You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN

TAHUN AKADEMIK SEM 1 2022

Program:PISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB3163 Semester/Tahun:Semester


1/Tahun 4
Nama Kursus: Ambilan: JUN 2020
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Kumpulan:PISMP BAHASA MELAYU

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. PENULISAN ESEI I 28 OGOS 2023 19 SEP 2023

2. PENULISAN ESEI II 20 SEP 2023 20 OKT 2023

3. PEMBENTANGAN 23 OKT 2023 30 OKT 2023


KUMPULAN

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep budaya, ciri-ciri budaya, elemen dan proses dalam budaya dengan berkesan
(C2, PLO1)

2. Menganalisis takrif, sejarah serta latar belakang masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kepada
Kebudayaan Kebangsaan (C4, PLO3, CTPS2)

3. Menghuraikan budaya Melayu sebelum dan selepas menerima pengaruh asing serta
pembentangan kumpulan (C5, PLO3, PLO4, PLO5,CTPS3, CS3, TS1)

4. Merumuskan proses pembudayaan dalam masyarakat di Malaysia dalam satu penulisan


berbentuk reflektif (C6, PLO3, CTPS3, PLO6, LL1)

5. Menghasilkan penulisan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam pembangunan negara


Malaysia (C6, PLO3, CTPS3, PLO6, LL3).

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1,2,3,4 dan 5


Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar akan dapat:

1. Menulis esei bagi menjelaskan konsep budaya, ciri-ciri budaya, elemen dan proses
dalam budaya, menganalisis tentang takrif sejarah dan latar belakang masyarakat
Melayu yang menjadi tunjang kepada Kebudayaan Kebangsaan serta membincangkan
tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam pembangunan negara Malaysia
berdasarkan maklumat relevan daripada pelbagai sumber dengan berkesan.

2. Menghasilkan esei reflektif yang merumuskan proses pembudayaan dalam kehidupan


masyarakat majmuk di Malaysia berdasarkan idea alternatif dan maklumat relevan
daripada pelbagai sumber dengan kebolehan berfikir yang melangkaui batas.

3. Membentangkan huraian tentang budaya Melayu sebelum dan selepas menerima


pengaruh asing secara berkumpulan dengan jelas, menekankan kemahiran berfikir serta
kemahiran berkomunikasi dengan penglibatan yang aktif dan efektif serta kebolehan
menyumbang idea secara berkesan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Penulisan Esei I (25%)

Secara individu anda dikehendaki menulis sebuah esei bagi menjelaskan konsep budaya, ciri-ciri
budaya, elemen dan proses pembudayaan serta menganalisis kepelbagaian takrif tentang
masyarakat Melayu serta sejarah dan latar belakang mereka yang menjadi tunjang kepada
Kebudayaan Kebangsaan dalam merealisasikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu sebagai salah
satu agenda pembangunan negara dengan idea yang berkesan.

Panjang esei mestilah tidak kurang daripada 1000 patah perkataan. Olahan idea mestilah disertai
grafik yang bersesuaian dan rujukan yang pelbagai.
TUGASAN 2: Penulisan Reflektif (25%)

Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan satu Penulisan Reflektif tentang proses
pembudayaan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia berdasarkan idea alternatif dan maklumat
relevan daripada pelbagai sumber. Huraian esei perlulah disokong dengan grafik, rujukan, rumusan
yang berjustifikasi serta jelas. Panjang esei tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.

TUGASAN 3: Pembentangan Kumpulan (10%)

Secara kumpulan bertiga, anda dikehendaki membentangkan huraian tentang budaya Melayu
sebelum dan selepas menerima pengaruh asing dengan jelas, efektif, menekankan kemahiran
berfikir serta kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam bentuk power point.

Bilangan maksimum slaid tidak melebihi 15 slaid dengan persembahan idea yang tepat dan kreatif.
grafik yang menarik serta urutan yang kemas. Teks persembahan (slaid power point) mestilah
dilampirkan dalam Lampiran Tugasan.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Soalan 1 dan Soalan 2 dibuat secara individu manakala soalan 3 dibuat secara berkumpulan.

2. Pelajar diminta membentuk kumpulan yang tidak melebihi tiga orang bagi setiap kumpulan
untuk Tugasan 3.

3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
4. Buat rujukan yang mencukupi dan terkini serta lampirkan senarai rujukan dalam penulisan
anda.

5. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut :

i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 11 point
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format A.P.A (American Psychological Association)

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan
kerja kursus.

7. Muka depan tugasan merangkumi:

i. Nama Pelajar
ii. Angka giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh hantar

8. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

9. Tugasan ini membawa peratusan wajaran 60%.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Untuk penulisan esei, liputan isi kandungan perlu menyeluruh, konsisten dan
terperinci.
2. Esei anda perlulah meliputi perkara yang berikut:
i. Pengenalan yang menarik.
ii. Keseluruhan isi dan dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
iii. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
iv. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam usaha menterjemahkan
maklumat secara kritikal dan analitikal.
v. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa
yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( ASIA BINTI LAWANG ) (NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR)


Penyelaras Kursus BMMB3163 Pakar Bidang (SME) Kursus BMMB3163
Jabatan Pengajian Melayu dan Bahasa, Jabatan Pengajian Melayu dan Bahasa,
IPG Kampus Kent Tuaran IPG Kampus Kent Tuaran
Sabah, Malaysia Sabah, Malaysia

Disemak oleh, Disahkan oleh

(DR.EFFENDY BIN YUSUFF ) (SAUZANAH BINTI SULAIMAN)


Ketua Jabatan, Pemeriksa Dalaman
Jabatan Pengajian Melayu dan Bahasa IPG Kampus Kent Tuaran
IPG Kampus Kent Tuaran Sabah, MalaysiaSabah, Malaysia

You might also like