You are on page 1of 11

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM


KOSMETOLOGI
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP /LEVEL -

KOD DAN TAJUK KURSUS DHD 1153 : ASTHETIC OPERATIONAL


CODE AND COURSE TITLE ADMINISTRATION

1.0 STUDY AESTHETIC OPERATIONAL REQUIREMENT


2.0 ESTABLISH OPERATIONAL DOCUMENTS
3.0 ADMINISTER OPERATIONAL EXPENDITURE BUDGET
4.0 ORGANIZE OPERATIONAL ACTIVITIES
5.0 MONITOR OPERATIONAL ACTIVITIES
NO. DAN TAJUK KOMPETENSI IMPLEMENTATION
NO. AND COMPETENCY TITLE 6.0 ADMINISTER OPERATION WORK AREA
MAINTENANCE
7.0 PREPARE OPERATIONAL ADMINISTRATION
PERFORMANCE REPORT

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO.
Drp / of :

TAJUK :
 ORGANIZE OPERATIONAL ACTIVITIES
 MONITOR OPERATIONAL ACTIVITIES IMPLEMENTATION
 ADMINISTER OPERATION WORK AREA MAINTENANCE
Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12

PENERANGAN

1.0 MAKLUMBALAS PELANGGAN

 Maklumbalas merupakan salah satu cara kepada pelanggan untuk memberikan


cadangan atau aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan.
 Maklumbalas tersebut akan dijadikan panduan dalam memenuhi kehendak dan
kepuasan hati pelanggan.
 Maklumbalas yang diterima daripada pelanggan boleh dijadikan sebagai salah
satu penambahbaikkan dimasa akan datang.
 Oleh sebab itu, maklumbalas tersebut perlu disimpan rapi oleh pengurus spa
kecantikan.

1.1 Tujuan Maklumbalas Daripada Pelanggan


 Bertujuan untuk mendapat maklumbalas mengenai kualiti perkhidmatan yang
diberikan.
 Mendapatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang
diberikan.
 Maklum balas yang diberikan oleh pelanggan dapat meningkatkan mutu
perkhidmatan yang diberikan.
 Dapat menambahbaikkan segala kekurangan yang ada untuk masa akan
datang

1.2 Persediaan Untuk Perundingan Pelanggan


 Untuk memudahkan proses perundingan pastikan semua bahan yang
diperlukan telah tersedia seperti pamphlet, brosur, gambar foto, artikel
dan kertas kajian berkaitan.
 Gambar foto sebelum dan selepas rawatan merupakan langkah terbaik
untuk menunjukkan hasil keputusan rawatan kepada pelanggan.
 Pastikan tempat melakukan khidmat perundingan bersih, kemas dan
tersusun pelanggan serta pelanggan berasa selesa.

1.3 Menerima Maklumbalas Pelanggan


 Selepas perkhidmatan selesai, pelanggan perlu memaklumkan samada beliau
berpuas hati dengan rawatan
 Pastikan pelanggan merekod keputusan akhir dalam borang perundingan
 Catat setiap maklum balas pelanggan dan hasil keputusan rawatan.
Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12

CARA MENDAPATKAN MAKLUMBALAS PELANGGAN :


 Bertanya kepada pelanggan selepas rawatan diberikan.
 Melalui borang maklum balas. Pelanggan mengisi borang maklum balas selepas
rawatan.
 Melalui website spa atau email yang dihantar kepada pelanggan

PENGURUSAN SISA BUANGAN DI SALUN / SALON WASTE DISPOSAL PROCEDURE

Pengurusan sisa ialah pemungutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan,


dan pengawasan bahan sisa. Frasa ini biasanya dikaitkan dengan bahan yang dihasilkan
oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk mengurangkan
kesannya pada kesihatan, persekitaran atau estetik. Pengurusan sisa boleh
membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya
berbeza-beza.

Definisi sisa pepejal :

i. apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau
keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;
ii. apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar
atau selainnya rosak
iii. apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis
lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, tetapi tidaklah termasuk
buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [Akta 127], kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau sisa radioaktif sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]

Apa itu pengasingan sisa pepejal?

Pengasingan sisa pepejal (SAS) adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan
mengikut komposisi sisa pepejal seperti kertas, plastik, lain-lain bahan kitar semula
(kaca/seramik, tin aluminium/besi/logam, sisa elektronik/barang elektrik lain, bahan
fabrik/kasut/getah/kulit dan sisa berbahaya) dan sisa baki (sisa makanan, lampin pakai
buang dan sisa lain yang kotor).

Jenis sisa utama salon

i. Sisa yang tercemar


- Sisa klinikal / biologi (bio-waste)
Jenis sisa seperti jarum , pad, kapas, dan lain-lain yang digunakan untuk rawatan,
seperti elektrolisis dan microdermabrasion. Sisa seperti ini perlu diasingkan dari
sisa biasa. Tong sampah yang perlu digunakan adalah tong sampah yang berwarna
kuning (sharp bin)
Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12

- Sisa Umum
Jenis sisa yang paling biasa. Contoh tisu , rambut klien dan lain-lain. Untuk salon, ini
boleh termasuk segala-galanya dari rambut klien, tisu yang digunakan dan
sebagainya. Tong sampah biasa boleh digunakan untuk membuang sisa ini.

Pengurusan pelupusan sisa buangan

Terdapat sebilangan konsep pengurusan sisa yang berbeza dari segi penggunaannya
antara negara atau wilayah. Tiga konsep yang paling umum dan yang digunakan secara
meluas termasuklah :

 Hierarki sisa - Hierarki sisa yang masih merupakan andaian asas kepada kebanyakan
strategi peminimuman sisa merujuk kepada "3 R" (Reduce, Reuse, dan Recycle, iaitu
Kurangkan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula). Ia mengkategorikan strategi
pengurusan sisa mengikut kebaikan dari segi peminimuman sisa.
 Tujuannya adalah untuk mendapatkan sebanyak faedah yang mungkin daripada setiap
produk serta untuk mengurangkan sisa dengan seberapa yang dapat.

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar
semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran.

1) Reduce (Kurangkan)
- Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan
mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk
kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu
memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.

2) Reuse (Guna Semula)


- Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali, dan dengan berbuat
demikian penjanaan sisa dan pembuagannya dapat dikurangkan.

3) Recycle (Kitar Semula)


- "Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle" merujuk "pusingan".
Oleh yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam
kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian
menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula
supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. Simbol antarabangsa untuk kitar
semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang mencadangkan satu kitaran
yang berterusan.
Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12
Pengurusan sisa buangan

Pihak kerajaan akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah mulai 1 September
2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Secara umumnya, pengasingan sisa
pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut :

1. Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer,
kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat,
poskad, risalah, dan bungkusan pos.
2. Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas
makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan
kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik,
bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik,
3. Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-
- Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin,
bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
- Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut,
tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
- Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan
elektrik, lamp
- Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan
sebagainya.u kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
- Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan
pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.
- Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah
pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya.
- Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin
basuh, sofa, perabot dan sebagainya.

Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan dalam
bekas yang sesuai/plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan
yang ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan
dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan sisa pepejal
berkenaan akan dibuat satu (1) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.

Di samping itu, bagi Sisa Baki pula, sisa berkenaan perlu dimasukkan ke dalam bekas yang
sesuai/plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Sisa Baki ini merangkumi
sisa makanan, lampin pakai buang, tisu, sisa –sisa lain yang kotor dan tercemar.Kutipan
bagi Sisa Baki ini akan dibuat kutipan dua (2) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah
dilantik.
Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12
Mengitar Semula Bahan Buangan

Pengumpulan barang-barang untuk dikitar semula memerlukan satu peruntukan kewangan


tetapi pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah sampah yang harus dilupuskan.
Penjualan barang-barang yang dikitar semula dapat memberi pulangan hasil yang dapat
menampung kos kitar semula.Program Pendidikan Kitar Semula juga adalah sangat penting
untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada penduduk bagaimana menguruskan
sendiri bahan buangan atau sisa pepejal di rumah dan pejabat.

Rajah 4 Kitar Semula

Pengurusan Sisa kimia

Sisa kimia terdiri daripada:

• Bahan kimia beracun/radioaktif


• Sisa pelarut organic/berhalogen dan tak berhalogen
• Sisa bahan kimia pepejal

Beberapa langkah pengurusan sisa kimia sebelum pelupusan dilakukan:


i. Buang sisa pada bekas yang sesuai

ii. Semua sisa pelarut hendaklah disimpan dalam botol yang berlabel dan bersesuaian

iii. Asingkan sisa kimia mengikut kelas yang sudah ditetapkan oleh pihak yang
bertanggungjawab untuk pelupusan

iv. Bahan kimia tidak boleh dibuang dalam sinki kerana boleh mengakibatkan
pencemaran alam sekitar. Ada bahan kimia yang perlu ditanam sekiranya hendak
Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12
dilupuskan. Ada juga bahan kimia perlu dilupuskan secara klinikal untuk
mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pelupusan sisa kimia haruslah menepati piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti alam
sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan di kemudian hari.

Pengendalian dan Pengurusan Bahan Kimia


i. Rekod semua pengambilan bahan kimia.
ii. Senarai bahan kimia perlulah dikemaskini secara berkala.
iii. Bahan kimia yang kurang perlu haruslah disimpan di dalam stor atau dilupuskan
jika perlu.
iv. Bahan kimia yang disimpan di dalam makmal atau stor perlu dilabelkan dengan
jelas.
v. Penyimpanan bahan kimia yang mudah terbakar haruslah dijauhkan daripada
suhu yang panas/tinggi.
vi. Penyimpanan bahan kimia haruslah diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan
mudah dialihkan.
vii. Elakkan penyimpanan bahan kimia yang mudah terbakar di dalam peti sejuk yang
biasa.
viii. Elakkan pemanasan secara terus, ketukan atau geseran kepada mana-mana
bahan kimia.
ix. Elakkan menghidu bahan kimia dan guna dalam kuantiti yang sedikit sahaja
bersesuaian dengan aktiviti/kerja tertentu.
x. Sentiasa memakai PPE semasa mengendalikan bahan kimia.
xi. Penggunaan kebuk wasap haruslah dilakukan jika melibatkan penggunaan bahan
kimia yang boleh menghasilkan wap, debu atau asap yang boleh mengancam
nyawa seseorang dan mencemarkan udara di persekitaran tempat kerja.
Muka / Page : 8
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12

CONTOH SOP PENGURUSAN SISA


Muka / Page : 9
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12

PENYELENGGARAAN RUANG KERJA

Melaksanakan Sanitasi Premis Salon/Peralatan

Bakteria terdapat di merata-rata tempat, terutamanya di tempat yang kotor dan berhabuk.Ia
membiak dengan cepat di tempat yang gelap, lembap, panas dan kotor.

Salun kecantikan merupakan tempat yang mudah bagi bakteria atau kuman untuk membiak
seterusnya mudah menyebabkan penyakit kerana salun ini didatangi oleh berbagai-bagai
pelanggan yang menggunakan alat-alat yang sama di dalam salun. Oleh itu, untuk
menjamin keselamatan dan kesihatn pelanggan, alat-alat tersebut mestilah disterilkan dari
semasa ke semasa.

Pensterilan ialah suatu proses membasmi kuman alat-alat yang digunakan di dalam salun
kecantikan. Pensterilan penting bagi jurusolek atau pendandan rambut kerana amalan ini
bukan sahaja dapat mencegah pembiakan bakteria tetapi juga dapat membunuhnya sama
sekali terutamanya bakteria yng membawa penyakit berjangkit.

i. Kaedah-kaedah pensterilan :
Terbahagi kepada dua iaitu :
1. Pensterilan secara fizikal.
2. Pensterilan secara kimia.

ii.Prosedur mensteril alatan

Alatan dan kelengkapan yang perlu disteril adalah alatan kecil yang tidak tajam dan juga
linen. Hal ini untuk menjamin sanitasi kebersihan dan untuk menyahkuman.

Alat yang tidak tajam yang digunakan semasa perkhidmatan adalah seperti berus dan
mangkuk .
i. Cuci alatan dengan air suam bersabun

ii. Bilas sehingga bersih

iii. Lap dengan kain kering yang bersih

iv. Rendam berus pupur dan mangkuk pupur dalam larutan disinfektan dalam 5 minit
kemudian bilas dan keringkan.

v. Letak alatan kecil dalam kabinet ultralembayung sehingga diperlukan

vi. Jika peralatan terlalu besar, lap dengan spirit surgical atau cecair disinfektan.
Muka / Page : 10
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12

Linen yang digunakan semasa perkhidmatan juga perlu dinyahkuman dengan


menggunakan larutan antiseptik atau disinfektan untuk mengelakkan bakteria merebak
apabila digunakan kepada pelanggan lain.

i. Cuci linen dengan air suam bersabun.


ii. Bilas sehingga bersih
iii. Rendam dengan larutan antiseptik atau disinfektan selamat 5-10 minit.
iv. Kemudian keringkan di bawah sinaran matahari.

iii. Jenis-jenis pensterilan

1. Pensterilan secara fizikal.


Pensterilan secara fizikal terbahagi kepada tiga iaitu:
 Haba lembap.
Kaedah ini dilakukan dengan cara merebus atau menstim alatan. Wap
digunakan dalam bidang perubatan untuk membunuh bakteria dan
spora.

 Haba kering.
Digunakan untuk membasmi kuman pada tuala , kain pembalut dan lain-
lain. Kaedah ini dilakukan dengan cara menjemur.

 Sinar ultra lembayung


Sinar ini diperolehi daripada cahaya matahari atau daripada alat-alat
elektrik.

2. Pensterilan secara kimia.


Pensterilan secara kimia terbahagi kepada dua iaitu:
 Antiseptik dan Disenfektan.
Antiseptik menghalang pembiakan bakteria tanpa membunuhnya. Ia
boleh digunakan pada kulit dengan selamat. Disenfektan juga perlu
digunakan dengan berhati-hati kerana ia lebih kuat berbanding
antiseptik.

 Wap Fumigan.
Wap atau asap didalam kabinet digunakan supaya alat-alat sentiasa
dalam keadaan basmi kuman.
Muka / Page : 11
NO. KOD / CODE NUM. DHD 1153
Drpd/of : 12

i. Penyimpanan alatan, bahan dan kelengkapan rawatan

Kawasan kerja hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan selepas digunakan.
i. Katil mesti dikemaskan seperti keadaan asal
ii. Troli perlu dilap
iii. Lantai kawasan kerja hendaklah bebas dari sebarang bentuk halangan dan
tumpahan
iv. Peralatan
 yang telah digunakan perlu dibersihkan dan diletakkan semula di tempat
asalnya
 semua peralatan perlu disteril sebelum dan selepas digunakan
 peralatan perlu disimpan di tempat yang dikhaskan
 sekiranya ada menggunakan peralatan elektrik, pastikan plak dicabut dan
disimpan dengan betul di tempat yang dikhaskan
 sebarang peralatan rosak hendaklah dilabelkan dengan terang dan
dilaporkan segera kepada penyelia untuk tindakan lanjut.
v. Bahan
 Bersihkan sisa bahan yang terdapat dalam mangkuk dengan mengelap
mangkuk terlebih dahulu menggunakan tisu dan buang terus tisu ke dalam
tong sampah sebelum mangkuk dibasuh
 Sisa tidak boleh dibuang terus ke dalam sinki kerana dikhuatiri akan
menyebabkan sinki tersumbat.
vi. Keselamatan
 Pastikan punca air dan eletrik ditutup selepas digunakan
vii. Penyelenggaraan bilik terapi dan kawasan kerja
 Bahan kimia perlu diletakkan di tempat asal selepas digunakan. Jika ada
tumpahan di luar botol, ia hendaklah dibersihkan terlebih dahulu
 Label pada bahan kimia hendakalah sentiasa berada dalama keadaan baik
dan jelas, label yang rosak hendaklah digantikan semula
 Pastikan bahan kimia yang disediakan mempunyai label dan tarikh
penyediaannya.

ii. Penggantian/pengisian semula bahan

i. Selepas rawatan selesai, juruestetik perlu memastikan bahan yang digunakan


diisi semula untuk memastikan rawatan seterusnya berjalan lancar.
ii. Sekiranya bahan tersebut telah habis, juruterapi perlu melaporkan kepada
penyelia untuk urusan pesanan bahan.

You might also like