You are on page 1of 2

Tugasan 1: Penulisan Laporan PBS

Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu merujuk kepada ketidaksamaan


aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial dan emosi di kalangan individu.
Perbezaan individu terbahagi kepada beberapa aspek iaitu fizikal, kognitif, emosi, tingkah
laku, social dan rohani. Guru yang saya menemu bual ialah Pn. Norhayati yang telah
berkhidmat di SJK (T) St. Joseph selama 10 tahun yang mengajar bahasa Melayu untuk
tahap dua. Terdapat beberapa cara yang digunakan oleh guru tersebut untuk menangani
perbezaan individu dalam bilik darjah.

Pertama, guru tersebut akan menggunakan latihan ansur maju dalam menangani
perbezaan individu dari segi aspek kognitif atau mental. Beliau akan menjalankan pelbagai
program dalam kelas seperti penulisan ejaan yang beransur imlak bagi meningkatkan tahap
kecerdasan mereka. Sebagai contoh, sesi ejaan akan dibuat mengikut huruf abjad sebelum
sesi pengajaran dan pembelajaran bermula dalam kelas. Selain ejaan, binaan frasa dan
binaan ayat yang beransur ayat tunggal akan diberikan kepada murid-murid lemah mengikut
formula SALB iaitu siapa, aktiviti, lokasi dan bila. Bagi murid-murid cemerlang pula, beliau
akan berikan latihan aras tinggi. Contohnya, bagi murid-murid tahun 4, mereka akan
membuat latihan tahun 5 untuk mencabar tahap prestasi mereka. Setiap bilik darjah
mempunyai golongan murid yang dibahagikan kepada tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana
dan lemah. Jadi Pn.Hayati akan memberi latihan atau lembaran kerja yang dapat
membuatkan murid-murid berfikir di luar kotak mengikut tahap mereka yang dapat
membantu mahir dalam kemahiran berfikir aras tinggi.

Seterusnya, dari segi aspek sosial dalam perbezaan individu beliau akan mengenali
tahap sosial murid-murid dalam kelas dan menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai. Sebagai contoh, Pn. Hayati akan menjalankan aktiviti
berkumpulan bagi membolehkan murid-murid tersebut berkomunikasi dan menukar
pendapat antara satu sama lain serta membentangkan hasil perbincangan mereka di
hadapan kelas. Melalui ini, murid-murid yang kurang bersosial dapat memotivasikan diri
untuk bercakap dengan meneliti cara bercakap oleh murid-murid yang pandai bersosial.

Selain itu, dari segi aspek emosi, beliau dapat menarik perhatian murid-murid melalui
penggunaan TMK dalam sesi pengajaran beliau. Sesi pengajaran yang seronok dapat
menukarkan emosi murid-murid yang tidak gembira atau gangguan emosi yang lain kepada
gembira dan seronok. Menurut pandangan beliau, penggunaan TMK dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran beliau dapat membantu murid-murid belajar dengan lebih seronok
berbanding dengan sesi p&p yang hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang biasa.
Contohnya, aspek didik hibur akan diajar melalui pertunjukan video kepada murid-murid
dalam subjek bahasa melayu. Melalui ini, murid-murid akan lebih memahami isi pengajaran
yang akan diajar oleh beliau.

Di samping itu, beliau akan memberi pujian dan galakkan kepada murid-murid yang
lemah dalam kelas supaya murid-murid pemalu akan berusaha sedaya upaya mereka untuk
menjawab soalan dengan lebih yakin dalam sesi p&p yang seterusnya. Beliau juga akan
memberi pujian kepada murid-murid pandai tetapi tidak dengan keterlaluan. Jika pujian itu
telah menjadi keterlaluan kepada murid-murid yang pandai, murid-murid yang lemah akan
rasa terasing. Jadi, Pn. Hayati akan memberi pujian yang biasa sahaja untuk menjaga hati
serta memberi pujian yang lebih kepada murid-murid yang lemah.

Tambahan pula, terdapat juga perbezaan individu dari aspek tingkah laku dalam
kelas. Kadang kala murid tidak akan memberi fokus pada sesi pengajaran guru tersebut dan
bermain atau bercakap dengan rakan di sebelahnya. Dalam hal ini, beliau akan menyuruh
murid-murid tersebut hadir ke depan dan memberi contoh kepada murid-murid lain sebab
merea tidak faham dan murid-murid pandai akan mengambil bahagian dominan. Jadi, beliau
akan memanggil mereka ke hadapan dengan segera dan memberi sesuatu aktiviti untuk
dibuat seperti denda yang tidak menganiayai mereka, lembaran kerja dan sebagainya.

Kesimpulannya, perbezaan individu turut membawa kesan kepada pengajaran dan


pembelajaran yang dijalankan. Guru ini telah merancang sesi P&P yang mengambil kira
perkara kewujudan perbezaan individu. Pn. Hayati telah mengetahui cara perbezaan ini
mempengaruhi P&P. Akhirnya, guru tersebut juga mengetahui tahap kebolehan setiap murid
dan menyediakan tugasan selaras dengan setiap tahap kebolehan yang ada pada murid-
murid.

You might also like