You are on page 1of 5

LATIHAN PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1

BAHAGIAN A

1 Jelaskan maksud kelebihan lini produk dan kedalaman lini produk. [6m]

JAWAPAN i) Kelebaran lini produk ialah bilangan barisan atau lini produk
yang ditawarkan kepada pengguna.
Contoh : produk penjagaan diri

Semakin lebar
Syampu Sabun deodoran Ubat gigi Minyak pencukur
mandi t wangi

Contoh : Produk Nestle


Semakin Lebar
Susu dan
produk Produk Produk
Coklat Perisa
kesihata bayi minuman
n

ii) Kedalaman lini produk merupakan bilangan item produk yang


terdapat dalam sesuatu barisan atau lini produk
Contoh: sampul surat
( sampul surat terdapat perbezaan yang ketara)
 Saiz kertas
 Bertingkap atau tidak bertingkap
 Jenis kertas
 Warna kertas
 Bercorak atau tidak bercorak
Contoh: produk minuman Nescafe
(jenis minuman menunjukkan perbezaan yang ketara)
 Nescafe’ Original
 Nescafe’ Classic dalam botol
 Nescafe’ 3 in 1
 Nescafe’ Vanilla/Cappuchino
2 Nyatakan empat kelebihan kaedah pemeriksaan mengikut pelan [4m]
pensampelan.
JAWAPAN Empat kelebihan kaedah pemeriksaan mengikut pelan pensampelan ialah
i) Menjimatkan maa permeriksaan
ii) Dapat mengurangkan kos buruh
iii) Dapat mengurangkan kos pemeriksaan
iv) Sesuai untuk pengeluaran produk yang berskala besar

3 Berikan empat campuran promosi. [4m]

JAWAPAN Empat campuran promosi ialah


i) Pengiklanan
ii) Promosi jualan
iii) Publisiti
iv) Jualan terus

BAHAGIAN B

1 Jelaskan empat jenis promosi jualan yang sesuai digunakan bagi menarik [12m]
pelanggan dalam sesuatu perniagaan.

JAWAPAN Empat jenis promosi jualan yang sesuai digunakan bagi menarik pelanggan
dalam sesuatu perniagaan ialah

i) Potongan harga atau diskaun


 Merupakan kaedag promosi jualan yang paling
popular bagi tujuan meningkatkan volum jualan
secara mendadak sambil mengharapakan pengguna
akan terdorong membelanjakan wang penjimatannya
untuk memebli barangan lain yang tiada diskaun atau
penjimatannya mempunya kadar diskaun rendah
sahaja.
 Contohnya, KL Sogo boleh menawarkan diskaun iaitu
diskaun 10% sehinggan 70% sempena musim
perayaan, cuti sekolah, hari sambutan tertentu.

ii) Tawaran Istimewa


 Merupakan pemberian produk peruma bagi
menggalakkan pembelian produk berharga mahal atau
meningkatkan volum pembelian produk berharga
murah.
 Contohnya, pembelian 3 botol Coke akan mendapat 1
tin Coke percuma atau membeli wanigan berjenama
aka mendapat beg solek percuma.

iii) Peraduan
 Peraduan boleh mendorong pengguna sengaja
membuat pembelian minimum semata-mata bagi
melayakkan diri untuk memasuki peraduan yang
menawarkan hadiah lumayan.
 Contohnya, Jakel’s menawarkan peluang mendapat
kereta Perodua Viva melalui cabutan bertuah kepada
pelanggan yang membuat pembelian berjumlah
RM500 dan ke atas.

iv) Rebat atau pemulangan semula wang tunai


 Merupakan kupon dalam bentuk pengurangna harga
jualan yang diberikan kepada pembeli yang
menunjukkan bukti pembelian sesuatu produk supaya
pengguna membeli dalam jumlah yang lebih besar
untuk mendapatkan lebih banyak rebat wang.
 Contohnya, Parksons menwarkan kupon tunai RM10
bagi setiap pembelian yang bernilai RM100 dan
kupon tersebut boleh ditunaikan pada pembelian
seterusnya.

2 Jelaskan enam strategi pelarasan harga yang boleh dilaksanakan dalam [18m]
aktiviti pemasaran sesebuah organisasi

JAWAPAN Strategi pelarasan harga yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti


pemasaran sesebuah organisasi ialah
i) Harga diskaun
 Pengurangan harga yang diberi pada satu tempoh
tertentu berdasarkan sifat pembeli.
Contohnya, diskaun tunai, diskaun kuantiti, diskaun
bermusim, atau diskaun niaga

ii) Harga psikologi


 Harga yang diletakkan menyasarkan kepada emosi,
perasaan, persepsi dan tidak mengikut rasional
pelanggan.
 Tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan
memengaruhi pelanggan untuk membuat pembelian.
 Contoh:
 Harga genap-ganjil – RM 2.99 bukannya RM 3, harga
yang tidak dibulatkan keihatan lebih rendah.
 Harga ditetapkan RM88.88 untuk menarik perhatian
pelanggan berbangsa Cina.

iii) Harga promosi


 Menetapkan harga rendah kepada produk tertentu
bagi menarik bakal pembeli mengunjungi kedai tetao
masi memilih untuk membeli produk lain pada harga
biasa.
 Dilaksanakan untuk tempoh tertentu sahaja.
 Contoh, tawaran hanya dibuat secara bermusim
seperti musim perayaan atau musim cuti sekolah.

iv) Harga geografi


 Syarikat meltakkan harga berbeza bagi pelanggan
mengikut negeri, kawasan, bandar atau tempat tertentu.
 Contoh, harga sesuatu barang berbeza antara
semenanjung malaysia serta sabah dan sarawak

v) Harga pemetakan
 Syarikat meletakkan harga yang berbeza mengikut ciri
pemetakan seperti umur pengguna, lokasi atau ciri
produk
Contoh:
 Tambang bas dan kapal terbang berbeza mengikut
umur penumpang.
 Harga tempat duduk yang berbeza dalam stadium dan
panggung wayang.

vi) Harga pukal/pakej


 Dua atau lebih daripada dua barangan atau
perkhidmatan dipakejkan bersama dan ditawarkan
pada satu harga istimewa.
 Pelanggan diandaikan suka mendapat pelbagai
barangan melalui satu pembelian sahaja.
 Contoh, pakaej percutian yang menggabungkan
tambang penerbangan, penginapan, pengangkutan
darat dan makan pada satu harga.

3 Huraikan empat strategi pemasaran berdasarkan campuran pemasaran. [16m]

JAWAPAN Strategi pemasaran berdasarkan campuran pemasaran ialah


HURAIAN CAMPURAN
STRATEGI
PEMASARAN
 Produk – asas
 Harga - murah
PENEMBUSAN HARGA
 Pengedaran – terhad
 Promosi – terhad
 Produk –
penambahbaikan produk
PEMBANGUNAN PASARAN  Harga - kompetitif
 Pengedaran – meluas
 Promosi – agresif
 Produk – lebih canggih
 Harga - kompetitif
PEMBANGUNAN PRODUK
 Pengedaran – meluas
 Promosi –agresif
 Produk – lini produk
bertambah
PEMPELBAGAIAN  Harga - kompetitif
 Pengedaran – meluas
 Promosi –agresif

You might also like