You are on page 1of 5

LAMPIRAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK : 2021

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA NAMA PELAJAR :


MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER / TAHUN : SEM 1 / TAHUN 2
KOD : EDUP 3043
AMBILAN : JUN 2020
KURSUS : PENGURUSAN BILIK DARJAH
KUMPULAN : SN1, SN2, MT1, MT2, PAI1,
DAN TINGKAH LAKU PAI2, PJ1, PJ2, PJ3, BM1, BM2, BM3, BM4

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR JAM PEMBELAJARAN


PELAJAR

1. Pengurusan Grafik 21 Julai 2021 28 Julai 2021 2 Jam

2. Penulisan Akademik 21 Julai 2021 07 September 2021 8 Jam

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan secara mendalam konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
yang berkesan (C2, LO1)
2. Membincangkan dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan membina hubungan yang positif di dalam bilik
darjah aliran perdana dan inklusif (C4, LO3, CTPS3)
3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan (C4, LO3, LO6, CTPS3,
LL1)
4. Memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani
tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah (C5, A1, CTPS3)
5. Membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif dan inovatif
(C6, LO3, CTPS3)

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.


Objektif Kerja Kursus:
Pelajar berupaya untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menghasilkan pengurusan grafik secara menyeluruh tentang pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku yang berkesan.
2. Menjelaskan secara terperinci peranan guru dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif.
3. Menerangkan secara kritis peranan guru dalam mengurus tingkah laku murid
yang bermasalah di dalam bilik darjah.

TUGASAN 1 : Pengurusan Grafik (10%)

Pengurusan bilik darjah bertujuan untuk membentuk kawalan diri pelajar melalui proses
mempromosikan pencapaian dan tingkah laku positif pelajar. Oleh itu, pencapaian
akademik, keberkesanan guru serta tingkah laku guru dan pelajar secara langsung
dikaitkan dengan konsep pengurusan bilik darjah.
(Ritu Chandra, 2015)
Berdasarkan rangsangan di atas, anda dikehendaki membina pengurusan grafik
mengikut pengkhususan major masing-masing yang berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku murid.

Pengurusan grafik tersebut perlulah merangkumi aspek-aspek berikut:

1. Konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan


2. Peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif
3. Menganalisis isu tingkah laku bermasalah murid yang berlaku mengikut konteks
pengkhususan major masing-masing.
4. Menilai pemilihan model pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai untuk
mengatasi isu tingkah laku murid.

TUGASAN 2 : Penulisan Akademik (40%)

Berdasarkan isu yang telah dikenalpasti dalam Tugasan 1, pelajar dikehendaki


menyediakan penulisan akademik dengan menganalisis dan menilai secara kritis
peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Pelajar juga perlu memilih model-model pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai
untuk menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah mengikut konteks pengkhususan
major masing-masing.
Berikan justifikasi pemilihan model tersebut serta bincangkan intervensi-intervensi yang
sesuai bagi menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh
murid.

Arahan Kerja Kursus

Tugasan 1: Pengurusan Grafik

1. Memahami konsep pengurusan bilik darjah, peranan guru dalam


pengurusan bilik darjah, membina hubungan yang positif di dalam bilik
darjah, model pengurusan disiplin bilik darjah, pengurusan tingkah
laku bermasalah dalam bilik darjah dan intervensi menangani tingkah
laku bermasalah.

2. Membina pengurusan grafik yang infomatif dan menarik untuk menunjukkan


hubungkait peranan guru dengan isu tingkah laku bermasalah murid yang
berlaku mengikut konteks pengkhususan major masing-masing.

3. Memilih model pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai untuk mengatasi isu
tingkah laku murid.

Tugasan 2: Penulisan Akademik

1. Memahami konsep pengurusan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dan
intervensi menangani tingkah laku bermasalah.

2. Membincangkan isu yang telah dikenalpasti dalam Tugasan 1 dan menganalisis


secara mendalam justifikasi pemilihan model pengurusan disiplin bilik darjah bagi
mengatasi isu mengikut pengkhususan major masing-masing.

3. Membincangkan intervensi-intervensi yang sesuai bagi menangani jenis-jenis


tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid.

4. Dalam mendapatkan maklumat, anda boleh menggunakan pelbagai sumber


termasuklah dengan merujuk kepada pakar yang berkaitan, badan-badan
berautonomi dan sumber-sumber lain yang sesuai. Segala sumber rujukan
tersebut perlulah dibuktikan secara fizikal.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Panjang penulisan pengurusan grafik haruslah tidak kurang daripada 300 patah
perkataan dan penulisan akademik tidak kurang daripada 1,300 patah perkataan.
2. Tugasan 1 dan 2 adalah tugasan individu.

3. Pelajar boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

4. Format pengurusan grafik dan penulisan akademik adalah seperti berikut:


i. Fon Arial
ii. Saiz huruf adalah 11 point
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

5. Muka depan pengurusan grafik dan penulisan akademik merangkumi butiran-butiran


berikut:
 Nama Pelajar
 Angka Giliran
 No. Kad Pengenalan
 Semester/Tahun
 Ambilan
 Kumpulan/Unit
 Kod dan Nama Kursus
 Tajuk Tugasan
 Nama Pensyarah Akademik
 Tarikh Hantar

6. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam penulisan anda.

7. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.

8. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya seseorang pelajar didapati
melakukan plagiarisme boleh dikenakan tindakan-tindakan berikut:

a. Tindakan tatatertib seperti yang diperuntukkan Akta 174, Akta Institusi-


institusi Pelajaran Tatatertib Pindaan 2012 – Bahagian V (Tatacara Tatatertib)
b. Dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan dan diberikan Gred F
dan Nilai Mata Gred 0.00

9. Pelajar WAJIB sertakan Borang Maklum Balas Kerja Kursus di muka depan tugasan
anda.

10. Pelajar mesti menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
lewat dihantar tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Bukti-bukti, bahan dan “citation” yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

MASZURIA

(DR. NURDIANA BINTI ABDULLAH) (MASZURIA BINTI ABD GHANI)


Pensyarah Kursus EDUP3043 Pensyarah SME
Jabatan Kecemerlangan Akademik Jabatan lmu Pendidikan
IPGK Temenggong Ibrahim. IPGK Temenggong Ibrahim.

Disahkan oleh:

(TN. HJ. HAMDAN BIN ZAINAL AFUAD)


Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Temenggong Ibrahim.

You might also like