya juga menggunakan teori humanistik untuk


memotivasikan murid-murid kelas 3 Kenanga. Teori humanistik mengatakan bahawa
manusia menginginkan kebebasan peribadi dalam membuat pilihan dan memiliki
kegigihan kendiri yang mendorong bagi melakukan tingkah laku tertentu ke arah
penyempurnaan kendiri. Menurut teori ini, saya akan mengamalkan penerimaan
positif murid tanpa syarat seperti mengasingkan tingkah laku murid daripada
kebolehan dan bakat mereka. Saya juga mewujudkan ruang belajar yang selamat
dan diminati oleh murid-murid 3 Kenanga seperti astaka taman herba dan
sebagainnya supaya murid-murid-murid percaya bahawa mereka dapat belajar
dengan gembira. Saya akan membantu murid mencapai kejayaan terutama dalam
tugasan yang mencabar supaya mereka akan berusaha untuk menyiapkan kerja
sekolah mereka. Seterusnya, saya memberi pelajar gambaran konkrit supaya
mereka dapat melihat kemajuan masing-masing dari masa ke semasa. Oleh itu,
keyakinan diri mereka akan meningkat. Saya akan menggalakkan murid
menentukan matlamatnya sendiri supaya mereka akan berusaha lebih banyak untuk
mencapai matlamat masing-masing.

Kesimpulannya, semua murid memerlukan motivasi daripada seseorang yang


berpengalaman supaya murid akan berusaha untuk mencapai matlamat diri mereka.
2019112340084 EDUP 3033

Oleh itu guru-guru perlu memotivasikan murid-murid mereka untuk melahirkan


generasi yang rajin dan bertanggungjawab pada masa hadapan.

You might also like