You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2020


SEMESTER 3

TUGASAN PENULISAN ESEI 1 (PBS):

BMMB 3063 – KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Nama Pelajar : MUHAMMAD ABID DANISH BIN ARIFIN


Angka Giliran :
No. Kad Pengenalan :
Kumpulan /Unit : PISMP PI3620
Kod Kursus : BMMB 3063
Nama Kursus : KAEDAH PENGAJARAN B. MELAYU SK RENDAH
Nama Pensyarah : EN MUHAIMI BIN SUHAILI
Tarikh Hantar : 12 OGOS 2021

Pengakuan Pelajar
Saya telah menerima maklum balas kerja
kursus ini daripada pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Isi Kandungan

Bil Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan

2.0 Pendekatan yang digunakan Guru Bahasa Melayu dalam PdP

3.0 Strategi yang digunakan Guru Bahasa Melayu dalam PdP

4.0 Banding Beza Kaedah yang digunakan Guru Bahasa Melayu dalam PdP

5.0 Banding Beza Teknik yang digunakan Guru Bahasa Melayu dalam PdP

6.0 Rumusan
1.0 Pendahuluan

Di dalam perlaksanaan tugasan Pengalaman Berasakan Sekolah, pemerhatian telah dilakukan


terhadap aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dijalankan oleh Guru Bahasa
Melayu di Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang. Beberapa aspek telah seperti
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dijadikan elemen yang diperhatikan untuk
dihuraikan dalam penulisan kali ini. Meskipun proses PdP dijalankan secara atas talian, guru
tetap tidak lari daripada pengaplikasian keempat elemen tersebut dalam PdP.

2.0 Pendekatan yang digunakan Guru Bahasa Melayu dalam PdP

Bagi mendapatkan outcome aktiviti PdP yang berkesan, pendekatan adalah salah satu elemen
penting untuk diambil perhatian. Berdasarkan Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan
cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Dengan
kata lain, ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan bagi mencapai
objektifnya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kelas yang dijalankan oleh guru bahasa melayu di sekolah
yang dikaji, pendekatan yang digunakan pendekatan penyelesaian masalah. Pendekatan ini
jelas diaplikasikan melalui tugasan yang diberikan oleh guru kepada murid. Dalam sesi PdP
yang dijalankan, murid dikehendaki menyelesaikan soalan berkaitan dengan penjodoh bilangan.
Dalam membantu murid, guru telah memberikan langkah-langkah penyelesaian masalah
secara berperingkat seperti berikut:

1. Kenal pasti
2. Mencari maklumat
3. Membuat hipotesis
4. Menguji hipotesis
5. Membuat rumusan

Kellima peringkat langkah tersebut adalah berdasarkan Model Penyelesaian Masalah Dewey.
Guru didapati menerangkan dengan baik langkah-langkah tersebut dan melalui pendekatan ini,
murid didapati lebih berfikir dan berani. Selepas beberapa soalan menerusi langkah-langkah
tersebut, murid menjadi lebih faham dan semakin mudah menyelesaikan soalan yang lain.
3.0 Strategi yang digunakan Guru Bahasa Melayu dalam PdP

Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Antara startegi yang ada ialah startegi berpusatkan guru, berpusatkan
murid, berpuatkan bahan dan berpusatkan masalah.

Berdasarkan pemerhatian pada proses PdP yang dijalankan, terdapat dua strategi yang
digunakan oleh guru bahasa melayu di sekolah tersebut ialah strategi berpusatkan murid dan
strategi berpusatkan bahan. Semasa PdP dijalankan secara atas talian, guru telah
berkongsikan bahan pengajaran berbentuk tayangan video dan slide yang menarik dan
menghiburkan berkenaan topik penjodoh bilangan. Dalam temu bual bersama guru, guru telah
berkongsikan beberapa isu dalam menyampaikan pengajaran melalui pembelajaran atas talian.
Menurut guru, murid sering kurang faham diakhir kelas disebabkan penerangan yang tidak
jelas. Guru akui bahawa subjek bahasa adalah tidak efektif diajar tanpa bersemuka dan
menerusi papan putih. Oleh itu, guru telah mengaplikasikan strategi berpusatkan bahan hampir
kepada setiap aktiviti PdP bagi membantu murid faham dengan lebih mudah. Bagi strategi
berpusatkan murid pula, guru laksanakannya melalui sesi soal jawab dan perbincangan. Pada
sesi ini murid dilhat lebih aktif bertanya dan melakukan perbincangan bersama rakan kelas
yang lain.

4.0 Banding Beza Kaedah yang digunakan Guru Bahasa Melayu dalam PdP

Bagi pengaplikasian kaedah pengajaran pula, guru dilihatkan menggunakan kaedah ajuk-hafal.
Pemerhatian ini hanya merujuk kepada beberapa sesi pembelajaran yang sempat diikuti iaitu
berkaitan penjodoh bilangan. Kaedah yang digunakan guru bahasa melayu yang dikaji adalah
variasi dari masa ke semasa mengikut kesesuaian. Berbalik kepada kaedah ajuk-hafal, kaedah
ini digunakan guru untuk membantu murid menghafal penjodoh bilangan yang bersesuaian
mengikut kata nama. Juga untuk membezakan jumlah dan kuantiti sesuatu objek. Sebagai
contoh dari sesi pengajaran, Guru menerangakn perbezaan antara sekeping roti dan sebuku
roti. Selepas murid faham, guru mengunakan gambar untuk membantu dalam proses ajuk-hafal
murid. Kaedah ini menunjukkan keberkesanan yang memuaskan pada murid.
5.0 Banding Beza Teknik yang digunakan Guru Bahasa Melayu dalam PdP

Pada hari kedua pengajaran topik penjodoh bilangan, guru telah menjalankan satu permainan
bersama murid. Berdasarkan kajian, didapati permainan tersebut mengaplikasikan teknik
permainan bahasa. Guru telah membahagikan murid kepada empat kumpulan. Dengan
menggunakan gambar-gambar, setiap kumpulan bertanding meneka penjodoh bilangan yang
bersesuaian dengan objek di dalam gambar. Sebagai contohnya terdapat gambar ikan yang
banyak. Dengan berbekalkan beberapa pilihan jawapan seperti sekumpulan, sekawan, dan
segerombolan, murid perlu meneka jawapan yang betul secara berkumpulan. Teknik yang
digunakan ini menyeronokkan dan efektif dalam membantu murid memperbanyakkan
perbendaharaan kata yang betul dan tepat.

6.0 Rumusan

Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang telah melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Setiap sesi guru
memperlihatkan kesungguhan dalam mengajar murid meskipun secara atas talian. Guru telah
memberikan perhatian dalam memikir dan memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan kepada murid agar mereka kekal bermotivasi
dan semahgat untuk meneruskan pembelajaran.
Rujukan

Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Ee Ah Meng (1989). Pedagogi Satu Pengenalan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Kamus Dewan (1989) Dewan Bahasa dan Pustaka

Mansor bin Hj Harun (2003). Penggunaan Kaedah Penyelesaian Masalah Secara Kreatif Dalam
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Daerah
Pontian dan Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Ok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Diploma Perguruan Semester 1. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Strategi, Pendekatan, Kaedah & Teknik Pengajaran, 2013 ;


https://www.slideshare.net/pikaosman/kumpulan-4-strategi-pendekatan-kaedah-teknik-
pengajaran

Tuan Jah Tuan Yusof (2013), Pengantar Linguistik Bahasa Melayu, Penerbita Multimedia,
Puchong

Zainudin dan Nor Hisham (2010), Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah
Kebangsaan Senai, Johor, Universiti Teknologi Malaysia

You might also like