You are on page 1of 2

JAWAPAN BAGI LATIHAN BAHAGIAN B PENGAJIAN PERNIAGAAN

1(a) Jelaskan dua pemboleh ubah asas segmentasi yang diaplikasikan oleh Avon
Cosmetics Malaysia (ACM),
[10m]
Jawapa Dua pemboleh ubah asas segmentasi yang diaplikasikan oleh Avon Cosmestics [ m]
n Malaysia (ACM) ialah

i) Pemboleh ubah asas segmentasi demografi

Segmentasi pasaran yang mengikuti demografi melibatkan pembahagian


pasaran kepada segmen kecil berdasarkan pendapatan, Pendidikan, taraf
perkahwinan, agama, jantina, umur, dan latar belakang.

Keperluan dan kehendak pengguna dikaitkan dengan factor jantina, iaitu


wanita dan lelaki.

Contoh:
 Bagi pengguna wanita: ACM menawarkan produk wangian, alat
solek, penjagaan kulit, penjagaan peribadi, penjagaan rambut,
aksesori dan peralatan rumah.
 Bagi pengguna lelaki: ACM menawarkan produk wangian dan
pakaian dalam.

ii) Pemboleh ubah asas segmentasi psikografi

Segmentasi pasaran berasaskan psikografi melibatkan pembahagian


pasaran kepada segmen kecil berdasarkan gaya hidup, kelas sosialm cita
rasa, dan personaliti.

Keperluan dan kehendak pengguna dikaitkan dengan faktor gaya hidup,


iaitu terdapat pengguna yang mementingkan penampilan diri.

Contoh
 Produk seperti alat solek, barangan kemas, aksesori wanita dan
peralatan rumah keluaran ACM dipelbagaikan mengikut cita rasa,
minat, dan pandangan pengguna.
 Pelbagai produk peralatan rumah seperti langsirm sarung kusyenm
cadar, dan perkakas memasak yang tidak melekat.
 Produk penjagaan diri seperti wangian, alat solek, penjagaan kulit,
penjagaan peribadi, penjagaan rambut dan pemakanan.
 Produk perhiasan diri seperti barangan kemas, jam tangan dan
aksesori.

1(b) Jelaskan lima tindakan ACM bagi menunjukkan peranan perniagaannya [20m]
terhadap masyarakat dan ekonomi di Malaysia. [ m]

Jawapa Tindakan ACM bagi menuunjukkan peranan perniagaannya terhadap


n masyrakat dan ekonomi di Malaysia ialah

i) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat


Rangkaian produk yang pelbagai ditawarkandi pasaran untuk
memenuhi keperluan pengguna.

Contoh:
 ACM menawarkan produk yang pelbagai seperti produk
wangian, alat solek, penjagaan kulit, penjagaan peribadi,
penjagaan rambut, pemaanan, pakaian dalam, barangan
kemas, jam tangan, aksesori, peralatan rumah, langsir,
sarung kusyen, cadar, dan perkakas memasak tidak
melekat bagi memenuhi keperluan pengguna.
 ACM turut memberikan perhatian terhadap golongan
lelaki dengan memperkanalkan lebih banyak rangkaian
produk termasuk wangian dan pakaian dalam yang
bersesuaian dengan minat dan cita rasa golongan lelaki.

ii) Sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Menawarakn peluang peningkatan pendapatan masyarakat
melalui perniagaan.

Contoh:
 Kemuadahan kredit kepada rakan niaga. Program
kemudaan kredit tanpa cagaran dan tanpa faedah
sehingga RM 70000 dengan tempoh pembayaran balik
sehingga 60 hari yang ditawarkan oleh ACM kepada rakan
niaga sedia ada dan yang baharu bagi meningkatkan
jumlah jualan.
 Program insentif dan penghargaan kepada rakan niaga
ACM yang menawarkan pelbagai komisen jualan, bonus
jualan, termasuk program elaun kereta.

iii) Sumbangan kepada masyarakat


Meningkatkan kemahiran keusahawanan masyarakat.

Contoh:
 ACM menyediakan Program latihan dan pembangunan
kepada rakan niaga untuk meningkatkan kemahiran
mereka.
 Bajut yang lumayyan terus diperuntukkan bagi Program
Laithan dan Pembangunan kakitangan dan rakan niaga
ACM.

You might also like