You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

Ringkasan Eksekutif
Objektif Penerangan Perniagaan
Latar Belakang Perniagaan
• Pendahuluan
• Maklumat Perniagaan
• Maklumat Usahawan / Rakan Kongsi
• Lokasi Projek

Rancangan Pemasaran
• Pengenalan terhadap barang/ perkhidmatan
• Sasaran pasaran
• Saiz pasaran
• Persaingan
• Syer pasaran
• Ramalan jualan
• Perbelanjaan pemasaraan
Rancangan pengeluaran/operasi
• Carta aliran proses
• Rancangan kadar pengeluaran/operasi
• Keperluan bahan
• Mesin dan peralatan
• Perbelanjaan operasi
Rancangan organisasi
• Carta organisasi
• Senarai jawatan dan penerangan tugas
• Gaji ,upah dan caruman majikan
• Keperluan pejabat
• Perbelanjaan pentadbiran (Jadual)
Rancangan kewangan
- Kos perlaksanaan projek
- Sumber pembiayaan projek :
• IProforma belanjawan tunai ( 1Tahun )
• Proforma penyata perdagangan
• Proforma penyata untung rugi ( Bulanan )
• Proforma kunci kira-kira tahun pertama ( 2015 )
1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat Sogob Tradisional Therapy iaitu kedai Reflexologi telah


ditubuhkan pada tahun 2005 dan telah didaftarkan di bawah Majlis
Daerah Kota Belud. Sogob tradisional Therapy merupakan sebuah syarikat
perniagaan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan
teknik refleksologi melalui tapak kaki dan juga badan, khusus untuk kaum
wanita dan juga lelaki tidak kira muda ataupun tua. Syarikat Sogob
Tradisional Therapy mempunyai 5 premis perniagaan setakat ini. Iaitu 3
buah kedai d pekan Kota Belud, 1 buah di pekan Kota Merudu dan 1 buah
di pekan Kundasang. Perniagaan ini ditubuhkan kerana ramai pelanggan
yang inginkan pusat refleksologi d buka di pekan Kota Belud., Kota
Merudu dan Pekan Kundasang. Setakat ini,perkhidmatan ini mendapat
sambutan yang menggalakkan .
Sasaran utama pelanggan kami adalah golongan yang menghidapi
penyakit strok kerana perkhidmatan kami dapat membantu pengaliran
sistem darah bagi pesakit strok. Tetapi kami juga memberi perkhidmatan
kpada pelanggan yang hanya ingin berehat. Kami juga menyediakan pakej
perkhidmatan pada kadar yang berpatutan . Pada tahun pertama syarikat
iniditubuhkan, kami menjangkakan keuntungan ialah sebanyak RM 500,
cara kasarnya .Syarikat kami percaya bahawa perniagaan berbentuk
perkhidmatan reflekslogi kesihatan mampu meningkatkan keuntungan
syarikat,menjamin pulangan modal dan menjana pendapatan kepada
pemilik syarikat dan rakan kongsi. Namun begitu, syarikat kami terpaksa
bersaing dengan beberapasyarikat yang sama mennyediakan
perkhidmatan seumpama ini yang lebih banyak perkhidmatan lain seperti
spa dan tidak kurang juga hebatnya.
kami telah mengambil pelbagai langkah untuk merealisasikan matlamat
dan sasaran kami.Syarikat kami telah mengambil beberapa strategi seperti
promosi,pakej-pakej yang menarik, dan perletakan harga dengan pakej
yang menarik. Dengan sambutan yang menggalakkan dari pelanggan ,
kami yakin dapat menguasai bidang refleksologi selain dapat memuaskan
hati pelanggan dengan sistem dan juga layanan perkhidmatan kami
seterusnya dapat menjadikan syarikat kami sebaris dengan syarikat besar
dan maju yang lain.
2. OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN

Hasil yang agak memberangsangkan pada akhir tahun pertama.


Mempunyai kadar pulangan pelanggan sebanyak 75% pada tahun akhir
pertama.
Menjadi destinasi di kalangan masyarakat di daerah Kota Belud pada
tahun akhir pertama 2015 .Dengan penambahan pekrja dan juga
penambahan keluasan permis ,di harap membawa pelanggan lebih
banyak berbanding tahun sebelum ini .

3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


( PENDAHULUAN/LOKASI/MAKLUMAT USAHAWAN )

Sogob Tradisional Therapy adalah destinasi baru yang menawarkan


pelanggan gabungan unik teknik urut ( Reflexology ), badan dan kaki, dan
di samping itu, permis juga menjual buku-buku kesihatan yang baik untuk
di jadikan bahan baca sementara mendapatkan khidmat di permis ini,
dalam satu suasana yang tenang. Sogob Tradisional Therapy menawarkan
kaedah urut kampung, urut terapeutik,urut refleksologi, manicure, rawatan
muka, sauna, Reiki,bekam angin,rawatan resdung dan diskaun yang
menarik bagi pelanggan tetap. Sogob Tradisional Therapy meramalkan
hasil jualan yang besar pada tahun dua. Juga dengan tahun dua
perniagaan akan mencapai keuntungan dan telah mencapai keuntungan
yang sihat sebelum cukai. Permis ini adalah satu perniagaan yang
menyediakan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak dan
kemampuan pelanggan di samping dengan suasana yang tenang dan
santai sesuai bagi mereka yang ingin berehat dari kesibukan kerja dan
juga kepada mereka yang ingin menghilangkan sakit-sakit ringan di badan.
Sogob Tradisional Therapy menawarkan pelbagai perkhidmatan minda dan
badan penyembuhan. Aspek salun perniagaan akan menyediakan kedua-dua
lelaki dan perempuan dengan apa-apa jenis perkhidmatan dandanan rambut.
Perniagaan spa dikhaskan untuk menyediakan kaedah holistik urut, kerja badan
dan kerja-kerja tenaga. Ini semua dilakukan dalam suasana yang santai,
tenang.Matlamat dan janji Sogob Tradisional Therapy boleh disimpulkan
dalam nama dan slogan: Sogob Tradisional THerapy - Put Your Feet In My
Hand!
LOKASI
Permis Sogob Tradisional Therapy sekarang sedang beroperasi di pekan Kota
Belud . Kawasan yang agak strategik iaitu tempat agak jauh dari kawasan jalan
yang sibuk, mempunyai banyak parking lot, selain itu permis di kelilingi dengan
pelbagai restoran, klinik 1Malaysia dan juga kedai-kedai yang giat berhampiran
permis Sogob.permis beralamat ,Sogob Tradisional Therapy Blok A Lot No.1
Ground Floor Kota Belud Jln Kompleks Alapbana 89157 Kota Belud, bangunan
permis ini bersebelahan dengan hotal Tang Dinasty Kota Belud dan juga
bersebelahan dengan mahkamah Syariah kecil Kota Belud .

ALAMAT KADAR SEWAAN TEMPOH SEWAAN


(SEBULAN)
SOGOB TRADISIONAL RM2500.00 10 TAHUN
THERAPY
BLOK A LOT NO. 1
GROUND FLOOR
KOTA BELUD JLN
KOMPLEKS ALAP BANA
89157 KOTA BELUD

Keluasan permis adalah 1400 kaki persegi, keluasaan ini memberikan


keselesaan kepada pelanggan mahupun para pekerja untuk menjalankan
pekerjaan seharian .

MAKLUMAT USAHAWAN

Nama Penuh : Sipanis Binti Gintoron


No. Kad Pengenalan : 610206-12-500
Tarikh Lahir : 24 Novemberl 1961
Umur : 55 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Sogob Tradisional Therapy Blok A Lot
No.1 Ground Floor Kota Belud Jln Kompleks
Alapbana 89157 Kota Belud Sabah .

Taraf Perkahwinan : Berkahwin


Kemahiran : Mengurut perut bagi yang terseliuh usus
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Besar Permis
Pekerjaan Sekarang : Tukang Urut (Refleksologi)
No. HandPhone : 014-6743341
No. Telefon Permis : 088-971 028
4. RANCANGAN PEMASARAN
( PENGENALAN PERKHIDMATAN / SASARAN PASARAN / SAIZ
PASARAN / PERSAINGAN / RAMALAN JUALAN / PERBELANJAAN
PEMASARAN )

Pada peringkat awal perniagaan ini, fokus utama permis adalah hanya di
sekitar pekan Kota Belud. Populasi di kawasan permis ini adalah tergolong
dari golongan bumiputera. Ini memberikan kelebihan permis untuk
memenangi pelanggan-pelanggan bumiputera. Lokasi permis ini juga
berada di lokasi yang agak strategik di mana kawasan ini mempunyai
kedai makan, hotel, klinik, dengan pusat-pusat perniagaan yang
berhampiran. Di tambah lagi permis berada di kawasan yang agak jauh
dari jalan raya yang sesak dan sibuk .
Sasaran pasaran permis seperti di jadual di bawah :

SASARAN PASARAN
BULAN (JUALAN) RM
JANUARI RM 9,695
FEBUARI RM9,280
MAC RM7,558
APRIL RM7,625
MEI RM9,077
JUN RM6,910
JULAI RM8,120
OGOS RM9,525
SEPTEMBER RM11,135
OKTOBER RM9,830
NOVEMBER RM9,940
DISEMBER RM11,995

SAIZ PASARAN
PASARAN

PERSAINGAN
Pesaing utama adalah permis refleksologi EMMY REFLEXOLOGY dengan lokasi
di pusat pekan kota belud .Kerana perkhidmatan permis mereka agak murah dari
perkhidmatan permis Sogob. Kekuatan di atas adalah perkhidmatan yang
ditawarkan: lokasi kedudukan berhampiran dengan pembangunan perumahan
utama. Kelemahan pesaing ini adalah kekurangan bilangan pekerja dan juga
tidak mempunyai pakej-pakej yang menarik khas untuk pelanggan
tetap.Kelebihan permis Sogob adalah terbuka lebih luas, dan akan memberi
peluang kepada permis ini untuk menjalankan perkhidmatan asas penduduk
besar yang gemarkan pakej istimewa bagi pelanggan tetap dan juga gabungan
perkhidmatan kami yang unik , lokasi yang strategik, dan interaksi kami dengan
pelanggan. Dengan menyediakan pelanggan-pelanggan kami spa , kami dapat
membina hubungan kepercayaan dan kepuasan perkhidmatan refleksologi
mahupun perkhidmatan spa dari permis Sogob. Pelanggan kami akan datang
bergantung pada perkhidmatan kami yang unik dan persekitaran memuaskan.

RAMALAN JUALAN

PERBELANJAAN PEMASARAN
2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan


Perniagaan disediakan, contohnya;
Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan
atau yang berkaitan.
Merancang perlaksanaan projek.
Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
Lain-lain.

3. Latarbelakang Perniagaan

Alamat - Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat


surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat
ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
Bentuk perniagaan - Boleh membuat pilihan diantara
Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).
Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
Modal Permulaan - Merupakan jumlah modal sendiri yang
dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk
perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan
modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.
Bank - Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan
dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan
permohonan pembiayaan pinjaman.
5. Kedudukan Projek
Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

6. Objektif Projek
Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan
kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

7. Rancangan Pentadbiran Perniagaan


Pentadbiran
Carta Organisasi
Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
Spesifikasi Tugas
Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
Senarai Keperluan Pejabat
Perbelanjaan Pentadbiran
Perbelanjaan aset
Perbelanjaan bulanan
Lain-lain perbelanjaan

8. Rancangan Operasi Perniagaan


Carta aliran Proses - Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses
pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini
dipersembahkan dalam carta proses kerja.
Unit pengeluaran / jam operasi - Nyatakan hasil operasi dalam unit
produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini
berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan
Pemasaran.
Keperluan bahan - Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang
diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan
pembekalnya.
Tenaga Kerja - Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian
operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.
Mesin dan peralatan - Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan
serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi.
Nyatakan sumber pembekal mesin.
Susun atur Ruang Operasi - Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil
kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan
operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
Lokasi - Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan
sama ada disewa atau beli.
Overhead operasi - Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas
dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.
Perbelanjaan Operasi - Rumuskan segala perbelanjaan yang
dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta,
perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

9. Rancangan Pemasaran Perniagaan


Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan - Nyatakan dengan jelas
bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.
Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang
ingin diberikan kepuasan
Sasaran Pasaran - Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran
yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza
atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
Saiz Pasaran - Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan.
Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-
duanya sekali.
Pesaing-pesaing utama - Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama.
Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
Kekuatan dan kelemahan pesaing - Untuk semua pesaing nyatakan
kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Syer pasaran - Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan
pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang
dicadangkan.
Ramalan Jualan - Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun
pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk
tahun-tahun berikutnya.
Strategi Pemasaran
i. Strategi Barangan - Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej.
Corak pembungkusan dan jenama
berkaitan.

ii. Strategi Promosi - Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii. Strategi harga - Harga seunit yang dicadangkan.

iv. Strategi edaran - Corak pengedaran yang dicadangkan.


Kenderaan atau kakitangan
pemasaran.

10. Rancangan Kewangan Perniagaan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:


1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
2. Penyata-penyata kewangan
3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
5. Prestasi Penyata Pendapatan
6. Prestasi Kunci kira-kira
7. Analisis Daya Maju Kewangan

11. Penutup

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.


Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak
dijalankan.

12. Lampiran

Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti;


Surat sebutharga
Sijil kursus
Surat sokongan pihak tertentu
Surat dapat tender
Sijil pendaftaran syarikat
Salinan permit/lesen
Surat-surat kepujian
Bukti modal sendiri
Salinan surat Cagaran
Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan

You might also like