You are on page 1of 18

SKEMA JAWAPAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2017


PENGGAL 3

(a) Huraikan ciri-ciri tabii orang berjaya di bawah dalam menyelesaikan masalah konflik
pekerja: [6]

(i)Berfikiran menang-menang
- Memahami matlamat kumpulan / pekerja.
- Memahami peranan dalam kumpulan / pekerja.
- Perlu bekerjasama di antara pekerja.
- Kejayaan kumpulan kejayaan semua.
- Kejayaan memberi kepuasan untuk semua.
- Membuat keputusan / tindakan yang positif.
- Mengutamakan faedah bersama.
- Tidak menjejaskan pihak lain ( e.g. khianat, sabotaj).
[pilih mana-mana 3 jawapan]

(ii) Cuba memahami dahulu kemudian cuba untuk difahami.


- Mendengar dengan baik masalah pekerja.
- Memahami keadaan pekerja
- Empati terhadap pekerja.
- Berkomunikasi dengan efektif.
- Membuat orang lain/ pekerja faham.
- Berfikiran dan berpersepsi yang positif.
- Jujur dalam semua hal. [pilih mana-mana 3 jawapan]

1
(b) Huraikan kaedah pakatan strategik yang berikut: [6]

(i) Kontrak pengeluaran :


- Sesuatu syarikat pengeluar akan membenarkan sesebuah syarikat tempatan untuk
mengeluarkan produk itu berdasarkan kontrak / perjanjian yang ditandatangani oleh
kedua-dua pihak.
- Syarikat pengeluar akan mengenakan bayaran yang berlandaskan bilangan / saiz
pengeluaran yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang dilantik itu.
- Syarikat pengeluar asal akan membekalkan komponen, bahan, acuan / arahan
pengeluaran terperinci kepada syarikat pengeluar tempatan di negara asing.
- Aktiviti pemasaran dan jualan adalah tanggungjawab syarikat tempatan yang dilantik
itu.

[pilih mana-mana 3 jawapan pertama]


(ii) Usahasama :
- Usaha perkongsian / gabungan antara dua buah firma atau lebih dalam urusan
perniagaan.
- Gabungan ini melibatkan firma antarabangsa dengan firma tempatan / dua buah firma
antarabangsa.
- Kesemua pihak yang terlibat akan menyumbang modal.
- Kawalan dan kepunyaan entiti perniagaan itu akan dikongsi bersama.
[pilih mana-mana 3 jawapan pertama]

2
(c) Huraikan tiga pihak yang memerlukan rancangan perniagaan yang disediakan oleh usahawan.
[6]

1. Pembiaya
- RP yang baik dapat menggambarkan maklumat kewangan perniagaan, ini akan
meyakinkan pembiaya seperti bank untuk memberi pinjaman.
- RP digunakan oleh bank untuk menilai sama ada usahawan mampu membayar
balik pinjaman ataupun sebaliknya.

2. Pembekal
- RP yang baik dan berpotensi akan meyakinkan pembekal untuk membekalkan
bahan mentah atau produk secara jualan kredit atau hutang.

3. Pekerja
- Melalui RP pekerja dapat memahami tugasnya dengan jelas.
- Matlamat yang dikongsi bersama, harapan syarikat kepadanya dan apakah
sumbangan yang perlu diberi bagi mencapai matlamat syarikat.

4. Pelanggan
- Melalui RP pelanggan dapat mengetahui sama ada produk yang dikeluarkan
memenuhi kehendaknya atau tidak.
- Pelanggan juga rasa lebih selamat dan selesa kerana yakin produk yang digunakan
selamat dan bersih.

5. Pelabur/ Pemegang saham


- Untuk mengetahui secara terperinci perniagaan dan menilai sama ada perniagaan
itu boleh maju, bersaing atau tidak.
- Ini perlu untuk pelabur membuat keputusan melabur dalam perniagaan itu.

6. Agensi Kerajaan/ Kerajaan


- Sekiranya RP yang disediakan baik, berpotensi ke arah keuntungan dan
menyeluruh, maka pihak kerajaan menerusi agensi yang berkaitan akan
meluluskan bantuan.

7. Rakan kongsi
- RP yang baik dapat menarik rakan kongsi untuk melabur dalam perniagaan, ini
kerana rakan kongsi dapat mengetahui kedudukannya / prestasi syarikat itu sama
ada kukuh atau tidak.
[F= 1m, H = 1m mana-mana 3 yang pertama]

3
(d) Nyatakan empat elemen rancangan pengeluaran dalam rancangan perniagaan. [4]

1. Huraian tapak projek, kesesuaian dan pelan lokasi kilang.


2. Susun atur ruang operasi.
3. Mesin dan peralatan yang digunakan.
4. Proses pengeluaran (langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk dan
perkhidmatan)
5. Carta aliran operasi.
6. Penggunaan bahan mentah.
7. Stok simpanan bulanan atau tahunan.
8. Jadual simpanan bulanan atau tahunan.
9. Jadual pelaksanaan projek.
10. Premis perniagaan dibeli, disewa atau dipajak.
[pilih mana-mana 4 jawapan yang pertama]

4
(e) Huraikan dua tahap perniagaan antarabangsa. [4]

1) Domestik
perniagaan yang beroperasi dalam sesebuah negara.

2) Antarabangsa
perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara
dengan negara lain/ perniagaan yang melibatkan negara luar atau negara
asing/import dan eksport

3) Multinasional
Subsidiari berpotensi sebagai entiti tersediri di luar negara/sebuah syarikat yang
membuka cawangan di negara asing/membuka banyak cawangan di serata dunia.

4) Global
Melihat dunia sebagai pasaran tunggal./ Suatu proses dimana ekonomi dunia
menjadi satu ekonomi yang saling bergantung iaitu tidak terasing lagi/ konsep
sejagat dan menyeluruh supaya produk dapat dipasarkan secara menyeluruh
melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia/firma membentuk operasi
syarikat di merata dunia.

[pilih mana-mana 2, semak 2 pertama] [1F = 1M, 1H = 1M] X 2 = 4M]

5
(f) Jelaskan dua bentuk lokalisasi dalam perniagaan antarabangsa. [4]

a) Lokalisasi Produk
- melibatkan aspek membuat dan memasarkan produk yang paling sesuai dengan
sosiobudaya penduduk di sesebuah negara seperti cita rasa, taraf sosial, taraf
pendidikan, agama dan sebagainya.

b) Lokalisasi Laba
- merujuk kepada keuntungan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat perlu
dilaburkan semula ke negara di tempat syarikat tersebut beroperasi

c) Lokalisasi Pengeluaran
- merujuk kepada penggunaan bahan mentah yang terdapat di negara di tempat
syarikat berkenaan beroperasi

d) Lokalisasi Pengurusan
- syarikat yang beroperasi di sesebuah negara perlu mengubah nama organisasi,
kaedah pengurusan, falsafah organisasi termasuklah mengambil pengurus dalam
kalangan rakyat tempatan supaya bersesuaian dengan budaya korporat atau
organisasi di negara berkenaan
[Fakta 1m + Huraian 1m = 2m]

6
(g) Jelaskan bagaimana sekatan perdagangan antarabangsa yang berikut dapat membantu
perlindungan perdagangan antarabangsa di sesebuah negara.

i. Standard dan Piawaian


- Kerajaan menetapkan piawaian tertentu bagi melindungi kesihatan dan
keselamatan rakyat.
- Contoh – barang-barang makanan yang di import dari negara luar perlu
mematuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
[Huraian 1m + Cth
1m = 2m]
ii. Embargo
- Sekatan perdagangan yang dikenakan oleh sesebuah negara ke atas negara lain
iaitu samada import atau eksport terhadap semua jenis kategori produk tanpa
mengira destinasi
- Contoh – Sekatan dagangan yang dikenakan ke atas Iraq semenjak tahun 1990
mengakibatkan rakyat Iraq menderita tanpa makanan dan perubatan yang
sempurna.
[Huraian 1m + Cth 1m = 2m]

iii Polisi Bekalan Kerajaan


- Kerajaan mengutamakan pembelian barangan tempatan oleh agensi kerajaan.
- Contoh Kerajaan menetapkan pembelian sejumlah minimum barangan yang
mempunyai kandungan bahan tempatan untuk kegunaan agensi kerajaan.
[Huraian 1m + Cth 1m = 2m]

7
(h) Berikan empat fungsi utama Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). [4]

1 Menguruskan perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)


2 Mengadakan forum perundingan perdagangan
3 Menangani permasalahan perdagangan
4 Mengawasi polisi perdagangan negara anggota
5 Memberi bantuan teknikal dan latihan kepada negara-negara membangun.
6 Kerjasama dengan lain-lain pertubuhan antarabangsa terutama yang berkaitan
dengan perdagangan.
[Mana-mana 4 pertama, F 1m x 4 = 4m]

8
(i) Huraikan tiga faktor yang mewujudkan budaya rasuah dalam dunia perniagaan.
[6]

Tiga faktor yang mewujudkan budaya rasuah dalam dunia perniagaan.


1. Kelemahan individu
- Kurang iman / didikan agama - kurang berpegang kepada ajaran agama / tidak
amanah.
- Tamak - sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang diperolehi
- Ingin cepat kaya - mendapatkan kekayaan dalam masa singkat dan senang
- Suka kemewahan - suka membeli barang jenama / berprestij
- Boros - berbelanja melebihi pendapatan
- Suka berhutang - sikap suka membeli barang secara kredit
- Sikap suka berpoya-poya - Suka berjudi / minum arak / disko

2. Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran


- Kurang penyeliaan, pengawasan
- Sistem dan prosedur yang lemah
- Mudahkan pekerja lakukan rasuah

3. Faktor sosial dan kebudayaan


- Setiap kaum mempunyai budaya dan amalan hidup yang berbeza berhubung
pemberian hadiah
- Silapnya ,pemberian ini dibuat pada masa yang tidak sesuai
- Proses memberi dan menerima hadiah mungkin mewujudkan apa yang dipanggil
“termakan budi” dan merebak menjadi rasuah

4. Faktor pembangunan sosioekonomi dan modenisasi


- Rancangan dan projek pembangunan yang dijalankan menambahkan pengaliran
wang.
- Orang-orang yang terlibat dengan projek mungkin mengambil keuntungan untuk
diri sendiri
- Juga mengambil kesempatan memberi sogokan kepada pegawai berkaitan agar
sesuatu urusan cepat dipertimbangkan

5. Faktor nepotisme
- Perbuatan pilih kasih serta salah guna kuasa untuk faedah diri sendiri keluarga
atau sahabat handai
[Fakta 1, Huraian 1, 3 yang pertama x 2 = 6]

9
(j) Huraikan dua alasan yang selalu diberikan oleh sesebuah syarikat yang enggan
melaksanakan tanggungjawab sosial. [4]

Dua alasan enggan melaksanakan tanggungjawab sosial:

1. Perlaksanaan tanggungjawab sosial akan meningkatkan kos dan menjejaskan keuntungan


perniagaan.
2. Faedah tanggungjawab sosial dinikmati oleh masyarakat, bukan perniagaan.
3. Tanggungjawab sosial adalah tanggungjawab kerajaan kerana syarikat telah membayar cukai
korporat.
4. Tanggungjawab sosial bukan matlamat perniagaan/perlaksanaannya akan mencabuli
matlamat utama perniagaan untuk memaksimumkan keuntungan.
5. Perniagaan kurang kepakaran dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.
6. Perniagaan kurang akauntabiliti / rasa tanggungjawab terhadap masyarakat awam.

[Pilih mana-mana 4 huraian + contoh yang pertama:[4 x 1m = 4m]

10
2 (a) Jelaskan ciri-ciri usahawan yang ada pada Encik Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein
dalam menerajui pasaraya MYDIN.
[25]
FAKTA HURAIAN KAITAN KES
Inisiatif yang Mengambil - muncul dari hasil daya usahanya yang seakan tiada tanda
tinggi [1] tindakan proaktif/ noktah.[1]
Usaha yang tinggi - Bermula dengan kedai kecil berpapan di Jalan Tok
/ Bekerja keras[1] Hakim, Kota Bharu pada 1957. [1]
- terdorong untuk merancang strategi dan memikirkan
langkah dan usaha untuk mengembangkan perniagaanya.
[1]
- terus mengumpul modal dan menimba pengalaman baru.
[1]
- pada 1979 Encik Mydin telah pun membuka cawangan
baru yang berpusat di Kuala Terengganu. [1]
- penubuhan cawangan – cawangan baru MYDIN di
kawasan Lembah Klang. [1]
- akhirnya wujud lebih daripada 90 cawangan di seluruh
Malaysia. [1]

Bijak merebut Dapat meramal - mencari peluang menyertai aktiviti keusahawanan yang
peluang [1] dan menganalisis dianjurkan oleh pihak kerajaan. [1]
peluang yang - tahun 2011, MYDIN telah terlibat dengan Program
boleh membawa Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang turut disertai
keuntungan/ Peka oleh Tesco dan Carrefour. [1]
kepada perubahan - memberi latihan dan tunjuk ajar kepada beberapa kedai
persekitaran [1] runcit tradisi yang terpilih dalam program untuk
ditransformasikan kepada kedai runcit moden. [1]
- terlibat dalam penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia
(KR1M) dan telah diberi kepercayaan oleh kerajaan. [1]
- mengusahakan 9 jenis perniagaan iaitu pasaraya,
emporium, kedai runcit mini, kedai keperluan 24jam, pasar
mini, pasaraya kompleks, pasaraya premium, dan restoran
premium. [1]

Berpandangan Seseorang yang - terkenal dengan harga barangannya yang murah


jauh/ sentiasa maju ke berbanding dengan harga pasaran namun kualiti barang
Berwawasan hadapan dan juga turut diberi perhatian. [1]
[1] membuat - slogannya “Mengapa bayar lebih? Beli pada harga
penambahbaikan borong”. [1]
[1] - sentiasa mempunyai idea untuk menvariasikan rangkaian
produknya. [1]
- merancang strategi untuk mempelbagaikan jenis produk
jualannya seperti peralatan elektrik, pinggan mangkuk, alat
tulis, aksesori, dan pakaian. [1]

Keyakinan Berpegang teguh - Bermula sebagai peniaga pasar malam, beliau mula
tinggi/ terhadap mengumpul modal sebelum membuka kedainya yang
Optimistik [1] keupayaan diri pertama pada 1957. [1]
11
sendiri / sesuatu - mencari sumber untuk mendapatkan barang pada harga
kejayaan adalah yang murah dan menjualnya semula pada harga yang lebih
atas kemampuan murah dari harga pasaran. [1]
diri sendiri. [1] - mengimport barang daripada Thailand dengan menjual
semula barang itu di Malaysia dengan harga yang lebih
murah daripada pesaing. [1]

[ F=1m, Huraian fakta=1m, Kes=19m,


max=25m]

12
(b) Huraikan peranan Encik Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein kepada masyarakat. [5]

1. Konsep MYDIN „daripada masyarakat untuk masyarakat‟ dengan menetapkan harga borong
amat bermakna buat pelanggannya terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. [1]

2. MYDIN mementingkan status halal produk yang dijual , dengan membentuk visi syarikat
iaitu “untuk menjadi syarikat pengedar terkemuka di dunia bagi barangan dan perkhidmatan
yang halal”[1]

3. Pada tahun 2012, Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) dengan kerjasama MYDIN di
Kubang Kerian telah pun menjayakan sebuah program kemanusiaan yang bertemakan „kembali
ke sekolah‟. [1]

4. Memberi sumbangan iaitu sebuah van dan kelengkapan pengurusan jenazah kepada masjid
Kampung Surau Panjang. [1]

5. Memberi sumbangan kepada mangsa banjir 2014 melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan
Bencana Banjir dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB). [1]

[1 huraian =1m x5m =5m]

13
3 (a) Jelaskan lima cabaran yang akan dihadapi oleh sebuah syarikat multinasional. [20]

1) Struktur organisasi [1]


 Struktur organisasi syarikat berbeza dengan negara lain[1]
 Bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan dan kemahiran
pekerja dan kaedah operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat [1]
 Sukar memilih bentuk penjabatan disebabkan oleh perbezaan waktu, jarak, masalah
koordinasi, komunikasi, penyelewengan, penipuan dan ketidakpastian. [1]
 Contoh : MNC perlu memilih struktur yang paling sesuai sama ada fungsian, produk ,
geografi ataupun matriks.[1]

2) Kawalan pengurusan[1]
 Kaedah kawalan perlu berbeza kerana mempunyai persekitaran perniagaan yang
berbeza.[1]
 Lokasi yang jauh menyukarkan penetapan kepada satu bentuk struktur pentadbiran sama
ada pentadbiran berpusat atau tidak berpusat. [1]
 Tidak berpusat, bermakna anak syarikat membuat keputusan, walaupun keputusan lebih
tepat kerana anak syarikat lebih tahu selok-belok perniagaan di negara luar, namun
syarikat induk sukar mengawal aktiviti anak syarikat.[1]
 Pentadbiran berpusat, walaupun syarikat induk dapat mengawal aktiviti anak syarikat,
keputusan yang diperoleh mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir selok-
belok perniagaan di luar.[1]
 Contoh : Syarikat NESTLE memilih untuk kawalan tidak berpusat kerana anak syarikat
lebih tahu selok belok negara mereka beroperasi.[1]

3) Politik dan perundangan[1]


 Kestabilan politik - kekuatan sistem politik dalaman tetapi juga ancaman dari luar.[1]
 Dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak terancam malah berterusan.[1]
 Ketidakstabilan politik sering mengganggu operasi syarikat multinasional[1]
 Contoh : rampasan kuasa, pertukaran kuasa yang terlampau kerap, peperangan,
demonstrasi rakyat boleh menjejaskan perniagaan.[1]
 Sistem perundangan antara negara berbeza.[1]
 Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat[1]
 Tarif - kos mengimport barangan meningkat [1]
 Contoh: Produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat multinasional mestilah berasaskan
bahan mentah atau komponen-komponen tempatan.[1]

4) Ekonomi[1]
 Sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti PAB.[1]
 Berlaku pengangguran, hilang pekerjaan, maka permintaan terhadap produk
multinasional kurang.[1]
 Contoh: sistem ekonomi, perancangan pusat - kerajaan akan menentukan dan mengawal
kegiatan ekonomi negaranya seperti harga, cukai, jenis produk dan sebagainya.[1]

14
5) Sosiobudaya [1]
 Perbezaan sosial dan budaya diantara negara di mana ia beroperasi (host country) dan
negara asalnya (home country).[1]
 Perbezaan seperti adat, bahasa, dan cita rasa individu berbeza dari satu tempat memberi
kesan ke atas corak pemasaran[1]
 Mengubahsuai amalan dan gaya pengurusan bagi menangani persekitaran kebudayaan di
negara di mana mereka beroperasi.[1]
 Mengelakkan konflik masalah komunikasi antara syarikat multinasional dan pekerja-
pekerja tempatan.[1]
 Contoh McDonald‟s Australia menawarkan Mc Oz Burger, India Mc Aloo Tikki
(vegetarian) dan Malaysia menwarkan Bubur Ayam Mc D.[1]

[Fakta 1 markah, Huraian = 2 huraian = 2 markah, Contoh = 1 markah]


[4 x 5 cabaran multinational]

15
Soalan 3 (b) Jelaskan lima hak pengguna yang boleh diperjuangkan oleh pelanggan [20]

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas

 Pelanggan berhak mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang


memuaskan.
 Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan,
kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
 Contohnya pelanggan berhak untuk mendapatkan barang keperluan yang selamat
digunakan tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan pelanggan.

2. Hak untuk mendapat keselamatan

 Pelanggan berhak untuk dilindungi daripada barangan , proses pengeluaran dan


perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
 Pengeluar mesti memberikan penerangan serta arahan yang betul dan perlu oleh
pengguna semasa menggunakan sesuatu barang
 Contoh yang sesuai seperti manual penggunaan barangan elektrik yang betul.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat

 Pelanggan berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan


mereka membuat pilihan yang tepat.
 Pelanggan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau
mengelirukan.
 Contoh yang sesuai seperti peniaga memastikan setiap produk makanan yang dijual
mengandungi label kandungan makanan contoh‟ non alcohol’.

4. Hak untuk membuat pilihan

 Pelanggan berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
 Pelanggan berhak membuat perbandingan terhadap barang yang dibeli dari segi kualiti,
harga dan isi kandungannya.
 Contoh yang sesuai seperti memilih kedai makan yang bersih dan berkualiti A.

5. Hak untuk menyuarakan pendapat

 Pelanggan berhak untuk menyuarakan pendapat mengenai produk yang diingini dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan pengguna secara individu atau
melalui pewakilan.

16
 Ini boleh memastikan kepentingan pelanggan mendapat pertimbangan yang sewajarnya
dalam dasar perniagaan oleh pengeluar serta penggubalan dan perlaksanaan dasar
kerajaan.
 Contoh yang sesuai seperti pelanggan boleh menggunakan persatuan consumer untuk
aduan terhadap peniaga atau produk yang dijual.

6. Hak untuk mendapat ganti rugi atau pampasan

 Pelanggan berhak untuk mendapat ganti rugi atau pampasan yang sewajarnya bagi
pembelian barangan yang rosak, palsu, tidak bermutu, tidak sempurna atau tidak
menepati piawaian yang tertera pada label
 Pelanggan berhak menuntut pampasan jika berlaku kemalangan atau kecederaan akibat
maklumat yang salah tentang sesuatu barang yang digunakan
 Pengguna berhak mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian
barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau
perkhidmatan yang tidak memuaskan.
 Contoh yang sesuai pelanggan diberikan tempoh untuk pemulangan barang sekiranya
terdapat kerosakan pada barang tersebut.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

 Pelanggan berhak mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi


membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan
perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna
 Pendidkan pengguna boleh diperoleh melalui media masa, bengkel, seminar dan
sebagainya anjuran KPNDKK, persatuan-persatuan pengguna dan NGO/
 Contoh yang sesuai seperti kempen kesedaran hak pengguna yang di war-warkan dalam
media elektronik secara meluas kepada pelanggan.
.

8. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

 Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan
bebas dari penceramaran.
 Suasana tidak berbahaya, jauh dari ancaman keselamatan kepada generasi masa kini dan
akan datang.
 Contoh yang sesuai seperti escalator yang direka selamat bagi penggunaan kanak-kanak.

[Fakta 1 markah, Huraian = 2 huraian = 2 markah, Contoh = 1 markah]

[4 x 5 hak-hak pengguna]

17
18

You might also like