You are on page 1of 11

PENULISAN LAPORAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1.0 Pengenalan
Selepas menjalani dan melaksanakan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
di Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana (SKBP), Pulau Pinang, saya banyak menimba
ilmu dan pengalaman yang cukup vital dan penting bagi pembinaan personaliti saya ke
arah menempuh cabaran dalam profesion perguruan ini. Saya berkesempatan untuk
mendalami peranan guru dalam Pendidikan Jasmani melalui pemerhatian, menemu
ramah dan mengikuti proses PdP dalam Pendidikan Jasmani. Berikut adalah refleksi
sepanjang masa saya berada di SKBP.

2.0 Pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP)


Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di SK Bertam Perdana, Pulau Pinang. Apabila saya perhatikan, dapat disimpulkan
bahawa hampir kesemua guru mengajar dengan penuh dedikasi. Pelbagai strategi dan
pendekatan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu kepada murid yang
berada di bawah penjagaan mereka semasa proses PdP berlangsung. Dalam konteks
tersebut, guru memainkan peranan yang sangat penting sebagai aktivator pembelajaran
bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

3.0 Tugasan di dalam dan di luar bilik darjah


3.1 Tugasan di dalam bilik darjah
Semasa sesi PdP Pendidikan Jasmani di bilik darjah, guru mengajar mengikut
rancangan harian yang telah disediakan oleh panitia serta menulis rancangan
harian yang sempurna. Guru tersebut memberi peluang kepada murid untuk
menunjukkan hasil kemahiran mengikut kreativiti yang melibatkan penguasaan
proses mental serta dorongan motivasi dalam pelaksanaan tugasan semasa
pembelajaran di dalam bilik darjah Tambahan disusuli dengan pandangan Mok
Soon Sang (2010), pengetahuan tentang pedagogi, pengetahuan kandungan,
pengetahuan tentang latar belakang murid dan pengetahuan kurikulum pedagogi
dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah penting dan kuat berdasarkan
kajian keberkesanan guru lebih daripada tiga dekad yang lampau. Kecemerlangan
dan kejayaan seseorang murid dilihat melalui kebergantungan kepada

1
pengetahuan, kefahaman dan transformasi guru dalam pengajaran. Justeru,
amalan penaakulan pedagogi memainkan peranan penting dalam mencorakkan
pengajaran yang berkesan.

3.2 Tugasan di luar bilik darjah


Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di padang, guru
sentiasa memastikan murid-muridnya berdisiplin dan mendengar arahan seperti
arahan memasukkan t-shirt sukan ke dalam seluar bagi murid lelaki dan arahan
menepati masa untuk ke padang. Jika murid tidak mendengar arahan dan tidak
berdisiplin, murid akan diberi teguran dan didenda oleh guru. Sebagai contoh
mengenakan denda mengutip sampah di kawasan sekitar. Selain itu, guru
Pendidikan Jasmani menggunakan peralatan yang sesuai dengan aktiviti yang
dirancang oleh guru. Jika pada hari tersebut, guru ingin mengajar permainan bola
sepak, guru akan menggunakan bola sepak dan jaring gol bola sepak yang

2
disediakan di stor sukan sekolah. Guru sentiasa memastikan keselamatan dan
disiplin murid-muridnya semasa bermain di padang serta tidak membenarkan
murid-muridnya menggunakan peralatan yang membahayakan keselamatan diri
dan orang lain.

4.0 Persekitaran sekolah


Menerusi pemerhatian yang telah saya lakukan, saya berupaya untuk memperoleh
pengalaman tentang persekitaran SK Bertam Perdana. Penekanan terhadap
Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta dorongan daripada
pihak pentadbiran kepada warga-warga pihak sekolah agar menjalankan tugas dengan
lebih komited amatlah diutamakan di SK Bertam Perdana. Dari segi disiplin pula, secara
keseluruhannya amatlah memuaskan. Hal ini kerana, semasa saya berkesempatan untuk
melihat proses PdP Pendidikan Jasmani untuk tahap 2 iaitu 4, 5 dan 6, murid-murid
tersebut menunjukkan sikap hormat yang tinggi serta memiliki semangat kerjasama yang

3
amat kental. Mereka juga sentiasa memberikan kata sapaan yang sopan serta sentiasa
menjalankan tugasan harian tanpa mengeluh.
Walaupun SK Bertam Perdana mempunyai kekurangan dari aspek
infrastrukturnya. Sebagai contoh, kawasan padang yang agak kecil dan terhad. Saya
mendapati bahawa sekolah ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap serta
prestasinya ke arah yang lebih cemerlang. Perkara ini dapat dibuktikan hasil daripada
penekanan dan dorongan pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan berhubung kait
dengan proses peningkatan reputasi sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan
daripada Jabatan Pelajaran Daerah. Secara tidak langsung, perkara ini telah menjadi satu
panduan dan dorongan kepada saya bagi menempuh suasana perguruan yang
sebenarnya kelak jika saya ditempatkan di sekolah-sekolah sedemikian.

5.0 Sumber pengajaran dan pembelajaran


Bahan bantu belajar sangat diperlukan untuk Pendidikan Jasmani di Peringkat Sekolah
Rendah. Peranan guru adalah menguasai pengetahuan dan kemahiran berkaitan
pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran tersebut. Dengan menggunakan
kaedah pemerhatian, saya telah memerhati sumber PdP di kelas 5 Al-Battani. Guru dan
murid-murid telah menggunakan sumber yang ada di dalam kelas tersebut dengan baik.
Contohnya, guru telah menggunakan papan putih untuk menulis perkara yang penting
bagi memudahkan murid-murid untuk membaca. Oleh hal yang demikian, murid-murid
mendapat maklumat yang ingin disampaikan oleh guru dengan jelas. Di samping itu,
papan notis yang terdapat di dalam kelas tersebut turut digunakan dengan sebaik

4
mungkin oleh murid-murid. Mereka melekatkan semua bahan kurikulum Pendidikan
Jasmani yang menarik di papan notis untuk dibaca dan dibuat rujukan. Selain itu, kelas
tersebut juga mempunyai sudut bacaan yang mempamerkan bahan rujukan seperti, buku
latihan Pendidikan Jasmani, bahan bercetak dan lain-lain lagi yang membolehkan murid-
murid untuk mendapat maklumat yang diingini. Manakala bagi sesi PdP Pendidikan
Jasmani di luar bilik darjah pula, guru menggunakan peralatan sukan yang pelbagai
mengikut kesesuaian aktiviti yang ingin dijalankan. Peralatan yang terdapat di bilik stor
sukan SK Bertam Perdana berada dalam keadaan yang baik dan tersusun. Hal ini
memudahkan urusan guru dan murid untuk mencari peralatan bagi setiap aktiviti yang
dijalankan.

6.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran


Melalui pemerhatian saya, guru Pendidikan Jasmani kelas 5 Al-Battani bijak dan kreatif
dalam memilih strategi pengajaran yang bersesuaian. Hal ini penting dalam mengekal
serta meningkatkan minat dan kesediaan murid terhadap intipati pengajaran dan

5
pembelajaran Pendidikan Jasmani di samping mencapai hasil pembelajaran yang
digariskan. Guru tersebut menggunakan strategi pembelajaran kontekstual iaitu kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu
dalam masyarakat dan alam pekerjaan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003),
kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on
dan minds on. Sebagai contoh, guru tersebut melaksanakan sebarang aktiviti fizikal yang
melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika proses PdP.

Beliau juga menggunakan strategi aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi


dalam PdP. Hal ini kerana penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih
dikenali sebagai ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian adalah untuk
meningkatkan kecekapan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh, ketika aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dilakukan, guru tersebut menggunakn
perakam video untuk merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain sesuatu permainan,
kemudian dapat menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan penambahbaikan.
Pengintergrasian model perakam video monitor LCD yang baru boleh mendapat maklum
balas dengan serta-merta. Pengintergrasian teknologi ini adalah untuk membantu pelajar
memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk menganalisis dan

6
memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke masa (Mohd. Mahzan
Awang, 2016).

7.0 Kemahiran mengajar Pendidikan Jasmani


Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani direka bentuk supaya murid
memperoleh pengalaman amali yang aktif secara langsung berbanding dengan
pengajaran dan pembelajaran akademik di dalam kelas. Dalam usaha membantu murid
menghalusi pergerakan, guru perlu memikirkan cara untuk mencapainya. Hal ini
bermakna, guru perlu memahami konsep “berfikir di sebalik melakukan” untuk pengajaran
yang berkesan. Guru sebagai aktivator juga perlu memahami intipati aktiviti dan tuntutan
setiap domain pembelajaran yang menggalakkan murid berfikir, jika guru hendak
merancang secara berkesan dan meningkatkan pemahaman murid.
Guru perlu memasukkan unsur kecindan dari masa ke semasa untuk mewujudkan
motivasi atau minat murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012). Oleh yang
demikian, guru digalakkan untuk menunjukkan aktiviti Pendidikan Jasmani secara ansur
maju dan mengadakan penilaian untuk mengetahui sejauh mana kefahaman murid dalam
aktiviti yang telah dijalankan. Guru juga digalakkan memberikan klu-klu atau maklum
balas yang ringkas dan bermakna. Aktiviti yang dicadangkan harus merangkumi semua
aras kebolehan murid dan tidak mengasingkan murid yang lemah. Beri perhatian yang
saksama kepada semua murid tanpa mengira kaum, bangsa dan jantina.

7
8.0 Refleksi penggunaan inovasi dalam sesi PdP Pendidikan Jasmani
Semasa saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Bertam
Perdana, saya dan seorang kawan saya telah menjalankan inovasi Pendidikan Jasmani
terhadap murid Tahun 5 Al-Battani. Kami mendapati bahawa murid-murid tersebut
menghadapi masalah dalam membaling bola. Terutama sekali, dalam kemahiran
hantaran atas bahu. Mereka juga kurang berkeyakinan untuk menggunakan bola yang
sebenar. Oleh itu, kami telah menghasilkan satu inovasi yang diberi nama “Shoot The
Target”. Inovasi ini memberi impak positif kepada murid-murid. Hal ini dapat dibuktikan
melalui sesi temu bual kami bersama beberapa orang murid dari kelas itu. Kami dapati
bahawa 95% pelajar lelaki seronok dalam menggunakan inovasi ini dan ingin
menggunakan inovasi ini dalam pembelajaran pada masa yang akan datang. Manakala
bagi pelajar perempuan pula, terdapat 60% yang berasa seronok dalam menggunakan
inovasi ini. Seorang daripada mereka masih takut untuk menggunakan bola baling yang
sebenar. Walaubagaimanapun, semua murid dilihat mempunyai peningkatan dalam

8
kemahiran membaling bola atas bahu. Mereka juga semakin berkeyakinan untuk
membaling bola baling yang sebenar. Berikut merupakan respons murid tahun 5 Al-
Battani setelah melakukan inovasi:

Inovasi ini telah dikongsi bersama guru Pendidikan Jasmani di SK Bertam Perdana
dan murid-murid tahun 5 Al-Battani di sekolah itu. Setelah melakukan perkongsian inovasi
ini bersama guru tersebut, beliau menyatakan bahawa inovasi yang telah kami lakukan
ini adalah amat menyoronokan untuk murid dan agak mencabar. Oleh itu, dengan sedikit
perkongsian ilmu ini kami yakin bahawa ianya pasti dapat memberikan kesan yang positif
dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang lebih gemar akan aktiviti yang bersifat
permainan (Mosston, 2002).

9
9.0 Penutup
Tuntasnya, refleksi dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) membolehkan guru
pelatih menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. Selain itu,
saya dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk penambahbaikan dan meningkatkan
kualiti terhadap proses PdP Pendidikan Jasmani. Melalui refleksi juga, saya mampu
memperkembangkan keupayaan celik akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam
setiap tugasan yang dijalankan. Secara tidak langsung, refleksi dapat meningkatkan
kualiti insan guru yang mempunyai ilmu professional keguruan yang tinggi.

(1100 patah perkataan)

10
RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani.


Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mok Soon Sang (2010). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran (Terbitan Kelima).
Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th Ed.). San Francisco:
Bejamin Cummings.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd. Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Nur Syazwani Abdul Talib. (2016). Penggunaan
Multimedia Dalam Pendidikan Sejarah Pada Abad Ke-21 Dan Hubungannya Dengan
Minat Belajar Sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan. 7. 44–56.

11

You might also like