You are on page 1of 11

1.0 PENGENALAN.

Dewasa ini, penggunaan dadah dalam kalangan murid sekolah rendah semakin
meningkat dan sangat diperkatakan dalam media masa. Dan masalah ini turut
terdapat di sekolah yang saya berpraktikum iaitu Sekolah Seri Tunjong, KM10, Jalan
Bukit Keteri, 02400 Beseri, Perlis.
Masalah ini telah dikenalpasti oleh kami iaitu saya Shaarmini Vijayan dan rakan
praktikum saya Kalaivani Armugam setelah melakukan tinjauan awal di sekolah ini
dengan temubual beberapa orang guru sekolah berkenaan murid sekolah ini. Selain
itu, kami juga menyemak rekod disiplin, sistem maklumat murid, rekod pelajar,
merujuk guru kaunseling dan lain-lain untuk mengenalpasti masalah pelajar. Kami
mendapati di sekitar kawasan ini gejala dadah kian merebak. Maka kami bercadang
melaksanakan satu aktiviti bimbingan mengenai gejala dadah kepada murid tahap 2
kerana murid ini merupakan target utama bagi penagih dadah dan pembekal dadah
di luar. Murid tahap 2 juga kurang mempunyai pendedahan tentang bahayanya
dadah. Kami telah melaksanakan satu aktiviti bimbingan bagi membantu murid untuk
mengenali impak penggunaan dadah dalam kalangan murid. Kalaivani Armugam
telah melaksanakan satu aktiviti bimbingan bersama murid tahun 5 Arif yang terdiri
daripada 31 orang murid. Kelas ini terdiri daripada 18 murid perempuan dan 13
murid lelaki. Kalaivani telah menjalankan aktiviti ini pada hari bulan 1 Februari 2016
bersamaan hari Rabu dan pada pukul 9.00 A.M. hingga 10.00 A.M.
Kami telah merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap murid 2. Antara aktiviti
yang kami rancang bagi menangani gejala dadah ialah tayang video Dadah
durjana, tayangan powerpoint Apa itu dadah, kuiz Jom cegah dadah, aktiviti
melukis poster dadah membawa maut dan akhirnya menyanyi lagu Kami Anti
Dadah.

2.0 BERIKAN ULASAN KRITIKAL BERDASARKAN PEMERHATIAN YANG


TELAH DIBUAT.
i. KELEBIHAN DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI BIMBINGAN
Menurut Profesor Dr. Othman Mohamed (2000), Kaunselor bimbingan dan
kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), bimbingan merupakan sebahagian
daripada proses menolong. Dengan tugasan ini kami dapat menolong para murid Sk
Seri Tunjong dengan memberi kesederan tentang imapk penggunaan dadah dalam
kalangan murid terutama 5A dan 4B. Ketika Kalaivani A/P Armugam menjalankan
aktiviti

ini,

saya

telah

melihat

beberapa

kekuatan

yang

terdapat

dalam

pembentangan dan dirinya.


Sebagai seorang guru, Kalaivani telah mencapai objektif yang ditetapkan pada
akhir sesi bimbingan. Murid dapat menyenaraikan kesan dadah kepada kesihatan
diri dan dapat menjelaskan ciri-ciri penagihan dadah. Objektifnya dapat dinilai ketika
guru mengadakan kuiz. Kebanyakkan murid dapat menjawab soalan yang telah
disediakan oleh kami. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) yang menyatakan bahawa
pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa
pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya.
Selain itu, guru telah membuat persediaan awal sehingga aktiviti bimbingannya
telah berjalan dengan baik. Guru dapat menyampaikan mesej tentang kesan dadah
dengan lancar kepada murid dan telah membentang kandungan slaid powerpoint
Apa itu dadah tanpa membaca keseluruhan teks. Guru telah menerangkan
powerpoint dengan jelas dan mengikut tahap murid supaya murid dapat memahami
dan menyedari bahayanya dadah. Sebagai contohnya, kederasan percakapan guru
tidak terlalu cepat dan terlalu perlahan. Guru dapat bertaut ideanya dengan cekap.
Guru bercakap dengan sistematik. Sebagai contohnya, pertama guru membaca point
dan diikuti dengan definisi, huraikan dan beri contoh yang relevan. Suara guru turut
amat jelas dan lantang. Oleh itu, murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh
guru dengan mudah. Selain itu, murid juga minat untuk mengikuti aktiviti bimbingan
yang dijalankan oleh guru tanpa berasa kecewa, bosan, dan menyertai aktiviti
2

bimbingan secara aktif. Hal ini jelas ketika guru menjalankan aktiviti Dadah
membawa maut; murid telah melukis poster dengan penuh semangat. Menurut
Cruickshank (1995) menyatakan bahawa bimbingan berkesan ialah guru boleh
membantu pelajar.
Di samping itu, guru juga mempunyai personaliti yang begitu baik. Guru
berpakaian kemas dan sesuai ketika menjalankan aktiviti bimbingan ini. Pakaian
adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja memberi keyakinan kepada guru ia
turut memberi keyakinan kepada para murid bagi mengikuti aktiviti bimbingan.
Sekiranya guru berpakaian yang selekeh, ia memberi signal bahawa guru tidak
bersedia dan tidak meyakinkan. Menurut Sapora Sipon (2010), pandangan pertama
kali amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin
seterusnya. Guru juga selalu bergerak mengikut keperluan. Manakala, semasa
langkah pertama iaitu pembentangan, guru berdiri di hadapan tepi kanan layar.
Dengan ini guru tidak menghalang para murid untuk melihat slide Apa itu dadah.
Guru juga telah mengunakan penunjuk screen untuk menunjukkan poin yang guru
ingin terangkan. Guru juga selalu mempunyai kontek mata dengan murid bagi
mendapat perhatian daripada murid. Dengan ini, guru juga dapat perhatian daripada
murid sehingga habisnya aktiviti bimbingan.
Mengikut Sapora Sipon (2010), kaunselor mesti membina suasana sekeliling
dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Bagi melahirkan
rasa yakin dalam diri murid, guru telah memilih tempat iaitu Bilik Akses. Tempatnya
amat sesuai kerana memiliki ciri-ciri suasana terapeutik. Suasana bilik tersebut aman
dan tenang, terdapat jarak ruang komunikasi yang sesuai mengikut peringkat umur
murid tahap 2. Selain itu, guru juga telah memilih tempat bagi menjalani sesi
kaunseling dengan bijak. Bilik Akses telah ditempatkan tingkat tiga. Guru telah
memilih bilik ini kerana tidak akan wujud sebarang gangguan yang boleh
mengganggu proses kelancaran aktiviti bimbingan. Guru juga telah menjalankan sesi
bimbingan ini pada pagi kerana murid akan memberi tumpuan dan mengikuti setiap
aktiviti dengan penuh semangat. Sebagai seorang guru, Kalaivani telah berusaha

untuk mewujudkan suasana yang selesa kepada para murid.


Guru telah menjalankan aktiviti bimbingan kepada murid tahun 5 Arif. Muridmurid ini cepat memahami mesej yang disampaikan oleh guru. Saya mendapati muridmurid ini turut memberi komitmen kepada guru ketika guru memberi penerangan. Selain
itu, murid ini juga memberi tumpuan kepada murid tanpa memberi gangguan kepada
guru. Walaubagaimanapun, terdapat juga 3 tiga orang murid yang tidak melibatkan diri
dalam aktiviti melukis poster dan menggangu kawan-kawan lain. Hal ini mungkin kerana,
setiap murid mempunyai kecerdasan yang tersendiri. Menurut, Howard Gardner (1943),

seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika Syarikat, berpendapat


bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Mengikut
Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu
muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal dan
intrapersonal.

ii. KELEMAHAN DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI BIMBINGAN.


Walaupun Kalai telah menjalankan aktiviti bimbingan dengan baik. Tetapi masih
terdapat beberapa kelemahan dalam aktiviti. Antaranya, guru kurang menunjukkan
ekspresi muka semasa berinteraksi dengan murid. Sebagai contohnya, mimik muka
ketika guru marah dan gembira sama sahaja. Sapora Sipon (2010) mendapati
ekspresi muka dapat membantu menerangkan maksud mesej yang hendak
disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para guru mempamerkan ekspresi muka
atau wajah yang dapat menyakinkan murid.
Selain itu, guru tidak mengawal tiga orang murid yang tidak melibatkan diri dalam
aktiviti melukis poster dan menggangu kawan-kawan lain pada peringkat awal. Hal ini

menyebabkan terdapat sedikit gangguan bagi guru untuk menjalankan sesinya


dengan lancar. Selepas guru menyedari perbuatan tiga orang murid itu, barulah guru
bertindak. Bagi menyelesaikan masalah tersebut guru telah mengambil masa yang
lama. Sekiranya guru bertindak awal, kemungkinan besar masalah tersebut dapat
dielak dan masa yang diambil oleh guru untuk menyelesaikan masalah dapat
digunakan untuk aktiviti lain.
4

Akhirnya, soalan yang ditanya oleh guru tidak jelas. Murid tidak dapat
memahami soalan yang ditanya oleh guru sehinggakan guru terpaksa menukar ayat
untuk beberapa kali supaya murid dapat menjawab bagi soalan yang ditanya. Disini,
guru telah mengambil masa bagi berfikir untuk menstruktur ayat. Kaunselor perlu
pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan
memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela (Sapora Sipon, 2010).

iii. PENAMBAHBAIKAN YANG

PERLU BUAT DALAM

MELAKSANAKAN

AKTIVITI BIMBINGAN YANG SETERUSNYA.


Antara perkara yang perlu dibaiki dalam aktiviti bimbingan yang akan datang ialah
guru perlu menunjukkan ekspresi muka semasa berinteraksi dengan murid. Menurut
Sapora Sipon (2010) ekspresi muka dapat membantu menerangkan maksud mesej
yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para guru mempamerkan
ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan murid. Bukan sahaja
menyakinkan murid malah murid juga dapat memahami mesej yang disampaikan
oleh guru dengan lebih mudah. Melalui bimbingan dan kaunseling guru dapat
menolong para murid untuk memahami diri dan situasinya. Apabila guru
menyampaikan sesuatu mesej dengan mimik muka yang relevan, murid bukan
sahaja memahami situasi malah ia akan kekal selama-lamanya.
Seterusnya, guru perlu peka dengan tingkah laku murid dan perlu bertindak
awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan aktiviti bimbingan dapat berjalan
dengan lancar. Guru juga perlu menjalankan aktiviti yang diminati oleh semua murid.
Hal ini kerana, 3 orang murid yang tidak suka melukis telah menimbulkan masalah
semasa guru menjalankan aktiviti. Disitu guru terpaksa mengambil masa yang lama
bagi menasihat 3 orang murid tersebut. Pada masa yang sama, guru juga perlu
memahami perbezaan individu. Menurut, Howard Gardner (1943), setiap orang
dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Mengikut Gardner (1991), potensi
manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu muzik, ruang, linguistik,
logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Setiap murid

berbeza darisegi darjah kecerdasanya. Oleh itu, guru perlu peka dengan kecerdasan
murid dan membina aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan murid.
Akhirnya, guru perlu menanya soalan dengan tepat dan mengikut tahap murid.
Guru tidak perlu menggunakan perkataan yang sukar difahami oleh para murid.
Kerana ia akan mengelirukan murid dan guru juga tidak dapat menilai kefahaman
murid mengenai dadah. Selain itu, guru juga boleh menanyakan soalan yang
berkaitan dengan pengalaman murid dengan gelaja dadah. Sebagai contonya,
beberapa orang pernah melihat penagih dadah yang mengguanakan dadah didepan
anda? Ini membolehkan murid meluahkan perasaan dan pengetahuan mereka
tentang dadah.

3.0 RUMUSAN.
Kesimpulanya, sebagai guru, kita sentiasa mengetahui kemahiran- kemahiran
asas dalam kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling kita
dapat

membari

bantuan

kepada

murid-murid

biasa

yang

sedang

dalam

perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi, kejiwaan dan
kerohanian. Kita dapat meningkat ilmu bimbingan dan kaunseling melalui membaca
buku yang berkaitan, menyertai kursus dan mendapat bimbingan daripada kaunselor
yang telatih. Dengan ini kita dapat menolong para murid memahami tentang dunia
jenayah dan memberi panduan atau nasihat kepada mereka supaya mereka dapat
menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.

4.0 REFLEKSI.
7

Saya Shaarmini a/p Vijayan dari kumpulan PISMP Sejarah semester tujuh. Terlebih
dahulu, saya berasa syukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kerja kursus
pada tepat masanya. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
pensyarah saya, En.Rashidi bin Hamzah kerana bimbing saya semasa menjalankan
kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga merakamkan seribu penghargaan kepada
rakan-rakan saya yang membantu bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Sebenarnya, kami banyak berkongsi maklumat dan bertukar pendapat tentang topik
perbincangan.
Saya berasa amat gembira semasa menjalankan aktiviti bimbingan ini.
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapat pengalaman baru kerana ini merupakan
kali pertama saya menjalankan aktiviti sebegini. Saya amat minat dan tertarik
dengan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Sebelum saya mencari sumber-sumber
lain seperti buku, jurnal dan melawat perpustakaan, saya telah melayari internet
untuk mendapat maklumat awal tentang tajuk kerja kursus saya. Maklumat yang
diperolehi daripada sumbersumber tersebut serba sedikit membantu saya dalam
mendapat gambaran tentang bimbingan dan kaunseling.
Begitu banyak pengalaman saya perolehi ketika melaksana kerja
kursus ini. Saya dapat mengenali betapa pentingnya aktiviti sebegini kepada para
murid demi masa depan para murid. Aktiviti bimbingan ini membantu bagi
merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Negara yang ingin meningkatkan
kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah,kepimpinan, kokurikulum dan
pembangunan diri murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohanidan
Intelek selaras dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Saya juga dapat mengenali kelemahan dan kekurangan ketika
menjalankan kerja kursus ini. Yang pertama ialah pengurusan masa yang tidak
bersistematik. Saya menjalankan praktikum saya dan kebanyakkan masa saya telah
terlibat bagi menyiap kerjakerja praktikum. Ini menyebabkan saya terpaksa
membuat kerja kursus ini pada akhir masa. Walapun, saya telah menyediakan jadual
waktu bagi diri saya tetapi disebabkan saya tidak mengikutnya beberapa kekangan
saya telah menghadapi bagi menyiapkan kerja kursus yang lebih baik. Daripada

kelemahan

yang

dikesan

saya

telah

memikirkan

beberapa

cara

untuk

menambahbaik untuk tidak mengulang kelemahan saya ia dalam hal pengurusan


masa. Antaranya ialah saya akan membuat jadual waktu mengikut teori Eisenhower
yang sebelum memula setiap kerja kursu dan akan mengunakanya secara
menyeluruh bagi mengelakkan kerja pada akhir saat serta bagi mengelak diri
daripada mangsa stres. Menurut Eisinhower setiap mahasiswa harus membuat
jadual waktu dengan menyusun kerja mengikut keutamaan dan perlu terikat dan
terikut secara keseluruhan jadual yang kita buat.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Saya juga berterima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab
untuk

memberikan tugasan ini.

5.0 BIBLIOGRAFI.
Armugam Krishnan. (2010). Persepsi Perlaksanaan Dan Kepuasan Komuniti
Sekolah
Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah,
Perak, Malaysia. Diperoleh dari : http://psasir.upm.edu.my/12419/1/FPP2010 4A.

pdf.
Ee Ah Meng (2003). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Jantan dan Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontempoarri.
McGraw Hill, Malaysia.
Shertzer, B. dan Sone, S.C., (1980). Fundamentals Of Counseling. Boston: Hughton
Mifflin Company.
Sidek bin Mohd Noah et.al (2005, Disember). Status dan Keberkesanan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah di Semenanjung
Malaysia. Diperoleh dari :http://www.moe.gov.my/upload/galeriawam/ penyelid
ikan /2005/ 2005_BMK_5_9637_3446.pdf
Tang Chee Yee. (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn.
Tengku Elmi Azlima binti Tengku Muda et.al (2014) Kecerdasan emosi dan
hubungannya dengan Kepimpinan Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah. Diperoleh dari : http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content
/uploads/2015/01/JPI007.pdf
Zulkifli Yusuf (1990). Panduan Khidmat Bimbingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zuraimey Ahmad et.al (2008). Amalan Serta Peranan dan Tanggungjawab Kaunselor
di Sekolah-Sekolah dalam Menangani Masalah Kekeluargaan. Diperoleh dari :
http://eprints.utm.my/1480/1/ZuraimeyAhmad2008_AmalanPerananTanggungja
wabKaunselorSekolah.pdf

10

6.0
LAMPIRAN.

11

You might also like