You are on page 1of 28

Executive Diploma in Occupational

Safety & Health

Module: ENTREPRENEURSHIP & SUPERVISORY RULES


Lecturer: DR HAYATI @ HABIBAH
Name: SITI NOR AZIRAH BINTI MAT YAZIZ
Identification No. : 900220-11-5736
Matric Card No: FRSS 180150-01A
Email : aziey14713@gmail.com
Batch: EDOSH 33rd
KLIA Training & Research Centre Sdn. Bhd.
Kompleks KLIA Holdings A Jointly Developed Programme Between
Kuarters Klinik Kesihatan
Jalan KLIA 1/70
64000 KLIA
Tanjong Sepat
Selangor DarulEhsan
TEL : 03-8783 1002 EXT 303/311
012-9123234
FAX: 03-8783 1040
E-MAIL: enquiry@kliatraining.com.my
effa@kliacs.com.my
Tanjong Sepat, 42800 Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan

28th July 2018

Dr. Hayati @ Habibah


RAZAK School of Engineering and Advance Technology
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur

Dear Dr. Hayati

Penyerahan Laporan Rancangan Perniagaan

Bersama-sama ini saya kemukakan laporan tentang rancangan perniagaan untuk Syarikat
perniagaan Aziey’s Frozen Enterprise yang merupakan sebuah perniagaan yang menjual
kuih-muih tradisional frozen untuk rujukan Dr. Hayati.

Dalam laporan ini juga terdapat semua idea perniagaan bermula dari latar belakang
perniagaan syarikat sehinggalah strategi pengeluaran.

Sekiranya Dr.Hayati mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan laporan saya ini,Dr. boleh
hubungi saya di talian 013-3701358 atau boleh email aziey14713@gmail.com

Terima kasih.

Yang ikhlas

(Siti Nor Azirah Binti Mat Yaziz)


ISI KANDUNGAN
1. Ringkasan Eksekutif
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Perniagaan
1.2 Logo Syarikat
1.3 Moto Syarikat
1.4 Visi Syarikat
1.5 Misi Syarikat
1.6 Objektif Syarikat
1.7 Latar Belakang Pemilik
1.8 Peta Lokasi Perniagaan
2.0 Pelan Pentadbiran dan Organisasi
2.1 Kekuatan (Strenghts)
2.2 Kelemahan (Weaknesses)
2.3 Peluang (Opportunities)
2.4 Ancaman (Threats)
3.0 Pelan Pemasaran
3.1 Produk dan Harga Yang di Tawarkan
3.2 Kumpulan Sasaran
3.3 Kawasan Pasaran
3.4 Pesaing
3.5 Saiz Pasaran
3.6 Kuasa Beli Pelanggan
3.7 Syer Pasaran
3.8 Anggaran Jualan
3.9 Strategi Pemasaran
4.0 Pelan Operasi dan Kewangan
4.1 Kemudahan Asas
4.2 Harga Tetap dan Peralatan yang Diperlukan
4.3Stok Bekalan Bahan Mentah
4.4 Pembekal Barang Niaga
4.5 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun
4.6 Susun Atur Ruang Operasi
4.7 Carta Aliran Proses Kerja (UMUM)
4.8 Strategi Pengeluaran
5.0 Kesimpulan
Rancangan Perniagaan

Alamat Perniagaan
Aziey’s Frozen Enterprise
No. 20, Jalan Emas 12, Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
No Telefon : 03 - 3180 2785

Di sediakan oleh
Siti Nor Azirah binti Mat Yaziz
Kuarters Kesihatan Klinik Kesihatan Tanjong Sepat,
42800 Tanjong Sepat, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 013 - 370 1358
Email : aziey14713@gmail.com
1.0 Pengenalan.

Industri makanan sejuk-beku (frozen foods) merupakan bidang yang semakin


berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konsep ini semakin menjadi
pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas
juga berkhasiat. Menurut definisi Food and Agriculture Organization (FAO), makanan sejuk
atau sejuk dingin membawa maksud makanan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C
hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke
bawah. Tujuan makanan di simpan  dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar
dan tahan lama.  Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh
menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk. Perkembangan penyelidikan dan
pembangunan telah menghasilkan makanan proses dan juga makanan segera boleh di
pasarkan dalam sejuk beku seperti roti canai segera, karipap segera dan berbagai masakan
lagi dengan cara ini.  Pengusaha makanan sejuk beku perlu mengambil kira gelagat atau
behaviorism pengguna khususnya nenentukan saiz bungkusan, harga pasaran dan persaingan
dan juga pusingan penghantaran produk mereka ke permis jualan.

Malaysia kaya dengan makanan. Apabila kita keluar ke pasar atau bazar, pasti ada
gerai menjual makanan. Keunikan makanan di Malaysia tidak dapat ditandingi di mana-
mana negara sekalipun. Antara keunikan makanan di Malaysia adalah kuih-muih tradisonal
Melayu. Keunikan rasa dan bentuknya menambat hati sesiapa sahaja yang melihat. Kuih-
muih tradisonal Melayu merupakan kuih yang dihasilkan sejak turun-temurun. Pada zaman
dahulu, kuih-muih tradisonal ini merupakan santapan yang hanya boleh dirasai oleh
golongan atasan sahaja. Kebiasaannya kuih-muih tradional akan dihidangkan ketika sultan
sedang berehat, ataupun semasa meraikan sesuatu majlis. Rakyat jelata pula akan merasai
keenakan kuih-muih pada hari-hari tertentu sahaja. Berbeza pada zaman kini, kuih-muih yang
dihasilkan dapat dirasai oleh setiap lapisan golongan rakyat dan masa. Selain itu rasanya juga
berbeza malah mempunyai bentuk yang tersendiri.

Bermula dengan minat pemilik yang mendalam terhadap pembuatan makanan


berbentuk kuih tradisonal kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku
(seperti karipap, roti canai, donut, popia, keropok lekor dan lain-lain), pemilik telah membuat
keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan
syarikat Aziey’s Frozen Enterprise yang mana bercadang untuk mendaftarkan syarikat ini
secara rasmi pada Oktober 2018. Premis perniagaan ini yang ditinjau berpotensi terletak di lot
kedai kawasan perumahan di Taman Sungai Emas, Sungai Manggis, Banting Selangor.
Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis
makanan sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat
tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini dijangka turut
dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku untuk restoran, cafe dan kantin
kawasan sekitarnya.

1.1 Latar Belakang Perniagaan.

 Nama Syarikat :
Aziey’s Frozen Enterprise.

 Alamat Syarikat :
No. 20, Jalan Emas 12, Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

 Tempat Operasi :
No. 20, Jalan Emas 12, Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

 Nombor Telefon :
Dalam Cadangan.

 Nombor Daftar Perniagaan :


Oktober 2018 (Dalam Cadangan)

 Tarikh Daftar Perniagaan :


Oktober 2018 (Dalam Cadangan)

 Aktiviti Perniagaan :
Menjual kuih-muih traditional melayu sejuk beku.
 Pemilikan :
Pemilikan tunggal. (100% Bumiputera).

 Modal Permulaan :
RM 50,000.00 – RM80,000.00

1.2 Logo Syarikat.

1.3 Moto Syarikat.

‘ Segar, Bersih dan Lazat’

1.4 Visi Syarikat.

Untuk menjadikan pernigaan kuih-muih tradisonal sejuk beku sebagai pasaran utama di
Malaysia dan mendapat tempat di hati penduduk Malaysia.

1.5 Misi Syarikat.


 Sentiasa memastikan syarikat mengeluarkan dan menghasilkan produk yang bermutu
tinggi.
 Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
 Mendapatkan pelanggan yang tetap dan setia kepada produk yang di hasilkan.
 Membuka lebih banyak cawangan di sekitar Selangor dan seterusnya ke seluruh
Malaysia.

1.6 Objektif Syarikat.

 Memastikan setiap produk sejuk beku yang di hasilkan kekal berada di dalam pasaran
dalam jangka masa panjang.
 Menyediakan peluang pekerjaan dan tempat praktikal kepada belia yang baru mula
berkecimpung dalam bidang pembuatan makanan sejuk beku.
 Menyediakan kuih-muih tradisional sejuk beku yang berkualiti pada harga yang
berpatutan kepada pelanggan.

1.7 Latar Belakang Pemilik.

 Nama Pemilik : Siti Nor Azirah binti Mat Yaziz.

 Jawatan : Pengurus Aziey’s Frozen Enterprise.

 Alamat : Kuarters Klinik Kesihatan Tanjong Sepat,


42800 Tanjong Sepat, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.

 Nombor Telefon : 013 – 307 1358

 Email : aziey14713@gmail.com

 Tarikh Lahir : 20 Februari 1990

 Bangsa : Melayu
 Agama : Islam

 Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 Kelulusan Akademik : STPM

 Pengalaman Kerja : 1) Pegawai Bomba


2) Cashier

 Kursus Yang di Hadiri : 1) Kursus Asas Keusahawanan


2) Kursus Asas Perniagaan
3) Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan
4) Kursus Usahawan Makanan Sejuk Beku.

1.8 Peta Lokasi Perniagaan.

No. 20, Jalan Emas 12, Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor
Darul Ehsan.
2.0 Pelan Pentadbiran dan Organisasi.

Dalam membangunkan pelan pentadbiran dan organisasi bagi perniagaan ini, pemilik
menggunakan kaedah Analisis SWOT. SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi
untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta
bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan
mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOT adalah satu proses mengenal pasti
faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan
suatu strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi
dan misi organisasi. Terdapat 4 komponen analisis SWOT iaitu Kekuatan(Strength),
Kelemahan(Weakness), Peluang(Opportunities) dan Ancaman(Treats)

2.1 Kekuatan (Strengths)


 
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh
sesebuah organisasi itu sendiri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan
memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut. Contoh soalan untuk mengetahui
kekuatan sesebuah organisasi ialah :  

1. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh syarikat kita berbanding syarikat lain? 
2. Apakah yang boleh kita lakukan yang orang lain tidak boleh lakukan?  
3. Apakah perkara yang membolehkan pelanggan setia dengan produk kita?  
4. Bidang apa yang kita mahir atau pakar? 

 Menawarkan Pelbagai Jenis Produk. 


Menjadikan Aziey’s Frozen merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan
pelbagai jenis produk kuih tradisonal melayu kepada pelanggan. Dengan ini
pelanggan akan dapat merasai pelbagai rasa produk yang sedia ada dan baru. Pelbagai
pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan dan
idea yang di perolehi

 Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh.


Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk
menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melancarkan aktiviti
perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja
semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.

 Menawarkan Harga Yang Kompetitif.


Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan
berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran
semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di
kawasan sekitar. 

 Lokasi Yang Strategik.


Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan
dikelilingi oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan
kawasan perumahan. Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang
ditawarkan kerana kuih sejuk beku merupakan salah satu makanan yang boleh
mengenyangkan dan menarik pelanggan. 

2.2 Kelemahan (Weaknesses)


  
Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang
mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran,
sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah
keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan
bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan
prestasi organisasi yang memuaskan. 

 Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap.


Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan
masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu,
pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan
dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.

 Kurang Dikenali.
Perniagaan Aziey’s Frozen mungkin akan menjadi perniagaan yang kurang ternama
pada peringkat permulaan jika hendak dibandingkan dengan perniagaan pesaing yang
lain. Hal ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan
promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang
ada.  

2.3 Peluang (Opportunities)

Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang.


Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau
inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang
untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif
berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

 Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan.


Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di
pasaran. Ia berhubungan dengan kuih tradisonal melayu merupakan makanan yang
menjadi permintaan ramai tidak kira golongan, bangsa dan peringkat umur. Imej
perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.

 Mempelbagaikan Produk.
Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis kuih muih
dan menambah produk seperti produk bahan mentah untuk membuat kuih. Dengan
mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.

 Perkembangan Secara Online.


Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada
perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang
disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk
terkini yang ditawarkan. 

2.4 Ancaman(Threats). 

Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh
menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. Sesuatu perubahan persekitaran luaran juga
boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan
suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi.  Analisis ancaman lebih ke arah
menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman
merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik
bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini,
sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal
pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan. 

 Pesaing baru.
Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan
berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada
perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan Aziey’s
Frozen tetap menjadi pilihan utama pelanggan. 

 Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang Ada.


Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan
ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai
pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang
telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada Aziey’s Frozen untuk
memasuki pasaran yang ada.

3.0 Pelan Pemasaran.


3.1 Produk dan Harga Yang di Tawarkan.

Aziey’s Frozen menyediakan pelbagai jenis kuih-muih tradisonal melayu sejuk beku. Berikut
adalah senarai produk yang bakal di tawarkan kepada pelanggan.

Harga
Borong
Kuantiti
Jenis Produk Harga (RM) (RM)
(biji/paket)
*Minimum 20
paket

Karipap
 Karipap Daging 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Karipap Ayam 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Karipap Ikan 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Karipap Sardin 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Karipap Kentang 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Karipap Sayur 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

Samosa
 Samosa Daging 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Samosa Ayam 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Samosa Mini 15 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Samosa Sambal Udang 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Samosa Kentang 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Samosa Sayur 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

Popia
 Popia Sayur 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Popia Ayam 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Popia Daging 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Popia Otak-otak 10 biji/paket RM 5.00 RM4.50
 Popia Sosej 10 biji/paket RM 5.00 RM4.50

Donut
 Donut Gula 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Donut Chocolate 10 biji/paket RM 5.00 RM4.50
 Donut Strawberry 10 biji/paket RM 5.00 RM4.50

Keria
 Keria Gula 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Keria Antarabangsa 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

Apam
 Apam Beras 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Apam Gula Hangus 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

Cucur
 Cucur Bilis 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Cucur Bawang 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Cucur Badak 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Cucur Pisang 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

Roti Pau
 Roti Pau Ayam 10 biji/paket RM 5.00 RM4.50
 Roti Pau Daging 10 biji/paket RM 5.00 RM4.50
 Roti Pau Sardin 10 biji/paket RM 5.00 RM4.50
 Roti Pau Kacang 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50
 Roti Pau Kaya 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

Puteri Ayu 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50


Kuih Kasturi 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

Otak-otak 10 biji/paket RM 5.00 RM4.50

Kuih Bijan 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

Roti Canai 10 biji/paket RM 4.00 RM3.50

3.2 Kumpulan Sasaran.

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:

 Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Bandar Sungai


Emas dan di Sekitar Bandar Banting.

 Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi.

 Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.

 Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di


sekitarnya.

 Pelanggan dan pengusaha restoran, kantin dan cafe

 Pelanggan stesen minyak.

 Pengedar perseorangan.
 Internet (Laman Web dan Media Sosial)

3.3 Kawasan Pasaran.

Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan


berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer persegi atau dalam radius 5 (LIMA)
kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi:

 Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar Bandar Sungai
Emas dan Bandar Banting

 Kawasan kantin dan di Kolej Multimedia Science Universiti (MSU).

 Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar.

 Kawasan Pejabat Kerajaan dan Swasta (Telekom, Pos Malaysia dan sebagainya).

 Kawasan restoran dan di sekitarnya.

 Stesen minyak yang berhampiran.

 Masjid dan surau di sekitar.

3.4 Pesaing.

Di kawasan perumahan Bandar Sungai Emas ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha
kecil-kecilan yang turut mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan mereka juga baru
memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian. Namun begitu, ianya adalah
merupakan pesaing kepada Aziey’s Frozen dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut
ialah:

Nama Perniagaan Produk Ditawarkan Kekuatan Kelemahan


 Terletak berhadapan
dengan jalan utama.  Nama perniagaan
 Terletak sebaris yang tidak jelas.
Roti, frozen food
Perniagaan dengan kedai-kedai  Tiada promosi.
(karipap dan samosa),
Frozen Food makan.  Baru beroperasi.
kek dan lain-lain
 Merupakan tempat  Kedai yang tidak
kunjungan pelajar menarik
university

 Baru beroperasi.
Azimah Frozen  Premis perniagaan
Frozen food dan pastri  Pilihan jenis kuih
Food yang strategik
masih terhad.

3.5 Saiz Pasaran.

Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran,
dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2 (DUA) orang atau dengan kata lain
20% (DUA PULUH PERATUS) daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan
berpotensi. Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah:

Saiz Pasaran = Angka berpotensi(%) X Bilangan penduduk

Maka saiz pasarannya ialah;

j pasaran = 20% X 68,300 = 13,660 u

3.6 Kuasa Beli Pelanggan.

Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan, pejabat,
sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-kira 68,300 (ENAM PULUH
LAPAN RIBU dan TIGA RATUS) orang penduduk di kawasan perumahan Bandar Sungai
Emas dan sekitarnya. Sejumlah 20% (DUA PULUH PERATUS) darpada angka tersebut
adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,660 (TIGA BELAS RIBU
ENAM RATUS dan ENAM PULUH) u. Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan
sebanyak RM124,400.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS DUA PULUH EMPAT
RIBU DAN EMPAT RATUS) sebulan. Butir-butir kuasa membeli disenaraikan seperti di
bawah:

Kumpulan Bilangan
Saiz (20%) Kuasa Beli Jumlah
Sasaran Penduduk
Penduduk Bandar RM4 x 2 kali
65,000 13,000 RM104,000
Sungai Emas. sebulan x 13,000
Pekerja-pekerja
RM5 x 12 kali
di sekitar 500 100 RM6,000
sebulan x 100
kawasan.
Penduduk sekitar
RM5 x 8 kali
luar Bandar 800 160 RM6,400
sebulan x 160
Sungai Emas
RM2 x 10 kali
Sekolah 2,000 400 RM8,000
sebulan x 400

Jumlah 68,300 13,660 RM124,400

3.7 Syer Pasaran.

Berdasarkan kepada analisis pesaing, didapati peratusnya adalah rendah untuk lingkungan
kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan
yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar
kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran
syer pasaran dianggarkan sekitar 20% (DUA PULUH PERATUS).

3.8 Anggaran Jualan.

Bagi memperoleh angka anggaran jualan sebulan, kita merujuk kepada formula:
j anggaran = Syer pasaran(%) X Kuasa beli

Maka itu menjadikan;

20% X RM124,400.00 = RM24,880.00 sebagai anggaran jualan sebulan.

3.9 Strategi Pemasaran.

 Promosi.
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Aziey’s Frozen Enterprise bagi
memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:
 Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan
mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.
 Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti
syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.
 Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan
strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti pasar malam, stesen
bas dan sebagainya.
 Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi
pelancaran atau pembukaan kiosk.
 Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.
 Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai
mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik
kepada pelanggan.
 Mempromosikan secara dalam talian seperti laman web dan sosial media.

 Lokasi.
Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhampiran jalan besar
dan kawasan bangunan di Bandar sungai Emas, berdekatan dengan Kolej Universiti,
bank, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang
terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan dan
menjadikannya lokasi yang strategik.
 Harga.
Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran
iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.

 Produk.
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan
harganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan
kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima
pelanggan.

4.0 Pelan Operasi dan Kewangan


4.1 Kemudahan Asas.

Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana tinggi.
Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik dan air
telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik terletak tidak jauh dari pusat bandaraya
yang mana di sekitarnya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, kolejkolej dan pejabat-
pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat mempamerkan
produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung.

4.2 Harga Tetap dan Peralatan yang Diperlukan.

Berikut adalah perkara dan barang yang diperlukan untuk menjalankan operasi perniagaan
Aziey’s Enterprise :

Perkara Harga(RM)

Belanja Permulaan 500.00


 Lesen PBT / ROB. 9,000.00
 Deposit & sewa premis.
 Pembungkusan. 3,000.00
 Insuran. 5,000.00
 Iklan & promosi 1,000.00

Aset Tetap
 Struktur kedai. 15,000.00
 Pendawaian. 3,000.00
 Oven. 3,000.00
 Mixer. 2,000.00
 Cash machine. 500.00
 Working table. 1,000.00
 Trolley. 1,000.00
 Chiller / freezer . 20,500.00
 Tray. 500.00
 Induction stove. 1,000.00
 Perabut 3,000.00
 Peralatan membuat doh 1,000.00

Modal Pusingan
 Bahan mentah
8,000.00
 Petty Cash
2,000.00

Jumlah 80,000.00

4.3 Stok Bekalan Bahan Mentah.

Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan
kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan
berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Namun demikian, apabila pusat
penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-bahan tidak menjadi masalah kerana dapat
disimpan sendiri dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

4.4 Pembekal Barang Niaga.

Aziey’s Enterprise telah pun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai
kelengkapan serta bahan-bahan mentah membuat kuih-muih. Pembekal tersebut ialah:

Two Ply Sdn Bhd (Banting Branch)


15-23, Jalan Cemerlang 2, Banting Business Centre,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

Pembekal ini akan membekalkan bahan-behan mentah untuk membuat kuih-muih seperti
tepung, mentega, yis dan lain-lain. Ia juga akan membekalkan peralatan-peralatan mesin dan
perkakas untuk membuat kuih-muih seperti acuan, talam dan lain-lain.

4.5 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun.

Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang meliputi bahan
mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan sejuk-beku juga konfeksioneri.
Dianggarkan penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik sebanyak 5%
(LIMA PERATUS) setahun berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz
pasaran atau kenaikan harga bahan mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti di
bawah:

Anggaran
Tahun 2 (+5%) Tahun 3 (+10%)
Bahan Sebulan Tahun 1 (RM)
(RM) (RM)
(RM)
900.00 10,800.00
Tepung gandum 1,350.00 16,200.00 11,340.00 11,880.00
Tepung high protein 450.00 5,400.00 17,010.00 17,820.00
Gula 5,670.00 5,940.00
Mentega/ majerin 1,500.00 18,000.00 18,900.00 19,800.00
Shortening 900.00 10,800.00 11,340.00 11,880.00
Bread softener 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00
Yis 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00
Telor 270.00 3,240.00 3,402.00 3,564.00
Bread improver 166.00 1,992.00 2,091.60 2,191.20
Ovelate 50.00 600.00 630.00 660.00
Baking powder 50.00 600.00 630.00 660.00
Daging 210.00 2,520.00 2,646.00 . 2,772.00
Ayam 166.00 1,992.00 2,091.60 3,024.00 2,191.20
Udang 240.00 2,880.00 1,134.00 3,168.00
Sardin 90.00 1,080.00 1,890.00 1,188.00
Sayur-sayuran 150.00 1,800.00 18,383.40 1,980.00
Lain-lain bahan 1,459.00 17,508.00 19,258.80

Jumlah 8,851.00 106,212.00 111,522.60 116,833.20

4.6 Susun Atur Ruang Operasi.


4.7 Carta Aliran Proses Kerja(UMUM)
4.8 Strategi Pengeluaran.
Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti berikut:

 Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat penghantaran terus


kepada pelanggan.

 Menguruskan majlis keraian / hari jadi untuk 50 orang.

 Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan syarikat.

 Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk minum


petang, forum dan sebagainya.

 Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.

 Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa


mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan.

5.0 Kesimpulan.
Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan,
Aziey’s Frozen Enterprise amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan
memberikan pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran yang dibuat untuk tahun pertama
operasi selepas pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang
masih di peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan.

Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan


perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan
yang telah dirangka. Oleh itu syarikat Aziey’s Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini
dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan.

You might also like