You are on page 1of 4

Temubual dengan Ketua Pengawas

Nama Murid : Thivyan a/l Kannan Tarikh Masa : 04.04.2013 : 12.00 tengah hari 12.30 tengah hari

Niveetha Thivyan

: Bagaimanakah hubungan antara guru dengan murid di sekolah ini? : Hubungan antara guru dengan murid amat baik dan memuaskan kerana murid-murid akan membri salam kepada guru-guru jika terserempak tetapi terdapat segelintir murid yang tidak mengambil kisah perkara ini.

Niveetha

: Adakah para murid mematuhi segala peraturan sekolah yang diutarakan oleh pihak sekolah?

Thivyan

: Majoriti daripada warga murid di sekolah ini sememangnya mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah ini. Namun, terdapat sesetengah golongan murid yang kadang-kalanya tidak mengikuti peraturan sekolah yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.

Niveetha

: Sebagai seorang ketua pengawas di sekolah ini, apakah usaha yang anda aturkan bagi mengurangkan masalah disiplin yang berlaku di sekolah?

Thivyan

: Saya akan pastikan bahawa semua murid mengetahui cara-cara mengekalkan atau memupuk lagi amalan nilai-nilai murni/moral dalam kalangan murid.

Temubual dengan Guru Media dan Data

Nama Guru : Pn. Lalitha Tarikh Masa Tempat : 02.04.2013 : 9.00 pagi 11.00 pagi : Pusat Sumber

Soalan Pertama Niveetha : Apakah aktiviti yang dijalankan di Pusat Sumber sekolah?

Pn. Lalitha : Pertandingan bercerita , pertandingan penjualan brochure, pameran buku cerita ,majalah , naskah dan juga pertandingan penghafalan dan bacaan telah diadakan di sekolah ini.

Soalan Kedua Niveetha Pn. Lalitha : Bagaimanakah anda menjalankan program Nilam? : Pertandingan Nilam diadakan setiap bulan. Hadiah dan sijil diberikan kepada pembaca buku yang paling banyak. Penghargaan seperti ini amat merangsang pelajar untuk meningkatkan budaya membaca.

Soalan Tiga Niveetha : Bagaimanakah anda menguruskan sistem pinjaman buku di pusat sumber sekolah ini?

Pn. Lalitha : Sistem kad telah diperkenalkan baru baru ini. Pemulangan dan peminjaman buku boleh dilakukan pada waktu rehat dan pada masa waktu pulang. Selain itu, rancangan TV pendidikan ASTRO yang mempunyai 10 channels digunakan untuk tujuan pendidikan.

Temubual dengan kakitangan sekolah

Nama Tarikh Masa

: Cik. Dila : 05.04.2013 : 10.15 pagi 10.30 pagi

Soalan Pertama Niveetha Cik. Dila : Apakah cara anda mewujudkan keceriaan di sekolah? : Kami seramai tiga orang telah menanam pokok bunga di seluruh kawasan sekolah dan menyiramnya setiap hari. Selain itu, kami juga selalu memastikkan kebersihan sekolah sentiasa dalam keadaan yang baik.

Soalan Kedua Niveetha : Bagaimanakah cara layanan pihak pengurusan sekolah terhadap anda? Cik. Dila : Mereka amat menghormati kerja dan bantuan yang diberikan mereka amat menolong kami. Mereka juga selalu memberi bantuan dari segi kewangan untuk pembelian peralatan.

Soalan Ketiga Niveetha : Apakah komen anda terhadap sikap pelajar sekolah dalam menjaga kebersihan sekolah? Cik. Dila : Mereka amat prihatin terhadap kebersihan kawasan sekolah ini. Mereka tidak membuang sampah di merata tempat. Kebersihan tandas juga sentiasa dijaga oleh mereka. Sikap mereka ini memudahkan lagi kerja kami.

Temubual dengan mentor

Nama : Pn. V. Mageswari Tarikh : 03.04.2013 Masa : 7.50 pagi -8.15 pagi

Soalan Pertama Niveetha : Menurut pandangan anda, bagaimana dengan peningkatan murid dalam P&P di sekolah? Pn. Mageswari : Pada pandangan saya, prestasi murid sentiasa meningkat dan para murid tetap berusaha dan memberi tumpuan dalam P&P di bilik darjah. . Soalan Kedua Niveetha : Bagaimana dengan respons murid dalam P&P?

Pn. Mageswari : Pada pandangan saya, murid sering memberi respons yang agak baik sehinggakan P&P berlaku dengan komunikasi dua hala. Selain itu, para murid juga aktif melibatkan diri dalam P&P sehinggakan P&P menjadi berkesan dan berjaya.

Soalan Ketiga Niveetha : Akhirnya, bagaimana dengan kerjarumah yang diberikan kepada murid dan disiplin para murid di sekolah? Pn. Mageswari : Setakat ini, terdapat beberapa buku yang tertentu dan kerja rumah sering diberi berdasarkan buku tersebut. Para murid juga turut menyiapkan kerjarumah yang diberi oleh guru dan perkara ini sememangnya meningkatkan prestasi murid. Disiplin para murid juga turut terkawal di sekolah ini.

You might also like