You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2021

Program : PPISMP
Nama Pelajar :
Semester /Tahun : Semester 1 / Tahun 1
KOD : GKEB1072 Ambilan : Jun 2021
Kumpulan : PAI 1, PAI 2, PAI 3 & PAI 4
NAMA KURSUS : Kemahiran
Belajar
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Tugasan 1 : 11.11.2021 25.11.2021


Penulisan Akademik
Tugasan 2 : Kuiz 1 16.11.2021 16.11.2021
Tugasan 3 Kuiz 2 30.11.2021 30.11.2021

Tugasan 4 : Penghasilan 26.11.2021 09.12.2021


Produk

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan konsep kemahiran belajar, Model Pembelajaran Pelajar, pengurusan


diri dan penyesuaian sosial dalam persekitaran pembelajaran di peringkat pengajian
tinggi (C2, HP1)

2. Menghasilkan produk pembelajaran dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir


bagi meningkatkan kemahiran belajar (C6, A4, HP2, HP5, KKG2, KIK9)

3. Menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber berasaskan kemahiran perolehan,


pengurusan, pemprosesan dan penyampaian maklumat (C4, HP2,HP7, KKG3, KDN6)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3

Objektif Kerja Kursus : Pelajar akan dapat :

1. Menghuraikan konsep kemahiran belajar, Model Pembelajaran Pelajar, pengurusan


diri dan penyesuaian sosial dalam persekitaran pembelajaran di peringkat pengajian
tinggi melalui kuiz

2. Menghasilkan produk pembelajaran dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir


bagi meningkatkan kemahiran belajar.

3. Menganalisis maklumat daripada perlbagai sumber berasaskan kemahiran perolehan,


pengurusan, pemprosesan dan penyampaian maklumat melalui penulisan esei.

1
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut tahap kognitif,
psikomotor dan afektif. Tugasan ini membolehkan pelajar menilai maklumat yang sahih dan
tepat seterusnya mengaplikasi pelbagai jenis alat berfikir dalam meningkatkan kemahiran
belajar. Semasa dalam penghasilan tugasan, pelajar dikehendaki mengaplikasi kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk memperoleh, memproses dan
menggunakan maklumat untuk meningkatkan kemahiran belajar. Sepanjang proses
menghasilkan tugasan ini, pelajar juga akan meningkatkan kemahiran berpasukan supaya
dapat menghasilkan tugasan yang baik.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1 - Penulisan Esei (1200p.p) (40%)

1. Tugasan dilaksanakan secara individu


2. Pelajar perlu mendapatkan sumber maklumat daripada SATU artikel atau jurnal .
3. Maklumat daripada sumber artikel atau jurnal hendaklah diproses, ditafsir, dinilai dan

seterusnya disintesis untuk menghasilkan penulisan esei yang berkualiti.

4. Artikel atau jurnal tersebut perlu dilampirkan bersama dengan hasil penulisan
5. Penghujahan perlu diperincikan dan disertakan dengan contoh yang releven
6. Penulisan mestilah berdasarkan kepada format gaya ‘APA’
7. Panjang esei adalah 1200 patah perkataan (4 – 7 muka surat sahaja) tidak termasuk
rujukan dan lampiran.
8. Sumber rujukan hendaklah disenaraikan mengikut format gaya ’APA’

Tugasan 2 dan Tugasan 3: KUIZ 1 & KUIZ 2 – (10% + 10%)


1. Secara INDIVIDU, pelajar dikehendaki menjawab soalan Kuiz 1 dan Kuiz 2 berkaitan
konsep kemahiran belajar, Model Pembelajaran Pelajar, pengurusan diri dan
penyesuaian sosial dalam persekitaran pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Tugasan 4: Penghasilan Produk (500 p.p) (40%)

1. Tugasan dilaksanakan secara Individu


2. Pelajar menghasilkan produk pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran belajar
dengan membuat rumusan terhadap pelaksanaan syariat Islam dan isu-isu berkaitan
sistem ibadah daripada pelbagai sumber yang boleh menjadi pegangan kepada
masyarakat.

2
3. Pelajar dikehendaki mendapatkan maklumat daripada sumber –sumber iaitu buku dan
jurnal yang terkini.
4.
5. Maklumat daripada sumber-sumber tersebut hendaklah diproses, ditafsir, dinilai dan
seterusnya disintesis untuk menghasilkan produk yang berkualiti.
6. Maklumat diproses dan dipersembahkan menggunakan aplikasi perisian komputer
dalam bentuk AnyFlip dan dimuat naik dalam Google Classroom.
7. AnyFlip yang dihasilkan hendaklah menunjukkan ciri-ciri kematangan akademik,asli,
kreatif dan kritis dan inovatif.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

1. Tugasan ialah tugasan individu. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk
mengumpul data atau maklumat.

2. Rujukan yang dikemukakan hendaklah yang mencukupi dan terkini. Senarai rujukan
perlu dilampirkan dalam setiap tugasan anda.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 11 point
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format A.P.A (American Psychological Association)

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan
digagalkan kerja kursus.

5. Muka depan tugasan merangkumi:


i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Jenis Tugasan
viii. Tarikh Hantar

6. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

7. Tugasan ini membawa peratusan wajaran 100%.


3
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Laporan tugasan mempunyai isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

2. Laporan tugasan menunjukkan keaslian dari segi hujah dan persembahan serta
menunjukkan bukti pembacaan dari pelbagai sumber

3. Bukti, bahan dan citation yang menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan

Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Noraini Latifah
( PN. NORAINI ZAKARIA) ( PN. LATIFAH MONNAS)
Penyelaras GKEB1072 Pakar Bidang (SME)
Jabatan llmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tawau IPG Kampus Tawau

Disahkan oleh:

Latifah
(PN. LATIFAH MONNAS)
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tawau

You might also like