You are on page 1of 40

PISMP SEM 4 AMBILAN JANUARI 2013 BM 1 (SK)

BMM 3083 (FONETIK DAN FONOLOGI)



TAJUK 2 : ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

Alat-alat Artikulasi
Artikulasi Vokal

Nama Pensyarah :

ENCIK ABDULLAH BIN MOHD YASSIN
Disediakan Oleh :

RAFIZA BINTI DARUS
NURUL HAFIDZAH BINTI ABD HALIM
PENGENALAN
ALAT-ALAT ARTIKULASI
PENGHASILAN BUNYI-
BUNYI BAHASA
Udara mengalami
halangan atau gangguan
ALAT-ALAT
ARTIKULASI
Lelangit lembut Lelangit keras
Gusi dalam
Anak tekak
Rongga hidung
Paru-paru
Pita suara
Gigi atas
Gigi bawah
Tiroid
Bibir
Larinks
Farinks
Lidah
Epiglotis
Trakea
Rongga mulut
Tugas : Menyedut dan mengepam udara keluar untuk
menghasilkan bunyi bahasa.
Kualiti bunyi : Dipengaruhi oleh pengembangan dan
pengucupan paru-paru.
Paru-paru
Merupakan saluran udara di antara larinks dan paru-
paru.
Membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut
masuk paru-paru dan keluar kembali.
Trakea
Merupakan rongga pada hujung pipa pernafasan.
Terdiri daripada 4 komponen :
(i) tulang rawan krikoid,
(ii) dua tulang rawan aritenoid,
(iii) pita suara,
(iv) tulang rawan tiroid.
Larinks
Terdiri daripada 2 keping tisu nipis.
Dirapatkan Saluran udara menyempit Udara yang
melaluinya akan menghasilkan bunyi bersuara apabila
peti suara bergetar.
Terbuka luas Udara keluar dengan cepat.
Celah atau ruang di antara pita suara disebut glotis.
Pita suara

Keadaan glotis ketika
menghasilkan bunyi

Terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke
larinks
Berfungsi sebagai penutup untuk menghalang
makanan/minuman daripada masuk ke trakea.
Tidak terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa (sekadar
memberi laluan kepada udara).
Epiglotis

Merupakan pipa yang membentuk kerongkong.
Menghubungkan larinks dengan bahagian atas rongga
tekak, anak tekak dan rongga hidung.
Farinks
Terbahagi kepada 2 : bibir bawah dan bibir atas
Fungsi : Sebagai pintu penjaga rongga mulut.
Pembentukan bunyi bahasa : Bibir atas (pasif)
bekerjasama dengan bibir bawah (aktif) dan gigi atas.
Contoh : fonem [p], [b], [w], [m], [f[ dan [v].
Bibir

Bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian
belakang, terletak tepat di atas serta di belakang gigi yang
melengkung ke dalam menghadap lidah.
Pembentukan bunyi bahasa : Gusi dalam (artikulator pasif)
bekerjasama dengan hujung lidah (artikulator aktif).
Gusi dalam
Terbahagi kepada 2 : gigi atas dan gigi bawah.
Fungsi utama : Untuk mengunyah.
Contoh bunyi yang dihasilkan : perkataan hadith [hadi0]
Gigi

Merupakan bahagian bertulang selepas gusi yang pada
bahagian depan lelangit itu melengkung cekung ke atas
dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang
terasa lembut apabila diraba.
Pembentukan bunyi bahasa : Lelangit keras (artikulator
pasif) bekerjasama dengan hujung lidah atau tengah lidah
(artikulator aktif).
Lelangit
keras
Bahagian lembut selepas lelangit keras dan dihujungnya
terdapat anak tekak.
Semasa bernafas : lelangit dan anak tekak menurun
udara dapat keluar masuk melalui rongga hidung.
Pembentukan bunyi bahasa : Bunyi non-nasal atau
semasa menguap lelangit lembut dan anak tekak
terangkat ke atas untuk menutup rongga hidung.
Lelangit
lembut dan
anak tekak

Tulang rawan tiroid atau halkum yang berbentuk menonjol
pada kaum lelaki Tidak mempunyai peranan yang
bererti dalam pembentukan bunyi bahasa.
Tiroid
Fungsi utama : Sebagai perasa dan untuk memindahkan
makanan yang akan atau sudah dikunyah.
Pembentukan bunyi bahasa : Lidah sebagai artikulator
aktif.
Terbahagi kepada pangkal lidah, daun lidah dan hujung
lidah.
Lidah
Hujung lidah
Pangkal lidah
Daun lidah
JENIS-JENIS ALAT ARTIKULASI
A
k
t
i
f

Lidah
Bibir
Lelangit lembut
Gigi bawah
P
a
s
i
f

Lelangit keras
Gigi atas
Gusi dalam
(gusi belakang, ceruk
gigi, lengkung kaki gigi,
lekuk gigi)
DAERAH ARTIKULASI
Merupakan kawasan tempat sentuhan alat artikulasi
semasa menghasilkan sesuatu bunyi
Alat artikulasi yang sama menyentuh daerah artikulasi
yang berlainan menghasilkan bunyi bahasa yang
berlainan
PELABELAN BUNYI BAHASA
Konsonan
Keadaan pita suara diambil kira
Klasifikasi bunyi bersuara atau tidak
bersuara.
Bunyi konsonan mempunyai lafaz
yang berbeza akibat sekatan yang
berlaku semasa melafazkannya.
Vokal
Pengklasifikasian tidak berlaku
Kesemua bunyi vokal adalah
bersuara kerana tiada sekatan
pengaliran udara semasa
melafazkannya.
ALAT-ALAT
ARTIKULASI VOKAL
Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika
dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
sebarang gangguan. Vokal boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu:
i. Vokal hadapan
ii. Vokal tengah
iii. Vokal belakang

Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal ini dapat dirumuskan
seperti yang berikut:

1. Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah
atau belakang lidah.
2. Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi,
rendah dan separuh rendah.
3. Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.
4. Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.
Carta Vokal
HURUF-HURUF VOKAL ASLI
a
o u i
e
Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Luas [ a ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal depan luas, proses berikut berlaku:
I. Bibir dalam keadaan hampar.
II. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah [a] contoh dalam perkataan:

Awal perkataan: ajar, ayam
Tengah perkataan: paku, bakul
Akhir perkataan: kuda, lupa



Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Separuh Sempit [ e ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit, proses berikut berlaku apabila:

I. Bibir dihamparkan separuh sempit.
II. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara bergetar.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah [e] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan: ekor, enak
Tengah perkataan: leper, kekok
Akhir perkataan: sate, tauge
Vokal Tengah []
I. Keadaan bibir hampar.
II. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan supaya udara tidak dapat
keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
dapat menggetarkan pita suara.

Contohya dalam perkataan seperti: emak, sentuh, emas
Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Sempit [ i ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal depan sempit, proses berikut berlaku:

I. Bibir dihamparkan.
II. Depan lidah dinaikkan tinggi [setingggi mungkin]
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita
suara.
V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah :
Awal perkataan : ibu
Tengah perkataan : bila
Akhir perkataan : tali
Proses Penghasilan Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
menggetarkan pita suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] seperti dalam
perkataan berikut:

i) Pada awalan perkataan - oleh, otak, orang
ii) Pada tengah perkataan - boleh, toleh, kotak
iii) Pada akhiran perkataan - solo, koko, pidato
Vokal Belakang Separuh Sempit
Proses Penghasilan Vokal Belakang Sempit [u]

Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang , proses yang berikut harus dilakukan;
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari
paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u].

Contohnya;
i) Pada awalan perkataan: ubi, usung, unta, undur
ii) Pada tengah perkataan : buka, bubur, suka, lupa
iii) Pada akhiran perkataan : satu, batu, labu, kuku, bayu
Vokal Belakang Sempit
Vokal Dialek



Proses Penghasilan Vokal Depan Separuh Luas []

Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses berikut turut berlaku :
a) Bibir dihamparkan separuh luas.
b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui hidung.
e) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
f) Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut:

i) Pada awal perkataan - elok, esok, ejek
ii) Pada tengah perkataan beso, pelek
iii) Pada akhir perkataan - ude, tule

Proses Penghasilan Vokal Belakang Separuh Luas []

I. Bibir dibundarkan.
II. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] seperti dalam perkataan-perkataan
berikut : (daerah Kelantan)
i) Pada awalan perkataan - olok, otok
ii) Pada tengah perkataan - pokok, sudoh, pecoh
Vokal Belakang Separuh Luas
Proses Penghasilan Vokal Belakang Luas ( )

a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan sejauh-jauhnya ke
belakang terus-menerus.
c) Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga
hidung.
d) Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Contoh perkataan:
[gula] ( gulai,dialek sungai perak )

You might also like