You are on page 1of 11

2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Soalan 1
Pada pendapat Fairose Shamsudin (2009), bentuk kata merupakan unit
tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan dan pengakroniman. Perkataan
didefinisikan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi maksud
yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. (Nik
Safiah Karim, 2015). Perkataan terbahagi kepada empat jenis iaitu kata tunggal,
kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Unsur-unsur yang membentuk kata
dikenali sebagai morfem dan gabungan morfem menjadi kata yang dikenali
sebagai morfologi. Menurut Nik Safiah Karim dan Shahidah Hashim (2019),
terdapat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan,
penggandaan dan pengakroniman. Proses pembentukan kata ini telah
membentuk empat bentuk kata yang dikenali sebagai bentuk kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan juga kata ganda.

Bentuk kata tunggal dimaksudkan sebagai perkataan yang tidak


menerima sebarang imbuhan dan juga tidak mengalami proses penggandaan
dan perangkaian. Dalam Bahasa Melayu, kebanyakan kata tunggal yang
mempunyai potensi untuk diperluaskan dan seterusnya terjadi bentuk terbitan.
Kata tunggal boleh dibahagi kepada dua iaitu unit yang bebas dan boleh berdiri
sendiri sebagai satu ayat, misalnya Siapa? , Saya. , Apa?, Ini. Selain itu, jenis
kata tunggal yang kedua merujuk kepada kata tugas yang merupakan unit yang
tidak dapat berdiri sendiri dan memerlukan sekurung-kurungnya satu unit yang
bebas untuk melaksanakan tugas nahunya misalnya di, ke, untuk, daripada.
Dari segi persukuan kata, kata tunggal boleh melibatkan satu suku kata atau
lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata dapat dibentuk daripada satu
vokal (V) sahaja dan disertai dengan satu konsonon (K), atau satu vokal disertai
dengan beberapa konsonon. Konsonon boleh wujud di depan atau di belakang
vokal atau hadir serentak di depan dan belakang vokal. Bukan itu sahaja,
terdapat juga konsonon yang hadir secara bergugus (KK).

1
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

Dalam Bahasa Melayu, perkataan yang terdiri daripada satu suku kata
sangat terhad. Biasanya perkataan seperti ini adalah pinjaman daripada
bahasa asing seperti bahasa Arab dan juga bahasa Inggeris. Terdapat juga
perkataan yang merupakan singkatan bagi perkataan yang terdiri daripada dua
suku kata atau lebih, contohnya engkau untuk kau dan aku untuk ku. Namun,
perkataan-perkataan ini tidak dikira sebagai perkataan satu suku kata. (Nik
Safiah Karim et al., 2015) Pola gabungan konsonon-vokal dalam kata tunggal
satu suku kata adalah:

1. KV- ya

2. VK- am

3. KVK- tin

4. KKVK- krim

5. KVKK- zink

6. KKKV- skru

7. KKKVK- skrip

Dalam contoh 4, 5, 6, 7 yang mempunyai gugus konsonon merupakan


kata pinjaman daripada bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Dalam Bahasa
Melayu, tidak mewujudkan pola-pola V dan juga KKVKK.

Kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku


kata. Pola kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata adalah seperti:

1. V+KV– apa

2. V+VK- air

3. V+KVK– ubat

4. VK+KV- undi

5. VK+KVK– akrab

6. KV+V- tua

2
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

7. KV+VK- buat

8. KV+KV- saya

9. KV+KVK- cawan

10. KVK+KV- pintu

11. KVK+KVK- santai

Kata tunggal yang terdiri daripada tiga suku kata adalah lebih kecil
berbanding dengan kata tunggal dua suku kata tetapu pola susunan konsonon-
vokal adalah banyak dan biasanya terdiri daripada kata pinjaman.

1. KV+V+KV- biasa

2. KV+V+KVK- siasat

3. V+KV+V- idea

4. KV+KV+V- mulia

5. KVK+KV+V- rahsia

6. KV+KV+VK- sekian

7. KVK+KV+VK- manfaat

8. V+KV+KV- udara

9. V+KV+KVK- akibat

10. VK+KV+KV- istana

11. KV+KV+KV- budaya

12. KVK+KV+KV- bendera

13. VK+KV+VK- ilmiah

14. V+KV+VK- amuan

15. KV+KV+KVK- hikayat

16. KVK+KV+KVK- sembilan

3
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

17. KV+KVK+KV- belanja

18. KVK+KVK+KV- sempurna

Jumlah kata tunggal empat suku kata dan lebih adalah agak kecil dan
biasanya merupakan kata pinjaman. (Mohammad Bin Rentak, 2013) Antaranya
ialah:

1. KV+KV+VK+KV- keluarga

2. KV+KVK+KV+KV- peristiwa

3. KVK+KV+KV+KV- laksamana

4. KVK+KV+V+KV- sentiasa

5. KV+KV+KV+KV- serigala

6. KV+KV+KV+KVK- generator

7. KVK+KV+KV+KVK- sentimeter

8. KVK+KVK+KV+KV- singgahsana

9. KV+KV+V+KVK- nasional

10. V+KV+KVK+KV+KVK- universiti

11. KVK+KV+KV+KV+KVK- cenderawasih

12. KV+KV+KV+ KV+KV+KV+KV- maharajalela

Menurut Nik Safiah Karim dan et. al. (2015), kata akronim juga termasuk
dalam kata tunggal. Kata akronim merujuk kepada kata singkatan yang
dihasilkan melalui proses penggabungan huruf awal suku kata atau dengan
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu perkataan kemudian
ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Terdapat tiga cara untuk
menulis kata akronim berdasarkan pada cara pembentukan akronim tersebut.
Cara pertama adalah akronim yang dibentuk daripada gabungan beberapa
huruf awal perkataan yang terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan

4
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

huruf besar seluruhnya. Sebagai contoh, ABIM yang merujuk kepada Angkatan
Belia Islam Malaysia. Cara yang kedua, akronim dapat dibentuk daripada
gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku
kata. Huruf pertama harus dieja dengan huruf besar disebabkan terbentuk itu
kata nama khas. Contohnya, Perkeso merupakan akronim kepada Pertubuhan
Keselamatan Sosial. Yang ketiga, akronim dibentuk dengan gabungan suku
kata dengan suku kata dan kesemuanya ditulis dalam huruf kecil misalnya
cerpen merujuk kepada cerita pendek.

Menurut Nik Safiah Karim dan etal., (2015), kata ganda merupakan
bentuk yang diwujudkan dengan menggandakan kata dasar pada bahagian-
bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Berdasarkan
pendapat Nik Safiah Karim et. al. (2015), jenis penggandaan terbahagi kepada
tiga iaitu, penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan
berentak. Penggandaan penuh merupakan kata ganda yang mengulangi
keseluruhan kata dasar. (Asmah Haji Omar, 2008) Selain itu, penggandaan
separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata digandakan manakala
penggandaan berentak didefinisikan sebagai perkataan yang digandakan
mengikut rentak bunyi dalam kata dasar. (SIti Fatimah Mohd Ali, 2015)

Penggandaan penuh merupakan proses menggandakan keseluruhan


kata dasar sama ada kata dasar itu mempunyai imbuhan ataupun tidak.
Contohnya kanak-kanak dan murid-murid merupakan penggandaan penuh
kata tunggal. Bagi penggandaan penuh kata berimbuhan boleh terbahagi
kepada tiga iaitu dengan awalan, misalnya pembesar-pembesar, pemain-
pemain dan dengan akhiran seperti amaran-amaran, jualan-jualan serta
dengan apitan misalnya persatuan-persatuan, permainan-permainan.

Penggandaan separa dimaksudkan sebagai proses yang


menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri
daripada kata tunggal ataupun kata terbitan. Dalam penggandaan separa kata
tunggal, laki menjadi lelaki dan tikus menjadi tetikus manakala penggandaan

5
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

separa kata berimbuhan terbahagi kepada tiga jenis iaitu dengan awalan,
akhiran dan juga apitan. Penggandaan separa kata berimbuhan dengan
awalan dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata kerja dan juga kata adjektif.
Contoh bagi kata kerja adalah berkata-kata, tersenyum-senyum, menangis-
nangis, dipukul-pukul manakala contoh bagi kata adjektif adalah setinggi-tinggi.
Bagi penggandaan separa kata berimbuhan dengan akhiran juga terbahagi
kepada tiga iaitu kata nama, kata kerja dan juga kata adjektif. Bagi kata nama
adalah menggunakan akhiran –an misalnya buah-buahan, orang-orangan
manakala kata kerja adalah menggunakan akhiran –kan dan -i misalnya tanya-
tanyakan dan amat-amati manakala kata adjektif menggunakan akhiran –an
seperti rindu-rinduan. Selain itu, pengganaan separa kata berimbuhan dengan
apitan terbahagi kepada dua iaitu kata kerja dan kata adjektif. Contoh bagi kata
kerja adalah seperti dimarah-marahi, meninggi-ninggikan, bertegur-teguran
dan contoh bagi kata adjektif adalah ketimur-timuran.

Penggandaan berentak merupakan proses menggandakan kata dasar


berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Seluruh kata dasar
dalam penggandaan berentak digandakan serta bunyi tertentu diulang atau
diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak, yang pertama merujuk
kepada penggandaan berentak pengulangan vokal. Penggandaan jenis inin
merupakan penggandaan yang terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya,
kuih-muih, gotong royong, hiruk pikuk. Jenis yang kedua dikenali sebagai
penggandaan berentak pengulangan konsonon. Jenis ini merupakan
penggandaan yang terdapat ciri persamaan pada bunyi konsonon tertentu
misalnya, batu-batan, kucar-kacir, huyung-hayang. Jenis yang terakhir adalah
penggandaan berentak bebas. Penggandaan jenis ini tidak mempunyai ciri-ciri
persamaan sama ada pada bunyi vokal atau konsonon. Sebagai contoh,
saudara-mara, lintang-pukang, anak-pinak.

Tuntasnya, terdapat empat proses pembentukan kata iaitu


pengimbuhan, pengmajmukan, penggandaan dan juga pengakroniman.
Daripada proses pembentukan kata terhasil bentuk kata. Bentuk kata juga

6
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

terbahagi kepada empat iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata
ganda. Malaysia sebagai sebuah negara membangun, haruslah mempunyai
satu bahasa kepunyaan sendiri. Bak kata pepatah, “bahasa jiwa bangsa”,
harapan supaya Bahasa Melayu teguh dan dapat terus bersaing dalam arus
global memerlukan usaha setiap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita
berperanan penting untuk memartabatkan Bahasa Melayu supaya dapat
menuju ke arah pembinaan dan penggunaan bahasa yang standard.

7
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

Soalan 2

Dalam bahasa Melayu, perkataan boleh digolongkan ke dalam sesuatu


golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, iaitu kriteria struktur fonologi
atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan juga kriteria semantic.
Secara umumnya, golongan kata utama dalam Bahasa Melayu boleh
dibahagikan kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan juga
kata tugas. (Nik Saifiah Karim et al, 2015)

Kata kerja dikenali sebagai sejumlah perkataan yang boleh dijadikan


unsur inti dalam binaan frasa kerja. Frasa kerja dibentuk daripada kata kerja
yang boleh disertai dengan beberapa unsur yang lain seperti kata bantu, objek,
pelengkap, ayat komplemen dan juga keterangan. Menurut Hasbu Sebu (2013),
kata kerja merupakan perkataan yang menerangkan sesuatu perbuatan
terhadap sesuatu. Pada pandangan Ghazali (2011) pula, kata kerja merupakan
binaan utama dalam kata kerja dan menunjukkan sesuatu kelakuan dan situasi
yang dilakukan. (Nawi Ismail, 2016) Secara umumnya, kata kerja yang
tergolong dalam golongan kata terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu
kata kerja aktif dan juga kata kerja pasif.

Kata kerja aktif merujuk kepada kata kerja yang wujud dalam ayat aktif,
iaitu ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul. Berdasarkan
pandangan Alaireena Hms (2016), ayat aktif dikenali sebagai ayat yang
menekankan atau mementingkan si pelaku sebagai subjek. Dalam kata kerja
aktif pula terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja aktif tak transitif dan juga
kata kerja aktif transitif.

Kata kerja aktif tak transitif merujuk kepada kata kerja yang boleh berdiri
sendiri dan tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan
maknanya. (Aisah, n.d) Selain itu, kata kerja aktif tak transitif juga boleh
terbahagi kepada dua subgolongan iaitu kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap dan juga kata kerja aktif tak transitif berpelengkap. Kata kerja aktif

8
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

tanpa pelengkap merujuk kepada kata kerja yang boleh berdiri tanpa
memerlukan objek atau penyambut. Sebagai contoh, Melati suka menari. dan
Dr. Aris sedang mengajar. Dalam kedua-dua ayat tersebut, dapat dilihat subjek
dan kata kerja dapat berdiri sendiri iaitu tanpa bergantung kepada unsur yang
lain untuk melengkapkan makna ayat. Kata kerja aktif tak transitif dalam contoh
ayat yang diberi adalah menari dan mengajar. Di samping itu, kata kerja aktif
tak transitif boleh diikuti dengan unsur keterangan yang memainkan peranan
untuk memberikan maklumat tambahan. Sebagai contoh, Melati suka menari
pada masa lapang. dan Dr, Aris sedang mengajar di kelas BM 1. Unsur
keterangan dalam kedua-dua ayat ini adalah pada masa lapang dan di kelas
BM 1.

Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang
perlu diikuti oleh pelengkap bagi melengkapkan maksud ayat. Unsur pelengkap
ini perlu dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau
penyambut hanya wujud selepas kata kerja transitif dan juga boleh mengalami
proses pasif. Pelengkap dikenali sebagai unsur yang hadir selepas kata kerja
tak transitif bagi tujuan untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat yang
mempunai kata kerja aktif tak transitif berpelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contohnya, Farhan tinggal di Taman Mewah. dan Keadaan nenek beransur
baik. Contoh ayat yang diberi menunjukkan tinggal dan beransur merupakan
kata kerja aktif tak transitif sementara unsur yang mengikutinya merupakan
pelengkap. Apabila pelengkap digugurkan, maksud ayat akan menjadi tidak
sempurna, misalnya *Farhan tinggal. dan *Keadaan nenek beransur. Bukan itu
sahaja, kedua-dua ayat ini tidak boleh dipasifkan, seperti *Baik diansurkan oleh
keadaan nenek. dan *Di Taman Mewah ditinggal oleh Farhan. Unsur-unsur
yang menjadi pelengkap biasanya terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi
nama, dan juga kata nama.

Kata kerja aktif transitif merupakan kata kerja yang mempunyai objek
atau penyambut yang terbentuk daripada frasa nama bagi menyempurnakan
maksudnya. Sebagai contoh, Suzie sedang menyapu sampah. dan Joel

9
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

mengirim surat kepada ayahnya di Kedah. Dalam kedua-dua contoh ini, kata
kerja menyapu dan mengirim merujuk kepada kata kerja transitif. Sekiranya
tidak mempunyai objek yang terdiri daripada frasa nama, makna ayat akan
menjadi tidak sempurna, misalnya Suzie sedang menyapu. dan Joel
mengirim.

Kumpulan kata kerja yang kedua adalah kata kerja pasif. Jika ditinjau
dari sudut Nik Safiah Karim et. al. (2015), kata kerja pasif merujuk kepada kata
kerja yang dibina daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif
menjadi ayat pasif. Sebagai contoh, Kawasan rumah telah dibersihkan oleh
adik. Kata kerja dibersihkan dalam ayat tersebut merupakan bentuk kata kerja
pasif. Bentuk ini terhasil dengan menukarkan ayat berbentuk aktif kepada ayat
pasif iaitu daripada membersihkan kepada dibersihkan. Oleh itu, terdapat satu
ukuran yang dapat digunakan untuk memastikan sama ada sesuatu kata kerja
itu transitif atau tak transitif adalah dengan melihat sama ada kata kerja itu
mampu mengalami proses pasif atau tidak. Contoh yang kedua, Surat itu
dikirim oleh Mei pagi tadi. Kata kerja dikirim merupakan bentuk kata kerja pasif.
Kata kerja dikirim akan menjadi mengirim dalam ayat aktif.

Kesimpulannya, terdapat dua kumpulan utama kata kerja yang dikenali sebagai
kata kerja aktif dan juga kata kerja pasif. Kata kerja aktif boleh dibahagi lagi
kepada dua iaitu kata kerja aktif tak transitif dan juga kata kerja aktif transitif.
Dalam kata kerja aktif tak transitif boleh terbahagi kepada dua subgolongan
iaitu kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap dan juga kata kerja aktif
transitif berpelengkap. Tuntanya, sikap berbangga harus diamalkan terhadap
Bahasa Melayu agar Bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat
sendiri. Ini merupakan tanggungjawab kita untuk memartabatkan Bahasa
Melayu supaya Bahasa Melayu dapat berkembang maju dan menjadi bahasa
antarabangsa. Masa depan Bahasa Melayu bergantung kepada sikap penutur
dan pengamal. (M. Jasni Majed, 2017) Kemantapan Bahasa Melayu bukan
sahaja disebabkan oleh kewujudan pertuturan dalam kalangan masyarakat,
malahan kualiti baahasa juga memainkan peranan yang penting. Bak kata

10
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

pepatah, “bahasa jiwa bangsa”, harapan supaya Bahasa Melayu teguh dan
dapat terus bersaing dalam arus global memerlukan usaha setiap rakyat
Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita berperanan penting untuk
memartabatkan Bahasa Melayu supaya dapat menuju ke arah pembinaan dan
penggunaan bahasa yang standard.

11

You might also like