You are on page 1of 4

Temu Bual EDUP 3033

Nama: Puan Chern Mee Hong

Umur: 51 tahun

Jawatan: Guru SJK(C) Bukit Siput

Tarikh Temu Bual: 3 Mac 2021 (Rabu)

Masa Temu Bual: 11:57a.m – 12:15 p.m.

Lokasi Temu Bual: Pejabat Guru SJK(C) Bukit Siput

______________________________________________________________
Skrip Temu Bual
Saya: Selamat pagi cikgu, bolehkah cikgu memperkenalkan diri?

Cikgu Chern: Nama saya Chern Mee Hong, saya berumur 51 tahun, saya
tinggal di Segamat, Johor dan saya mempunyai 2 orang anak lelaki.

Saya: Berapa lamakah cikgu berkhidmat dalam sekolah ini?

Cikgu Chern: 21 tahun….dah lama…orang lama.

Saya: Apakah subjek yang pernah diajar oleh Cikgu Chern?

Cikgu Chern: Saya mengajar Bahasa Cina dan Bahasa Melayu sejak saya
melangkah ke sekolah ini… maknanya sudah 21 tahun la...saya mengajar
subjek Bahasa Melayu…yang lain Moral, Sains, Matematik juga ajar.

Saya: Baik…biasanya cikgu mengajar murid darjah berapa?

Cikgu Chern: Tahap 2. Darjah 4 hingga 6.

Saya: Berdasarkan pengalaman Cikgu Chern, apakah perbezaan individu


dari segi fizikal dalam kalangan murid-murid?

Cikgu Chern: Fizikal? Oh…murid-murid lelaki nampaknya mempunyai


perkembangan yang lebih ketara berbanding dengan murid perempuan…
dapat dilihat dari segi saiz badan, ketinggian dan sebagainya..satu lagi murid-
murid sekarang bertambah aktif, suka bercakap, kurang mendengar.

Saya: Adakah perbezaan individu dari segi sosial?


Cikgu Chern: Ada, ada yang pendiam sangat… ada yang suka bercakap…
dan ada yang tak boleh duduk diam.

Saya: Oh…baik. Boleh dikatakan bahawa wujudnya perbezaan antara murid


lelaku dengan murid perempuan, adakah cikgu bersetuju dengan fakta ini?

Cikgu Chern: Setuju…nampak sangat la. Murid lelaki biasanya lebih nakal,
murid perempuan juga ada yang nakal..tapi murid perempuan, kalau kami
tegur, mereka lebih dengar nasihat kalau dibandingkan dengan murid lelaki.
Selain itu, dapat dilihat murid perempuan lebih bertumpu semasa guru
sedang mengajar, lelaki kurang sedikit…

Saya: Bagaimanakah perbezaan dari segi keputusan murid-murid?

Cikgu Chern: Haha…saya rasa biasanya perempuan mendapat keputusan


yang lebih cemerlang berbanding dengan lelaki….kemajuan lebih nampak
sikit.

Saya: Baik. Tidak dapat dinafikan bahawa gaya pembelajaran yang sesuai
dengan murid amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan. Adakah cikgu bersetuju dengan ini?

Cikgu Chern: Emm…saya rasa nampak juga. Memang tidak dinafikan setiap
murid mempunyai cara belajar yang berbeza…. Ada murid yang suka dengan
gaya pembelajaran visual seperti menonton video, ada murid yang suka
mendengar dan ada yang suka gaya pembelajaran yang banyak bergerak.
Tapi sekarang, murid tidak suka gaya pembelajaran pendengaran, mereka
lebih berpandukan penglihatan.

Saya: Bagaimanakah dengan keupayaan pembelajaran murid-murid?

Cikgu Chern: Ini berpandukan kepada keluarga mereka… Kalau ibu bapa
yang lebih prihatin dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka, jadi
nampak la perbezaan.

Saya: Bagaimanakah juga dengan tahap penguasaan murid-murid dalam


subjek yang diajar seperti Bahasa Cina dan Bahasa Melayu?

Cikgu Chern: Maknanya tahap penguasaan yang berbeza? Kalau dia minat,
dia cepat menguasai la…macam ada murid yang minat subjek bahasa
Melayu, bahasa Melayu baik la. Terpulang juga dengan keluarga mereka, ada
yang keluarganya bertutur dalam bahasa Inggeris, jadi mereka lebih lemah
dalam bahasa Cina….lebih berpandukan kepada keluarga.

Saya: Perbezaan individu juga boleh dilihat dari segi emosi. Bagamanakah
dengan pendapat cikgu?

Cikgu Chern: Nampak sangat…jika murid marah, dia akan tunjuk perasaan
marah…rasa gembiranya, bila dia nak bercakap, guru tak beri peluang
bercakap, dia masih nak bercakap untuk menyampaikan apa yang ingin
disampaikan.

Saya: Bagaimanakah perbezaan individu dari segi kaum pula?

Cikgu Chern: Ini saya rasa tak nampak sangat la…dalam sekolah cina ini,
boleh dinampak subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid Melayu
dan India lebih baik berbanding dengan murid kaum Cina.

Saya: Seterusnya, bagaimanakah cikgu mengatasi masalah isu perbezaan


individu dalam kalangan murid dalam satu kelas?

Cikgu Chern: Saya akan memberi kelas tambahan kepada murid yang lemah
dalam subjek tertentu. Selain itu, saya akan meminta murid yang mampu
menguasai untuk membimbing murid yang belum menguasai…Tambahan
pula, saya akan memberi prihatin dan kasih sayang kepada mereka supaya
mereka suka akan cikgu dan apabila mereka suka akan cikgu, mereka akan
suka belajar.

Saya: Bagaimanakah juga dengan murid lembam (slow learner)?

Cikgu Chern: Saya akan sentiasa bertumpu kepada murid tersebut…sebut


namanya, pandangan mata.

Saya: Pada pendapat anda, apakah kepentingan perbezaan individu dalam


satu kelas?

Cikgu Chern: Sememangnya perbezaan individu penting untuk menunjukkan


ciri-ciri tersendiri setiap pelajar. Ada pelajar yang kreatif, ada yang suka
bercipta, ada yang pandai dan sebagainya. Dengan ini, kami sebagai guru
sudah tahu perangai dan kelakuannya, lebih senanglah mereka nak mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran, kan?

Saya: Baik, setakat ini sahaja. Terima kasih Cikgu Chern.

Cikgu Chern: Sama-sama.

Saya _____________________________ dengan ini mengesahkan


bahawa rekod temu bual yang dinyatakan seperti di atas adalah benar.

Tandatangan:

________________________

Nama:

Tarikh:

Jawatan:

You might also like