You are on page 1of 8

KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

UES 3012
KEUSAHAWANAN

TAJUK :

BUSINESS MODEL CANVAS

NAMA AHLI KUMPULAN :


Wan Muhammad Alif Iqmal Bin Wan Shahbandar
Mohamad Faijaz Arfanshah Bin Fauzi

NO. I/C :
011211-08-0703
010227-07-0361

PROGRAM : 2 Diploma Teknologi Elektronik


NAMA PENSYARAH : Pn Suhaili Binti Mohd Dahlan

1
Isi Kandungan

Business model canvas (BMC)


Definisi Business model canvas (BMC) ialah sebuah pelan bagi perjalanan operasi
perniagaan, mengenalpasti sumber pendapatan, sasaran pelanggan, produk dan kos.BMC ini
adalah satu model yang membantu untuk memahami sifat perniagaan secara sistematik,
mudah dan jelas.Ini kerana, model ini memberi gambaran setiap elemen yang berkaitan dengan
bisnes bermula daripada pelanggan, rakan kongsi, pasaran, jualan, sehinggalah kos
pengeluaran.
BMC sangat popular dan berguna di kalangan startup company dan membantu dalam
rangka kerja inovasi pada masa hadapan.Selain itu, BMC adalah alat yang boleh membantu
dalam mencapai target ataupun misi dan visi syarikat .Terdapat 9 blok utama Business Model
Canvas iaitu :-
I. Segmen Pengguna
II. Penawaran Nilai
III. Saluran
IV. Hubungan Pelanggan
V. Aliran Pendapatan
VI. Sumber Utama
VII. Aktiviti Utama
VIII. Rakan Kongsi Strategik
IX. Struktur Kos

Setiap blok mempunyai huraian untuk mudah mengenalpasti fungsi blok. Oleh yang demikian,
huraian dan langkah perlulah lengkap tentang perniagaan yang ingin diceburi.

Penjanaan Idea
The Chetak merupakan kedai mencetak seperti baju T-shirt , hoodie ,baju lengan
panjang, topi dan banner. Setiap baju mempunyai saiz XS , S , M , L , XL ,XXL dan XXXL. Baju
ini selesa dan bersuaian mengikut setiap permohonan rekabentuk diminta pelanggan.
Pada akhir – akhir ini terdapat pelbagai permintaan daripada pelanggan untuk
menempah design baju yang pelbagai corak bagi tujuan aktiviti – aktiviti seperti ekspidisi ,majlis
raikan sesuatu , baju kru majlis dan baju bagi persatuan sukan tertentu .Namun begitu, baju

2
yang berfesyen juga agak kurang selesa dipakai, kerana mungkin disebabkan cuaca tertentu di
Malaysia.
Oleh yang demikian, The Chetak ingin mengeluarkan baju yang sejuk dan selesa di pakai
walaupun cuaca agak panas. Kain yang selalu digunakan The Chetak diperbuat daripada kain
cotton dan kain mesra alam yang sejuk dan Gred AA. Selain itu, The Chetak tidak melekat di
badan dan sangat mudah digayakan.

Segmen Pengguna
Siapakan prospek kita? Terdapat beberapa ciri prospek iaitu umur, jantina, lokasi
pendidikan, pendapatan, hobi/minat, agama/kaum/bangsa, status, gaya hidup dan kesihatan
Sesuatu produk/servis bukanlah ditawarkan kepada semua golongan, hanya segelintir golongan
tertentu sahaja Kita perlu mencari ciri-ciri prospek kita.
The Chetak lebih fokus kepada membuat baju cetakan dari baju yang sudah sedia ada kerana
ramai orang ingin design mereka sendiri supaya nampak bergaya dan menunjukkan satu
simbolik sebagai satu pasukan samada perkauman contohnya.

Penawaran Nilai
Penawaran nilai adalah tawar menawar harga antara pembeli dengan penjual samada
berpatutan atau tidak dengan harga yang diberi oleh peniaga atas perkhidmatan atau produk.
Dalam erti kata lain, apa yang pelanggan akan dapat dengan wang mereka?. Apa yang
istimewanya dalam produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga. Pelanggan The
Chetak akan lebih berpuas hati apabila baju yang mereka tempah mengikut design yang
mereka minta dan kain yang tidak melekat di badan apabila berpeluh. Hal ini kerana, mejoriti
daripada pelanggan membuat tempahan selalunya ingin melakukan sesuatu event atau majlis
keramaian. Oleh itu, pelanggan tidak akan rugi membeli dengan
harga yang berpatutan tetapi memperolehi keselesaan ketika menjalankan aktiviti. Bagi
pelanggan yang menempah baju untuk membuat aktiviti luaran cuaca agak panas dan kain
yang sediakan ini sesuai dipakai pada cuaca yang panas. Ini kerana, kualiti kain tersebut
diperbuat daripada cotton atau kain mesra alam tidak melekit dan material yang sejuk.
Walaupun panas, tetap selesa di pakai oleh semua lapisan masyarakat.

Saluran

3
Saluran Channels atau iklan adalah jambatan antara Value proposition kepada Customer
Segment Channels adalah medium untuk membawa nilai kepada pelanggan atau
kaedah untuk kita sampaikan produk kepada customer
Berikut adalah jenis-jenis saluran
i. Pemborong (orang tengah)
ii. Kedai rakan niaga (orang tengah + rakan)
iii. Kedai sendiri (orang tengah + sendiri
iv. Web (sendiri + terus)
v. Jurujual (sendiri)

Berikut merupakan fasa saluran


- Kesedaran
- Penilaian
- Pembelian
- Penghantaran
- Khidmat selepas jualan
The Chetak menjual secara online dan offline Pelanggan boleh membuat
pembelian di laman web, instagram dan facebook manakala boleh secara offline di
Kedai The Chetak sendiri. Selain itu, The Chetak akan melantik agen-agen
di setiap negeri untuk pelanggan yang ingin membuat pembelian.

Hubungan Pelanggan
Merujuk kepada kaedah dan tahap perhubungan bisnes dengan pelanggan
Contohnya Membership Card, Loyai Bonus Point, Contest, After-Sales Service.
warranty card dan lain-lain lagi
The Chetak menawarkan Membership Card untuk pelanggan Potongan
sebanyak 20% akan diberikan jika pelanggan membuat pembelian. Selain itu.
pelanggan boleh datang ke kedai jika terdapat masalah pada cetakan atau design diberi, baju-
baju boleh dibaki sekiranya cetakan rosak atau baju koyak pada benang.
Pelanggan juga boleh mengumpul mata melalui membership card, mata ganjaran
tersebut boleh ditukarkan dengan hadiah misteri yang lain. Selain itu, pelanggan juga
boleh membuat pertanyaan mengenai The Chetak Facebook, Email,
Web dan telefon.

Aliran Pendapatan

4
Aliran pendapatan adalah bagaimana mendapatkan pendapatan lain melalui
bisnes sedia ada. Contohnya selain menjual menjual baju, kita juga menjual hoodie.
Selain menjual baju cetak, The Chetak juga menjual cermin mata hitam, topi cetak, jam tangan,
hoodie cetak dan juga seluar cetak.

Sumber Utama

Sumber utama adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan


produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya:
Manusia -pekerja
Fizikal - premis, bahan mentah, infrastruktur
Kewangan pinjaman bank/kerajaan, kredit daripada pembekal
Intelek - membentuk Paten, hak cipta dan trade secret
Pada masa sekarang, ramai menjalankan perniagaan secara online dan sistem agen,
keadaan ini tidak memerlukan premis perniagaan yang besar.
The Chetak menggunakan 1 premis kedai penghasilan baju-baju cetakan dan 2 premis untuk
pasarkan produk dan menerima tempahan. Dari segi modal kewangan,
modal sendiri dikeluarkan sebanyak RM70,000 tanpa meminjam dari mana2 pihak.
Selain itu, The Chetak membayar gaji pekerja seramai 11orang. 5 orang
pekerja ditugaskan untuk mencetak baju, edit untuk cetak dan mengendalikan mesin cetak baju,
3 orang menjaga dan berniaga di 1 premis dan 3 orang lagi melayan pelanggan, mengambil
tempahan dan menyelesaikan aduan pelanggan.
Dari segi bahan pula, kain digunakan di import khas dari itali, indonesia dan
China. Tempahan akan di buat apabila stok kain semakin berkurang kepada nilai ditentu.

Aktiviti utama
Key activities atau Aktiviti Utama adalah bahagian di mana Kerja Sebenar
berlaku. Mempunyai bakat melakukan sesustu kerja atau menghasilkan sesuatu
Pengeluaran melibatkan penghasilan produk fizikal. Sebagai contoh, Ramly
Burger mengeluarkan burger dan nugget dari kilangnya. Aktiviti jenis ini memerlukan
bahan mentah, mesin serta pekerja. Pengeluaran bersifat rutin di mana setiap produk
yang dihasilkan adalah sama.
Selain itu, untuk platform/rangkalan berhadapan dengan pelanggan dan
pembekal. Dalam perniagaan penjualan baju secara online. Antara aktiviti yang

5
dijalankan adalah pengiklanan, proses jual beli, transfer wang, pos barang, terima
pesanan pelanggan dan sebagainya. Masalah dengan pembekal seperti, menerima
material kain yang tidak sama daripada pembekal, pembekal menghantar stok kain
yang tidak cukup. menghantar kain yang rosak.
Masalah dengan pelanggan juga merupakan isu yang penting. Pelanggan
membuat aduan, material kain yang buruk, jahitan baju yang tidak kemas dan
sebagainya.

Rakan Kongsi Strategik


Key partners atau rakan utama adalah individu atau organisasi yang membolehkan sesuatu
bisnes beroperasi. Key partners juga adalah sumber yang terlibat yang menggerakkan dalam
sesuatu perniagaan, syarikat. projek dan bisnes yang dijalankan.
Peniaga mahu mendapatkan kuasa pembelian yang lebih besar bagi
mengurangkan kos. Contohnya, Mcdonald Malaysia yang mempunyai ramai francais
dapat membeli bahan mentah pada harga yang lebih murah kerana mereka dapat
membeli secara pukal. Jika pengeluaran The Chetak mampu mencapai 500 ribu
sebulan jualan, maka pembekal kain akan memberi harga yang lebih murah kerana
membeli secara pukal.
Contoh pengurangan risiko, The Chetak memberi upah kepada pembekal ink atau dakwat
kain untuk pengeluaran yang akan datang. Ini kerana The Chetak tidak mahu dakwat yang
diguna pakai untuk mencetak senang tercabut, rosak dan pudar. Bagi mengelakkan kerugian,
lebih baik membayar upah untuk pembekal dakwat untuk mendapatkan dakwat yang berkualiti.
Contoh yang lain seperti, Syarikat PTS Publication tidak mempunyai unit
percetakan sendiri untuk mencetak majalah dan buku-buku cerita. Kos membeli dan
mengendalikan mesin pencetak adalah sangat mahal. Overhead yang tinggi akan
memberi kesan buruk kepada syarikat. Tambahan pula, kepakaran diperlukan untuk
mengendalikan mesin pencetak. Buku mungkin tersalah cetak dan boleh
menyebabkan kerosakan mesin. Oleh itu, bagi mengurangkan kos operasi dan
kewangan, adalah lebih baik syarikat PTS menggunakan khidmat syarikat pencetak
untuk mencetak buku-bukunya.
Selain itu, syarikat juga boleh bekerjasama dengan syarikat lain untuk
mendapatikan bekalan yang lebih murah dan konsisten. Contohnya The Chetak melakukan
kerjasama dengan syarikat Thuan Zaw untuk mendapat kain yang berkualiti dan murah secara
berterusan.

6
STRUKTUR KOS
Struktur kos menerangkan kos yang terlibat dalam menyampaikan
produk/perkhidmatan kepada pelanggan
Contohnya, kos bahan mentah laksa di kedai dan di hotel RM4.00, tetapi
nasi lemak dikedai boleh dijual dengan harga RM5 berbanding dengan di hotel
RM15.00 Dalam keadaan ini, persepsi keistimewaan itu turut dijual bersama kepada
pelanggan. Ciri-ciri kos:
Kos tetap - sesetengah bisnes mempunyai kos tetap, bisnes-bisnes yang besar
memerlukan infrastruktur fizikal yang besar. Sebagai contoh, kilang mempunyai kos
tetap yang besar seperti bangunan, mesin dan overhead bulanan yang tinggi (elektrik,
air, gaji dan sebagainya).
Economies of scale - bisnes yang besar melibatkan pengeluaran yang besar,
semakin banyak produk dihasilkan, semakin murah kosnya. Contohnya kos membuat
acuan dan mesin untuk menghasilkan baldi itu mahal kos pemulaannya tetapi
kos bahan mentah setiap unit baldi sangat murah. Setelah kos permulaan dapat
ditampung, maka kos pengeluaran setiap unit selepas itu menjadi tersangat murah.
Semakin banyak baju untuk dijahit, semakin murah kos upahnya.
Economies of scope - apabila sesuatu bisnes menambah perkhidmatan atau
produk yang mengoptimumkan penggunaan sumbernya. Sebagai contoh, syarikat
perlombongan yang mempunyai kuari batu boleh menambahkan perkhidmatan
sebagai kontraktor pembinaan jalan. Berbekalkan sumber utama yang terus dan lebih
murah, mereka dapat meletakkan harga rendah bagi kualiti yang sama.
Selain daripada baju, Mayyah collection juga boleh mengeluarkan topi, hoodie
untuk dijual.

Rujukan

7
8

You might also like