You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Seni merupakan sesuatu yang indah dan berkait rapat dengan nilai estetika. Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) mendefinisikan seni sebagai sebagai karya yang diciptakan dengan
bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain.
Herbert Read (1997) dalam bukunya Meaning of Arts pula berpendapat bahawa seni adalah
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan
estetik. Setiap kanak-kanak di Malaysia menerima pendidikan secara formal sebagai hak
mereka. Oleh itu, ia merupakan peranan guru untuk memberi pendidikan yang terbaik
kepada kanak-kanak ini yang digelar sebagai murid sekolah. Guru dapat memberikan
pendidikan yang berkesan kepada anak murid dengan mengaplikasikan elemen seni dalam
pendidikan. Elemen tersebut terdiri daripada 3 iaitu seni visual, seni pergerakan dan seni
muzik. Dalam seni visual melibatkan penghasilan sesuatu produk seperti lukisan, manakala
seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula
lebih kepada pendengaran dan interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Seni
dalam Pendidikan (SDP) diwujudkan bagi membantu perkembangan individu yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang dihasratkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugasan MUZK3052 meminta siswa guru untuk
memberi analisis secara kritis berdasarkan rakaman video yang diberi iaitu menganalisis
kepentingan elemen Seni dalam pendidikan iaitu seni pergerakan, seni visual dan seni
muzik pada pendidikan PdPc kanak-kanak sekolah rendah.
2.0 SENI DALAM PENDIDIKAN

2.1 Seni Pergerakan

Pergerakan menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015) ialah keadaan atau hal
bergerak. Dalam video yang telah disediakan, terdapat elemen pergerakan yang digunakan.
Kebanyakan kanak-kanak adalah bersifat kinestetik apabila mereka gemar bermain yang
melibatkan pergerakan otot mereka. Hal ini dibuktikan oleh Macintyre (2011) yang
mengatakan bahawa permainan yang melibatkan pergerakan otot dalam pembelajaran dan
perkembangan intelek kanak-kanak amat berkait rapat. Pergerakan dalam video tersebut
adalah mudah dan menarik untuk dilakukan. Kebanyakkan otot yang digunakan ialah terdiri
daripada motor kasar iaitu dengan membuat tepukan tangan, menekan loceng pic dan
memukul perkusi ringkas. Video tersebut mengajar kanak-kanak untuk mengenali muzik
dengan lebih mendalam melalui aktiviti pergerakan.

Terdapat beberapa contoh seni pergerakan yang mudah digunakan dan dilakukan oleh
kanak-kanak untuk belajar muzik. Antaranya ialah Kodaly hand signs atau isyarat tangan
Kodaly. Kanak-kanak akan belajar solfa melalui kaedah ini dengan mudah kerana mereka
dapat membezakan kedudukan setiap solfa dengan pic tersendiri dengan menggunakan
tangan sebagai panduan mereka. Selain itu, video tersebut juga menggunakan pergerakan
dalam mempelajari irama dalam muzik. Sebagai contoh, dalam episod pengajaran yang
pertama, video tersebut meminta kanak-kanak untuk menepuk tangan atau mana-mana
perkusi ringkas untuk memainkan irama seperti yang diarahkan. Dengan contoh ini, jelaslah
elemen pergerakan dalam mendidik kanak-kanak amat membantu memudahkan proses
pembelajaran berlaku.

2.2 Seni Visual

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), visual ialah bukan atau berdasarkan
pelihatan atau dapat dilihat. Oleh itu, apa-apa yang kita nampak di sekeliling kita ialah
pandangan dari segi visual biasanya dapat dilakukan melalui deria penglihatan. Video yang
telah disediakan banyak menggunakan elemen visual seperti warna dan ruang. Dari segi
warna, kebanyakan penggunaan warna ialah warna asas seperti merah, biru dan hijau.
Terdapat juga beberapa warna sekunder dan tertier digunakan. Hal ini menjadikan
keseluruhan visual dalam video tersebut kelihatan lebih ceria. Penggunaan ruang dalam
elemen visual dalam video ini juga amat teratur menjadikan visual dalam video ini lebih
kelihatan kemas.
Elemen visual dalam video ini memberikan peranan yang penting untuk menarik
kanak-kanak untuk menonton video ini. Warna yang digunakan adalah ringkas dan ceria
sepanjang video dimainkan. Menurut Nikolaeva (2017), visual dari segi warna akan
meningkatkan perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu perkara melebihi segala faktor
visual yang lain. Warna yang digunakan dalam video tersebut sudah tentu membantu kanak-
kanak memberikan perhatian dan minat yang tinggi untuk menonton video tersebut dan
mempelajari ilmu yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, warna persekitaran
background hijau yang cair dan warna not muzik di hadapan yang jelas. Tambahan pula
dengan pengurusan visual dari aspek ruang yang kemas dan teratur lebih meningkatkan
fokus kepada kanak-kanak untuk memberikan fokus yang lebih terhadap perkara yang perlu
difokuskan seperti not muzik.

2.3 Seni Muzik

Seni muzik ialah seni yang amat luas. Menurut Kamien (2008), muzik merupakan
sejenis seni yang dibentuk berdasarkan organisasi bunyi dalam masa. Dalam erti kata lain,
muzik ialah bunyi-bunyian yang telah dirancang dan teratur sehingga ia dijadikan sebagai
salah satu daripada seni. Di dalam video yang telah disediakan, terdapat banyak elemen
muzik digunakan seperti ekspresi, warna ton dan melodi. Muzik di dalam video ini adalah
muzik yang ringkas dan kebanyakkan menggunakan nada major pada setiap muzik yang
dimainkan menimbulkan perasaan gembira. Kanak-kanak lebih cenderung untuk menonton
video ini sambil belajar dengan adanya muzik yang ringkas dan mempunyai warna ton yang
lembut sehingga melahirkan perasaan yang tenang dalam diri kanak-kanak.

Elemen muzik dalam video ini banyak mempengaruhi kualiti pengajaran ini sehingga
mampu menarik kanak-kanak agar tidak bosan dengan hanya pergerakan dan visual. Muzik
latar dalam video ini menggunakan muzik dalam genre Country. Ia memainkan peranan
yang penting kerana muzik dalam genre ini merangsang kanak-kanak untuk membuat
sedikit pergerakan luar kawalan seperti mengangguk kepala mengikut irama muzik latar.
Menurut CNN dalam World of Buzz Magazine oleh Foo (2019), apabila kita mendengar
muzik, otak kita mengeluarkan dopamin, sebagai tindak balas kepada rangsangan berkaitan
keseronokan iaitu muzik. Hal ini menyebabkan kanak-kanak lebih gembira dan suka untuk
menonton video tersebut. Jika didengar dengan teliti, alat muzik yang digunakan dalam
pembuatan muzik latar ialah banjo, harmonika, glockenspiel dan beberapa alat perkusi
ringkas. Kesemua alat muzik ini menghasilkan kesan warna ton yang lembut menyebabkan
kanak-kanak tenang menonton video ini dan secara tidak langsung mendengar muzik
latarnya. Selain itu, melodi kebanyakan muzik dalam video ini adalah ringkas dan sesuai
untuk kanak-kanak.

3.0 KESIMPULAN

Seni dalam Pendidikan amat penting dalam membantu murid lebih mudah untuk
memperoleh ilmu dengan lebih efektif dan memperoleh pengalaman yang lebih bermakna
untuk digunakan pada masa depan murid. Seni dalam Pendidikan yang mempunyai 3
elemen yang penting iaitu seni pergerakan, seni visual dan seni muzik jika digabungkan dan
diimbangkan di dalam suatu pengajaran akan meningkatkan minat murid untuk belajar. Oleh
itu, setiap guru perlu mempunyai peranan yang penting dalam mendidik murid di peringkat
sekolah rendah agar murid sentiasa berkembang dan menjadi insan yang mempunyai
keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dihasratkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.0 RUJUKAN
Baharom, H. N. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Foo, C. (2, Februari 2019). Wonder Why You Move Your Body When You Listen to Music?
Read This! Retrieved from World of Buzz: https://www.worldofbuzz.com/wonder-why-
you-move-your-body-when-you-listen-to-music-read-this/

Kamien, R. (2008). Music: An Apreciation. (9th Ed). New York: McGraw Hill.

Macintyre, C. (2011). Enhancing Learning Through Play: A Developmental Perspective for


Early Years Settings. London: Routledge.

Nikolaeva, B. (2017). Visuals for Kids : Enhancing Communication and Learning. Retrieved
from Graphic Mama: https://graphicmama.com/log/visuals-kids-learning-education/

Pustaka, D. B. (2015). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

LAMPIRAN
Gambar 1: Penggunaan warna latar yang cair dan memberi fokus kepada Mr. Rob

Gambar 2: Menggunakan seni pergerakan dalam mempelajari irama

Gambar 3: Penggunaan warna yang ringkas memudahkan kanak-kanak fokus dari segi visual

You might also like