You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG,


BINTANGOR

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Tajuk:
KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN

TARIKH : 29 HINGGA 30 APRIL 2010

ANJURAN BERSAMA:
JABATAN KESIHATAN PERGIGIAN
( BAHAGIAN SARIKEI )

DENGAN

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,


&
KUMPULAN KPLI AMBILAN JUN 2009
DAN
KUMPULAN KPLI AMBILAN JANUARI 2010
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJANG,
BINTANGOR

KERTAS CADANGAN
PERANCANGAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 2010

Tajuk : KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN

Dikemukakan oleh : Dr Ong Kong Swee , Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani


& Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor.

A. PENDAHULUAN

Program Kesihatan Pergigian sekolah ialah supaya setiap murid orally fit iaitu tidak mempunyai
penyakit pergigian aktif dan mempunyai kebolehan untuk mengekalkan tahap kesihatan pergigian yang optimum
melalui self care. Perkhidmatan Pergigian Sekolah diberi melalui klinik-klinik pergigian sekolah yang tetap dan
juga melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Sehingga kini kebanyakan Sekolah Rendah di Bahagian Sarikei telah
menikmati perkhidmatan pergigian. Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah rendah adalah Pendidikan Kesihatan
Pergigian, latihan memberus gigi dan rawatan pergigian. Program Kesihatan Pergigian Pra-sekolah berfokus
kepada memupuk tabiat cara hidup sihat dari peringkat awal. Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian dan latihan
memberus gigi yang dilaksanakan oleh jururawat pergigian semasa lawatan ke tadika , disusuli dan dikendalikan
oleh guru-guru tadika.
Selain dari itu satu Program Kesihatan Pergigian bagi guru-guru pelatih Institut-institut perguruan
telah dirancangkan untuk memastikan perkhidmatan pergigian di sekolah-sekolah berjalan dengan berkesan. Ini
adalah usaha untuk mencegah karies gigi di kalangan murid-murid.Dengan adanya kursus ini, adalah diharap
guru-guru pelatih dapat melaksanakan Program Kesihatan Pergigian di sekolah nanti. Untuk tahun 2010 sekali
lagi pihak pengelola iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor dengan kerjasama pihak Jabatan
Kesihatan Pergigian Bahagian Sarikei telah merancangkan Program / Kursus bagi peserta KPLI Ambilan Jun 2009
pada bulan April 2010 akan datang.

B. OBJEKTIF

Pada akhir kursus para peserta akan dapat :


1. Memperolehi pengetahuan berkaitan dengan
1.1 Program Kesihatan Pergigian Sekolah
1.2 Maklumat asas Kesihatan Pergigian termasuk masalah, rawatan dan pencegahan pergigian.
1.3 Peranan guru, pegawai pergigian dan agensi-agensi lain.
2. Mengaplikasikan kemahiran dengan
2.1 Mengenalpasti keadaan kebersihan mulut.( Oral Cleaniness )
2.2 Cara memberus dan membersihkan gigi dengan berkesan.

3. Merancang dan mengenalpasti unsur-unsur Pendidikan Kesihatan Pergigian di dalam kurikulum sukatan
mata pelajaran dan juga di dalam kegiatan ko kurikulum serta perlaksanaannya di sekolah.
4. Mengaplikasikan dan mengubahsuaikan pengetahuan berkenaan Pendidikan Kesihatan Pergigian dalam sesi
pengajaran mengikut topik mata pelajaran.
5. Melengkapkan dan bersedia untuk menghadapi kursus-kursus ke peringkat yang lebih tinggi.
6. Membina daya kreativiti, inovasi dan keyakinan diri untuk bersaing melalui pengetahuan kemahiran yang
diperolehi secara kritis dan kreatif dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah semasa di sekolah nanti.

C. ASAS PERTIMBANGAN
1. Program Kesihatan Pergigian Sekolah merupakan salah satu program untuk meningkatkan taraf
kesihatan di kalangan murid sekolah melalui konsep incremental caredi mana perkhidmatan diberi
adalah menyeluruh dan sistematik.
2. Memenuhi Program dan Perancangan Tahunan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor tahun 2009

D. TARIKH DAN TEMPOH

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN

0730 pagi Pendaftaran dan taklimat Kursus Pn. Florina Anak Sigay
Penyelaras Kursus dan Latihan Anjuran Institut dan
Jabatan
29 April 0800 pagi Majlis Pembukaan Rasmi Semua Pensyarah Jabatan PJK
2010
Khamis 0830 pagi Ceramah I Pegawai Kesihatan Pergigian Bahagian Sarikei
Pengetahuan Asas Kesihatan Mulut
(Dr Wilson)

0930 petang Ceramah II Pegawai Kesihatan Pergigian Bahagian Sarikei


Meningkatkan Taraf Kesihatan Mulut
Pelajar melalui Perkongsian Pintar
(Dr Chia Jit Chie)
1030 pagi Rehat Bilik Teratai

1100 pagi Kuiz Kesihatan


(Dr Chia Jit Chie)
1230 tghari Merarau Bilik Teratai

Taklimat Bengkel Encik McNair dan Pensyarah Mata Pelajaran Mengikut


1400 petang Rancangan Mengajar Harian-Berkumpulan Jabatan
1500 PAMERAN Dewan Pusat Kegiatan Pelajar
KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN
1700
0800 pagi Demonstrasi Memberus Gigi Encik Ismail B. Dikoh
(Jururawat Pergigian) Semua peserta Kursus
30 April 0830 pagi Pembentangan Semua Pensyarah Jabatan PJK
2010 Kumpulan Pensyarah Mata Pelajaran
Jumaat Rancangan Mengajar Harian Semua peserta

0900 pagi Rehat / Kudapan

Semua Pensyarah Jabatan PJK


0930 pagi Sesi Refleksi Pensyarah Mata Pelajaran
Semua peserta
1000 Majlis Penutupan Semua Pensyarah Jabatan PJK
pagi Rasmi

0800 PAMERAN
KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN Dewan Pusat Kegiatan Pelajar
1130 tgh
E. JAWATANKUASA PERLAKSANAAN

Penasihat:
Encik Nicholas Ugul ( Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor )

Pengerusi :
Dr Ong Kong Swee ( Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan )

Penyelaras Kursus :
Puan Florina Anak Sigay ( Penyelaras Kursus dan Latihan Kelolaan Institut dan Jabatan)

Bendahari: En Ling Chung Yeo

Ahli-ahli Jawatan Kuasa Kecil :

AJKK Bahagian / Tugas


Encik K. Raja A/L M. Kanapathy Protokol dan Sambutan
Ketua Kumpulan KPLI Majlis Pembukaan Kursus
- Bahasa Melayu. Majlis Penutupan Kursus
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Matematik
- Pengajian Sosial
- Pendidikan Khas
- Sains
Encik McNair Kudang Penyelaras, Buku Program dan Laporan
Encik Ling Chung Yeo Bahan Kursus, Kelengkapan dan Hasil
Bengkel

Encik Chula Anak Bina Cenderamata, Sijil-sijil Penyertaan dan


Penghargaan dan Pameran
E. PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN.

BIL. PERKARA / KEPERLUAN. KOS / AMAUN CATATAN

Tarikh : 29 April 2010


1. Minum pagi: (1030 pagi) 12 orang x RM 4.00
Pegawai Perkhidmatan = RM 48.00 12 Orang
Kesihatan / Fasilitator

Tarikh : 29 April 2010


Merarau ( 1230 tgh ) 12 orang x RM 5.00
Pegawai Perkhidmatan = RM 60.00
Kesihatan / Fasilitator
Tarikh : 29 April 2010
Minum petang ( 1630 petang ) 12 orang x RM 4.00
Pegawai Perkhidmatan = RM 48.00
Kesihatan / Fasilitator
2. Tarikh : 30 April 2010 12 Orang
Minum pagi: (1030 pagi) 12 orang x RM 4.00
Pegawai Perkhidmatan = RM 48.00
Kesihatan / Fasilitator
Tarikh : 29 April 2010
Merarau ( 1230 tgh ) 12 orang x RM 5.00
Pegawai Perkhidmatan = RM 60.00
Kesihatan / Fasilitator

3. Cenderahati
dari Institut Pendidikan
Penceramah ( 2 orang ) Guru kampus Rajang,
Bintangor
Jururawat Pergigian
(3 Orang)

4. Sijil-sijil Penyertaan Disediakan oleh


Kementerian Kesihatan

5. Lain-lain : dari Institut Pendidikan


Alatulis, Fail dan Bahan Guru kampus Rajang,
Kursus Bintangor

JUMLAH ANGGARAN RM 224.00


G. PERANCANGAN DAN ATURCARA KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN
PERGIGIAN 2010

Bil. Perkara Tarikh Tindakan / Catatan


1. Perancangan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Dibawa dan dibincangkan
Kesihatan 2009 Oktober 2009 dalam mesyuarat Jabatan
PJK
Disember 2009 * Perancangan takwim
2. Mesyuarat Jabatan Staf Akedamik aktiviti Institut
3. Mesyuarat Jabatan untuk menyediakan kertas Januari 2010 Puan Florina Anak Sigay
kerja
4. Penyediaan Kertas Kerja Kursus Pendidikan April 2010 Puan Florina Anak Sigay
Kesihatan Pergigian
5. Kertas Kerja dibentangkan pada mesyuarat M3P Dr Ong Kong Kong Swee
April 2010
6. Tindakan susulan selepas mesyuarat : April 2010 Puan Florina Anak Sigay
6.1 Surat menyurat
6.1.1 Pihak terlibat dalam Kursus Pendidikan
Kesihatan Pergigian.
6.1.2 Surat perlantikan JK terlibat.
6.2 Memohon peruntukan ( untuk diluluskan )
6.2.1 Makanan
6.2.2 Keperluan Kursus
6.3 Menyediakan buku Program, Bahan dan
lain-lain keperluan Kursus
7. Perlaksanaan Kursus Pendidikan Kesihatan April 2010 Penyelaras dan Semua AJK
Pergigian. terlibat
7.1 Sebelum : ( Mesyuarat )
7.2 Semasa :
7.3 Selepas :
8. Kursus / Seminar Pendidikan Kesihatan 29-30 April 2010
Pergigian

8. Laporan Kursus Pendidikan Kesihatan 30 Mei 2010 Penyelaras


Pergigian.

H. LAIN-LAIN.

1. Surat-menyurat yang perlu dibuat kepada :


1.1 Pihak terlibat dalam Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian.
1.2 Surat perlantikan JK terlibat.
2. Membuat Persiapan:
2.1 Menyediakan Buku Program bersama JK Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian.
2.2 Memohon dan Menyediakan Bahan

Disediakan oleh :(FLORINA ANAK SIGAY)


Penyelaras Kursus&LatihanJabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

You might also like