You are on page 1of 5

Isi Kandungan

1.0 LAPORAN REFLEKTIF KIT PEMBELAJARAN ........................................................ 2

2.0 RUJUKAN .................................................................................................................. 5

1
1.0 LAPORAN REFLEKTIF KIT PEMBELAJARAN

Proses PdP dengan menggunakan aktiviti SDP merupakan salah satu cara yang
terbaik untuk diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah. Setelah selesai menjalankan simulasi
aktiviti SDP bersama rakan kumpulan saya, saya berasa sangat gembira dan berpuas hati
kerana dia banyak membantu saya sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. Selain itu, saya
berasa amat bangga dan kagum dengan diri saya sendiri kerana saya melalui aktiviti SDP
tersebut, saya telah mempunyai keyakinan untuk menyanyi degan baik di hadapan kelas di
mana saya tidak pernah mempunyai keyakinan untuk melakukan hal itu.

Semasa menjalankan aktiviti SDP tersebut, saya mendapati bahawa terdapat


beberapa kekuatan yang ditonjolkan kit pembelajaran saya yang tidak terdapat pada rakan
sekelas lain. Antaranya ialah lirik lagu yang digunakan bagi aktiviti tersebut adalah ringkas
dan mudah untuk diingat oleh murid. Hal ini kerana, lirik yang panjang akan menyukarkan
pelajar untuk menghafal dan mengingati isi pembelajaran yang terdapat pada lirik (Nurhayati,
2009). Aktiviti menyanyikan lagu secara serentak bersama guru juga merupakan sisi positif
aktiviti ini lebih-lebih lagi apabila saya mempunyai rakan kumpulan yang turut menyanyi
bersama. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid untuk lebih bersemangat
kerana nyanyian bersama guru merupakan satu bimbingan kepada mereka (Hasan, 2008).
Melodi yang telah saya guna merupakan melodi sedia ada dan hal ini telah memudahkan
aktiviti SDP dijalankan kerana isi pembelajaran dapat diberi fokus yang lebih berbanding
sekiranya menggunakan melodi yag baharu. Penggunaan masa juga dapat dijimatkan dan
boleh diguna untuk mengukuhkan lagi kandungan pembelajaran yang hendak disampaikan.
Dalam pada itu, aktiviti SDP ini memerlukan saya melakukan pergerakan SDP di hadapan
kelas seperti pergerakan bukan lokomotor yang melibatkan arah dan menurut Syahrial (2015),
ini mampu membantu murid untuk mengingati isi pembelajaran dengan lebih cepat. Bantuan
rakan kumpulan yang berada di bahagian hadapan sebelah kiri kelas juga amat membantu
kerana murid boleh melihat kedua-dua pergerakan dengan lebih jelas dan secara menyeluruh.

2
Selain itu, terdapat juga kelemahan yang boleh diperbaiki terhadap aktiviti SDP saya
di mana pengurusan masa perlulah ditambah baik. Hal ini demikian kerana saya sepatutnya
menyiapkan sebahagian daripada kit pembelajaran agar ketika di dalam kelas, murid hanya
boleh menyiapkan kit tersebut berpandukan contoh yang telah saya buat. Saya juga
mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti di peringkat awal ketika pembahagian bahan adalah
tidak teratur kerana bahan yang diedarkan terjatuh dan memakan masa kerana murid
dibenarkan memilih bahan tersebut di tempat masing-masing. Selain itu, melihat dari aspek
seni visual, kit pembelajaran yang saya gunakan menggunakan warna yang terlalu kontra di
mana isi pembelajaran kelihatan tidak menyerlah dan hal ini akan menyukarkan murid untuk
memberi fokus kepada isi pembelajaran kerana murid sekolah rendah lebih tertarik kepada
warna (Shahabuddin et. al, 2006). Pemilihan bahan yang saya gunakan iaitu kertas A4 adalah
kurang sesuai dengan murid sekolah rendah kerana fizikalnya yang nipis dan mudah terkoyak
menyebabkan aktiviti menghias dengan menggunakan teknik gosokan tidak dapat dijalankan
dengan baik. Dalam pada itu, merujuk kepada aspek seni pergerakan, saya mendapati
bahawa pergerakan yang digunakan bersama ketika nyanyian lagu tidak dizahirkan ke dalam
bentuk yang lebih jelas kerana saya hanya memfokuskan terhadap pergerakan yang
melibatkan motor halus.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran


(PdP) lebih bermakna, saya perlu membuat beberapa penambahbaikkan terhadap aktiviti
SDP yang telah dijalankan. Bagi aspek pengurusan masa, saya perlu menyiapkan
sebahagian daripada kit di luar bilik darjah sebelum memberi tugasan kepada murid untuk
sama-sama menyumbang tenaga terhadap kit. Hal ini kerana sekiranya terdapat contoh yang
telah siap pada kit, murid lebih senang untuk melakukan tugas masing-masing kerana mereka
mempunyai panduan (Tejo, 2011). Semasa mengedarkan bahan,saya boleh menggunakan
stesen-stesen dan membahagikan pelajar kepada kumpulan yang akan bergerak secara
bergilir-gilir ke stesen bagi mendapatkan bahan yang diperlukan. Bagi aspek seni visual,
penambahbaikan boleh dilakukan terhadap penggunaan bahan seperti kertas A4 dengan
menggunakan kertas lukisan yang fizikalnya lebih tebal dan tidak mudah terkoyak untuk
aktiviti mencorak menggunakan teknik gosokan. Warna yang kontra pada kit buku perlulah
diubah kepada warna yang harmoni kerana penggunaan warna yang kontra akan
menenggelamkan kandungan pembelajaran seperti gambar alatan dan fungsinya. Namun,
sekiranya gambar alatan dan fungsinya menggunakan warna yang kontra, hal ini adalah lebih
baik kerana murid akan lebih fokus kepada isi pembelajaran dan bukannya warna kit buku
berkenaan. Aspek seni pergerakan yang boleh ditambah baik adalah melalui pergerakan
ketika lagu dimainkan adalah dengan menggunakan kemahiran motor kasar. Hal ini kerana,
pergerakan yang melibatkan kemahiran motor kasar adalah lebih jelas dan mudah difahami

3
serta diingati murid (Encep & Muhammad, 2018). Sebagai contoh, cara penggunaan ragum
kakak tua lebih mudah diingat sekiranya melibatkan penggunaan kedua-dua tangan untuk
melakukan demonstrasi penggunaan berbanding hanya dengan penggunaan yang
melibatkan jari tangan.

Kesimpulannya, pelaksanaan aktiviti ini telah memberi pengetahuan dan pengalaman


secara langsung kepada saya dalam menjalan aktiviti SDP semasa menyampaikan
kandungan pebelajaran. Saya mendapati bahawa proses PdP adalah lebih bermakna
sekiranya aspek SDP digunakan secara menyeluruh dan efektif serta mengambil kira faktor-
faktor sampingan seperti bilangan murid dan pengurusan masa. Sebagai seorang guru, saya
perlu menguasai secara mantap ilmu serta kemahiran dalam SDP agar dapat membantu
mereka menjalankan PdP secara menarik dan sesuai dengan tuntutan zaman kini yang lebih
mengutamakan pembelajaran abad ke-21 (PA-21).

4
2.0 RUJUKAN

Nurhayati Lusi. (2009). Penggunaan Lagu dalam Pembelajaran Bahasa Inggris untuk Siswa
SD; Mengapa dan Bagaimana. Yogyakarta: Yogyakarta State University.

Hasan Saragih. (2008). Kompetensi Minimal Seorang Guru dalam Mengajar. Jurnal
Tabularasa PPS UNIMED. 5(1), 23-34.

Syahrial Bakhtiar. (2015). Merancang Pembelajaran Gerak Dasar Anak. Padang: Unversitas
Negeri Padang Press.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2006). Psikologi Pendidikan.
Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.

Tejo Nurseto. (2011). Membuat Media Pembelajaran yang Menarik. Jurnal Ekonomi dan
Pendidikan. 8(1), 19-35.

Encep Sudirjo & Muhammad Nur Alif. (2018). Pertumbuhan dan Perkembangan Motorik:
Konsep Perkembangan dan Pertumbuhan Fisik dan Gerakan Manusia. Bandung: UPI
Sumedang Press.

You might also like