You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK OGOS – DISEMBER 2020

Program : PISMP Nama Pelajar :

Kod : BMMB3013
Semester / Tahun : Semester 1 / Tahun 1
Nama Kursus : Ambilan : Ogos 2020

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Kumpulan : BM 1 / 2 / 3 / 4 / 5

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Kuiz 17.9.2020 7.10. 2020

2. Transkripsi Teks 7.10. 2020 17.10. 2020

3. Persembahan Kumpulan 25.10. 2020 30.10. 2020

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) :


1. Menganalisis konsep fonetik dan fonologi, alat artikulator dan artikulasi serta cara pengeluaran
bunyi dengan berkesan secara bertulis (C4, PLO1, PLO3, CTPS2)
2. Menghuraikan fonem, fonem segmental dan suprasegmental dalam Bahasa Melayu dengan
maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber (C5, PLO6, LL1)
3. Menulis transkripsi fonetik pelbagai jenis ayat berdasarkan pelbagai jenis teks (C6, PLO3,
CTPS3)
4. Mengaplikasikan sebutan baku dalam kemahiran mendengar dan bertutur melalui persembahan
aktiviti secara berkumpulan (C3, PLO4, PLO5, CS1, TS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4.

Objektif Kerja Kursus :


Pada akhir perlaksanaan kerja kursus, pelajar dapat :
1. Memperincikan fungsi alat artikulator dan artikulasi serta huraikan fonem segmental dan
suprasegmental dalam proses pengeluaran bunyi Bahasa Melayu dengan merujuk maklumat
daripada pelbagai sumber.
2. Menulis transkripsi fonetik berdasarkan teks puisi.
3. Mengunakan sebutan baku dalam kemahiran mendengar dan bertutur melalui persembahan
puisi, syair, bercerita, atau forum secara berkumpulan

1
SOALAN TUGASAN

Kajian fonologi dapat dibahagikan sekurang-kurangnya kepada enam tujuan, iaitu untuk melihat
kesemestaan bahasa, pemenggalan bunyi bahasa, pola dan kelas bunyi bahasa, variasi bunyi,
proses fonologi dan perubahan bunyi.
(Paitoon M.Chaiyanara, 2006)

TUGASAN 1 : Penulisan Esei – Individu (35%)

Manusia dapat menghasilkan bunyi bahasanya dengan menggunakan tenaga gerakan udara dan
sentuhan-sentuhan alat-alat dalam diri manusia yang bermula daripada paru-paru hingga ke alat-
alat lain yang terletak dalam rongga mulut seperti lidah, lelangit, gusi, gigi, dan bibir.
(Paitoon M.Chaiyanara, 2006)

a. Ilustrasikan alat-alat artikulator dan artikulasi yang mengeluarkan bunyi bahasa. Perincikan
fungsi alat-alat artikulator dan artikulasi ini dalam proses mengeluaran bunyi Bahasa Melayu.

b. Huraikan jenis-jenis vokal, diftong dan konsonan serta cara-cara untuk menuturkannya dalam
Bahasa Melayu.
Panjang penulisan esei anda hendaklah tidak melebihi 1200 patah perkataan dan memenuhi
kriteria penilaian yang telah ditetapkan dalam rubrik pemarkahan.

TUGASAN 2 : Transkripsi Teks (15 %)


Di bawah ini disertakan sebuah puisi karya Saterawan Negara Dr. Zurinah Hassan, bertajuk “Dilema
seorang Melayu”. Transkripsikan puisi di bawah kepada bentuk fonem yang betul.
Puisi

Dilema seorang Melayu Alangkah sukarnya membuat keputusan


untuk setia kepada raja yang zalim,
Maka bangkitlah seorang Hang Jebat dan menzalimi kawan yang setia.
suaranya meningkah angin
melantun ke anjung istana Melaka Bukan mudah untuk membuat pertimbangan
“ Raja adil raja disembah, di antara membantah seorang tuan,
raja zalim raja disanggah.” dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
Terkejut Hang Tuah mendengar berita dan memelihara sebuah kerajaan.
penderhakaan
gementar tubuhnya menyambut titah sultan
sambil tunduk memikirkan
Hingga air matanya mengalir
tidak tertahan-tahan Karya :Dr. Zurinah Hassan
dadanya bagai akan pecah Sasterawan Negara ke13 (2015)
dihempas gelombang serba salah. Antologi Pujangga Tidak Bernama (DBP 1994)
Transkripsi boleh ditulis menggunakan tulisan tangan atau bertaip. Jawapan anda hendaklah
memenuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan dalam rubrik pemarkahan.

2
TUGASAN 3 : Persembahan Kumpulan (10 %)
Bina sendiri atau pilih sekurang-kurangnya sebuah skrip pidato, syarahan, debat, puisi, syair, cerita
pendek atau skrip forum daripada sumber yang sah. Buat satu rakaman persembahan berkumpulan
untuk menunjukkan kemahiran lisan Bahasa Melayu menggunakan sebutan baku. Setiap kumpulan
tidak melebihi tiga orang. Setiap persembahan mestilah mengandungi perkara berikut;
a. Pengenalan (Nama ahli dan tajuk persembahan)
b. Persembahan kumpulan (semua ahli mesti terlibat)
c. Penutup (rumusan dan mesej persembahan)

Rakaman persembahan anda boleh dibuat menerusi menerusi google meet, zoom atau mana-mana
aplikasi lain yang sesuai. Persembahan hendaklah menunjukkan anda mematuhi SOP penjarakan
sosial. Durasi rakaman hendaklah tidak melebihi 30 minit. Hantar rakaman tugasan anda menerusi
google classroom oleh ketua kumpulan masing-masing.
.

3
Arahan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Kerja Kursus ini adalah tugasan individu dan kumpulan.


2. Anda boleh mengumpul data dan persembahan secara kolaboratif.
3. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
4. Format penulisan kerja kursus adalah seperti yang berikut:
i. Font Arial, saiz huruf ialah 11
ii. Langkau satu setengah baris
iii. Rujukan mengikut format APA
iv. Lampiran

5. Muka hadapan Kerja Kursus hendaklah mengikut format yang ditetapkan seperti berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. Nombor Kad Pengenalan
iv. Ambilan / Kumpulan / Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh Hantar dan Terima
viii. Ruangan komen pensyarah, tarikh dan tandatangan.
ix. Ruangan pengesahan pelajar, tarikh dan tandatangan.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang penangguhan tarikh
tugasan tidak dibenarkan. Sila muat naik tugasan anda yang telah lengkap pada tarikh hantar
menerusi google classroom di bawah tajuk kerja kursus.

8. Kriteria pentaksiran kerja kursus akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang
disediakan. Kerja Kursus ini membawa wajaran 60%, iaitu penulisan esei secara individu
(35%), transkripsi teks (15 %) dan persembahan kumpulan (10 %).

Kerja Kursus yang baik harus menunjukan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti, bahan-
bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
2. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan penulisan atau
persembahan.
3. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
4. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria Pentaksiran

Kerja Kursus akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

4
Disediakan oleh Disemak oleh

(HJ. MOHD ZAHARUDDIN BIN OMAR) ( EN. AHMAD BIN OMAR )


Penyelaras Kerja Kursus BMMB3013 Pakar Bidang Bahasa (SME)

Tarikh : Tarikh:

Disahkan oleh :

(DR. IRFAN NYIA BIN ABDULLAH)


Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Tarikh:

You might also like