You are on page 1of 12

Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,

83000 Bandar Enstek,


Negeri Sembilan Darul Khusus
No. fax: 07-4101060
No. tel: 07-4101163
. Email: skbandarenstek@gmail.com
____________
Guru Besar, Rujukan: JBA 987
Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek, Tarikh: 1 Mac 2018
83000 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM CERAMAH KESEDARAN &


GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN KERACUNAN MAKANAN

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, Kelab Persatuan Pencinta Alam Sekitar ingin mendapatkan
kebenaran daripada pihak Tuan untuk kami mengadakan Program Ceramah Kesedaran &
Gotong-royong Pencegahan Keracunan Makanan. Cadangan program adalah seperti
ketetapan berikut:

Dewan: Dewan Al Khawarizmi, SK Bandar Enstek.


Tarikh: 15 Mac 2018 (Khamis)
Masa: 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Jumlah peserta: 1000 orang
Penglibatan: Semua pelajar, guru, staf dan para ibu bapa

3. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar, warga sekolah, para
ibu bapa dan masyarakat setempat tentang tempat-tempat yang boleh membawa kepada
pencemaran makanan dan cara bagaimana melakukan pencegahan keracunan makanan
dengan betul. Kami yakin bahawa program ini akan mendapat tindak balas positif jika program
dapat dijalankan di dalam dewan yang kondusif dan mempunyai ruang yang luas serta dapat
memuatkan ramai orang dalam sesuatu masa.

4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Kerjasama tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“1Malaysia”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….
(NUR SUHADAH BT MOHAMAD)
Pengerusi

Program Ceramah Kesedaran dan Gotong

Royong Pencegahan Keracunan Makanan,

Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,

83000 Bandar Enstek,

Negeri Sembilan.
Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan Darul Khusus
No. fax: 07-4101060
No. tel: 07-4101163
. Email: skbandarenstek@gmail.com
____________
Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga (PIBG), Rujukan: JBA 989
Tarikh: 1 Mac 2018
Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM CERAMAH


KESEDARAN & GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN KERACUNAN MAKANAN

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Kelab Persatuan Pencinta Alam Sekitar akan mengadakan Mengadakan Program


Ceramah Kesedaran & Gotong-royong Pencegahan Keracunan Makanan. Justeru itu, pihak
kami ingin meminta bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk memastikan keperluan
program dapat dipenuhi. Program ini akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Dewan: Dewan Al Khawarizmi, SK Bandar Enstek.


Tarikh: 15 Mac 2018 (Khamis)
Masa: 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Jumlah peserta: 1000 orang
Penglibatan: Semua pelajar, guru, staf dan para ibu bapa

3. Kami amat berharap permohonan sumbangan ini mendapat pertimbangan yang


sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian.

“1Malaysia”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….
(NUR SUHADAH BT MOHAMAD)
Pengerusi,

Program Ceramah Kesedaran dan Gotong

Royong Pencegahan Keracunan Makanan,

Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,

Bandar Enstek, Negeri Sembilan.


Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan Darul Khusus
No. fax: 07-4101060
No. tel: 07-4101163
. Email: skbandarenstek@gmail.com
____________
Rujukan: JBA 987
Tarikh: 1 Mac 2018

Guru Besar,
Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN BAGI MENGADAKAN PROGRAM


CERAMAH KESEDARAN & GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN KERACUNAN
MAKANAN

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, Kelab Persatuan Pencinta Alam Sekitar ingin mendapatkan
kebenaran daripada pihak tuan untuk kami menggunakan Dewan Al Khawarizmi, SK Bandar
Enstek.bagi mengadakan Program Ceramah Kesedaran & Gotong-royong Pencegahan
Keracunan Makanan. Cadangan program adalah seperti ketetapan berikut:

Dewan: Dewan Al Khawarizmi, SK Bandar Enstek.


Tarikh: 15 Mac 2018 (Khamis)
Masa: 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Jumlah peserta: 1000 orang
Penglibatan: Semua pelajar, guru, staf dan para ibu bapa

3. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid
tentang kegunaan bahan-bahan kitar semula. Kami yakin bahawa program ini akan
mendapat tindak balas positif yang positif jika program dapat dijalankan di dalam dewan
yang kondusif dan mempunyai ruang yang luas.

4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya


daripada pihak tuan. Kerjasama tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.
“1Malaysia”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….
(NUR SUHADAH BT MOHAMAD)
Pengerusi,

Program Ceramah Kesedaran dan Gotong

Royong Pencegahan Keracunan Makanan,

Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,

Bandar Enstek, Negeri Sembilan.


Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan Darul Khusus
No. fax: 07-4101060
No. tel: 07-4101163
. Email: skbandarenstek@gmail.com
____________
Rujukan: JBA 987
Tarikh: 1 Mac 2018

Ibu bapa/Penjaga,

PEMBERITAHUAN TENTANG PROGRAM CERAMAH KESEDARAN & GOTONG-


ROYONG PENCEGAHAN KERACUNAN MAKANAN

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Bandar


Enstek akan mengadakan Program Ceramah Kesedaran & Gotong-royong Pencegahan
Keracunan Makanan. Program adalah seperti ketetapan berikut:

Dewan: Dewan Al Khawarizmi, SK Bandar Enstek.


Tarikh: 15 Mac 2018 (Khamis)
Masa: 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Jumlah peserta: 1000 orang
Penglibatan: Semua pelajar, guru, staf sekolah dan para ibu bapa

3. Kehadiran pelajar yang terlibat adalah diwajibkan bagi menjayakan program ini.
Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.
“1Malaysia”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….
(Tn. Hj. Abdullah bin Ahmad,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek, Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan Darul Khusus
No. fax: 07-4101060
No. tel: 07-4101163
. Email: skbandarenstek@gmail.com
____________
Pengarah, Rujukan: JBA 987
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Tarikh: 1 Mac 2018
Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH KESIHATAN SEMPENA PROGRAM CERAMAH


KESEDARAN & GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN KERACUNAN MAKANAN DI
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR ENSTEK

Adalah dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Persatuan Pencinta Alam Sekitar, Sekolah


Kebangsaan Bandar Enstek akan mengadakan Program Ceramah Kesedaran & Gotong-
royong Pencegahan Keracunan Makanan. Cadangan program adalah seperti ketetapan
berikut:

Dewan: Dewan Al Khawarizmi, SK Bandar Enstek.


Tarikh: 15 Mac 2018 (Khamis)
Masa: 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Jumlah peserta: 1000 orang
Penglibatan: Semua pelajar, guru, staf dan para ibu bapa

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput salah seorang pegawai Tuan daripada
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan iaitu Puan Nur Faizah Binti Abdullah bagi mengadakan
ceramah bersempena program tersebut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak
Tuan dapat memberikan pelepasan kepada pegawai tersebut.

4. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar, warga sekolah, para ibu
bapa dan masyarakat setempat tentang tempat-tempat yang boleh membawa kepada
pencemaran makanan dan cara bagaimana melakukan pencegahan keracunan makanan
dengan betul. Kami yakin bahawa program ini akan mendapat tindak balas positif jika pihak
Tuan dapat turut serta menjayakan program ini.

5. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Kerjasama tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“1Malaysia”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….
(Tn. Hj. Abdullah bin Ahmad,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek, Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan Darul Khusus
No. fax: 07-4101060
No. tel: 07-4101163
. Email: skbandarenstek@gmail.com
____________
Pengarah, Rujukan: JBA 987
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Tarikh: 1 Mac 2018
Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN


SEMPENA PROGRAM CERAMAH KESEDARAN & GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN
KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR ENSTEK

Adalah dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Persatuan Pencinta Alam Sekitar, Sekolah


Kebangsaan Bandar Enstek akan mengadakan Program Ceramah Kesedaran & Gotong-
royong Pencegahan Keracunan Makanan. Cadangan program adalah seperti ketetapan
berikut:

Dewan: Dewan Al Khawarizmi, SK Bandar Enstek.


Tarikh: 15 Mac 2018 (Khamis)
Masa: 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Jumlah peserta: 1000 orang
Penglibatan: Semua pelajar, guru, staf dan para ibu bapa

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput Tuan serta pegawai-pegawai daripada
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan bagi pameran dan pemeriksaan kesihatan sempena
program tersebut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat bersama-
sama hadir bagi menjayakan program ini.

4. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar, warga sekolah, para ibu
bapa dan masyarakat setempat tentang tempat-tempat yang boleh membawa kepada
pencemaran makanan dan cara bagaimana melakukan pencegahan keracunan makanan
dengan betul. Kami yakin bahawa program ini akan mendapat tindak balas positif jika pihak
Tuan dapat turut serta menjayakan program ini.

5. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Kerjasama tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“1Malaysia”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….
(Tn. Hj. Abdullah bin Ahmad,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek,
83000 Bandar Enstek, Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.

You might also like