You are on page 1of 9

Program Kesihatan

Mulut
Disediakan oleh:
Daniel H. Chew
IPG Kampus Kent Tuaran
Program Kesihatan Pergigian
Perkhidmatan kesihatan pergigian
kepada murid sekolah dikendalikan
oleh Bahagian Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bahagian ini:
• menjalankan aktiviti-aktiviti
pendidikan sebagai satu usaha
pencegahan dan peningkatan
kesihatan gigi.
• menyediakan peruntukan bagi
pegawai dan peralatan bagi klinik
pergigian sekolah
• membekalkan pegawai
• melatih guru-guru pelatih di
Institut-Institut Pendidikan Guru
Malaysia.
Program Kesihatan Pergigian

Kementerian Pendidikan
bekerjasama dengan pihak
swasta bagi membekalkan kit
pergigian dan bahan-bahan
pendidikan kepada semua
murid darjah satu hingga
darjah tiga setiap tahun.
Program ini selaras dengan
konsep Pensyarikatan
Malaysia.
Akiviti Program Kesihatan Pergigian

• Rawatan Pergigian
keutamaan adalah kepada
murid-murid pra sekolah,
murid-murid sekolah rendah
dan menengah.
• Pencegahan Pergigian
Pemflouridaan bekalan air
Latihan memberus gigi
murid sekolah rendah dan
tadika.
Program Kesihatan Pergigian
Objektif Program Kesihatan Pergigian;
• Untuk meningkatkan taraf kesihatan
pergigian penduduk di negara ini melalui
perkhidmatan pergigian, penggalakkan,
pencegahan, rawatan dan pemuliharaan
serta memberi keutamaan kepada
kumpulan sasar iaitu bayi, kanak-kanak pra
sekolah, murid sekolah rendah dan
menengah, ibu mengandung, warga
istimewa, warga tua dan mereka yang
kurang berkemampuan.
• Mempertingkatkan kefahaman dan
kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan menjaga kesihatan mulut serta
melakukan perubahan sikap.
Penglibatan Pihak Sekolah
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di sekolah menekankan
Prinsip-prinsip `Primary Health Care’
Peranan sekolah di dalam program ini
adalah:
a) Kebenaran untuk rawatan;
Kebenaran daripada ibu bapa atau
penjaga murid utk sebarang
rawatan ke atas murid sekolah.
b) Penjadualan program pergigian:
masa dan tarikh lawatan dan
rawatan pergigian.
c) Penyediaan tempat rawatan di
sekolah;
Kementerian pendidikan akan
menyediakan bilik yang sesuai dan
Kementerian Kesihatan akan
menyumbangkan peralatan.
Penglibatan Pihak Sekolah
Penglibatan sekolah di dalam aktiviti
promosi kesihatan pergigian:
• Menerapkan unsur-unsur kesihatan
di dalam pengajaran PJK.
• Latihan memberus gigi utk
menanamkan tabiat memberus gigi
dgn betul di kalangan murid.
• Membantu jururawat semasa
ceramah pergigian
• Implementasikan polisi kantin di
mana penjualan makanan yang tidak
berkhasiat diharamkan.
• Kempen Kesihatan Pergigian
Mingguan bersama, dengan pihak
pergigian untuk mempertingkatkan
kesedaran terhadap kesihatan
pergigian.
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
Sekolah
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
Sekolah disampaikan melalui:
• Klinik Pergigian Sekolah
terletak dalam bilik khas di sekolah
• Pasukan Pergigian Bergerak
Pasukan ini memberikan perkhidmatan
kesihatan pergigian kepada murid sek.
• Klinik pergigian sementara
diadakan di tempat yang sesuai di sek,
menggunakan peralatan mudah alih.
• Klinik Pergigian Bergerak
Merupakan sebuah kenderaan yang
diubah suai serta dilengkapi dengan
kerusi dan peralatan pergigian.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like