You are on page 1of 12

SJK (T) JERANTUT

27000, JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
_____________________________________________________________________________________

PROGRAM CEGAH AEDES TIADA DENGGI


_____________________________________________________________________________________

TARIKH :

BELUM

TEMPAT :

DEWAN SJK (T) JERANTUT

ANJURAN :

JAWATANKUASA PROGRAM CEGAH AEDES

TIADA DENGGI
1.0 PENDAHULUAN

Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang masih menjadi satu masalah
kesihatan awam di Malaysia. Bilangan kes demam denggi yang dicatatkan masih
membimbangkan setiap tahun. Walaupun sejak tahun 1993, Rancangan Kawalan
Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Program
Bebas Aedes di kemudahan-kemudahan kesihatan, namun analisa awal yang telah
dijalankan mendapati punca bilangan kes terus dicatatkan kerana sikap orang ramai
dan penglibatan masyarakat masih kurang memuaskan. Oleh yang demikian,
kerjasama diwujudkan dengan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan langkah
pencegahan lebih awal melalui kumpulan tertentu iaitu pelajar sekolah. Rentetan
itulah, Program Bebas Denggi yang merangkumi aktiviti Kempen Anti Denggi di
peringkat sekolah diadakan.

2.0 RASIONAL

2.1 Bagi menyemai pengetahuan dan amalan baik mengenai kawalan denggi
kepada peringkat umur yang rendah supaya pengetahuan dan amalan
tersebut dapat diteruskan apabila dewasa nanti. Di samping itu diharap murid
sekolah dapat menjadi agen perubahan kepada bebas denggi di rumah,
kampung/taman dan seterusnya kepada masyarakat umum.
2.2 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti
kawalan denggi yang ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah
telah mencapai kejayaan.
2.3 Sekolah-sekolah mempunyai organisasi yang lengkap di mana guru
kesihatan di sekolah-sekolah berkenaan boleh diharap sebagai co-ordinator
pelaksanaan bebas denggi.
3.0 MATLAMAT

3.1 Memberikan kesedaran, kefahaman dan kemahiran bagi menghindari dan


mencegah demam denggi.
3.2 Mendedahkan kepada murid-murid sekolah tentang aktiviti pencegahan dan
kawalan denggi bagi mewujudkan satu kumpulan yang menjadi agen
perubahan kepada masyarakat setempat.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam mencegah


dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.
4.2 Untuk melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti pencegahan dan
pengawalan demam denggi.
4.3 Membentuk murid yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap
persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Semua murid SJK (T) Jerantut

6.0 PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : belum


Hari : belum
Masa : 8.00 am – 1.30 pm
Tempat : Dewan SJK(T) Jerantut
7.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM CEGAH AEDES TIADA DENGGI 2018

PENGERUSI : En. Kumarasamy a/l Rajagopal


(Guru Besar SJK(T) Jerantut)

NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Mahaletchimy a/p Krishnan


(GPK Kurikulum SJK(T) Jerantut)

NAIB PENGERUSI 2 : En. Raman a/l Ponnusamy


(GPK Kokurikulum SJK(T) Jerantut)

TIMBALAN PENGERUSI : En. Batmanathan a/l Aiyappan


(GPK HEM SJK(T) Jerantut)

PENYELARAS PROGRAM : Cik. Meenambal a/p Krishnan

PEN. PENYELARAS PROGRAM : Pn. Rosmani Bt Abdul Aman

SETIAUSAHA : Cik. Meenambal a/p Krishnan


JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PA SISTEM DAN LCD



Menyediakan peralatan sistem suara
Roobendhiran a/l Sethuraman (mikrofon) yang berfungsi sepanjang
program berlangsung.
 Menyediakan LCD dan Laptop untuk
pembentangan oleh penceramah.
 Memastikan semua peralatan lengkap
sebelum program berlangsung.
 Mengeemas semula semua peralatan
tersebut serta disimpan di tempat selamat.
___________________________________________________________________

AJK FOTOGRAFI  Merakam semua aktiviti yang dijalankan


sepanjang program berlangsung.
Pn. Siti Nazirah Bt Mustapar Kamal  Menyerahkan gambar tersebut kepada ajk
dokumentasi.

AJK PERASMIAN &PENUTUPAN


 Menyediakan tempat program.
Pn. Vejaya a/p Ramasamy  Menjemput perasmi ke tapak program.
 Memastikan perjalanan program
berjalan lancar.

AJK PENGACARA MAJLIS

PN. Elezabeth Jannyfa  Mengendalikan Majlis Perasmian,


Penutupan dan Aktiviti Ceramah.
___________________________________________________________________

AJK BUKU PROGRAM



Menyediakan buku program cegah aedes
CIK. Rubini Devi tiada denggi mengikut tentatif yang
ditetapkan
_____________________________________________________________________

AJK BACKDROP
 Menyediakan backdrop slaid bagi
CIK. LOGESWARY program cegah aedes tiada denggi
AJK DOKUMENTASI •
Merekod dan menyediakan laporan selepas
program berlangsung.
Cik. Meenambal a/p Krishnan
• Laporan yang telah siap hendaklah dihantar
kepada SU Program Cegah AedesTiada
Denggi
• Tempoh masa 1 minggu selepas program
______________________________________________________________________

AJK HADIAH DAN CENDERAHATI


• Menyediakan hadiah pemenang seperti
Cik. Kalpana a/p Moorthiya dirancang.
• Menyiapkan sijil-sijil pemenang.
Cik. Vaishnavi a/p
• Membantu mengatur dan memberikan hadiah
kepada pemenang semasa majlis penutupan.

______________________________________________________________________

AJK HAKIM DAN PENILAIAN

AKTIVIKTI MEWARNA
(TAHAP 1- PRA,TAHUN 1, 2, & 3)
• Mengumpul semua penyertaan
pertandingan untuk di semak dan dinilai.
Pn. Mahaletchimy a/p Krishnan
• Menilai dan menentukkan pemenang yang
Pn. Vimala a/p Perisamy layak dengan adil dan saksama.

AKTIVITI MELUKIS POSTER


(TAHAP 2 – TAHUN 4, 5, & 6)

En. Batmanathan a/l Aiyappan

Pn. Nirmala a/p K Saben

___________________________________________________________________

AJK KAWALAN MURID


• Memastikan murid berdisiplin dan menepati
Semua Guru Kelas masa sepanjang program berlangsung.
• Memastikan semua murid menjalankan aktiviti
dan tugasan yang diberikan.
• Mengumpulkan bahan penyertaan murid dan
menyerahkan kepada hakim penilaian.
8.0 TENTATIF PROGRAM CEGAH AEDES TIADA DENGGI

8.00 AM – 8.30 AM - Perasmian Program Cegah Aedes Tiada Denggi

8.30 AM – 9.30 AM - Ceramah Cegah Denggi oleh wakil Pejabat


Kesihatan Daerah Jerantut

9.00 AM – 10.00 AM - Rehat

10.00 AM –12.00 PM - Pertandingan mewarna poster Cegah Denggi


(Murid Prasekolah & Tahap 1)

- Pertandingan melukis poster Cegah Denggi


(Murid Tahap 2- Aktiviti Kumpulan)
12.00 PM – 1.30 PM - Perasmian penutupan program Cegah Aedes Tiada
Denggi

- Penyampaian Hadiah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA
ITEM UNIT JUMLAH
SEUNIT
Kad manila RM 1 6 RM 6
Hamper RM 20 3 RM 60
Hadiah mewarna poster RM 3 15 RM 40
Cenderamata penceramah RM 15 15 RM 15
JUMLAH RM 121
10.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Program Cegah Aedes Tiada Denggi 2018 dapat
dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi.
Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang terlibat diperlukan untuk
menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………. ……………………………………….

(Cik Meenambal a/p Krishnan) (En. Batmanathan a/l Aiyappan )

Setiausaha Program Cegah Aedes GPK HEM


Tiada Denggi
SJK (T) Jerantut
SJK (T) Jerantut

Disah oleh:

……………………………………….

(En. Kumarasamy a/l Rajagopal )

Guru Besar

SJK (T) Jerantut


LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA POSTER CEGAH AEDES TIADA


DENGGI

Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 1 ( Prasekolah, Tahun 1,2,& 3)


Peserta diminta membawa peralatan masing- masing bagi pertandingan
mewarna seperti pensel warna dan alat tulis.
Hasil kerja murid akan dinilai berdasarkan kekemasan, kreativiti, kesesuaian
pemilihan warna dan keseluruhan hasil.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER CEGAH AEDES TIADA


DENGGI

Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 2 (Tahun 4,5,& 6)


Pertandingan diadakan dalam bentuk kumpulan dan pembahagian kumpulan
akan ditentukan oleh guru tugas.
Peserta diminta membawa peralatan masing-masing bagi melukis dan mewarna
poster.
Peserta dibenarkan menggunakan alat-alat mewarna mengikut pilihan masing-
masing seperti pensel warna, krayon, warna air dan sebagainya
Contoh poster akan ditampal di dewan sekolah pada hari pertandingan. Murid-
murid boleh merujuk contoh poster tersebut bagi melukis poster atau boleh
melukis mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
LAMPIRAN B

PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA POSTER


CEGAH AEDES TIADA DENGGI

PRASEKOLAH 5 TAHUN

TEMPAT NAMA MURID


1
2
3

PRASEKOLAH 6 TAHUN

TEMPAT NAMA MURID


1
2
3

TAHUN 1

TEMPAT NAMA MURID


1
2
3
TAHUN 2

TEMPAT NAMA MURID


1
2
3

TAHUN 3

TEMPAT NAMA MURID


1
2
3
LAMPIRAN C

PEMENANG PERTANDINGAN MELUKIS POSTER


CEGAH AEDES TIADA DENGGI

TAHUN 4,5, &6 (HAMPER) – KUMPULAN

TEMPAT NAMA MURID

You might also like