You are on page 1of 12

CADANGAN SKEMA JAWAPAN:

1 a. Huraikan pengaruh persekitaran umum berikut terhadap perniagaan: [6]


(i) Sosiobudaya
- Sosiobudaya merujuk kepada nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu
kumpulan masyarakat seperti kepercayaan, agama, adat resam, cita rasa dan
lain-lain
- Perniagaan perlu mengubahsuai produk merujuk kepada nilai-nilai sosio
budaya yang bersesuaian supaya barangan yang dijual dapat diterima oleh
pengguna.
- Contoh pengaruh : perniagaan perlu peka kepada adat resam budaya
setempat supaya produk diterima masyarakat, imej perniagaan tidak tercalar
dsb.

(ii) Persaingan dan jaringan


- Persaingan merupakan firma-firma lain dalam industri atau pasaran yang
sama/mengeluarkan produk yang sama
- Jaringan merujuk kepada hubungan kecekapan dan perjanjian yang dibuat
secara formal/pakatan strategik antara peniaga dengan pihak lain seperti
pembekal,pengilang dan pengedar
- Kegagalan @ kejayaan perniagaan bergantung kepada sejauh mana
perniagaan boleh bersaing dalam sesebuah pasaran untuk menghasilkan
produk & perkhidmatan
- Cth pengaruh : perniagaan dapat melakukan inovasi, meningkatkan
kecekapan, mengurangkan kos terhadap barang & perkhidmatan supaya
boleh bersaing
- Cth pengaruh : proses pengeluaran akan lebih lancar kerana ada hubungan
baik dengan pembekal/proses pengagihan produk siap menjadi lebih cekap
kerana mempunyai jaringan pengedar yang ramai

(iii) Prasarana
- Kemudahan infrastruktur yang tersedia bagi memudahkan operasi
perniagaan
- Sistem pengangkutan, utiliti, pergudangan, zon perdagangan, pembangunan
setempat
- Cth Pengaruh : sistem pengangkutan yang baik memudahkan bahan mentah
@ barang siap di bawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain

[H=1, P=1m – 3 x2m = 6m]


b. Jelaskan perbezaan entiti perniagaan perkongsian dengan Syarikat Sdn. Bhd. dari
aspek pengurusan dan perundangan [4]

Aspek Perkongsian Syarikat sdn. Bhd.


Pengurusan Diuruskan oleh rakan kongsi biasa. Ahli lembaga pengarah yang
@ dilantik dalam kalangan pemegang
Rakan kongsi berhad hanya boleh saham dan sekurang-kurangnya
memeriksa rekod dan akaun seorang pemegang saham perlu
perniagaan serta memberi pendapat. menguruskan syarikat. [1]
[1]
Perundangan Dikawal oleh Akta Perkongsian Di bawah Akta Syarikat 1965 [1]
1961 [1]

c. Huraikan jenis susun atur proses pengeluaran berikut: [6]


(i) Susun atur secara proses [3m]
- Pengumpulan semua peralatan yang mempunyai fungsi yang serupa dalam
jabatan tertentu.
- Sesuai bagi pengeluaran produk yang tidak seragam dan berbeza mengikut
kuantiti keluaran.pengeluaran adalah dalam kumpulan atau kelompok
kecil.
- Pelanggan adalah berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang
diingini.
- Berlaku perkongsian sumber iaitu semua sumber akan digunakan secara
bersama oleh pekerja yang berbeza.
- Contoh: susun atur perkhidmatan di hospital, perkhidmatan bank

(ii) Susun atur secara produk [3m]

- Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah dan
peralatan disusun khusus mengikut urutan penghasilan seseuatu produk
- Pengeluaran melibatkan penghasilan produk yang seragam dan dalam
kuantiti yang banyak
- Susun atur melibatkan penyusunan stesen-stesen kerja dalam satu barisan
seperti barisan pemasangan di kilang pengeluaran. Mesin dan peralatan
disusun dalam satu barisan untuk memasang produk dan pekerja akan
mengkhusus dalam sesuatu tugasan tersebut
- Contohnya, dalam pengeluaran kereta, terdapat beberapa stesen
pemasangan komponen seperti enjin, tempat duduk dsb. Pengeluaran
bermula dengan satu aktiviti (pemasangan badan kereta) diikuti dengan
proses lain sehinggalah kereta siap dipasang.
[2H x 2=2m, 1C x 1 = 1m]
d. Jelaskan tiga kepentingan penyelidikan pemasaran. [6]

Kepentingan penyelidikan pemasaran:

1. Mengatasi persaingan / meningkatkan daya saing dalam pasaran – pemasar cuba


memahami kaedah operasi dan srategi pemasaran yang digunakan oleh pesaing
mereka. Dengan ini, dapat merekabentuk satu strategi pemasaran yang berdaya
saing bagi mengatasi pesaing dan terus beroperasi dalam pasaran.
2. Meluaskan pasaran / mengenalpasti pasaran sasaran – membolehkan pemasar
memahami keperluan dan kehendak pengguna dan seterusnya mengeluarkan
produk yang menarik minat pengguna demi meningkatkan jualan dan seterusnya
menambahkan keuntungan.
3. Mengenal pasti perubahan cita rasa pengguna – membantu pemasar memberikan
tumpuan kepada pasaran sasaran tertentu dengan menawarkan barang dan
perkhidmatan yang bersesuaian dengan cita rasa pengguna.
4. Mengenal pasti pengguna baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada /
meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat – pemasar akan membentuk
strategi pemasaran yang berkesan apabila ingin memperkenalkan sesuatu produk
kepada pengguna baharu dan mengekalkan pengguna sedia ada.
5. Membantu pemasar membuat keputusan tentang strategi dan taktik yang paling
berkesan untuk memasarkan sesuatu produk. / menentukan keputusan strategi
pemasaran
6. Membuat ramalan atau unjuran yang lebih tepat tentang corak perbelanjaan
pengguna, pola jualan produk serta keadaan ekonomi dan pasaran. Hal ini dapat
mengurangkan risiko yang akan dihadapi apabila terlibat dalam persekitaran
perniagaan yang sentiasa berubah. / menangani ketidakpastian persekitaran
perniagaan.
[ 1F + 1H = 2m x 3 =6m]
[ mana-mana 3 yang pertama]

e. Nyatakan proses pembelian produk pengguna [4]


Proses pembelian produk pengguna :
1. Mengenal pasti keperluan
2. Mencari maklumat
3. Menilai alternatif
4. Membuat keputusan pembelian
5. Gelagat selepas pembelian

[Terima 4 langkah pertama- 1F x4m = 4m]


f. Huraikan dua strategi menyasarkan pasaran produk kepada pengguna tertentu. [4]

i) Strategi Pemasaran tidak dibezakan. [1]

- Satu strategi yang mengabaikan perbezaan segmen pasaran dan menyasarkan


keseluruhan pasaran dengan satu produk. [1]
- Pengeluar mengeluarkan satu produk atau lini produk secara besar-besaran supaya
dapat menikmati ekonomi bidangan dan menguangkan kos pengeluaran. [1]
- Syarikat mengunakan campuran pemasaran iaitu produk, pengedaran, penentuan
harga dan promosi yang sama
- Contoh strategi pemasaran tidak dibezakan ialah penerbitan buku teks dan pakaian
seragam sekolah. [1]

ii) Strategi pemasaran dibezakan . [1]

- Pengeluar akan menyasarkan beberapa segmen pasaran dengan mengeluarkan


pelbagai produk bagi setiap segmen . [1]
- Tujuan strategi ini untuk memenuhi keperluan dan kehendak segmen pasaran yang
berbeza seperti umur, tingkat pendapatan status sosial dan lain-lain. [1]
- Contoh Proton mengeluarkan pelbagai model kereta seperti Proton Saga, Inspira,
Persona, Exora, Satri dan lain-lain. [1]

iii) Strategi pemsaran tertumpu [1]

- Pengeluar memilih sasaran pasaran tertentu yang boleh disasarkan dengan kaedah
campuran pemasaran tertentu. [1]
- Pengeluar menumpukan pemasaran dan persaingan kepada bidang yang berkaitan
dengan produk yang dipasarkan sahaja. [1]
- Contoh jam tangan mewah Rolex hanya mensasarkan kepada golongan
berpendapatan tinggi sahaja. [1]

iv) Strategi pemasaran mikro [1]

- Pengeluar memasarkan produk untuk memenuhi citarasa pengguna tertentu atau


lokasi pengguna tertentu. [1]
- Mempunyai dua konsep pemasaran iaitu pemasaran tempatan dan pemasaran
Individu [1]
- Contoh pemasaran individu yang memasarkan ubatan kepada pesakit tertentu[1]
- Contoh tukang jahit yang menerima tempahan baju dari pengguna tertentu [1]

[1F,1H,1C- 2F x 3M =6]
g. Terangkan sumber dana jangka panjang. [6]

Sumber dana jangka panjang iaitu :-

i) Bon [1]

-Merupakan sekuriti hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh sesebuah


perniagaan[1]
-Merupakan perjanjian formal untuk penerbit bon membayar balik hutang dan faedah
yang ditetapkan pada tarikh matang. [1]

ii) Ekuiti [1]

-Merupakan sumbangan dana daripada pemilik perniagaan sama ada dalam bentuk saham
biasa atau perolehan tertahan. [1]

iii) Saham keutamaan [1]

-Saham yang diterbitkan dan dijual kepada pelabur yag terpilih dan menerima dividen
yang tetap sama ada syarikat mendapat keuntungan atau tidak. [1]

iv) Saham biasa [1]

-Syarikat menerbitkan sekuriti atau syer untuk dijual kepada pelabur [1]

v) Pinjaman jangka panjang [1]

-Pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan kepada pelanggan dan perlu dibayar
balik dalam jangka panjang dengan bayaran pokok dan faedah secara berkala. [1]

vi) Debentur [1]

-Kemudahan pinjaman jangka panjang dan tidak bercagar oleh syarikat swasta dengan
menerbitkan sekuriti atau syer kepada orang awam [1]

h.Terangkan tiga faktor menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi. [6]

Tiga faktor menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi ialah:-

i) Perubahan teknologi [1]

-Pekerja perlu dilatih dengan kemahiran teknologi yang baru sekiranya teknologi yang
sedia ada sudah lapuk.
-Sekiranya pekerja sedia ada tidak mampu mengendalikan teknologi baharu, maka
pekerja lain dari sumber luaran akan diambil bekerja. [1]
-Sekiranya perubahan teknologi dapat mengantikan sumber manusia maka organisasi
akan menghadkan pengambilan sumber manusia. [1]
ii) Perubahan sosioekonomi

-Keperluan tenaga kerja banyak bergantung kepada daya saing tenaga kerja dalam
masyarakat. [1]
-Keperluan tenaga kerja juga dipengaruhi oleh faktor demografi, tahap pengetahuan ,
kepakaran dan penglibatan wanita . [1]
-Keadaan ekonomi yang berkembang dan meleset juga akan mempengaruhi permintaan
dan penawaran kerja. [1]

iii) Pertumbuhan perniagaan [1]

-Organisasi yang besar akan memerlukan sumber tenaga kerja yang ramai untuk
menampung keperluan kerja yang banyak. [1]
-Perniagaan yang mendapat banyak untung memerlukan banyak tenaga kerja kerana
akan memperluaskan perniagaan dan membuka cawangan-cawangan baru. [1]

iv) Penamatan perkhidmatan [1]

-Pekerja boleh ditamatkan perkhidmatan secara sukarela dan bersara wajib, maka
organisasi perlu mengambil pekerja baru. [1]
- Jikaorganisasi mempunyai kadar lantik henti yang tinggi, maka organisasi itu perlu
sentiasa mengambil pekerja yang baru. [1]

[1Fakta, 1Huraian -2 x 3M = 6M]

i. Terangkan tiga jenis pampasan kewangan yang dibayar oleh majikan kepada pekerja. [6]

i) Gaji [1]
-Ganjaran asas secara yang dibayar pada akhir suatu tempoh tertentu samada secara
bulanan, mingguan atau harian. [1]

ii) Upah [1]


-Ganjaran yang dibayar mengikut jumlah hari bekerja, jumlah jam bekerja atau
jumlah kuantiti pengeluaran. [1]

iii) Elaun [1]


-Bayaran tambahan yang dibayar oleh majikan kepada pekerjanya supaya pakej
ganjaran lebih menarik. [1]
-Elaun terdiri daripada elaun khidmat awam, elaun sara hidup, elaun perumahan,
elaun pengangkutan, elaun kerja lebih masa dan elaun kritikal. [1]

iv) Bonus tahunan [1]


-Bayaran tambahan yang diberikan kepda pekerja berdasarkan prestasi syarikat atau
keuntungan syarikat pada sesuatu tempoh tertentu. [1]
v) Komisen jualan [1]
-Bayaran berdasarkan peratusan tertentu daripada hasil jualan yang diproleh. [1]
-Dibayar kepada pekerja yang terlibat dalan aktibiti jualan seperti jurujual atau
Ejen [1]

vi) Perkongsian untung [1]


-Diterima oleh pihak pengurusan dalam bentuk peratusan daripada keuntungan
syarikat atau pemilikan saham syarikat. [1]
[1Fakta, 1Huraian – 2 x 2M = 4 M]

j. Huraikan kaedah mengekalkan keharmonian antara pekerja dengan majikan. [4]

Kaedah mengekalkan keharmonian antara pekerja dengan majikan ialah:-

i) Kesediaan mengadakan rundingan [1]

-Pekerja melalui kesatuan sekerja dan majikan mestilah sedia berunding untuk
mengatasi masalah yang timbul. [1]

ii) Kesanggupan bertolak ansur [1]

-Pihak majikan dan kesatuan sekerja sanggup berhubung , berunding dan


berkompromi dan mengambil pandangan orang tengah jika perlu dan bertolerensi
sepanjang masa. [1]

iii) Kesanggupan bekerjasama

-Pihak majikan dan kesatuan sekerja perlu bekerjasama menyelesaikan masalah yang
timbul, bukan sahaja memenuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan. [1]

iv) Mengikut prosedur [1]

-Pihak majikan dan kesatuan pekerja mestilah menyelesaikan pertikaian mengikut


prosedur yang telah ditetapkan seperti megadakan rundingan secara aman [1]
[1Fakta, 1Huraian – 2 x 2M = 4Markah]

Soalan 2
a. Terangkan empat kepentingan Syarikat Faiza Sendirian Berhad terhadap masyarakat
[10]
Bil Kepentingan [ Fakta = 1 ] Perkaitan dengan kes [1]
1. Menyediakan produk yang SFSB menyediakan barangan keperluan asas seperti beras, bahan
memenuhi keperluan dan masakan yang berkualiti tinggi dan halal [1]
kehendak masyarakat [1]
2. Menyediakan pelbagai pilihan SFSB menyediakan pelbagai jenis beras seperti beras ponni, beras
produk [1] kepada masyarakat basmathi, beras wangi, beras tempatan dan beras siam [1]
SFSB mengeluarkan pelbagai jenis rempah/pelbagai jenis bahan
masakan/dua perisa bihun untuk beri lebih pilihan kepada pengguna [1]
3. Menyediakan peluang pekerjaan SFSB mempunyai 200 orang pekerja tetap dan lebih 300 pekerja
kepada masyarakat [1] kontrak [1]
4. Melaksanakan tanggungjawab SFSB menjadi pembayar zakat terbesar [1]
sosial [1] SFSB menubuhkan Yayasan Faiza [1]
SFSB menaja program realiti Bersamamu terbitan TV3 bagi
membantu golongan miskin dan ibu tunggal [1]

b. Terangkan dua asas segmentasi yang dijalankan oleh Syarikat Faiza Sendirian Berhad
[10]
Bil Asas Huraian Fakta [2] Perkaitan dengan kes [2]
Segmentasi
*[Fakta =1]
1. Demografi - Pembahagian pasaran - SFSB memberi lebih pilihan kepada pengguna
[1] berdasarkan ciri-ciri penduduk beragama Islam terutamanya [1] untuk
[1] mendapatkan keperluan seperti beras, rempah
- menghasilkan produk tertentu
ratus, bahan masakan, sos cili dan kicap serta
berdasarkan faktor umur,jantina,
bihun yang bermutu tinggi tanpa meragui status
bangsa, pendidikan, saiz
halalnya [1]
keluarga, agama,[1]
2. Psikografi [1] - Pembahagian pasaran - SFSB mensegmenkan produknya untuk pengguna
berdasarkan personaliti, gaya yang mementingkan gaya hidup sihat [1]
hidup, minat dan kelas sosial [1] - menghasilkan beras ponni dari India yang
- Keperluan dan kehendak dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya
pengguna dikaitkan dengan faktor bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah
gaya hidup[1]
tinggi. [1]

c. Terangkan kelebaran, kedalaman dan ketekalan produk Syarikat Faiza Sendirian Berhad
[12]
Fakta Huraian Fakta [3] Perkaitan Kes [9]
Kelebaran - merujuk kepada bilangan - SFSB menawarkan lima barisan
Produk barisan/lini produk yang produk iaitu beras, rempah ratus, bahan
ditawarkan kepada pengguna [1] masakan, sos & kicap dan bihun [2]
Kedalaman - merujuk kepada bilangan item -1.Beras : lebih 21 jenama beras
Produk /kepelbagaian jenis produk yang pelbagai saiz termasuk yang paling
terdapat dalam sesuatu barisan/lini dikenali, iaitu “Herba Ponni Taj
produk [1] Mahal” , Moghul Basmathi, Maharani,
Kashmir, Mahsuri, Lagenda dan Faiza
Emas [2]

2. Rempah ratus : termasuk rempah


Raja Kari, Bukhari, Beriani, Sup, Kari
Ikan dan Kari Daging [2]

3. Bahan masakan : Crystal Rock Salt,


Serbuk Perasa MSG, Serbuk Krim
Kelapa, Bubur Herba Berkhasiat [2]

4. Sos & kicap : sos cili dan kicap


berperisa manis,masin dan lemak
manis [2]

5. Bihun : Bihun Siam dan Bihun


Segera dalam dua perisa iaitu Tom Yam
dan Sup [2]
Max : 6m
Ketekalan - merujuk kepada hubungkait antara Setiap lini produk SFSB mempunyai
Produk pelbagai barisan produk dengan ketekalan yang tinggi kerana
kegunaan dan strategi campuran merupakan barang keperluan asas [1]/
pemasaran yang digunakan [1] menggunakan saluran agihan yang
sama iaitu melalui pemborong dan
peruncit iaitu kedai runcit Faiza, di
Pasaraya Tesco, Carrefour, Billion,
Giant, Tunas Manja dan Tiong Fat di
seluruh negara [1]
Max : 1m

3.Syarikat IBH Sdn. Bhd. cuba menawan pengguna membeli produk baru keluaran
syarikatnya berdasarkan proses pembelian produk baru ialah :

i. Menyedari [ F = 1m ]
- Pengguna menyedari kewujudan produk baru tetapi tidak mempunyai
maklumat yang mencukupi tentang barang itu seperti harga, spesifikasi dan
kualiti.
- Cth strategi: Syarikat IBH Sdn. Bhd. perlu mewujudkan kesedaran kepada
pengguna melalui iklan dan publisiti.

ii. Meminati [ F = 1m ]

- Pengguna yang berminat akan mencari maklumat terperinci tentang barang


tersebut melalui media massa dan sumber peribadi.
- Cth strategi: Syarikat IBH Sdn. Bhd. menimbulkan minat pengguna melalui
proses pemasaran yang menekankan kelebihan produk.

iii. Menilai [ F = 1m ]

- Setelah mendapat semua maklumat yang diperlukan, pengguna akan membuat


pertimbangan dan penilaian sama ada membeli atau tidak.
- Cth strategi: Syarikat IBH Sdn. Bhd. menyediakan maklumat yang tepat dan
jelas tentang produk melalui strategi pengiklanan di media massa.

iv. Mencuba [ F = 1m ]

- Pengguna akan mencuba barang itu bagi menentukan kesesuaian dan


keserasian produk tersebut.
- Cth strategi: Syarikat IBH Sdn. Bhd. mewujudkan keinginan pengguna
melalui aktiviti promosi dengan menggalakkan pengguna mencuba dan
pemberian sampel percuma.

v. Menerima [ F = 1m ]

- Pengguna akan membuat keputusan untuk membeli dan akan terus


menggunakan barang itu sekiranya mereka berpuas hati dengan barang yang
dicuba.
- Cth strategi: Syarikat IBH Sdn. Bhd. menyakinkan pengguna untuk membeli
melalui pujukan dan rayuan seperti memberi diskaun dan skim bayaran
mudah.

[ 1F = 1m x 5 = 5m. 1H=1m x 5 =5m. 1S=2m x 5 = 10m ]

4 . Huraikan proses pengambilan sumber manusia [20]

Proses pengambilan sumber manusia adalah seperti berikut :-

i) Merekrut [F1=1]
-merupakan proses menarik minat, mencari dan mengalakkan individu yang berkelayakan
untuk mengisi kekosongan jawatan . [1]
-Pengrekrutan membolehkan pengurus memilih calon terbaik daripada sekumpulan yang
memohon sesuatu jawatan kosong. [1]
-Sumber pengrekrutan terdiri dari sumber dalaman dan sumber luaran [1]
-Pengrekrutan sumber dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan
kenyataan , risalah organiasasi, e-mel organisasi, pencalonan daripada penyelia atau
rujukan pekerja [1]
-Pengrekrutan luaran boleh dibuat melalui iklan, agensi pekerjaan, head-hunting atau
walk-in. [1]

ii) Pemilihan [F2=1]

-merupakan proses menilai dan memilih pekerja terbaik untuk mengisi jawatan kososng
dalam organisasi. [1]
-melibatkan proses berterusan untuk memilih individu yang berkelayakan untuk mengisi
jawatan kososng sedia ada atau kekosongan jawatan akan datang. [1]
-Calon yang dipilih mestilah memiliki kelulusan dan kemahiran berdasarkan kriteria yang
telah ditetapkan dalam huraian kerja dan spesifikasi kerja. [1]
-Proses pemilihan melibatkan borang permohonan, semakan rujukan , temuduga dan
ujian [1]

iii) Penawaran Kerja [F3=1]

-Tawaran kerja dilakukan kepada calon-calon yang layak setelah pemilihan dilakukan [1]
-Tawaran kerja dibuat melalui surat rasmi atau panggilan telefon. [1]
-Calon perlu mengesahkan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut dalam
tempoh yang ditetapkan. [1]
-Antara kandungan tawaran kerja ialah jawatan yang ditawarkan, tempoh percubaan dan
pengesahan jawatan, gaji yang bakal diterima, faedah dan ganjaran, dan lain-lain. [1]

iv) Induksi [F4=1]

-Proses formal untuk memberi pendedahan awal kepada pekerja baharu supaya dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baru. [1]
-Tujuan utama induksi ialah untuk membolehkan pekerja baru membiasakan diri dengan
persekitaran tempat kerja baru. [1]
-Tempoh induksi bergantung kepada kandungan program induksi yang dirangka untuk
seseorang pekerja. [1]
-Semasa induksi diterangkan tentang tugas dan tanggungjawab kerja, waktu bekerja,
keadaan di tempat kerja dan syarat perkhidmatan. [1]

[1Fakta + 4Huraian = 4 x 5 M =20M]

You might also like