You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2020

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: EDUP3013 Semester / Tahun: Sem 1 / Tahun 1


Ambilan: Jun 2020
Kumpulan: BM, TESL, PAI, BKD
Nama Kursus: Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
Tugasan 1: Penulisan Akademik 1 Oktober 2020 26 Oktober 2020
Tugasan 2: Pembentangan 9 November 2020 17 November 2020

Tugasan 3: Kuiz 1 Oktober 2020 9 Oktober 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan


sistem pendidikan di Malaysia. (C2, LO1)
2. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan
pendidikan serta cabang-cabang Falsafah melalui tinjauan literatur. (C2, A2, LO1,
LO6, LL1)
3. Menilai elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) dalam perkhidmatan perguruan. (C5, LO3, CTPS2)
4. Menganalisis model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah dalam aktiviti
pembentangan. (C4, A4, LO3, LO4, CTPS3, CS4)
5. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan yang
relevan. (C4, LO3, LO6, CTPS3, LL1)

Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menganalisis isu-isu pendidikan (Tajuk 7, RMK) dan menghasilkan satu penulisan


akademik melalui sumber rujukan yang relevan.
2. Menganalisis model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah melalui
pembentangan individu (10 paparan slaid).
3. Menjelaskan konsep dan kandungan Tajuk 1, 2 dan 3 (RMK) dalam soalan struktur
kuiz.
Tugasan 1: Penulisan Akademik (30%) (Individu)

Penilaian prestasi di peringkat antarabangsa amat diperlukan bagi mengukur pencapaian


pencapaian sesebuah negara. Standard Prestasi Antarabangsa (SPA) adalah satu ukuran
yang dapat menilai tahap keberkesanan kurikulum dan kaedah pengajaran di dalam
1
sesebuah negara di samping dapat membanding beza tahap pencapaian pelajar daripada
pelbagai negara. Malaysia telah mengambil bahagian dalam penilaian antarabangsa dengan
matlamat untuk mengukur sejauh mana sistem pendidikan di Malaysia mampu melahirkan
modal insan kelas pertama dan seimbang selaras seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Antara penilaian antarabangsa yang disertai oleh Malaysia adalah
Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian
Pelajar Antarabangsa (PISA). Walau bagaimanapun, pencapaian Malaysia dilihat tidak
konsisten sejak penglibatannya pada tahun 1999.

Ekoran daripada isu ini, ulaskan punca pencapaian di Malaysia yang tidak konsisten dan
perincikan perubahan serta penambahbaikan dalam kurikulum sekolah di Malaysia bagi
menaikkan purata global Malaysia dan berada dalam satu pertiga kedudukan daripada
negara-negara yang mengambil bahagian dalam pentaksiran antarabangsa, selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bilangan patah perkataan adalah
1000.

Tugasan 2: Pembentangan (10%) (Individu)

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kurikulum bermaksud segala rancangan


pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Perkembangan kurikulum di Malaysia
merujuk kepada dua model utama iaitu Model Objektif yang dipelopori oleh Ralph Tyler dan
Hilda Taba manakala Model Proses pula diperkenalkan oleh Lawrence Stenhouse.

Anda dikehendaki membuat perbandingan antara Model Objektif dan Model Proses dalam
pelaksanaan kurikulum.

Tugasan 3: Kuiz (10%) (Individu)

Anda dikehendaki menjawab ujian kuiz yang mengandungi 2 soalan struktur yang
merangkumi tajuk 1, 2 dan 3 dalam Ringkasan Maklumat Kursus Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia (EDUP3013).

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Tugasan 1, 2 dan 3 adalah tugasan individu.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
a. Word File
b. Font Arial
c. Saiz huruf ialah 11
d. Langkau satu setengah baris
e. Rujukan mengikut format APA
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4. Muatnaik tugasan 1 dan tugasan 2 dalam Google Classroom.
5. Tugasan penulisan akademik membawa wajaran 30%, pembentangan 10% dan kuiz
2
10%.
6. Muka depan tugasan merangkumi:
a. Nama pelajar
b. Angka giliran
c. Nombor Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
e. Kod dan Nama Kursus
f. Tajuk Tugasan
g. Nama Pensyarah
h. Tarikh Hantar
i. Markah
j. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah:
Komen Pensyarah Tandatangan dan Tarikh

Kriteria Pentaksiran:
Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _____________________________
(DR. ADELINE LEONG SUK YEE) (PN. MIRIN MERYLENE MAGABI)
Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:
___________________
(PN. JULIANA DUMPIL)
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

You might also like