You are on page 1of 45

DERAF

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


(Malaysian Red Crescent)

BUKU PANDUAN NO.9


PENGURUSAN PERKHEMAHAN
DAN PERTANDINGAN PERTOLONGAN
CEMAS KEBANGSAAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Oleh : Misnan Bin Kasan


Pemangku Pengarah
Pembangunan & Perhubungan

Azmi Bin Tajuddin


Pegawai Luar
Pembangunan Organisasi, Belia & Sukarelawan

Siti Zabedah Bt Said

Deraf Pertama : Bermula 21hb Julai, 2009.


SEKSYEN

PERKHEMAHAN
Isi Kandungan

m.s

i) Pendahuluan -

A. Mengapa Perkhemahan BSMM perlu di anjurkan -

B. Perkhemahan di peringkat sekolah, Cabang, Negeri


hingga ke Peringkat Kebangsaan & Program Pertukaran
Belia & Kem Antarabangsa

1. Prosedur Tetap Perkhemahan


1.1 Tujuan
1.2 Peringkat Prosedur Tetap
2. Organisasi Perkhemahan
3. Prosedur Tetap Semasa Perkhemahan
4. Prosedur Tetap selepas Perkhemahan
5. Contoh-Contoh surat Perkhemahan

5.1 Surat Pemberitahuan


5.2 Surat Kebenaran kepada Guru Besar/Pengetua
5.3 Surat Kebenaran daripada Guru Besar/Pengetua
5.4 Surat Perlantikan dalaman

6. Peraturan Perkhemahan

6.1 Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Induk


6.2 Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Kecil – Persembahan UUKA dan
Kebudayaan BSMM
6.3 Peraturan Pertandingan dan Aspek-aspek berkhemah
6.4 Contoh Persembahan Kumpulan Prinsip-Prinsip UUKA dan Prinsip Asas
Pergerakan PM/BSM.
- Borang Penyertaan Persembahan UUKA
- Borang Penyertaan Kebudayaan
7. Check list
8. Pakaian seragam (semasa Perkhemahan)
9. Logistik

Masak Kelompok - Clinton‟s cooker


Aturan Perlaksanaan
Agihan Makanan/minuman
Pengangkutan
Kebersihan / sanitasi
Carta aliran organisasi (Bahagian Masak)
Fungsi dan Tugas dan Carta aliran Petugas masak
Carta aliran agihan makanan kepada peserta
Menu – cadangan

- Lencana kecekapan yang boleh diraih selepas perkhemahan


- Lampiran-lampiran
- Kraf Perkhemahan
- Borang Penilaian Peserta
- Fasilitator
- Contoh Jadual – Program
1. PENDAHULUAN

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kebangsaan ke 108 yang diadakan pada 26hb
Julai, 2004, Peraturan Perkhemahan PBSMM dikategorikan sebagai Peraturan No. 9
yang dahulunya disebut Undang-Undang Peraturan Kem Dwi Tahunan dan
Pertandingan Pertolongan Cemas Kebangsaan.

Kini Undang-Undang Peraturan Kem Dwi Tahunan dan Pertandingan Pertolongan


Cemas Kebangsaan telah di pisahkan. Peraturan Pertandingan Pertolongan Cemas
Kebangsaan Kebangsaan telah di perkemaskan semula oleh pihak Jawatankuasa
Latihan Kebangsaan dan Institut BSMM Kebangsaan, setelah mengambil Pengalaman
dan mengambil kira pembaharuan-pembaharuan teknik pertandingan yang dikeluarkan
oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah (IFRC) bermula
pada Tahun 2002.

Sehingga kini pihak Jawatankuasa Latihan Kebangsaan sedang memperkemaskan


Peraturan tersebut untuk dijadikan panduan Cawangan Bulan Sabit Merah Malaysia
untuk menganjurkan Pertandingan serupa itu di peringkat masing-masing.

Justeru itu Bahagian Pembangunan Organisasi di pertanggungjawabkan oleh


Jawatankuasa Pembangunan Organisasi untuk menghasilkan Peraturan Perkhemahan
Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai salah satu sumber untuk memandu ahli-ahli sama
ada di peringkat Kebangsaan, Cawangan dan Cabang didalam mengurus selia serta
bagaimanakah untuk menganjurkan perkhemahan dengan lebih teratur dan
mengurangkan kesan-kesan negatif setiap kali perkhemahan dijalankan dan tidak kira
di peringkat mana ianya dianjurkan.

A. MENGAPA PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH PERLU DI ANJURKAN ?

Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan salah satu gerak kerja ko kurikulum yang
mendapat tempat di sekolah-sekolah tajaan Kerajaan samaada di Sekolah Rendah dan
juga di sekolah menengah dan sekolah-sekolah bukan tajaan Kerajaan. Selaras dengan
kehendak pencapaian markah didalam kegiatan ko kurikulum yang di sokong oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, kegiatan perkhemahan merupakan salah satu wadah
yang sangat berkesan untuk menerapkan ilmu-ilmu mengenai perkhemahan kepada
ahli-ahli di samping nilai-nilai dan prinsip Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah
yang unggul (KEMANUSIAAN, KESAKSAMAAN, KEBERKECUALIAN, KEBEBASAN, KHIDMAT
SUKARELA, KETUNGGALAN DAN KESEJAGATAN) di sampaikan bersama Ahli-ahli Bulan
Sabit Merah samaada Pasukan kanak-kanak di sekolah rendah dan ahli-ahli Belia di
sekolah menengah sentiasa menunggu saat dan ketika bilamana Perkhemahan ini
akan diadakan. Masa perkhemahan inilah mereka dapat bertemu dengan rakan-rakan
dan sahabat dari luar kelompok mereka dan sentiasa bersemangat mengikuti kegiatan
yang menarik yang bakal di sajikan oleh Penganjur kepada mereka. Di samping itu
juga merit yang mereka perolehi daripada perkhemahan selain daripada pengalaman,
seperti sijil-sijil kecekapan dapat membantu mempertingkatkan ilmu mereka selama
mereka menganggotai Persatuan itu bermula dari darjah 4 di sekolah rendah
hinggalah di Tingkat 5 Atau Tingkatan 6 di sekolah menengah.

Selaras dengan Kursus, Latihan dan Persijilan Bulan Sabit Merah Kebangsaan yang
menekankan Ciri-Ciri dan Kaedah Pencapaian didalam Lencana Kecekapan Kanak-
Kanak dan Belia, telah memberi peluang yang luas kepada ahli-ahli Bulan Sabit Merah
untuk mencapai seberapa banyak lencana kecekapan yang telah digunapakai sejak
Tahun 2000 lagi. 5 Lencana Kecekapan di sekolah Rendah dan 6 lencana Kecekapan di
sekolah Menengah terbuka luas untuk ahli-ahli Kanak Kanak dan Belia Bulan Sabit
Merah Malaysia untuk merebutnya melalui kaedah Perkhemahan.

Perkara-perkara yang sering di kaitkan didalam Program Perkhemahan bermula dari


Tajuk Kawad Kaki, Pertolongan Cemas Asas/Mudah, Pendidikan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah, Persahabatan Antarabangsa, Cegah Kebakaran, Kem Kraf,
Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah & UUKA, dan lain-lain yang relevan
dengannya menjadikan wadah Perkhemahan adalah wadah terbaik untuk ahli-ahli
menggarap serta berusaha untuk mencapai Lencana-Lencana Kecekapan dan ilmu-ilmu
tersebut di samping keseronokan dan sentiasa teruja dari aura sesuatu perkhemahan
yang di anjurkan itu.
B. PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH DI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
MENINGKATKAN SILATURAHIM DI KALANGAN AHLI-AHLI BULAN SABIT MERAH
DAN MERUPAKAN PERHIMPUNAN TAHUNAN DI PERINGKAT DAERAH DAN
DIPERINGKAT CAWANGAN.

Didalam kita menerapkan nilai-nilai murni Pergerakan Bulan Sabit Merah dan Palang
Merah amnya sewajarnya Pemimpin-Pemimpin Bulan Sabit Merah di sekolah dan di
peringkat Cabang dan Cawangan bermuafakat untuk mengadakan sekurang-kurang
sekali setahun perkhemahan integrasi (1 Malaysia) yang melibatkan ahli-ahli dari
semua ko-kurikulum aktiviti di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Dengan
kaedah ini satu integrasi ilmu dapat di wujudkan dimana kesemua murid-murid
sekolah yang terlibat didalam perkhemahan itu dapat bertukar-tukar ilmu dan
pengalaman dengan ahli-ahli persatuan yang lain.

Misalan dari segi ilmu perkhemahan untuk membina gejet-gejet Pengakap boleh
berkongsi pengalamannya dengan semua persatuan begitulah sebaliknya ilmu
pertolongan cemas boleh di pelajari daripada Bulan Sabit Merah Malaysia atau pun St.
John Ambulans dan begitulah seterusnya. Pergerakan Ko-kurikulum adalah merupakan
elemen yang paling berkesan untuk menerapkan nilai-nilai Satu Malaysia dan ianya
juga merupakan Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk
mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, kearah mencapai kemajuan
dan pembangunan yang lebih baik bagi jenerasi muda yang bakal mewarisi Keunggulan
Negara Malaysia.

C. DARI PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH KE PERINGKAT DAERAH DAN


SETERUSNYA KE PERINGKAT CAWANGAN, KEBANGSAAN DAN KEPERINGKAT
ANTARABANGSA.

Selaras dengan cita-cita murni yang diterapkan di dalam Rancangan Strategik


Pembangunan Lima Tahun Bulan Sabit Merah sewajarnya BSMM di semua Peringkat
sama ada di peringkat Cabang, Negeri dan Kebangsaan agar peka dan peduli untuk
meneruskan aktiviti-aktiviti perkhemahan berteraskan nilai-nilai Bulan Sabit Merah
dan sentiasa mempelbagaikan program mengikut perkembangan semasa dan trend
yang di sukai oleh ahli-ahli dan sesuai dengan isu-isu semasa dan global.
1. PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN

1.1 Tujuan Perkhemahan

Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.

Meningkatkan ability dan kendiri

Menghayati erti batasan dan etika kehidupan

Memupuk semangat keberanian dan kreativiti

Meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan disiplin

Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

1.2. Peringkat Prosedur Tetap

Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:

Sebelum. Semasa. Selepas.

1.3 Prosedur Tetap Sebelum Perkhemahan (Melibatkan Sekolah Rendah/Menengah)

(A) Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan


1.2.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dari Guru
Besar/Pengetua/ Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri (U.P.
Unit Perhubungan & Pendaftaran dan Unit Sukan, Seni dan Ko-Kurikulum)
dengan mengemukakan permohonan bertulis. Setiap permohonan perlulah di
sertakan dengan dokumen - dokumen sokongan seperti berikut:

1.1. Sesalinan kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan (Rujuk Lampiran)


1.2. Sesalinan nama peserta dan guru pengiring.
1.3. Sesalinan surat/penyertaan sokongan daripada Unit Sukan Seni
Kokurikulum, SPPK, JPN.
1.4. Sesalinan senarai jurulatih yang akan memimpin dan menyelia
perkhemahan.
1.5. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.

1.6. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan


(Rujuk SP Bil 24/1998).
1.2.3 Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-
kurangnya seorang Jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran
untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan
dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak
penganjur dengan Jurulatih yang di lantik itu (rujuk Buku Panduan No.7)
Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan di jalankan mestilah
dikemukakan kepada :

1.2.4. Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.


ii. Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
iii. Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
iv. Pejabat Pentadbiran/pejabat penghulu yang paling hampir dengan lokasi
perkhemahan.
Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan
sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga masing-
masing.
i. Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat,
bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan
menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.
ii. Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah
keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada
semua peserta.
iii. Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah di perolehi
terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa. Lokasi perkhemahan mestilah
sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
- gangguan binatang buas dan haiwan berbisa
- hakisan atau tanah runtuh
- banjir
- ribut atau gelombang besar
- wabak penyakit
kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan
sebagainya.
iv. Jurulatih mestilah di lantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa
perkhemahan.
v. Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik
secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa
secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan
kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.
vi. Semua keperluan logistik (peralatan perkhemahan) hendaklah mencukupi dan
berada dalam keadaan yang baik.
vii. Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan
pengangkutan, kebenaran dan peraturan pelancungan 1957 hendaklah dirujuk.

2. Organisasi Perkhemahan
Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru
organisasi tersebut di rancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:
Penganjur - Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu
dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran
bersama.
Peserta - Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta
perkhemahan.
Saiz kumpulan - Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi
setiap kumpulan
Syarat - Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan
seperti jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan
akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.
Kepimpinan - Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan
semasa perkhemahan
Jawatankuasa - Ahli Jawatankuasa induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi
melaksanakan perkhemahan.

3. Prosedur Tetap Semasa Perkhemahan

Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu di ambil ialah:-


1. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan
terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
- Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain
- Keracunan makanan
- Kemudahan-kemudahan asas
- Sistem komunikasi
- Memastikan prosedur keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi
2. Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan.
Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang
tidak dapat di elakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
3. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi
menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki
pada masa hadapan.
4. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.
4. Prosedur Tetap selepas Perkhemahan

- Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan


berada dalam keadaan bersih dan baik.
- Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti
sebelumnya.
- Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk
meninggalkan kawasan perkhemahan.
- Mengadakan „post-mortem‟ bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan
mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
- Membentang dan membuat laporan:
- kewangan
- aktiviti
- Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta
penyertaan kepada peserta perkhemahan.
- Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa
hadapan.
Lampiran A

5.1 Contoh Surat Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam

SK Bandar Baru Uda 2


Jalan Padi Mahsuri
81200 Johor Bahru
Johor.

Kepada Semua
Ibubapa / Penjaga Pelajar Tahap 2
SK Bandar Baru Uda 2

Tuan / Puan,

PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM


PERINGKAT SEKOLAH 2009.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu di maklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Perkhemahan


Tahunan seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan
tersebut adalah seperti berikut:

2.1 Tajuk Perkhemahan Tahunan PPS Peringkat Sekolah 2009


2.2 Tarikh 21 hingga 23 Julai 2009
2.3 Masa 10.00 pagi 21/7 hingga 4.30 ptg 23/7
2.4 Tempat Kawasan Padang SK Bandar Baru Uda 2
2.5 Sasaran Pelajar Tahap 2, SKBBU2
2.6 Penyertaan 200 pelajar dan guru.

Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Saya yang menurut perintah,

(Cop & Nama Guru Besar)

s.k : Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru


Lampiran B

Contoh surat memohon kebenaran mengadakan Perkhemahan kepada Guru Besar

Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana


Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam
SK Bandar Baru Uda 2

Guru Besar,
SK Bandar Baru Uda 2
81200 Johor Bahru

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM


PERINGKAT SEKOLAH 2009.

Sukacitanya perkara diatas adalah di rujuk.

Sehubungan itu di pohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan


tersebut pada ketetapan berikut:

2.1 Tarikh 21 hingga 23hb Julai 2009


2.2 Hari Jumaat hingga Ahad
2.3 Masa Sepenuh masa
2.4 Tempat Kawasan Padang SK Bandar Baru Uda 2

Bersama-sama ini di lampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk makluman dan


tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Abd Sani Bin Jumat


Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Bandar Baru Uda 2
Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Pasukan Pakaian Seragam
Lampiran C

Contoh surat Kelulusan daripada Guru Besar bagi mengadakan Perkhemahan

SK Bandar Baru Uda 2


Jalan Padi Mahsuri
81200 Johor Bahru

Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana


Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam
Peringkat Sekolah 2002

Tuan,

PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM 2009.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan


Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2009. Butir-butir mengenai
perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:

1.1 Tarikh 21 hingga 23hb Julai 2009


1.2 Tempat Kawasan Padang SK Bandar aru Uda 2
1.3 Penyertaan 200 pelajar termasuk guru/Jurulatih
Oleh yang demikian bagi melicinkan dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah
harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan meminjam peralatan
berikut: (khemah 20 buah, tali Karamental Dinamik 100 m, Tali Karamental staqtik
100 m, 10 topi , 6 harmes, 10 Carabinar, 4 pulley dan 10 snap link.

Barang-barang tersebut jika diluluskan akan di ambil pada 18hb Julai 2009 dan akan
dipulangkan pada 25hb Julai 2009. Kerjasama serta sokongan pihak tuan amat dihargai
dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,

Saya yang benar,

( )
Cop & Nama Guru Besar

S.k : Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru


Lampiran D
Contoh Surat pelantikan dalaman

SK Bandar Baru Uda 2


Jalan Padi Mahsuri
81200 Johor Bahru
Johor.

En. Samion Bin Selamat


Guru Penasihat Pasukan Pengakap
SK Bandar Baru Uda 2,
81200 Johor Bahru.

Tuan/Puan,

SURAT PELANTIKAN PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SKBBU2 2009.

Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.

Sehubungan itu tuan/puan dengan ini dilantik sebagai …………………………………………………


Dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2009 yang
akab diadakan pada ketetapan berikut:

1.1 Tarikh 21 hingga 23hb Julai 2009


1.2 Masa 10.00 pagi 21/7 hingga 4.30 petang 23/7
1.3 Tempat Kawasan Padang SKBBU2

Bersama-sama ini dilampirkan panduan tugas untuk makluman serta tindakan tuan

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima
kasih.

Sekian.

Saya yang benar,

( )
Cop & Nama Guru Besar

S.k : Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru


6. PERATURAN PERKHEMAHAN

1. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah disurau pada waktu yang


ditetapkan oleh Kem Komandan.
2. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program yang diatur.
3. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
4. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan.
5. Di larang membuang sampah di merata-rata tempat.
6. Di larang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga
sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau
kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan
perkhemahan.
10. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan
oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
11. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan
12. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan kecuali semasa aktiviti rasmi.
13. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian diutamakan.
14. Aktiviti penggunaan air dan api perlu di jalankan di bawah
penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran
15. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di penyeliaan dan pengawasan
pihak bertanggungjawab.
1. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.
21. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa
kesemasa jika di fikirkan perlu.
6.1 Tanggungjawab Jawatankuasa Induk Perkhemahan

Rangka Tugas

- Struktur Organisasi Jawatankuasa Induk


- Mesyuarat-Mesyuarat
- Pelaksanaan keputusan mesyuarat
- Bajet dan kelulusan
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Perkhemahan dan Perlaksanaan kem – tindak susul
- Advance party – penilaian awal
- Tinjauan / kekangan dan menangani masalah
- Perlantikan Jawatankuasa Kecil
- Laporan Kewangan (perbelanjaan) di audit
- Laporan Perkhemahan
- Post mortem
CONTOH

6.2 Tanggungjawab Jawatankuasa Kecil Persembahan UUKA &


Kebudayaan

KANDUNGAN

1. Barisan Ahli Jawatankuasa


2. Bidang Tugas Jawatankuasa
3. Persembahan UUKA
4. Persembahan Kebudayaan
5. Panel Pengadil
UUKA & Prinsip Asas Pergerakan PM/BSM.
6. Panel Pengadil
Persembahan Kebudayaan
7. Jadual Persembahan UUKA & Prinsip Asas Pergerakan Palang Merah / Bulan
Sabit Merah , Kebudayaan.
8. Peralatan & Logistik
BARISAN JAWATANKUASA KECIL PERSEMBAHAN UUKA & KEBUDAYAAN

Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Ahli-ahli :

Bidang Tugas

1. Menyediakan dan memperkemaskan pentas dengan kemudahan alat-alat seperti


pembesar suara, lampu (penata cahaya), alat radio / kaset perakam.

2. Mengaturkan giliran persembahan sama ada persembahan UUKA/Prinsip


PM/BSM dan Persembahan Kebudayaan dengan cara mencabut undi.

3. Menyediakan dan mengatur meja pengadil dan juri-Juri (Wakil Cawangan).

4. Menyerahkan segala keputusan pertandingan persembahan kepada Pengerusi


Jemaah Pengadil.

5. Melaporkan segala kegiatan mengenai perjalanan persembahan & pertandingan


kepada Komandan.

6. Mengatur giliran Persembahan Kebudayaan daripada Palang Merah / Bulan Sabit


Merah luar negara.

7. Mengedarkan Maklumat awal mengenai kaedah pertandingan kepada semua


Cawangan PBSMM yang mengambil Bahagian dengan kerjasama Sekretariat IPK,
Kuala Lumpur.

Panel Pengadil UUKA & Persembahan Kebudayaan

Skrip - Bahagian Mesej dan kreativiti


Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan

1. Wakil Jawatankuasa HEUU & UUKA Kebangsaan

2. Pengurus HEUU & UUKA

3. Wakil ICRC, Pejabat Regional ICRC Kuala Lumpur

(30 Markah)
Persembahan & Kostum

1. Wakil Pejabat Kesenian & Pelancungan

2. Wakil Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka

(30 Markah)

Panel Juri (Awam)

Ketua Kontingen Setiap Cawangan


(40 Markah)

Markah Penuh : (100 Markah)


CONTOH

6.4 PERATURAN PERTANDINGAN ASPEK-ASPEK PERKHEMAHAN

AM

1. Pertandingan aspek-aspek perkhemahan akan di pertandingkan diantara


Cawangan.
2. Para peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan ini adalah terdiri
daripada peserta yang sama yang mengambil bahagian dalam Pertandingan
Pertolongan Cemas iaitu seramai 12 peserta.
a. PBS – 6
b. Belia - 6
dan saiz penyertaan boleh diluaskan lagi mengikut saiz penyertaan semasa.
3. Pasukan yang memperolehi markah yang tertinggi sekali dalam bahagian ini
akan menjadi johan Pertandingan aspek-aspek perkhemahan.

4. Pasukan yang memperolehi markah yang tertinggi sekali hasil daripada


pertandingan tersebut akan menjadi Johan bagi pertandingan kategori
perkhemahan.
5. Hakim-hakim yang berkecuali dan mahir dalam bidang-bidang yang berkenaan
akan dilantik.
6. Pertandingan dalam bahagian ini akan terbahagi kepada tiga acara:
a. Hiasan Perkhemahan
b. Integriti Nasional
c. Khemah yang aktif dengan aktiviti dan keceriaan dan sentiasa berdiplin.

Hiasan Perkhemahan
Am

7. Pertandingan hiasan Perkhemahan akan bermula sebaik sahaja pasukan-


pasukan mula mendirikan khemah masing-masing sehinggalah hari terakhir.
8. Pihak penganjur akan menentukan tapak khemah pasukan masing-masing.
Dilarang sama sekali menebang pokok-pokok yang berada di dalam kawasan
tapak perkhemahan.
9. Peserta wanita akan tinggal di khemah yang bersaingan dengan lelaki.

Peralatan Khemah
10. Pasukan hendaklah membawa khemah mereka masing-masing.

Pemberian markah
11. Markah akan diberi berdasarkan kepada cirri-ciri berikut:
a. Hiasan – kecantikan (25 markah)
Menonjolkan keaslian dan kreativiti

b. Aktiviti keceriaan - kebersihan (25 markah)


Penting menjaga kebersihan setiap masa sama ada berada dalam khemah
atau pun luar khemah.

c. Integriti - kemuafakatan (50 markah)


Bekerjasama diantara ahli, tolong menolong dalam semangat muhibbah
dan kemesraan serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
Suasana harmoni perlu diwujudkan sentiasa di kalangan penghuni khemah.

12. Markah penuh daripada bahagian ini adalah 100.

p/s : Kriteria dan syarat mengenai Pertandingan akan disesuaikan mengikut


perkembangan semasa dan kemungkinan peraturan-peraturan yang sedia
ada akan dikemaskinikan.
CONTOH

LAMPIRAN A

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


(Malaysian Red Crescent Society)

6. 5 PERSEMBAHAN KUMPULAN (Mengikut Negeri)

SEJARAH RINGKAS PERANAN DAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN.

Anda adalah satu kumpulan ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)
yang ditubuhkan sejajar dengan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya
semua pelajar mengambil bahagian di dalam aktiviti ko-kurikulum yang ada di sekolah
anda.

Tahun demi tahun Pasukan Belia BSMM telah tumbuh di sekolah-sekolah Menengah di
seluruh tanah air. Kementerian Pendidikan mendapati belia yang menjadi ahli
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah masing-masing masih memerlukan
bimbingan dan perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan maklumat mengenai Prinsip
Asas Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Kekurangan maklumat tentang pertubuhan itu
terutama sekali sejarah, peranannya dan prinsip-prinsip yang di gunakan sebagi
panduan semasa melaksanakan tugas-tugas mereka menjadikan unit yang ditubuhkan
tidak begitu aktif dan bertambah lesu.

Untuk mendapatkan maklumat ini beberapa orang rakan sekolah anda telah menemui
anda untuk mendapatkan penjelasan tentang Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan yang
digunakan sebagai panduan menjalankannya.

TUGAS KUMPULAN

Tugas anda sebagai satu kumpulan ahli-ahli PBSMM adalah secara kumpulan, di
kehendaki mementas dan melakonkan satu persembahan tentang Prinsip-Prinsip Asas
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah kepada rakan-rakan anda.

Jangka masa persembahan tidak lebih daripada 20 minit.

Tarikh Persembahan : Lihat Jadual (Bergantung kepada Pindaan)


PRINSIP-PRINSIP UUKA & ASAS PERGERAKAN PM / BSM

9. PANDUAN UNTUK PENILAI

Tiap-tiap kumpulan telah diberi masa lebih daripada 24 jam untuk membuat persiapan
dan menghasilkan persembahan. Kumpulan hendaklah melakonkan persembahan
mereka dengan mengambil kira bahawa penonton-penonton adalah terdiri daripada
pelajar-pelajar dari sekolah yang sama.Sila ambil kira aspek-aspek berikut semasa
membuat penilaian:

a. Persiapan di segi alat, pakaian, pentas dan sebagainya

b. Skrip persembahan
(sila hantar skrip kepada Sekretariat Kem sebelum pertandingan)

c. Keyakinan terhadap lakonan mereka.

d. Kesungguhan di dalam semua bidang.

Sebagai panduan tiap-tiap Prinsip Asas hendaklah dipersembah dan dilakonkan dengan
panduan seperti berikut:

1. KEMANUSIAAN (10 markah)

i. Mencegah dan mengurangkan penderitaan


ii. Merapatkan hubungan manusia sejagat
ii. Melindungi mangsa-mangsa konflik, menyelamatkan nyawa, mencegah
kezaliman dan salah laku terhadap sesama manusia.

2. KESAKSAMAAN (10 markah)


i. Tidak menbeda-bedakan semasa memberi bantuan.
ii. Bantuan sejajar dengan penderitaan, yang cedera lebih parah
hendaklah di utamakan.

iii. Tiada pilih kasih, nepotism dan sebagainya.


3. KEBERKECUALIAN (10 markah)
i. Tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berkonflik
ii. Memberi bantuan dan rawatan dengan tidak mengira mangsa.
iii. Tidak berpegang kepada mana-mana ideologi.
iii. Mengeratkan hubungan sesama manusia tidak kira agama,
bangsa, darjat, miskin atau kaya.

4. KEBEBASAN (10 markah)


i. Tidak dikongkong oleh pihak yang berkuasa walau pun demikian, sentiasa
membantu kerajaan yang sah. Menjalankan tugas tanpa melanggar
undang-undang negara. Satu persatuan Kebangsaan di dalam setiap
negara.

ii. Bertugas berasaskan prinsip-prinsip asas dan menggunakan emblem yang


sah.

iii. Di jalankan secara demokratik dan ahli-ahli daripada semua lapisan


masyarakat.

5. KHIDMAT SUKARELA (10 markah)

i. Melaksanakan tugas tanpa mencari keuntungan

ii. Bukannya wakil pihak yang berkuasa.

iv. Bekerjasama sebagai pembantu khidmat perubatan tentera masa


konflik bersenjata.

v. Sukarelawan diberi galakan dengan memberi mereka tugas-tugas


yang memikul tanggungjawab tertentu.

6. KETUNGGALAN (10 markah)

i. Adalah satu-satunya yang unggul di dalam negara.

ii. Ahli-ahli meliputi seluruh negara.

iii. Aktiviti meliputi seluruh negara.

7. KESEJAGATAN (10 markah)

i. Pergerakan mempunyai tujuan dan misi yang sama seluruh dunia


ii. Gandingan dan hubungan rapat di jalin di antara Persatuan-
Persatuan Kebangsaan semua negara.

iii. Bekerjasama di dalam memberi bantuan dimana sahaja di merata


dunia.
CONTOH
PERSEMBAHAN
PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH
& BULAN SABIT MERAH

Tarikh : ..................................................

Masa : ..................................................

GILIRAN CAWANGAN TAJUK

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

………………………………………………………
PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL
PERSEMBAHAN PRINSIP PM / BSM
& UUKA KEBANGSAAN
Contoh
BORANG PENYERTAAN

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN

Tajuk Persembahan : ……………………………………………………………………….

Bil Nama Jantina Pangkat BSMM

Nota : Penyertaan tidak boleh melebihi daripada 20 orang. Dikepilkan bersama-sama


ini sinopsis & skrip berkaitan dengan tajuk persembahan.

................................................... .....................
T/Tangan Pengarah Cawangan Tarikh
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
(Malaysian Red Crescent)

7. Senarai semak bagi Jawatankuasa Penganjur Perkhemahan Kecil Cawangan

A. PENTADBIRAN

Tandakan
(√)

1. Panduan Pertandingan

2. Surat menyurat dengan Ibu Pejabat Kebangsaan Jabatan/


Kementerian
3. Penubuhan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kecil
4. Mesyuarat dengan berbagai Jawatankuasa Kecil sebelum
persediaan pertandingan
5. Persediaan perasmian pembukaan/penutup
6. Tempat mesti ditetapkan – pastikan kemudahan ditempat
tersebut.
7. Menyiapkan dan menyerahkan perbelanjaan
8. Membekal makanan
9. Keperluan pengangkutan
10. Penginapan peserta
11. Aspek teknikal pertandingan
12. Peralatan bagi pertandingan
13. Publisiti dan perhubungan awam
14. Sumber tenagamanusia
15. Sambutan peserta dan para tetamu
16. Kebajikan rekreasi
17. Keselamatan
18. Mengalu-alukan dan memberi penerangan kepada peserta dan
pemimpin-pemimpin

B. PENGINAPAN
1. Persediaan keperluan penginapan
2. Khemah - tempat tidur (sleeping mart/pengalas getah – sesuai
untuk berkhemah)
3. Tandas – mencukupi dan keadaan baik
4. Tempat mandi – mencukupi tempat mandi
5. Lampu – kipas dan point eletrik (power point) mencukupi
6. Keselamatan
7. Tanda tanda tempat tidur mengikut Cawangan
8. Kebersihan

c. MAKANAN
1. Pembekal makanan – masak/bungkus
2. Menu harian
3. Perbelanjaan
4. Masa makanan ditetapkan
5. Kad makanan
6. Kebersihan

D. PENGANGKUTAN
1. Jenis pengangkutan
2. Jadual pengangkutan
3. Sambutan – menemui peserta-peserta di perhentian bas/
stesyen keretapi/ perhentian teksi / lapangan terbang

E. PUBLISITI DAN PERHUBUNGAN AWAM


1. Sepanduk-sepanduk
2. Bendera Bulan Sabit
3. Bendera Kebangsaan dan Negeri / protokol Bendera
4. Buku cenderamata
5. Foto kumpulan/Foto Pertandingan
6. RTM/pemberita
7. Perhubungan Awam dengan peserta dan para tetamu
8. Mempastikan ada pembesar suara

F. KEBAJIKAN DAN REKREASI


1. Surau
2. Bilik Rawatan
3. Perjumpaan
4. Tayangan Gambar
5. Rekreasi – sukan/social
6. Melawat tempat pelancungan

G. TEKNIKAL
1. Menentukan hakim-hakim
2. Hukuman kawad dari tentera
3. Stewards – pandu puteri/pengakap/sukarelawan BSM
4. Doktor-doktor / pemeriksa-pemeriksa
5. Pembantu hospital dan Jururawat
6. Peralatan bagi pertandingan/simulasi mengenai BSM
6.1 Kit alat solek
6.2 Telefon
6.3 Penyamar-penyamar solekan
6.4 Jam (stop watch)
6.5 Pengusung
6.6 Gebar
6.7 Kit pertolongan cemas
6.8 Tempat sesuai untuk kawad
6.9 Garis panduan bagi hakim-hakim
Kembaran B
Pakaian yang mesti dibawa semasa Perkhemahan

Pakaian Kerja – PBS/Belia (wanita) No.5 seluar

a. Blaus lengan pendek putih, masuk kedalam (satu poket atas sebelah kiri)

b. Seluar panjang lurus, tiada lipatan disebelah bawah dan satu poket di belakang
sebelah kanan.

c. Topi Beret Biru laut dan lencana topi seragam BSMM daripada logam (metal cap
badge)

d. Bahagian bahu – kain yang sama dijahit lipatan 2 “

e. Landyard hitam bersama Hook dan Wisel

f. Tag nama – Hitam dengan tidak lebih 9 huruf berwarna putih berukuran ½ “ tinggi

g. Lambang negeri

h. Lambang Bulan Sabit Merah

i. 5 butang kecil BSMM

j. Kasut hitam bertali dan sarong kaki hitam (untuk PBS). Boot tidak dibenarkan.
Tapak kasut tidak dibenarkan dibubuh paku.

k. Kasut kanvas putih dan sarong kaki putih (untuk belia)

l. Tali pinggang putih nylon dengan lambing BSMM ditengah.

Rujuk (Buku Panduan No.5)


Pakaian Kerja (PBS/BELIA) lelaki

1. Mengandungi

a. Kemeja putih masuk kedalam

b. Seluar panjang putih – lurus tiada lipatan sebelah bawah dan satu poket
dibelakang sebelah kanan.

c. Beret biru laut dan lencana topi seragam BSMM daripada logam (metal
cap badge)

d. Tag nama – hitam dengan tidak lebih 9 huruf berwarna putih berukuran
½ “ tinggi.

e. Lambang negeri

f. Lambang Bulan Sabit Merah

g. 6 butang kecil Bulan Sabit

h Landyard hitam bersama Hook dan wisel

i. Tali pinggang putih nylon dengan lambing BSMM ditengah

j. Kasut hitam bertali, boot tidak dibenarkan. Tapak kasut tidak


dibenarkan dibubuh paku.

k. Sarong kaki hitam.

Sarban untuk kaum Sikh

- Biru laut dan Lencana topi Seragam BSMM daripada Logam (metal cap badge)
12. Pakaian khas semasa Perkhemahan

Trek Bottom
Kemeja T BSMM (2 helai)
Kasut Trek bottom ( pen. Jasmani)
Stokin

(Lihat gambarajah)
CONTOH
9. LOGISTIK : MASAK KELOMPOK

Cadangan cara-cara pengendalian persiapan, memasak, penyajian, pengagihan dan


pelupusan semasa perlaksanaan perkhemahan

Pendahuluan

Penanjur memberi peluang dan kepercayaan kepada semua BSMM Cawangan untuk
melaksanakan tugas memasak kepada semua yang terlibat semasa perkhemahan.
Diatas peluang ini juga BSMM Cawangan diberi peluang melatih dan memahirkan ahli-
ahlinya dengan tugas yang mencabar ini. Disamping itu juga, ahli-ahli Cawangan dapat
berganding dengan ahli-ahli BSMM Cawangan lain belajar dan berkongsi pengetahuan
serta mempraktikkan perlaksanaan memasak berkelompok (mass cooking) iaitu salah
satu agenda BSMM dalam Perkhidmatan Masyarakat dan Bantuan Bencana mengikut
Arahan MKN 20.

Aturan Perlaksanaan

Kelengkapan dan Peralatan


Semua peralatan memasak, sajian dan bekas-bekas pelupusan serta sisa disediakan
oleh BSMM Cawangan masing-masing atau yang disediakan oleh penganjur.

Pembelian bahan kering dan basah


Pembelian dikendalikan oleh Jawatankuasa Penganjur BSMM dimana akan membantu
bagi mengenalpasti agen-agen pemborong dan kedai-kedai yang dapat membekalkan
keperluan semasa.

Anggota Petugas
BSMM Cawangan akan melantik seksyen-seksyen yang telah di tetapkan bantuan
kepakaran bersama-sama ahli-ahli BSMM Cawangan/IPK diperlukan bagi melicinkan
tugas-tugas yang telah dicartakan.

Masakan
Ketua tukang masaka Cawangan masing-masing akan mengetuai dalam arahan
memasak. Semua masakan perlu mengikut menu yang telah dicadangkan. Perubahan
dan tambahan menu akan dibincang dan mendapat persetujuan dari Urusetia atau
Jawatankuasa makanan/minuman.

3. Agihan makanan/minuman dan sajian

Perlaksanaan agihan
Seksyen pengagihan seperti Lampiran

Petugas bahagian hidangan akan menentukan tempat-tempat pengagihan kepada


Urusetia dan peserta.
Semua peserta akan dibekalkan dengan satu pinggan dan satu gelas sahaja.
Penggunaan sudu dan garfu terpulang kepada peserta sendiri.

Jawatankuasa, Urusetia dan Petugas akan disajikan secara “buffet”

Seksyen sajian akan membekalkan sudu plastik semasa sajian bubur dan makanan
berkuah sahaja.

4. Pengangkutan

BSMM Cawangan boleh memohon bantuan dari Penganjur Kem kenderaan untuk
mengangkut bekalan dari tempat memasak ke kem perkhemahan dan sebaliknya.

5. Kebersihan dan Pelupusan

tong-tong sampah dan plastik sampah (Gabbage Beg) akan disediakan di


- tempat-tempat yang perlu
- Pasukan akan tentukan semua pinggan, tempat hidangan dan meja di
bersihkan selepas setiap kali sajian makan/minum.
- Sisa-sisa buangan dan makanan diminta dimasukkan ke dalam tong sampah
yang disediakan.
- Pelupusan akan dibuat mengikut keadaan yang perlu dilaksanakan.

5. Penutup

Sesungguhnya aturcara dan perancangan dibuat mengikut jadual yang telah


dirancang oleh penganjur dan sedia menerima sebarang teguran dan pandangan
bagi meningkatkan perlaksanaan menaikkan imej BSMM keseluruhannya di mata
masyarakat dan jentera kerajaan.
Fungsi dan tugas bagi carta aliran petugas memasak

Perkara Fungsi dan Tugas


Pengarah dan 1. Memastikan tugasan berjalan dengan lancar mengikut
Setiausaha jadual.
2. Koordinasi bersama Jawatankuasa dan Urusetia.

Bendahari 1. Menyelaraskan Kewangan dan Akaun


Kuartermaster 1. menentukan petugas-petugas mencukupi
(Ketua Tukang 2. masakan mengikut menu dan jadual
Masak)
Penyelaras stor 1. membeli barang yang perlu di beli
dan peralatan 2. menentukan stok bahan mentah dan bahan kering
mencukupi
3. menyediakan barang-barang keperluan harian tepat pada
masanya.
Sajian dan 1. menyelaraskan kerja awal untuk menu
kebersihan 2. membuat persediaan awal untuk tukang masak
3. menentukan kawasan memasak dan tempat sajian sentiasa
bersih.

Pengangkutan 1. menyediakan pengangkutan


2. menyediakan pengangkutan makanan ke tapak perkhemahan
3. menyelaraskan tugasan kepada pemandu
4. membantu pergerakan Urusetia

Bahagian Nasi 1. Memasak nasi kepada peserta dan Urusetia

Bahagian lauk 1. Memasak lauk

Bahagian sayur 1. Memasak sayur

Bahagian air 1. Menyediakan air manis dan air masak mengikut keperluan
dan sarapan semasa.
2. menentukan bekas-bekas air mencukupi.

Basuhan 1.menentukan peralatan sentiasa bersih


2.membasuh peralatan yang digunakan selepas memasak
3.menentukan tempat basuhan/memasak sentiasa bersih
Tempat 1. menyediakan tempat makan urusetia
hidangan 2. menentukan tempat makan urusetia sentiasa bersih
3. mengedarkan makanan kepada semua peserta
4. menentukan tempat pengedaran makanan sentiasa bersih
5. menentukan tong-tong sampah dan beg plastik sampah di
sediakan dan dibuang.
Pelupusan 1. menyelenggarakan bahan pelupusan
2. menyediakan tempat pembuangan sisa makanan
Cara agihan makanan bagi kem BSMM peringkat Kebangsaan

Peserta

1. Setiap kumpulan besar peserta (90 orang) akan diberi 2 bekas air iaitu :
- bekas air manis
- bekas air suam

2. Makanan akan di agihkan kepada kumpulan kecil peserta (30 orang) seperti
lampiran.

3. Kumpulan Kecil akan disertakan:


- bekas nasi
- bekas lauk
- Bekas sayur
- Bekas serbaguna
4. Setiap peserta akan dibekalkan :
- 1 pinggan
- 1 cawan
- Sudu dan garpu akan dibawa oleh peserta untuk kemudahan sendiri.

Petugas, Urusetia dan Jurulatih.

5. Petugas, Urusetia dan Jurulatih di hidangkan makanan secara „buffet‟


Alatan yang disediakan:
- Pinggan
- Gelas minum
- Sudu dan garpu
10. Lencana Kecekapan yang boleh diraih daripada Perkhemahan Kebangsaan /
Cawangan

1. Lencana Kem Kraf

2. Tuntutan Lencana boleh dikemukakan kepada BSMM Cabang masing-masing.

3. Contoh Kad Prestasi

(Rujuk Buku Panduan No.5)


Lencana Kecekapan Persahabatan Antarabangsa

1. Lencana Persahabatan Antarabangsa

2. Peserta-peserta BSMM (belia) yang mengikuti Perkhemahan atau program Belia


antarabangsa.

3. Tuntutan Lencana boleh dikemukakan kepada BSMM Cabang masing-masing

4. Contoh Kad Prestasi


BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
(Malaysian Red Crescent)

BORANG PENYERTAAN

PERKHEMAHAN SUKARELAWAN DAN BELIA KEBANGSAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

(sila isikan dengan terang, kemas dan jelas) Berpakaian seragam/bukan berpakaian
seragam) – potong mana yang tidak berkenaan)

NAMA PENUH : (HURUF BESAR CERAI) …………………………………………………………………………….

ALAMAT PENUH : ………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

No. Tel. Bimbit : ………………………………………… No. Tel Rumah : ………………………………………

NO. KEAHLIAN BSM : …………………………..…… TARIKH LUPUT KEAHLIAN : ……………………….

DAFTAR PBS : ……………………………….. PANGKAT : ………………… CABANG : ………………………

CAWANGAN : ……………………………………… (sertakan salinan Kad Keahlian BSMM yang sah)

NAMA KOMANDAN : ……………………………………………………………………………………………………………

ALAMAT KOMANDAN : ……………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

NO. TEL BIMBIT : ……………………………………… NO. TEL RUMAH/PEJ : ……………………………….

NAMA WARIS TERDEKAT YANG MUDAH DIHUBUNGI BILAMANA BERLAKU KECEMASAN :

NAMA : ………………………………………………………………………………………………………………………………

NO. TEL BIMBIT : ………………………………….. NO. TEL RUMAH/PEJ : ………………………………….


PERAKUAN AHLI

Saya seperti yang tersebut diatas mengakui bahawa segala kenyataan bertulis
mengenai diri saya adalah benar belaka dan berjanji akan sentiasa patuh dan sentiasa
mengikut arahan yang diberikan oleh Pegawai-Pegawai BSMM dan Jawatankuasa
Penganjur Perkhemahan Sukarelawan dan Belia Kebangsaan.

Tarikh : ……………………………………………… Tandatangan Ahli : ……………………………………………

PENGESAHAN CAWANGAN / CABANG

Bahawa kami dengan ini memberikan kebenaran dan kelulusan kepada permohonan
diatas untuk mengikuti Perkhemahan Kebangsaan BSMM pada ……… hingga ………………..
dan akan sentiasa mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh pihak
Jawatankuasa Penganjur Perkhemahan .

Tarikh : ………………………………………….. …………………………………………………………………


Tandatangan/Jawatan BSMM
Cop Jawatan BSM

KEGUNAAN SEKRETARIAT KEM

Tarikh : ………………………………….…………

Sekretariat Kem : ………………………………………………..


Contoh

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


(Malaysian Red Crescent)

BORANG PENILAIAN / EVALUATION

1. Sila tandakan / pda ruang yang disediakan (please tick)

Amat lemah Lemah Sederhana Baik Amat baik


Very Poor Poor Fair Good Excellent
a) Pendaftaran
Registration

b) Pengurusan
Pertempatan
Khemah/ camp
Side management

c) Pentadbiran
Administration

d) Aturcara dan
Susunan Program/
Schedule

e) Pengurusan Masak
Bekelompok/
Mass Cooking

f) Majlis Pembukaan/
Opening Ceremony

g) Majlis Penutup/
Closing Ceremony

h) Setesen Kemahiran/
Skill station

i) Persembahan UUKA/
IHL Presentation

j) Persembahan
Kebudayaan/
Cultural Presentation

k) Operasi menyelamat/
Rescue Operation

l) Pengangkutan/
Transportation
Lain-lain pandangan atau cadangan / Any other comments.

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
______________________________________________________

Nota : Soalan-soalan berkaitan boleh disesuaikan sekiranya ada perkara baru dimuatkan
didalam program Perkhemahan
HOMESTAY
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Malaysian Red Crescent

EVALUATION FORM - HOST FAMILY PROGRAMME


PERKHEMAHAN SUKARELAWAN & BELIA KEBANGSAAN 2009

Please tick appropriate boxes.

Excellent Good Fair Poor Very Poor

1. Arrival in Malaysia.

2. Transportation.

3. Briefing on Home stay


Programme.

4. Placement and
introductions to host family.

5. The Home stay family


connection with a Red Cross/Crescent volunteer.

6. Cultural understanding.

7. Understanding of the
local language.

8. Strengthen and expand


social networking.

9. Positively contribute
towards the development of Red Cross/Crescent volunteers/youth.

10. Home stay has been


a rewarding experience.

11. Hospitality of hosts.

12. The management of


MRC Home stay Programme.

Comments on how to improve the Home stay Programme:


_______________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
LAMPIRAN

SEKSYEN A

GAJET-GAJET PERKHEMAHAN
SEKSYEN B
PERTANDINGAN PERTOLONGAN
CEMAS KEBANGSAAN

You might also like